Selasa

Beza LEGO® Dan Mock Brick

Rai pernah post pasal beza lego beberapa bulan lepas. Masih banyak mail dan mesej bertanyakan tentang beza LEGO® dan bricks jenama lain. Aku akan terangkan mengikut soalan yang aku biasa dapat.

Ada banyak jenama bricks selain LEGO® kat luar sana, banyak yang aku dah cuba. Ada dua jenama yang aku boleh syorkan. Enlighten dan Leyi. Tak ada lagi jenama lain yang aku pernah cuba sebaik dua jenama ni. Dua jenama ni boleh dibeli dari MrDIY. Pusat edaran dua jenama ni ada kat Kuala Lumpur. Ada tiga cara pembelian kat pusat tu. Beli sebagai pelanggan akan dapat harga biasa iaitu lebih kurang sepuluh peratus lebih mahal dari MrDIY. Beli borong akan dapat harga sama atau lebih murah sedikit dari MrDIY. Akhir sekali ialah beli sebagai ahli atau pengedar. Beli sebagai pengedar akan dapat pada harga lebih kurang tiga puluh peratus lebih murah dari harga kat MrDIY. Bayaran untuk jadi pengedar kalau tak silap ialah RM100. Kat sini aku nak NOTEkan siap-siap. Aku TIDAK sama sekali beli dua jenama ni kat tempat lain selain yang aku sebutkan tadi. Ya, aku pun tak suka kayakan taukeh MrDIY tu tapi, dia tawarkan harga yang lebih baik, qualiti yang lebih baik, ada waranti dan banyak lagi sebab-sebab yang memanfaatkan pengguna.

Bricks jenama lain yang compatible dengan LEGO® atau yang aku panggil "Mock Bricks" ni, aku gunakan untuk hasilkan model percubaan sebelum aku order dan tukarkan kepada jenama LEGO® bila dah puas hati dengan binaan. Dua jenama bricks ni sangat sesuai dan tak banyak hal berbanding jenama lain. Jenama lain biasanya cuma compitable dengan jenamanya sendiri dan tak boleh digunakan atau tidak sesuai digunakan bersama LEGO®.


01 - Harga
Bagi Mock Brick, harga sekeping (1pcs) +/- RM0.10 dan biasanya lebih murah. Harga Mock brick setakat sekarang, tak pernah mencecah RM0.13 sekeping. Untuk LEGO® pula, harga bagi Supplemental Set (sesetengah orang salah anggap panggil basic set) jatuh diantara RM0.40 - RM0.60 sekeping. Set lain seperti Chima, Ninjago, Lone Ranger, Star Wars, Super Heroes, Batman, Lord of the Ring, City, dan banyak lagi jatuh di antara RM0.80 hingga RM1.20. Berita buruk untuk daddy-daddy yang suka kumpul LEGO® sebab harga bagi Ultimate Collection Series boleh menjangkau sehingga RM2.00 sekeping. Collectible Minifigure Series pulak berharga RM12.90 sorang/seekor.
Harga yang dirujuk adalah berpandukan harga yang dijual di Malaysia sahaja.

02 - Ketepatan
Mock Brick pada pengalaman kami, ada beberapa masalah kalau digunakan dalam satu tempoh. Jenis brick akan semakin tak kuat genggamannya terhadap brick yang lain. Jenis plate akan semakin melentur (bent) disebabkan materialnya yang tak tahan. Jenis bar/handle akan semakin haus dan mengecil menyebab masalah pada ketepatan. Jenis berlubang, clip dan hinge/sesendi akan semakin longgar. LEGO® yang berusia kurang dari sepuluh tahun dengan kadaran penggunaan yang sederhana biasanya tak ada masalah sebegini. Semuanya masih tepat, tak longgar dan sendat. Sesuai untuk si kecil yang pandai jaga barang-barangnya sendiri. Dalam penggunaan kami, Mock Brick belum pernah ada yang patah, mainly disebabkan bahan binaannya yang lebih plastik. LEGO® dibuat dari ABS untuk binaan kereta. Pada usia yang panjang/lama ia akan patah/pecah bila terkena tekanan yang kuat, macam bumper kereta. Dalam milikan kami, baru ada 4 keping yang patah/pecah. Sekeping plate 4x6 berusia 3 tahun pecah sikit bahagian tepinya disebabkan dah banyak kali Aqil jatuhkan dari tempat tinggi, sekeping plate 2x8 dan dua keping 1x6 tile yang berusia lebih 10 tahun sumbing masa nak cabut dari binaan.

