Memaparkan catatan dengan label Anti vaksin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anti vaksin. Papar semua catatan

Rabu

Petua melegakan batuk dan sakit tekak

Assalamualaikum

Memang ada banyak petua melegakan batuk dan sakit tekak dikongsikan di internet.

Dua minggu ni memang minggu yang paling "hectic" bagi aku sebab anak-anak dengan shujin jatuh sakit.

Alhamdulillah.. Dalam 52 minggu setahun.. Dua minggu baru diorang demam. Most of the time sihat walafiat. 

Shujin kena tonsilitis
Aisy suspected lung infection
Aqil Demam batuk selesema
Damia muntah sakit perut demam

Aku pun menumpang sakit jugak. Demam selesema sampai 39.3 degree. Memang tak larat nak bangun. 

Alhamdulillah aku dah sembuh. Aisy terpaksa makan antibiotik sampai Jumaat ni. Tapi takde demam. Batuk sikit.

Hoi.. Panjang cerita nak share petua je kot. Hahaha..

Okay...

Batuk sakit tekak dan tonsil shujin bengkak yang sangat menyakitkan.

Aku saket hati sebab dia makan ubat, simptomnya makin menyebabkan dia miserable. Antibiotik tu maybe tak berkesan sebab shujin kena viral infection. PCM dah habis. Tapi demam masih on off sebab tonsilnya masih bengkak.

So, aku pun geram. Bancuh apple cider vinegar (cuka epal) letak madu dengan air suam. Bagi shujin minum. Satu botol air 500ml dia minum sepanjang malam tadi. Alhamdulillah. Putih putih kat tekak tu almost clear. Tinggal bengkak sikit. Demam pun dah takde. Kalau baru baru sakit tekak nak kena selesema pun elok diamalkan tau.

Aisy pulak. Batuk tu aku bakar bawang putih, rendam dalam minyak kelapa (virgin coconut oil). Biarkan infuse 10-15 minit. Sapukan kat dada dan belakang. Kalau badan berangin pun bagus sapu ngan minyak ni. Shujin kata lega. 

See... Aku bukan anti doktor atau anti ubat. Cuma kebanyakan masa aku rasa natural remedies lebih berkesan. Cuma dalam certain certain kes macam kes aisy suspected lung infection tu aku mengalah jugak bagi antibiotik.

Daa

Khamis

Menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab

Assalamualaikum

Dalam minggu lepas, aku sempat melihat dan menyertai "perbincangan" tentang vaksin di FB. Nak kata perbincangan pun tak berapa nak bincang. Lebih kepada para ahli perubatan keluarkan statement menghukum ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin macam aku.

Aku bukan anti perubatan moden atau anti doktor.

Tapi melihat pada cara doktor doktor tersebut menjawab komen aku. Aku nak gelak dan menangis dalam masa yang sama.

(1) Aku melihat mereka amat gemar merendah rendahkan pengetahuan para pesakit
(2) Segala fakta keluar sebijik ayat buku teks dan banyak kopipes dari internet, walau pun masing masing memperlekeh orang yang macam aku ni macam orang kampung yang ilmu takat ilmu google je.
(3) Amat menyedihkan sebab kerjaya professional sebagai seorang doktor menjadikan sesetengah dari mereka sombong bongkak dan menganggap kami macam penjenayah, melabel kami ibu bapa yang tak bertanggungjawab bahkan yang panggil aku berfikiran sempit. Walhal, aku cuma menekankan bahawa keputusan untuk memilih sama ada vaksin atau tidak adalah atas budi bicara ibu bapa. Tiada undang undang mewajibkan vaksin. So, adalah tidak wajar kalau label kami yang memilih ni sebagai penjenayah.

Tak ada yang menjawab bila aku tanya..

Macam mana anak aku yang tak vaksin, tak ada penyakit tu boleh membahayakan anak mereka.

Bukan ke yang menjangkitkan penyakit adalah mereka yang sakit. Atau yang terdedah kepada pesakit yang telah dijangkiti?

Masing masing cuma menjawab, yang anak aku boleh jadi membawa virus tanpa dijangkiti penyakit kerana virus ada di mana mana. 

Oleh itu, bukan ke sesiapa saja even yang dah vaksin pun boleh bawa virus tanpa dijangkiti penyakit..?

