Selasa

Ragam pelanggan 1

Assalamualaikum

Aku syukur kebanyakan masa, kami dapat pelanggan yang baik hati.. Kadang kadang aku pos lewat sehari dua pun biasanya diorang tak marah. Sesekali ada juga pelanggan yang menghiburkan hati macam kat bawah ni..

Pelanggan : Kak.. kak.. saya ni peminat korea.. kalau dah minat korea tu tentu lah teringin nak makan kimchi..
akak ada jual kimchi kan..
yang dalam gambar tu ayah saya.. (tetiba je ko ni dik.. layan je la)
Pelanggan : harga berapa
Peniaga : 400g/rm10.. postage+handling rm10

Pelanggan : ooo.. kalau macam tu rm10 je lah kan (e'eh ko tak reti kira ke dik)
Peniaga : total rm20 semuanya..

Pelanggan : nak bayar macam mana?
Peniaga : boleh bank in

Pelanggan : Macam pelik je
Peniaga : Apa yang pelik

Pelanggan : Ye lah.. bank in tu.. biasanya tipu (siapa ajo ko ni dik)
Peniaga : Kalau macam tu, boleh cod

Pelanggan : Kat mana nak ambik?
Peniaga : Shah Alam

Pelanggan : Jauh nya.. piss yo (apa la yang tetiba piss yo nye.. pening akak)
Peniaga : Biasanya kalau jauh pelanggan saya bank in

Pelanggan : Bukan patutnya barang sampai baru bank in ke.. Kalau macam ni susah la.. Nak kena suruh ayah saya..
Peniaga : Selama ni memang pelanggan saya bayar dulu baru kami pos barang..

Pelanggan : krik krik krik (apa la yang ko nak sebenarnya dik)

Nasib baik la aku ni penyabar.. Kalau hari hari dapat pelanggan macam ni.. Boleh jadi meroyan..
Mak bapak.. lain kali kalau bagi anak anak henpon tu jangan bagi data plan.. susah nak layan perangai geylong ni.. tu belum kira budak sekolah rendah sms nak beli lego.. huuuu..

Aku bukan peniaga besar besaran. Modal pun ciput je. Jadi, aku memang mintak pelanggan bayar harga barang + postage dan handling sebelum barang di poskan. Dah confirm payment baru kami poskan barang. So far, memang kebanyakan peniaga guna kaedah ni. Amat susah nak cari yang bagi barang dulu lepas tu baru bayar. 

** Handling adalah kos yang kami cas untuk minyak dan pembungkusan (sampul poslaju/bubble wrap/kotak)

So jaga jaga kalau ada adik adik atau anak anak yang peminat korea tu. Jangan dok whatsapp aku mintak hantar kimchi free.. Hehehe..

Daa

13 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Rai...Masih jual miso paste lagi

lieyalatif berkata... [Reply]

hahaahah dari yg lieya bace ni rai budak ni mesti budak baru nak up nie...kelako la plak..... kalo lieya mmg malas dah nak layan hehehehehehe tapi tula dugaan bisnes online kan....

Irfa berkata... [Reply]

lps ni aku kena mintak kos handling jugak lah, haha *tak penah caj pon kecuali kos poslaju*

iryantyismail berkata... [Reply]

:-)) huhuhu ..kaau yan.. dah tak sabar rai...

Ann Ishak berkata... [Reply]

ada jugak macam tu ek...

rai...bila la nak merasa kimchi awak ni. bole dapat barang dulu baru bayar tak :p

larikkkkk

Unknown berkata... [Reply]

memang sah pelanggan itu budak2 sekolah je..budak2 ni depa syok tengok drama korea lepas tu teringin nak makan kimchi..saya pernah jumpa budak2 macam ni..taksub dengan korea lepas tu nak cuba2 makan je,...padahal selama ni kimchi tu dia tengok kat tv ja..hahahhaha

Unknown berkata... [Reply]

hehe..lawak je baca..agak2 umur berapa la budak ni..

Unknown berkata... [Reply]

@suzana zakaria, masih.. whatsapp kat 0126894617 la senang..

mila berkata... [Reply]

hehe mcm lucu jer

Siti Sharini berkata... [Reply]

Tolonglah advise dia minta ayah dia bawa g seoul garden je.

sitiezahim berkata... [Reply]

Nak nak beli kimchi

Aziela berkata... [Reply]

Rai...hahahaha...sorry akak gelak. Kelakar...hihihihihi. Tapi kalau time tengah penat2 tetiba kena layan macam ni, akak kena tunggu cool down dulu baru layan...hahaha

Unknown berkata... [Reply]

Haha.. sya pun ada kak jumpa mcm ni.. tp biasalah ragam customer.. ok je..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com