Memaparkan catatan dengan label Kimchi Halal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kimchi Halal. Papar semua catatan

Khamis

Kimchi & Miso SALES

Assalamualaikum

Bagi yang berminat nak cuba Kimchi dan Miso. Ini adalah masa terbaik sebab ada SALES~!

Beli 2 pack kimchi (400g/RM10 setiap satu) kami bagi FREE satu pack 400g kimchi.
enak dibuat sup atau makan bersama nasi panas

Bagi miso pulak. 2 pack miso (500g/RM10 setiap satu), kami bagi FREE 20g wakame


Miso soup panas bersama cendawan shimeji ini pasti memikat selera
Harga tidak termasuk kos penghantaran. Bagi yang tinggal area Shah Alam, boleh COD di AEON Big Bukit Rimau atau Giant Kemuning Utama. Nak datang pick up di rumah pun boleh juga.

Whatsapp 0126894317

** SALES sampai stok habis.

Daa

Jumaat

Pre-order kimchi

Assalamualaikum

Banyak yang pm dan email tanya bila nak bukak order untuk kimchi. Ramai yang mengidam dan teringin nak rasa.

So.. Aku nak bukak pre-order untuk yang berminat.

Yang berminat boleh whatsap/sms 0126894617. Pengambilan order akan ditutup pada 7hb November.

Kalau lebih dari 20.. Kami akan buat dua batch. Pengeposan akan dibuat pada minggu 10hb November.

400g RM10. Postage RM8 (semenanjung malaysia)

COD di McD Kota Kemuning atau Aeon Big Kota Kemuning..

Ps:/ Order dikira batal kalau takde bayaran pada 9hb Nov.

Ps-2:/ Kalau boleh yang nak pesan tu sms/whatsapp je. Email nanti susah sikit nak manage.

Tq

Scroll untuk entry baru ye
Daa

Isnin

Kimchi sudah sedia

Assalamualaikum

Bagi yang berminat nak mencuba kimchi, aku dah buat stok baru semalam. Penghantaran melalui pos akan dibuat pada hari Rabu (22hb January). Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh email/PM kat FB alamat. 

Bank account details aku tak berani pulak nak bagi kat sini. So email/PM lah ya.

Harga beserta kos poslaju adalah RM17 untuk satu bekas 400gram kimchi.

Sorry gambar recycle
Ini kimchi kobis cina/hakusai/napa cabbage. Dalamnya aku letak radish/daikon, lobak merah, bawang besar (kuning), daun kucai dan daun bawang. 

Nota kaki : Tapi stock limited to 15 bekas. Kapasiti maksimum aku boleh buat setakat sekarang. Kalau tak sempat, kena tunggu next batch lah.

Daa

Selasa

Dah jadi tokey kimchi

Assalamualaikum

Dari awal aku menjebakkan diri dalam pembuatan kimchi ni takde lah niat nak menjual pun. Sebab membuatnya memerlukan aku seharian kat rumah. So agak kemalasan di situ. Hahaha. Tapi bila kawan kawan dah order. Kesian pulak. Walau pun aku pun risau jugak, takut tak kena dengan selera orang lain. 


Still.. Ada sesekali kawan repeat order kimchi. Aku happy la sesangat.. Terima kasih Irfa..


Sedulang kimchi yang telah digaul

Sambil buat ni ada orang datang curik makan sebab tak tahan baunya..haha

Sebahagian kimchi yang telah dibotolkan
Dapat feedback aritu kata kuah kimchi tumpah. Habis lencun kotak. Nasib baik aku masuk kotak dalam plastik poslaju. Takde la posmen rasa nak humban je bekas kimchi yang berbau tu. Hahaha.. Jadi, kali ni aku masukkan kimchi dalam ziploc sebelum masukkan dalam telap. Telap tu pun di seal dengan selotep. Harap-harap selamat sampai.

Baru hari ni shujin tolong poskan pada yang menempah.

Masa aku masuk dalam bekas ni Aqil tanya.. Kimchi kita yang mana ibu?

Shujin jawab "Tak payah harap sangat la abang.. Kalau ada lebih tu ada lah.."

Huhuhu..

Damia pulak kata "Ibu, ibu suka duit ke ibu?"

Huhuhu..

Secara tak langsung, anak anak pun tau betapa mata duitannya mak diorang. Hahaha..

Daa

Isnin

Restock kimchi lagi~!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Bisnes tak sengaja kimchi aku mendapat sambutan dari kawan kawan yang berminat dan terliur nak mencuba kimchi versi aku yang aku pandai pandai ubahsuai sikit sikit sendiri. Minggu ni aku buat lagi kimchi sebab nak ganti stock kimchi shujin dan Aqil yang dah dijual aritu. Hahaha..
Bahan untuk buat sedulang kimchi
Sorok kimchi dalam oven untuk diperap. Hahaha..
Yang ini baru siap malam tadi. Insya allah tak ada aral, hari ini atau esok shujin tolong poskan. Ada jugak keinginan nak serius menjual kimchi, tapi tengoklah dulu. Agak penat sebenarnya proses nak membuatnya tu. 

Tapi kimchi yang ini aku rasa lebih sedap dari resepi yang aku buat dulu. Mungkin jugak sebab aku guna korean chilli flake yang sebenarnya made in China. Hahahaha.. Warna pun cantik.

Korang penah makan kimchi?

Daa

Khamis

Resepi Kimchi sedap lagi halal

Assalamualaikum

Hahaha. Tak boleh belah kan tajuk tu. Shujin dengan Aqil memang suka sangat "kimchi korea". Memang kalau boleh sentiasa nak kena ada kimchi kat rumah. Oleh kerana kimchi sangat kaya dengan probiotik dan baik untuk kesejahteraan perut, maka aku pun merajinkan diri kerap buat kimchi. Resepi kimchi mudah gila sebelum ni aku belum puas hati lagi dengan hasilnya. Kali ni aku suka sangat..

Kali ni aku alter sikit resepi kimchi. Campur campur dengan resepi kimchi sedia ada kat internet.
Macam sedap je macam sedap je

Resepi kimchi sedap

Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
1 batang Lobak putih (Daikon)
2 batang Lobak merah
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland

Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh. 

Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand Bidan beli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih. Kalau tak ada, guna je serbuk cili cap baba's atau cili paste guna lada kering tu)
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)
* Sebiji bawang besar holland
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup Sos ikan
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air

Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak/air bertapis. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria. Yummehh kata bakteria. Hahaha

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Nak senang gaul dalam dulang. Aku buat ni memang dapat sedulang. Kalau rasa banyak sangat, sila kurangkan lah.

Kimchi ni paling sedap selepas lebih kurang seminggu ke dua minggu dalam peti sejuk. Tapi, sempat ke bertahan sampai lama tu..?
400gm. Ni ada schoolmate aku nak beli
Actually aku takde niat nak jual, tapi bila berborak dengan kawan kawan sekolah kat wassap, ramai pulak yang teringin nak rasa. So aku pun poskan sikit untuk diorang. Aku cuma cas harga pos dengan kos bahan. Sampai shujin dengan Aqil susah hati sebab takut kimchi dalam stock habis. Hahaha..

Shujin kata "jom abang makan kimchi banyak banyak sebelum ibu jual habis semua"

Huhuhu.. Ye lah ye lah.. 

Korang suka makan kimchi? Aku suka yang tak berapa masam. Kalau dah masam tu agak kurang sikit. Yang buat kali ni aku suka ratah je. Haish.. 

Nak order kimchi? 400g RM10, Postage RM8 (Semenanjung)
Whatsapp 0126894617

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com