Sepatutnya aku yang risau sebab anak aku tidak dilindungi vaksin..

Kenapa diorang suruh anak aku duduk diam diam kat rumah jangan campur anak orang lain..?

Aku takde rasa nak suruh orang lain tak vaksin. Aku cuma suruh korang ambik tau.

(1) Jenis vaksin yang dicucuk pada anak. Ramai yang patuh, bawak anak pergi cucuk ikut aturan, tapi tak tau vaksin apa yang dicucuk.
(2) Ketahui hak selepas cucuk. Ada GPF. Download dan baca. Kita tak tau bila kita perlu file kan report. Mungkin akan ada kesan, mungkin tidak. Alhamdulillah kalau tidak. Tapi perlu juga berhati hati kan..
(3) Jangan lupa ambil insert vaksin dari doktor dan kepilkan pada kad kesihatan anak. Malas baca pun takpe. Just ambil dan kepilkan.

And last.. Kalau orang gesa aku suruh vaksin anak dengan alasan vaksin diharuskan oleh syarak..

• Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu TIADA UBAT ALTERNATIF YANG LAIN adalah berpandu kepada
Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

• Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah DILARANG.

Perubatan dengan sumber yang haram adalah bagi yang darurat. Aku tidak menganggap diri aku dalam keadaan darurat. Jadi, secara asasnya.. Hukum vaksin anak pada aku adalah bukan HARUS.


Vaksin adalah salah satu pilihan. Walau pun tak vaksin, aku bukan cuma menadah tangan tanpa buat apa apa usaha. Mungkin aku tak belajar ilmu perubatan di sekolah macam doktor doktor. Insya allah dengan sedikit ilmu yang aku belajar, aku cuba melindungi anak anak dengan cara yang mungkin lain sikit dari orang lain. Apa pun pilihan kita, semoga Allah melindungi kita semua.

Tahukah anda, salah satu kesan (adverse reaction) MMR vaksin sebagaimana yang dituliskan pada insert vaksin adalah atypical measles. Bermakna, anak tuan puan yang sihat tu.. Bila dicucuk vaksin MMR, mungkin boleh kena demam campak. Bukan ke macam takde penyakit cari penyakit. At least bagi aku la...

Daa

Rabu

Tak bagi ubat bukan tak sayang anak

Assalamualaikum

Tak mudah menjadi ibu bapa. After all.. Jadi apa yang mudah..? Haiwan pun ada masalah kan.. Hehehe..
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan. Terutamanya dalam hal berkaitan dengan anak-anak. Masa depan mereka dan kesihatan mereka. Lepas Aqil lahir, aku anggapkan, bawa anak ke klinik setiap kali demam dan standby ubat di rumah adalah satu pilihan yang terbaik yang aku boleh lakukan untuk anak.

Tapi sekarang, aku bersyukur sebab setelah ikut macam-macam kelas berkaitan kesihatan dan membaca dari pelbagai sumber. Aku yakin yang mengelakkan pengambilan ubat adalah satu langkah yang terbaik untuk aku sebagai ibu lakukan.

Melihatkan pada insiden yang berlaku baru baru ini. Siapa sangka. Hanya beberapa ml ubat boleh mengubah hidup dan mati seorang bayi. Aku tak salahkan ibu bapa tu. Juga aku tak salahkan doktor. Reaksi terhadap ubat berlaku tanpa siapa pun sangka. Sebagai ibu bapa juga, mereka melakukan sesuatu yang mereka rasakan pilihan terbaik untuk anak. Siapa tak sayangkan anak.

Still.. Ramai marahkan aku sebab masa Aisy demam umur 3 bulan, aku tak bawa ke klinik. Sampai kata kami tak cukup duit, tak sayangkan anak. Ramai yang tuduh aku kejam sebab tak vaksin anak-anak. Tahu ke diorang aku tak bawa ke klinik, tak bagi ubat bukan bermaksud aku biar anak terlantar sakit tak buat apa..