03 - Membina
Ketika membina, LEGO® amat mudah dipasang tetapi sukar dicabut. Sebab tu setiap set LEGO®, akan disertakan dengan satu seperator. Mock Brick pula, sukar dipasang tetapi senang dicabut. Bila terjatuh dilantai, binaan Mock Brick akan berkecai dimana LEGO® tidak dengan mudah. Cuma guna dua jari untuk pasang LEGO® tapi kena guna dua tangan untuk pasang Mock Brick.

04 - Warna
Warna LEGO® lebih pekat dan berkilat berbanding mana-mana Mock Brick. Sekali pandang je dah boleh kenal. LEGO® yang berwarna putih mudah jadi kekuningan berbanding Mock Brick, aku pun tak tau kenapa.

05 - Bentuk dan kepelbagaian
Dari segi bentuk dan kepelbagaian, LEGO® lebih baik kerana mempunyai ratusan ribu bentuk dan warna. Pilihan bentuk Mock Brick agak terhad tapi, pada masa akan datang mungkin akan sama dengan jumlah LEGO®. Ini kerana untuk membuat brick sendiri dirumah bukanlah suatu perkara yang mustahil dan sebenarnya sangat mudah. Semua orang boleh buat. Apa yang diperlukan cuma sedikit modal untuk bahan mentah dan masa. Jadi bagi pengilang, ini satu perkara yang mudah.

06 - Hilang
Dari segi hilang anak-anak main, Mock Brick adalah lebih baik sebab harganya jauh lebih murah berbanding LEGO®. Hahaha.. Bab ni ibu bapa selalu ada permasalahan.. Termasuk kami... Macamana nak kurangkan kadar hilang mengikut cara kami? Akan dikongsikan dalam entry akan datang sebab entry ni sendiri dah terlalu panjang.

Kami ada lebih dari 17,000 keping bricks (pada masa aku tulis entry ni), 84% adalah LEGO® dan 16% adalah Mock Bricks. Jadi, walaupun aku tulis entry pasal ni, aku tak rekomen orang lain untuk beli selain jenama LEGO®. Entry ni hanya sebagai panduan mengikut pengalaman kami. Kalau ada soalan lagi, boleh terus tanya di ruangan komen, whatsapp atau facebook. Pastikan baca keseluruhan entry sebelum bertanya. Terima kasih.

12 comments:

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...peminat tegar lego yer....best2...:)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak baca sampai last tapi sebab tak biasa buat memang tak pandai.

Bila tengok iklan lego yg baru kat tv kakak ingat Rai tau hihi...

ps: gambar yg rai tepek tu cantik utk dijadikan headar blog ini:)

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

x phm satu ape pon yg rai explain tu..hahaha..nampak sgt buta lego..

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

respect dengan Rai...citer bab lego ni...satu kepuasan dah siapkan...cantiklah

azian berkata... [Reply]

rai...
hadohhh...kl dah minat tu mmg tak boleh kata tidak laa ek...kikiki

Unknown berkata... [Reply]

wahh cantiklah lego tu.. x pyh pegi legoland dah.. hihi

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Wah...cantik lah lego tu. Ni mesti dah expert pasal legi kan. Thankd for sharing. Ni tgh usha lego kat Lazada ☺

wakgelas berkata... [Reply]

wahhh, rajinnyer kumpul lego ghituuuu.,uHUuu

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

mahai betoi harga lego ni kan tp sesuailah dgn kualiti dia

QasehnyaRania berkata... [Reply]

saya baca je la. bab lego mmg tak tahu menahu. thanks share. byknya koleksi :-)

Unknown berkata... [Reply]

"Mock Brick" yng rai maksudkan tu sebenarnya dipanggil "Bootleg". Selama ni saya beli yang bootleg je. X mampu nk beli Lego yng original :D

Unknown berkata... [Reply]

Cuba rai beli jenama Sheng Yuan. Memang ok jenama tu

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com