Memaparkan catatan dengan label Perniagaan internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perniagaan internet. Papar semua catatan

Selasa

Pendapatan tanpa modal

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Murah rezeki bulan ni. Bertalu talu dapat notification income affiliate.

Memang unsangkarable.


Dapat sikit sikit jadi lah kan.. Belum masyuk macam blogger lain pun..

Nak tau caranya.. Boleh join webinar percuma, untuk ketahui cara menjana pendapatan tanpa modal ni..

Webinar Bahasa Melayu
Webinar Bahasa Inggeris


Asal boleh online dah boleh jana pendapatan. Tak perlu bermodal. Yang penting kena rajin je.

Affiliate marketing ni kira macam passive income. Kalau ada blog, just tepekkan pada blog. Kalau tere SEO lagi bagus. Lagi mudah orang nak sampai kat blog kita.

Kalau tak paham sangat cara cara nak ber SEO, boleh cuba dapatkan kitab SEO merah jambu ni. Insya allah mudah nak buatnya..

Selamat berjaya~!

Daa

Khamis

Pelbagai idea perniagaan untuk wanita

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai yang mengeluh perbelanjaan melebihi pendapatan. Ramai yang berminat nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tapi tak cukup idea, tak berani mencuba atau tak mempunyai modal yang mencukupi. Tepuk dada tanya selera. Pada pendapat aku, nak memulakan perniagaan tak semestinya memerlukan modal yang besar. Banyak perniagaan dengan modal kecil boleh diceburi. Lebih lebih lagi dengan adanya internet, dunia hanya di hujung jari. 

Nak hantar barang boleh just call dan syarikat penghantar akan datang ke rumah untuk pick up barang yang hendak di hantar - Pendek kata door to door service
Pembayaran boleh dilakukan secara online

Haa.. Nak apa lagi.. Boleh sangat kalau nak berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Tinggal kita punya kerajinan dan semangat je. Mulakan secara kecil kecilan. Aku sendiri berjinak jinak dengan perniagaan dengan modal rendah.

Tak berani mencuba?

Kita akan dapat apa yang kita usahakan setiap hari. Kalau hari hari rutin macam tu macam tu lah. Sila lah keluar dari comfort zone masing masing. In the end, kita tak cukup duit siapa nak tolong? Along? 

Di sini, aku senaraikan beberapa idea dan panduan memulakan perniagaan yang sesuai bagi wanita. Of course la lelaki pun bulihhh.. 

Contoh perniagaan dari rumah
(1) Berniaga roti, bun dan pizza - Berniaga makanan adalah perniagaan paling mudah mendapat sambutan. Apa lagi kalau makanan sedap dengan harga berpatutan. Mulakan secara kecil kecilan dengan menjualnya kepada jiran-jiran. Kebanyakan surirumah mungkin malas nak keluar membeli sarapan di luar. Jadi, gunakan peluang yang ada untuk mempromosikan product anda. Cipta product yang unik dengan pelbagai perisa yang sukar di dapati di kedai. Tentu ramai sukakannya.



(2) Perniagaan coklat buatan tangan - Coklat bukan saja mempunyai ramai peminat. Ianya mempunyai nilai komersial yang tinggi. Coklat yang mempunyai rasa yang sedap dengan reka bentuk menarik tentu menjadi perhatian ramai di majlis majlis perkahwinan mahu pun majlis sambutan ulang tahun kelahiran. Link tersebut membolehkan seseorang yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan coklat homemade ini melakukannya dengan kos permulaan yang sangat minimum.

(3) Bisnes tudung - Trend bertudung semakin menjadi jadi. Kalau dulu orang cuma kenal tudung bawal. Sekarang penjenamaan semula tudung dengan pelbagai nama menarik kian mendapat tempat. Tudung pada masa kini bukan saja menjadi pakaian wanita untuk menutup aurat. Malah turut menjadi satu trend fashion. Cuma, sebagai peniaga, apa yang kita kena jaga adalah pastikan tudung yang dijual itu memenuhi syarat menutup aurat, bukan sekadar balut balut

(4) Baju kurung tradisional - Upah menjahit baju kurung biasa tradisional sekarang mahal kemain kan. Paling murah RM50.. Kadang kadang boleh cecah sampai RM70-80.. Kalau dah tau asas menjahit baju kurung, boleh la pelbagaikan. Bukan sekadar ambil upah menjahit. Boleh keluarkan jenama sendiri untuk dipasarkan pulak. Ni dah nak raya, ramai yang masih kalut nak cari tukang jahit. Kalau tak sempat nak hantar ke kedai jahit, cuba mulakan buat baju sendiri dan keluarga dulu.