Sekadar peringatan pada ibu bapa yang ada anak kecil, termasuk diri aku sendiri.. Berhati hati bagi ubat pada anak-anak, terutamanya bayi dibawah umur dua tahun. Beza antara dos yang berkesan dan dos yang boleh membahayakan nyawa adalah sangat sedikit. Hanya berikan ubat sekiranya benar benar perlu. Aku tengok trend zaman sekarang, bila anak panas lebih sikit terus sumbat ubat bontot (voren etc). Mungkin ianya jauh dari perut. Tapi tak bermaksud ianya selamat. Begitu juga ubat demam, selesema dan batuk. Macam aku ulang banyak kali dalam entry entry lalu, ubat selesema dan batuk tak berkesan untuk bayi bawah dua tahun. Even ubat demam pun boleh mengurangkan kecekapan imun sistem melawan jangkitan kuman.

Penting bagi ibu bapa banyakkan membaca. Jangan harapkan pada doktor semata mata. Berhentilah anggap yang "oh sebab doktor yang bagi, patutnya ianya selamat lah". Bukan aku kata doktor tak tahu apa dia buat. Cuma, kita perlu juga bertanggungjawab pada diri sendiri dan anak-anak.

Alhamdulillah berkat aku buat pekak telinga dan kedegilan aku. Aisy belum pernah makan ubat. Aqil dan Damia dah hampir dua tahun tak makan ubat. 

Daa

Selasa

Natural birth : My opinion

Assalamualaikum

Ini cumalah pendapat peribadi aku tentang insiden kematian yang berlaku melibatkan seorang wanita yang memilih untuk melahirkan anak di rumah.

Pada pendapat aku, mereka memilih untuk melahirkan anak di rumah setelah mengambil kira semua risiko yang ada. Betul. Aku setuju, kematian mungkin boleh dielakkan sekiranya ianya dilakukan di hospital. Tapi hakikatnya. Ianya telah berlaku. Dan there's nothing much yang kita boleh lakukan selain dari menghadiahkan al fatihah buat arwah.

Janganlah pulak kita buat dosa kering dengan kata itu ini pada mereka.

Setiap dari kita membuat pilihan. Tak kira apa jenis pilihan. Setiap hari membuat pilihan sama ada nak ambil risiko bersalin di hospital atau di rumah. Bukan tak ada berlaku kematian atau kecuaian pihak hospital hingga menyebabkan kematian atau kecacatan kekal. Mungkin orang kata peratusannya kecil. Ya. Siapa tahu. Selagi yang kena bukan kita. Dan kalau kejadian berlaku di hospital pun, bukan ada sesiapa yang bakal bertanggungjawab.

Begitu juga membuat pilihan nak vaksin anak atau tidak. Orang kata.. AEFI rendah peratusannya. Tapi kalau terkena demam campak tak semestinya cacat terus. Beguk tak semestinya jadi pekak. Ianya berlaku. Ambil kira risiko yang kita ambil. Ianya dipanggil risk management. 

Kita tak boleh elak kemalangan boleh berlaku. Kita berhati hati. Tapi mungkin orang lain tidak. Jadi, terpulang pada kita macam mana kita nak buat pilihan dan mengawal risiko yang bakal kita ambik.

Bagi aku. Aku pilih sesuatu di dalam bidang kuasa aku. Yang aku boleh kawal. Sebab kita tak boleh kawal AEFI. AEFI boleh berlaku kepada sesiapa. Ikut nasib pun ada jugak. Tapi penyakit, kita boleh bantu dengan kawal anak kita, kuatkan sistem imun dia.

Begitu juga dengan pasangan suami isteri yang terlibat dalam kes baru baru ni. Mereka tak mahu meletakkan risiko dengan sakit di hospital jadi memilih untuk sakit di rumah. Itu pilihan mereka. Apa yang berlaku, walau pun mungkin orang kata "boleh dielakkan", tapi siapa kita nak kata kalau kalau. Kun faya kun..

Pada aku.. Aku melakukan sesuatu dalam kawalan aku dan bergantung pada Allah. 

Still.. Aku sendiri tak mampu nak pilih home birth sebab aku penakut. Natural birth di hospital tu ya aku setuju sangat sangat.

Apa pengalaman bersalin korang kat hospital?

Daa

Isnin

What's wrong with vaccination?

Assalamualaikum

Pada pendapat aku, there's nothing wrong with the idea of vaccination itself. Sangat sangat bagus. Introduce makhluk halus pada badan untuk induce immune system bayi yang masih kecil. Melatih imun sistem.

