Rabu

Kehidupan kini

Assalamualaikum

Maaf sebab asyik menghidangkan cerita yang kurang sensasi dan banyak yang bercirikan peluang perniagaan semata mata. Honestly, lebih separuh daripada entry terkini adalah entry auto publish atau entry shujin. Menjelang hujung tahun ni 2014 ni ada terlalu banyak benda yang memerlukan perhatian. Terutamanya pasal kerja dan bisnes. Ye lah memang bukan bisnes besar besaran, tapi kalau tak bagi perhatian memang takkan membesar la kan.. Hehehe..

Tahun depan dah mula GST. Aku sedaya upaya berusaha supaya kewangan kami sekeluarga cukup kukuh untuk menghadapinya.

Mak aku berniaga kedai runcit
Kakak berniaga kedai buku

Ramai yang mula terasa bahang bila pendapatan dari jualan berkurang. Hasil jualan kedai buku dikatakan berkurang 40% walau pun musim persekolahan bermula tak sampai sebulan lagi.

Mungkin ramai yang mula kurangkan perbelanjaan, berjimat untuk perbelanjaan anak anak yang nak masuk sekolah awal tahun depan dan menghadapi kenaikan harga disebabkan oleh GST.

Jadi dari sekarang, aku cuba meluangkan masa untuk perbaiki perniagaan kami. Tambahkan promosi di sana sini. Insya allah kalau semua berjalan lancar dengan produk Frozen Takoyaki. Aku nak tambah satu lagi produk makanan jepun sejuk beku.

Perniagaan Amway juga sekali jalan. Aku masih mengekalkan konsep mengajak tukar brand dan guna barang Amway. Daripada berbelanja di pasaraya orang lain. Lebih baik beli di kedai sendiri atau di kedai keluarga sendiri. Dapat menjana pendapatan secara tak langsung. Sebab, anyway.. kita tetap kena beli ubat gigi, tetap kena basuh baju. So, walau pun berlaku krisis ekonomi, perbelanjaan wajib bulanan tetap akan berlaku. Konsep begini telah terbukti menyelamatkan ramai orang ketika krisis ekonomi tahun tahun lalu. Insya allah, tahun akan datang juga.

Aku mintak ampun dan maaf sebab sangat sangat sangat jarang update dan tunjuk muka komen di blog kawan-kawan. Insya allah.. Sedikit masa lagi aku cuba untuk komited dalam berblog.

Jangan lupa LIKE FB page : Frozen Takoyaki dan Instagram : @Ourkizuna

Daa

8 comments:

imm berkata... [Reply]

lama x nampak hihi..
gambatte kak rai..
(sambil diri sndiri pun gambaru jugak)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Rai, baby mst tak byk meragam, kan? Sy terpaksa hold bisnes biskut sbb Khadeeja tak boleh kena tgl. Haih!

Ujie Othman berkata... [Reply]

Jualan tudung saya pun agak slow berbanding dulu. Mybe orang berhati-hati utk berbelanja. Thn dpn ada GST, secara tak langsung mesti effect pada bisnes. Risau gak fikir.

Aziela berkata... [Reply]

Akak, tak ada bisnes lagi. Belum mampu nak menguruskan masa dengan bijak.

Siti Sharini berkata... [Reply]

bagus akak fokusssss

aizamia3 berkata... [Reply]

Moga apa yang diusahakan membuahkan hasil dan dipermudahkanNYA.

Zai Zamree berkata... [Reply]

bisnes suami sy pon merosot bln ni...haih...jenuh pusing modal

Unknown berkata... [Reply]

Yup.. Semua kena usaha lebih mula dr sekarang ni nak atau xnak.. Kehidupan xtau cukup dgn apa Yg ada sebelum ni..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com