(5) Berniaga kuih raya - Dah nak raya ni ramai yang cari kuih raya kan.. Ramai yang malas dan tak sempat nak buat sendiri. So ini lah peluang nak cari duit raya lebih untuk anak-anak. Sekarang dah mudah nak pasarkan, pasaran meluas ke seluruh Malaysia dengan adanya kemudahan internet. Tinggal kena tahu teknik tekniknya saja..

(6) Menjual roti canai dan murtabak sejuk beku - Makanan sejukbeku dah jadi trend masa sekarang. Ianya mudah disediakan dan jadi back up sebagai hidangan pada bila bila masa saja. Untuk sarapan pagi, kadang malas nak keluar rumah kan.. 

(7) Perniagaan kek cawan - Kek cawan bukan sekadar hidangan. Ianya adalah satu seni. Kek cawan yang dihias cantik boleh dijadikan hantaran ketika majlis pertunangan dan perkahwinan. Malah walau pun kecil, modal kecil, sekiranya dihias dengan cantik, harganya boleh memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda~!

(8) Perkhidmatan dekorasi rumah - Khidmat professional untuk mencantikkan rumah. Bonus lagi sekiranya kita boleh memberi tips dan pelbagai idea nak mendekorasi rumah dengan kos yang menjimatkan. Maklumlah.. zaman sekarang semuanya mahal. 

(9) Jadi dropshipper - Dropship adalah satu term yang zaman dulunya kita panggil wakil jualan. Wakil jualan tak perlu keluarkan modal sediakan stok. Cuma perlu tolong promote barang dan dapat komisyen daripadanya bila barang dapat dijual. Pastikan kita promote tu penjualnya amanah. Ye lah.. Nanti dah jual banyak tak dapat pulak komisyennya.. Menjadi affiliate juga adalah satu cara menambah pendapatan yang bijak sebab biasanya jadi affiliate percuma je..

(10) Khidmat pemasaran di internet - Sangat ramai orang nak jadi peniaga. Ramai yang gagal dalam perniagaan bukan sebab barangan mereka tak bagus, tapi sebab tak tau kaedah berkesan memasarkan product yang dijual. Bagi yang tere menulis, idea bernas dan berkesan mungkin boleh menceburkan diri dalam bidang pemasaran. Tak perlu ada product, product adalah bakat sendiri. Bagi khidmat percuma dulu. Bila dah ada pelanggan yang berpuas hati, boleh la mulakan perniagaan.

Kalau disenaraikan betul betul. Ada 1001 satu macam jenis perniagaan modal kecil boleh diceburi dengan hanya bermula dari rumah. Yang penting kena rajin belajar dan komited pada matlamat. 

Tak tau nak cari supplier yang dipercayai dan berkaliber? 


Ingat.. Cari duit lebih bukan sekadar nak joli lebih sikit. Fikirkan pelaburan terbaik untuk melaburkan pendapatan daripada perniagaan yang diceburi tu. Kenapa? Kerana, inilah yang dapat membantu kita bersara awal dari bekerja sepenuh masa.

Apa pun.. Selamat berjaya~!!

Daa

Rabu

Ensurvey - Buat duit dengan jawab survey

Assalamualaikum

Baru terbaca tat sat ni kat belog denaihati.com. Menjana pendapatan dengan menjawab survey yang mudah. Biasanya cuma ambik masa tak sampai 5 minit. Satu survey dia bagi paling sikit pun RM2. Mudah gila. Lepas register terus check email. Verify account. Lepas tu isi la profile detail bagai. Dah siap tu terus boleh jawab survey. Aku da jawab 3 survey mudah. Dah dapat RM6.40. Hahahaha.. Best gila kan..


Kalau lagi banyak jawab lagi banyak la pitihnya. Apa lagi! Jom join EnSurvey sekarang!! Dan lagi, kalau refer kengkawan pulak, kadar duit yang dapat untuk setiap survey yang dijawab akan bertambah. Soalannya senang je. Ada pilihan jawapan. Takde kes gagal punya lah. Hihi..

Minimum cashout adalah RM100. Kalau sehari dah dapat RM10. Dalam masa 10 hari dah boleh cash out. Kalau 30 hari, dah boleh dapat RM300. wahh.. Makcik kayooo!!!

Hahaha. Nampak macam scam tak? Actually aku pun tatau scam ke tidak. Tapi since menda ni FREE je, tak salah coba coba kan.