So, whats wrong with vaccine?

(1) Bahan yang digunakan diragui kesuciannya
Bahan yang digunakan dalam proses penghasilan vaksin adalah menjijikkan. Walau pun dikatakan bahawa bahan berbahaya yang digunakan dalam proses penghasilan vaksin akan diasingkan pula masa akhir proses, tapi masih ada sedikit trace amount yang tinggal dalam tu. Antara medium yang digunakan untuk menternak bakteria adalah otak monyet hijau, fetus sihat yang digugurkan pada tahun 60-an, enzim dari babi dan sel dari perempuan yang mati sebab sakit kanser rahim. Itu belum kira kandungan bahan berbahaya. MSG.. Bukan main iklan product makanan. Tiada MSG bagai. Makan tak boleh, tapi cucuk takpe pulak. Mainan budak tak boleh kalau ada formaldehyde, tapi dalam vaksin yang duk cucuk tu ada boleh pulak.. Jangan makan besar laut dalam banyak sangat. Ada merkuri. Tapi tiap bulan serah peha anak kat doktor untuk cucuk merkuri boleh pulak..? Oh alasannya.. dosnya terlalu kecil. Tak berbahaya. Cuba check berapa jumlah mercury yang dicucuk ke dalam badan seorang kanak-kanak kalau ambik semua vaksin dalam jadual? Mercury adalah neurotoxin, MSG adalah exitotoxin atau juga neurotoxin. Ianya merosakkan saraf. Formaldehyde adalah highly toxin.

Dari Wikipedia :
Although many studies have failed to show a relationship between formaldehyde and asthma, a recent review of studies has shown a strong association between exposure to formaldehyde and the development of childhood asthma.
Ever wonder why asma sangat common pada zaman sekarang? Jawapan doktor mudah je. Genetik mak bapak ni.. Settle. No further explaination required.


   Auto immune disease disebabkan oleh kandungan vaksin?

(2) Tahap keselamatan tak diuji
Tak ada ujian keselamatan bagi vaksin hepatitis B yang dicucuk pada bayi baru lahir. TIADA. NONE. So, takde siapa tahu sejauh mana vaksin Hepatitis B berkesan mencegah hepatitis B pada baby yang baru lahir since tak ada ujian. Tak ada data. Macam mana reaksi imun sistem bayi yang belum matang terhadap vaksin yang dicucuk juga tidak diketahui. Ini adalah salah satu contoh jelas.


Malah dalam kes vaksin lain pun, bayi di bawah 6 bulan, imun sistemnya masih belum cukup matang. Ia bergantung pada antibodi dari darah ibu yang disalurkan melalui tali pusat ketika lahir dan antibodi yang diberikan oleh ibu melalui susu ibu. Jadi, reaksi imun sistem terhadap virus yang diperkenalkan tak sama macam orang dewasa. Adakah selamat? Hanya Allah yang tau sebab tak ada data.



(3) Keberkesanan diragui
Dulu masa MMR baru keluar. Tagline nya adalah, hanya satu dos dah mencukupi. Sekarang MMR dah kena ambik booster. Manufacturer claim yang perlindungan dari vaksin berbelas tahun berpuluh tahun. Banyak dah kes outbreak berlaku dikalangan anak-anak yang fully vaccinated.
Dan bila kaji balik, rupanya perlindungan vaksin cuma bertahan 3-4 tahun. Cuma tahan kurang dari 10 tahun. Dan lagi, setiap satu penyakit, virus ada banyak jenis. Contohnya macam HPV. Strain virus dalam vaksin HPV cuma 4 strain. Tapi strain virus yang boleh menyebabkan kanser
serviks ada 100 jenis. Dan, virus juga sangat mudah mutated. So, kalau cucuk tapi tiada perlindungan, in the end cucuk apa? Cucuk heavy metal, cucuk MSG, DNA binatang, DNA manusia entah siapa, silap silap contaminated dengan virus sakit lain.. Allah bagi badan sihat walafiat, pergi cucuk benda bukan bukan. Jadi sakit bukan bukan. Ada kajian yang kata, virus HIV adalah asalnya ada monyet hijau. Mungkin sebab tu zaman dulu takde dengar sangat pasal HIV ni. Wallahualam.

Ada dengar kes polio di Malaysia? Baru baru ni tak ada dengar dah. Di US, polio outbreak dikatakan berpunca dari vaksin polio sendiri. So jangan ingat pendatang haram je boleh sebarkan penyakit.. Vaksin pun boleh.

(4) Terlalu banyak dos dalam satu masa
Semakin maju teknologi.. Makin banyak dos yang diberikan dalam satu masa. MMR 3 dalam 1. Measles Mumps dan Rubela. Lepas tu ada MMRV - 4-in-1. Measles Mumps Rubela Varicella (utk chicken pox). Dalam schedule pulak.. Boleh 2-3 shot dalam sekali visit ke doktor. Agak agak macam mana badan bayi yang imun sistem baru nak merangkak nak handle 3-4-5 jenis virus yang dilemahkan masuk dalam badan dalam satu masa? Berapa baby dalam dunia ni kita jumpa dia jangkit demam campak kena beguk rubela dan jangkit chicken pox dalam satu masa?


(6) Sistem perlaksanaan satu hala
Selama ni ramai yang sangka vaksin "wajib". Hakikatnya, tiada vaksin wajib. Selama ni tiada siapa didedahkan yang vaksin boleh mempunyai bermacam jenis kesan sampingan. Takut orang freak out takmo vaksin. Memanglah. Bukan hak kita ke nak tau apa dalam vaksin? Tahu tak yang eczema mungkin boleh jadi salah satu kesan daripada vaksin. Tahu tak bahawa inconsolable screaming and crying adalah salah satu kesan daripada vaksin. Tahu tak bahawa kita sepatutnya diberitahu bahawa kesan vaksin bukan hanya demam semata mata. Dan dengan memberikan PCM apabila demam selepas vaksin adalah berisiko. Dan boleh memburukkan keadaan. Tahu tak bahawa di Malaysia tiada statistik kecederaan akibat daripada vaksin sebab kes tidak dilaporkan. Bukan sebab ianya tidak berlaku. Ya, kesan akibat vaksin adalah rendah. Begitu juga kesan sampingan daripada penyakit yang dilindungi oleh vaksin.

Tapi kebaikan vaksin dapat melindungi anak daripada penyakit yang mungkin berbahaya untuk mereka. Kita berusaha. Vaksin salah satu usaha. Apa salahnya. Kebaikan melebihi keburukan.. Betul ke? Entah. Tidak pada aku.

Pendapat peribadi aku. Kalau jalannya adalah dengan mencucuk benda yang diragui kesuciannya. Dengan mengkayakan orang lain yang dlindungi undang undang yang takde kesan apa apa walau pun anak kita sakit sebab vaksin. Maaf. Aku pilih jalan lain. Kes di Malaysia. Seorang pelajar lumpuh selepas dicucuk vaksin. Siapa yang hidup dengan kesannya? Kilang yang keluarkan vaksin? Farmasi yang jual vaksin? Doktor atau nurse yang cucuk vaksin? Yang beria ria menganjurkan bahawa vaksin sangat berkesan untuk mencegah penyakit. Normal la tu. Ciptaan manusia ada kelemahan. Untuk selamatkan berjuta nyawa, korbankan satu dua nyawa. Apa ada hal. Selagi yang korban bukan anak kita.

Tiada mainstream research yang mengaitkan antara autism dan vaksin. Mungkin memang tak ada kaitan atau mungkin sebab tekanan dari big pharma pengeluar vaksin. Vaccination adalah industry yang sangat besar. Ready market beb.. Setiap hari berjuta bayi dilahirkan. Kalau betul vaksin penyebab autism, habisla vaccine industry.



               Memperkuatkan imun sistem tanpa vaksin



Aku memilih tak vaksin bukan bermaksud aku duduk diam tak buat apa. Bukan bermaksud aku pergi jumpa bomoh bila anak sakit. Kalau dengan usaha, doa dan tawakal yang
aku buat tu. Allah masih nak uji dengan bagi penyakit. Aku redha. Tapi untuk saja saja cucuk anak aku yang comel gebu sihat walafiat dengan virus dan bahan lain tu. Ampunn..
Aku tak mampu. Dulu aku tak tau. Sekarang aku da tau. Pada aku, ini wake up call untuk aku.