Nak join klik SINI

Good luck

Daa

Apa itu program Kaching$$

Assalamualaikum

Macam hebat hebat je kan namanya.. Hehehe. Ringkasnya Program Kaching$$ ni adalah satu cash reward bagi referral Ourkizuna

Syarat nak join cuma jadi follower Ourkizuna. Yang dah jadi follower memang dah automatically join program ni. Tak payah buat entry ke apa. Tapi kalau buat entry dan promote lagi bagus sebab nanti orang akan klik dari entry tu.

Cash reward program ni adalah terbuka kepada sesiapa yang ada blog. 3 blog yang paling banyak refer ke Ourkizuna dalam masa sebulan akan dapat cash reward.

Bagi rewardnya pulak
100 visits yang pertama dapat RM5
Setiap 1 visit yang berikutnya adalah 1 sen.

Contoh paling mudah kalau yang paling banyak tu dia refer 500
So rewardnya adalah RM5 + RM4 = RM9.

Cara nak promote link Ourkizuna tu terpulang dan bebas. Tapi make sure yang dipromote blog tu blog sendiri dan suruh orang lain untuk klik ke Ourkizuna. Antara kaedah nak promote adalah dengan selitkan link entry kat sini kat mana-mana entry yang berkaitan tajuknya. 

Aku akan track referral dan jumlah visit ni guna Google Analytic
Program ni akan berjalan untuk bulan November dan December. Pemenang bulanan akan diumumkan pada 1hb bulan berikutnya. Untuk 2013, aku akan pertimbangkan semula reward dan sambutan. Kalau ada rezeki lebih insya allah ratenya akan bertambah lagi. Doa-doa kan la ya..

Bagi pemenang, aku akan bank in duit ke dalam akaun Maybank. Sori. Buat masa sekarang aku cuma reti bank in ke akaun Maybank je. Yang lain aku tak reti. So sila bertenang dan sediakan akaun Maybank kalau rasa-rasa dah menang tu. 

Buat masa sekarang aku tak sempat lagi nak buat banner. Insya allah aku cuba pujuk-pujuk shujin buatkan banner supaya mudah orang nak tepek tampal kat blog kan..

Kalau ada apa-apa kemosykilan boleh komen atau email terus ke kesoma.rai@gmail.com. Tajuknya letaklah "Program Kaching$$" supaya mudah aku nak tau.

Err.. Ada ke yang berminat.. 

Nota kaki : Tetiba aku realized Google Analytic aku ada masalah. Dia tak track traffic since 19 Oct (Masa aku renovate blog aritu). Aku da install coding dia semula, tapi nak tau ok ke tidak kena tunggu 24-48jam. So, maybe Kacing$$ untuk bulan November akan start 2hb. Instead of 1hb.

Daa

Khamis

Edisi Siasat - IBCT Enterprise SAP Venture IX

Assalamualaikum

Aku yakin di kalangan pembaca Ourkizuna tak ramai yang perasan dan tak heran pun tentang program buat duit paling mudah yang ku kira agak baru di pasaran. Tapi Facebook aku dah mula dibanjiri dengan status yang mempromosikan program ni.

Contoh status automatic dari program SAP Venture IX. Aku print screen dari FB aku. Aku malas nak sound direct dengan diorang ni. Sebab aku tau jenis yang macam ni biasanya akan kata kita ni jeles. Tak senang duduk tengok orang nak senang (sebab aku dah pernah kena bila aku buat status perli geng geng yang promote "business" Infinity Downline dulu). So the best choice yang aku ada adalah membuat beberapa soal selidik dan meroyan di blog. Kepuasan peribadi semata-mata. Apa pun, aku harap bagi yang baru kenal dan tengah fikir-fikir nak join "business" ini, eloklah kalau difikirkan dengan teliti. Niat aku bukan menghukum. Sekadar mengajak semua berfikir.


Ini adalah beberapa contoh status FB yang akan diupdate secara auto oleh program SAP ini. Mudah bukan? Duduk diam diam dapat duit.

Apa program SAP ni sebenarnya? Klik je link tu. Akan keluar gambar gambar seperti di bawah ni.


Ya. Cuma bayar RM90. Tak perlu buat apa apa. Duit akan datang bergolek golek. Ini yang orang Melayu suka. Jenis perniagaan begini yang orang Melayu selalu cari cari. Eh ada pelan pemasaran dan level pulak dah macam MLM kan.. Lantak le labu. Yang penting masyuk~. "Perniagaan" ini. Mereka ini akan kata, ini adalah perniagaan affiliates. Referral program. Di mana, kita refer orang untuk beli product syarikat. Kita akan dapat komisyen daripadanya. Mesti kena ada product. Apa productnya?