Semoga aku istiqamah dengan pilihan aku.


Nota kaki : Thimerosal dikatakan tidak lagi digunakan dalam kebanyakan vaksin pada kanak-kanak, tapi kalau ikut pembacaan aku, ianya digantikan dengan alumunium yang sama toxic dengan mercury. Dan ada juga yang masih digunakan dalam proses penghasilan, cuma masa end of process tu dikeluarkan. Wujud dalam bentuk trace amount. So, you do know that some product yang kata sugar FREE tu dalamnya ada gula, do you? So it applies the same dengan vaksin.


No matter korang sebagai ibu bapa pilih nak vaksin atau tidak. Kalau boleh bacalah segala info yang ada. Still, its up to parents to decide. Good luck.

Daa

Rabu

Vaksin. Tak paham!

Assalamualaikum

Mungkin ramai parents yang rasa risau pasal vaksin ni dan tak tau dan tak pasti pasal decision nak cucuk atau tidak.

Ramai yang share kat FB kenyataan dari KKM tentang isu vaksin. Tak salah kenyataan KKM tu. Cuma nasihat aku pada parents. Buat la research sendiri juga. Jangan harap orang suap segala benda. Kalau orang suap makanan sedap sedap bagus la. Kalau orang suap taik?

Anyway. Bagi sesiapa yang nak start membaca tentang vaksin dan taktau nak mula dari mana. Cuba mulakan pembacaan dengan penyakit penyakit yang dilindungi oleh vaksin. Bak kata orang. Kenali musuh kita. So musuhnya sekarang adalah penyakit.

Chicken pox
Measles – campak
Hepatitis
Polio
Rubella

Dan lain lain lagi. Kenali penyakit penyakit ini. Apa punca, tanda tanda, komplikasi yang mungkin berlaku, cara penjagaan dan lain lain lagi. Selepas tu, tengok pulak apa vaksin yang melindungi penyakit tersebut. Tengok kandungannya. Kemungkinan adverse reaction dari vaksin tersebut. Macam mana nak handle kalau berlaku adverse reaction. Dan lain lain research berkaitan. Kemudian. Baru buat keputusan sama ada nak vaksin atau tidak.

Memilih untuk tak vaksin bukan bermaksud kita sebagai ibu bapa tak sayang anak. Vaksin salah satu alternative yang ada. Ada juga alternative lain lagi untuk melindungi anak anak dari bahaya komplikasi penyakit. Dengan penjagaan yang betul, insya allah komplikasi dapat dielakkan. Kalau pilih untuk vaksin sekali pun, bukan bermaksud kita boleh pandang ringan penyakit penyakit tersebut sebab perlindungan oleh vaksin bukan 100%.

Insya allah dari masa ke semasa, aku share apa apa info untuk semua.

Aku bukan nak menghasut sesiapa ok.

Daa

Sabtu

I'm not anti-vax

Assalamualaikum

"Never overestimate your ability to change others"

Orang.. Kalau dia nak berubah.. Dia akan berubah sendiri. Suruh ke paksa sekali pun, orang takkan berubah kalau dia taknak. Bagi 1001 dalil kat orang yang pro vaccine pun, kalau dia tak buka hati buka mata buka minda, dia tetap akan sokong kata vaksin tu bagus. Begitula sebaliknya.

Melihat perdebatan antara ibu bapa yang memilih untuk menolak vaccination dengan golongan pengamal perubatan di FB.

Bagi yang mengikuti post tersebut boleh baca komen mereka yang terlibat dan terdapat banyak link rujukan yang boleh membantu ibu bapa dan bakal ibu bapa dalam membuat keputusan.

Sebagai ibu, dah tentu kita nak bagi yang terbaik buat anak masing masing. Bagaimana pun, maksud TERBAIK itu sendiri berbeza bagi setiap individu. Peribadinya, aku pada asalnya memilih untuk memberikan semua jenis vaksin pada anak anak sebagai langkah pencegahan. Tapi setelah mengikuti beberapa talk berkaitan dengan vaksin dan membaca buku buku dan baca info dari pelbagai sumber, aku memilih untuk hentikan vaksin untuk anak anak. Aqil Mubarak almost full vaccination, Atiqah Damia sampai setahun dan Aisy Thaqif hanya vaksin sebaik lahir.