Ni baru sebahagian saja. Cakap kita kita je ni kan. Aku terus terang lah okay. Aku tau, ko pun tau. Tak payah tipu la. Siapa join benda ni untuk beli dan guna Ebook. Sure join sebab duit punye lah. Cara promote pun promote duit je. Bukan promote barang pun. Ni ebook ebook ni sampah je semua ni. Kalau ada yang baca ebook sampai yang no 5 tu memang boleh dapat Gunung Jerai kat dia. Free je. (Jangan lepas ni ada pulak fatwa kata benda ni halal kalau kita baca ebook sampai no 5 tu sudah la. Allah tau niat dalam hati..Tak payah cuba nak tipu diri sendiri lah)

So program ni tak lebih dari satu lagi program head hunting oleh orang melayu untuk orang melayu :D Hoyeh. Ramai usahawan melayu lepas ni. Akan muncul ramai jutawan Melayu lepas ni. Hehehe..

Ok. Jom berkenalan pulak dengan company yang memperkenalkan "perniagaan" ini. Website syarikat IBCT. Sebelum ni ada profile lengkap sekali dengan nombor pendaftaran perniagaan. Tapi semalam aku tengok dah takde dah. Tapi aku sempat ambik nombor pendaftaran perniagaan ni sebab aku nak check pasal company ni dengan SSM.

Nak check dengan SSM senang je sebab akak aku kerja SSM kat KL sentral nu.. Info info macam ni kacang je nak dapat.

Nama syarikat : IBCT Enterprise
Alamat syarikat : Marang, Terengganu ( aku lupa nak ambik alamat penuh)
Nombor pendaftaran syarikat : TR 0087772-V

Kalau baca di website mereka yang cikai hosting wordpress je, syarikat ini telah beroperasi secara tidak rasmi sejak tahun 1997. Baru sahaja didaftarkan secara rasmi pada tahun 23 april 2009. Kononnya dah ada 12 tahun pengalaman dalam bidang ni. 

Kesimpulan aku mudah je. So selama company ni beroperasi secara haram. Dan masih lagi haram sampai hari ni sebab belum ada surat kelulusan rasmi dari Bank Negara Malaysia untuk menjalankan perniagaan MLM.

Menurut kakak aku, syarikat ni didaftarkan untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuk insurans dan penyusuan bayi. "Tak tau la mana satu yang aktif..banyak sangat jenisnya ni" Kata kakak aku. Kalau tak percaya boleh buat query sendiri dengan SSM tentang syarikat ini.

Menariknya.. SAP Venture IX bukan satu satunya program yang diperkenalkan oleh syarikat ini. 
betapa islamic nya konsep mereka "memberi lebih dari menerima"
Program ezReload MLM pun ada. Ada lesen ke nak buat MLM ni?

Menurut seorang individu yang mempromosikan "perniagaan" ini, mereka telah mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia melalui telefon (wow!) Dan kelulusan bertulis yang rasmi akan dihantar tidak lama lagi. Malah bila aku mintak dokumen, individu ni menyuruh aku call sendiri BNM. (Obviously la kan..BNM baru lulus kat telefon..belum sampai surat..lambat pulak posmen ni) Hebat!BNM bagi kelulusan melalui telefon je. Ini dah lebih dari syarikat gergasi.

Bayangkan. Syarikat "enterprise" bukan "sendirian berhad" ok. Pendaftaran enterprise kalau tak silap aku kurang dari seratus. Dan bulanan tak sampai 10 hengget. Mendapat kelulusan dari BNM untuk menjalankan perniagaan MLM. Macam ni kedai runcit ayah aku pun boleh buat MLM.

Aku tak kata diorang ni tipu. Aku yakin ramai dah dapat hasilnya.

Fikirkan. Adakah benar kelulusan dari BNM boleh didapati dengan semudah itu? Oleh sebuah syarikat enterprise yang juga didaftarkan untuk perniagaan insurans dan penyusuan bayi?

Hairannya..Macam mana.. syarikat yang memperkenalkan program yang menghasilkan pendapatan beribu ribu dalam masa yang singkat cuma guna hosting wordpress. Tak mampu ke nak bayar hosting? Siap ada iklan 102 posisi seks unik tapi dengan mudahnya dapat kelulusan dari BNM melalui telefon..

Aku tak pandai sembang agama. Kat website mereka ada tulis yang kenyataan Ustaz Zaharudin ada menyokong jenis "perniagaan" mereka ni. 

Mana mungkin aku lagi pandai dari Ustaz Zaharudin. Sungguh pun aku tak tau kenyataan mana satu yang dia refer. Ini adalah pegangan aku selama ni

(1) Satu perniagaan yang tak mempunyai product yang bermanfaat kepada pembelinya adalah haram. Dalam program ni eBook nya tak berguna pun buat orang yang join ni, sebab rata rata diorang ni bukan join nak baca eBook. Join sebab nak dapat duit bila dapat orang lain join je.
(2) Apa apa referral program atau MLM yang mempromosikan duit hasil pendapatan yang kita akan dapat semata mata dan bukan product adalah haram.
(3) Apa apa perniagaan yang kita dapat duit hasil dari ajak orang lain masuk bukan kerana belian produk adalah haram hukumnya. Rata rata yang masuk bukan sebab product, masuk kerana nak dapat duit hasil dari ajak orang lain masuk. Boleh tipu aku, boleh tipu kawan kawan, tapi boleh ke tipu diri sendiri dan tipu Allah?

Program SAP Venture IX ni haram atau tidak? Pada aku haram. Pada korang aku tak tau.

Apa yang aku lihat. Mereka yang mempromosikan "perniagaan" atau program ni biasanya akan menekankan, "tak perlu buat apa dapat duit" dan bukan "ebook yang kami tawarkan hebat dan bagus". So Melayu ramai yang tertarik sebab jenis bangsa yang namanya melayu ni (bukan semua) memang suka benda benda yang duk saja duk diam duk mengangkang duk menonggeng pun dapat duit.

Menambah perisa dalam masakan.. Ada jaminan pulangan wang.. Hehehe...

Ikut korang la. Korang kan lagi pandai lagi bijaksana dari aku.

Aku hairan. Kenapa ya..melayu, islam yang belajar tentang muamalat dan adab berjual beli dalam islam. Tentang rezeki. Sangat sangat suka dengan perniagaan yang tak perlu buat apa apa. Tapi bila sembang..ohh..kami berusaha... Kami post entry ni kat FB. Kami berdoa agar ada orang lain yang sama sama join program ni. Dan kemudian kami bertawakal. Kalau itu rezeki kami, kami redha. Kalau tak dapat tu bukan rezeki kami.

Alangkah mudahnya konsep usaha,doa dan tawakal bagi mereka ni.

Aku rasa macam nak mencarut pun ada. Tapi biarlah. Setiap orang ada kefahaman masing masing.

Kalau ada yang nak kata business ni adalah HALAL ikut kata Ustaz Zaharudin atau sesiapa, meh bagi link kat aku. Kalau base on aku punya understanding, SAP memang haram.  Tapi jangan risau, bagi pihak IBCT mahu pun mereka yang dah mula "nampak duit" dalam "perniagaan" ni diorang akan sedaya upaya cari fatwa yang boleh meng"halal"kan "perniagaan" ni. So ingatlah dan cubalah buat keputusan yang rasional. Yang meragukan baik ditinggalkan. Rezeki yang haram kalau jadi darah daging, ia boleh mengheret kita ke neraka. Mungkin di dunia kita akan mewah dengan wang ringgit. Tapi akhirat?

Bagi yang dah berkeluarga pulak, macam mana dengan anak isteri atau suami yang kita beri mereka makan dengan hasil pendapatan yang tak bersih atau syubahat. Kalau anak da besar tak dengar cakap dan derhaka pada kita. Jangan sesekali salahkan mereka dan kawan kawan mereka semata mata. Ingat. Nasi yang kita suap ke mulut mereka dari sejak mereka kecil tu datang dari sumber mana. Halal haramnya...
Pada aku. This is not even something that you can call a business.

Info tambahan : Melalui pembacaan, hanya syarikat yang tertakluk di bawah akta syarikat 1965 sahaja yang layak memohon lesen AJL. Syarikat syarikat ini adalah syarikat "sendirian berhad" sahaja. Dengan kata lain, enterprise seperti IBCT Enterprise tidak layak membuat permohonan lesen AJL. Dan adalah salah dari segi undang-undang negara Malaysia sekiranya mereka menjalankan perniagaan MLM.

Ok. Puas hati dapat membebel di sini. Kalau korang rasa berbaloi, tolong sebar pada kawan kawan.

Perhatian, aku takde niat nak menjatuhkan sesiapa. Aku suka kalau orang Melayu suka berniaga. Dengan cara yang betul. Kalau IBCT boleh buktikan mereka benar dan lampirkan no lesen AJL mereka dan buktikan perniagaan mereka HALAL di sisi undang undang negara dan Islam, sila lah berbuat demikian. Dengan senang hati aku akan delete entry ini.

Nota kaki : Credit to my husband yang memberi galakan untuk menulis tentang perkara ni.

Daa


Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com