Keputusan ini bukan mudah. Sebab kita sejak dari dulu tahu yang tujuan vaccination adalah untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Tapi alhamdulillah. Aku nekad dengan keputusan. Shujin masih agak ragu ragu. Tapi menurut. Dalam masa yang sama, aku minta dia baca tentang info vaksin supaya dia faham tentang risiko yang bakal kami tempuhi.

Ok. Berbalik pada perdebatan di FB. Bagi aku, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bukan saja kebaikan vaksin, malah perlu juga bagi mereka untuk tahu, apakah risiko yang bakal diambil dan apakah kandungan vaksin. Pada aku, adalah tidak adil bagi ibu bapa yang pergi cucuk anak ikut rutin ni tak diberitahu apa kesan sampingan dan kandungan vaksin tersebut. Sebab kalau berlaku apa apa kesan sampingan, mereka yang terpaksa melaluinya. Dan tidak adil bagi anak anak, kalau ibu bapa tak buat keputusan berdasarkan pengetahuan, hanya dengan kepercayaan bahawa ia mungkin selamat kerana kesan sampingan JARANG berlaku. Ini kerana, segala kesan pengambilan atau tak ambil vaksin yang menanggungnya anak anak.

Ambil atau tidak adalah hak individu. Tujuan aku buat post ni bukan untuk suruh atau larang orang ambik vaksin. Malah, kalau lepas ni ada yang taknak ambik vaksin sebab nak ikut macam blogger Rai Ourkizuna tu tak ambik jugak pun aku tak bagi jugak. Hahaha.. Ok. Tak kelakar. (tiru Irfa :p)
Aku cuma mintak. Ibu bapa.. Sila lah buat keputusan berdasarkan pengetahuan. Ambil tahu. Baca. Tak faham tanya. Bincang. Walau pun link antara autism dengan MMR tak dapat dibuktikan, tapi kejadian kejadian anak menjadi autism, perkembangan kebelakang dari boleh bercakap jadi tak boleh cakap memang berlaku. Ada sesetengah individu yang tidak sepatutnya dapat suntikan MMR. Atau pun lain lain vaksin. Sebab memang ada individu yang alergik terhadap kandungan dalam vaksin. Dan kecacatan kekal atau kematian akibat penyakit berjangkit yang termasuk dalam program vaksin memang boleh berlaku.

Tapi kita kena outweight kedua duanya untuk buat keputusan. Kalau ambil, risiko kesan sampingan. Tak ambil risiko kecacatan. Mind that.. Ada sesetengan penyakit yang dilindungi vaksin yang kita akan kena juga. Tapi, sama ada komplikasinya teruk ke tidak. Bandingkan risiko yang bakal kita ambil.
Aku yakin. Membaca pada feedback yang diberikan oleh pengamal perubatan yang kebanyakannya bakal doktor, ia akan mengukuhkan lagi pendirian ibu ibu tersebut untuk tidak vaksinkan anak mereka.

Jangan ambil vaksin dengan anggapan, kalau vaksin ni tak elok takkan kerajaan tak haramkan
Jangan ambil vaksin dengan anggapan, takkan doktor nak bunuh anak kita

Jangan tak ambik vaksin sebab dengar cakap orang
Jangan tak ambik vaksin sebab orang kata vaksin ni konspirasi yahudi
Jangan tak ambil vaksin sebab ianya mahal atau tak ada masa nak pergi hospital
Susah? Jadi mak bapak memang la susah. Jadi lembu pun banyak masalah bak kata orang tu.

Ibu ibu yang taknak vaksin tu pun, satu masa dulu pro vaccine jugak. Sampai la, berlaku kesan sampingan akibat vaksin yang diambil. Tapi bukan juga buat tuduhan membuta tuli. Sampai spend duit berpuluh ribu untuk hantar sample sampai ke US untuk diagnosis. Bukan jenis tak ada pelajaran, doktor sendiri pun ada.

Malangnya feedback dari sesetengah pengamal perubatan ni sangat mengecewakan. Paling kecewa bila ada yang tulis. "Jangan datang jumpa doktor kalau sakit"
Drama je lebih.

Panjang sangat. Terima kasih bagi yang baca sampai habis.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com