Jumaat

Suntikan Vaksin - Ketahui hak anda

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku melihat fenomena baru baru ni, ramai yang dah mula ada kesedaran tentang vaksin. Tentang baik buruknya. Tentang hak sebagai ibu bapa. Aku sendiri, kalau dulu main serah je peha anak bagi doktor cucuk, sekarang banyak tanya sana sini. Cari cari journal, buku dan bahan bacaan yang membantu.

Mungkin masih ramai yang belum tahu dan belum sedar. Aku bukan nak cakap pasal vaksin tu bahaya, atau nak suruh orang vaksin. Keputusan di tangan ibu bapa. Macam yang aku sentiasa tekankan. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab sepenuhnya pada anak-anak. Bukan doktor bukan nurse. Oleh itu, sebelum membuat sebarang keputusan bagi pihak anak, kita mesti tahu hak kita dan apakah pula tanggungjawab pihak klinik dan hospital yang membekalkan vaksin.
Apa yang mesti diketahui ibu bapa
(1)Program vaksinasi di Malaysia bukan satu program yang WAJIB, bagaimana pun ibu bapa digalakkan membawa bayi untuk disuntik sebagai salah satu langkah pencegahan terhadap penyakit berjangkit.
(2)Ibu bapa mempunyai hak untuk menolak sebarang vaksinasi dengan mengisi borang yang boleh didapati di mana mana Klinik Kesihatan milik kerajaan. (Borangnya macam borang kebenaran nak bedah/ taknak bedah = risiko tanggung sendiri)
(3)Sebelum sebarang suntikan vaksin dilakukan, ibu bapa berhak tau apa jenis suntikan, apa jenis penyakit yang dicegah, apa kemungkinan kesan sampingan yang boleh berlaku.

Apa tanggungjawab pegawai perubatan, doktor dan jururawat
(1)Kena terangkan pada ibu bapa pasal suntikan yang nak diberikan. Bukan main suntik je sebab ada sesetengah orang concern dengan kandungan dalam vaksin. Macam jenis adjuvant yang digunakan, bahan tambahan selain dari virus yang mati sebab vaksin nak kena ada preservative jugak. Ada sesetengah vaksin juga dikatakan mengandungi DNA babi macam rotarix (tak sure sekarang wujud lagi ke tidak.. :D) Kalau tak ada masa nak terangkan, kepilkan vaksin insert pada kad klinik supaya ibu bapa boleh rujuk.
(2)Setiap kali nak suntik kena rekodkan pada buku program vaksinasi budak tu (kad klinik tu la) apa nama vaksin, jenama, batch number, stock number, expiry date dan kepilkan insert vaksin (kertas penerangan yg duduk dalam kotak tu) pada kad tu supaya ibu bapa boleh rujuk kalau berlaku apa-apa kesan sampingan dikemudian hari. Sebab kalau nak buat laporan tentang kesan vaksin nak kena ada semua info tu untuk memudahkan siasatan.
(3)Kalau ada ibu bapa yang datang nak melaporkan tentang kemungkinan kesan sampingan vaksin, jangan tolak, jangan marah atau kata itu semua genetik. Bagi borang untuk mereka isikan. Biarkan pihak atasan yang jalankan siasatan lanjut. Ini penting untuk mengetahui angka yang tepat tentang anak anak yang mendapat kesan sampingan dari vaksin di Malaysia.

Kesan vaksin boleh dilihat sebaik suntikan dilakukan, sehingga ke 12 bulan. Actually ada juga kemungkinan lepas bertahun tahun baru nampak kesan. Antara kesan vaksin yang biasa adalah demam, nangis terjerit jerit sampai tak boleh nak pujuk, eczema.. Ada yang menolak kata autism tak ada link dengan MMR, tapi realitinya ada beberapa kes yang aku tau, progress perkembangan budak ke belakang sebaik lepas vaksin. Dari boleh jalan tak boleh jalan, boleh cakap beberapa perkataan lepas tu langsung tak boleh cakap. Sebelum vaksin boleh dengan orang, lepas tu takut orang. So how do you explain this?

Pada pendapat aku, jangan ambik mudah sangat. Sebab reaksi setiap orang terhadap vaksin berbeza. Syukur kalau takde apa apa kesan sebab kebarangkalian untuk berlaku kesan sampingan adalah kecil. Tapi, sebagai ibu bapa kita kena ingat. Pada doktor, 1 dalam sejuta atau 1 dalam 10juta sekali pun hanyalah satu angka. Statistik. Tapi yang satu tu, kalau berlaku pada anak kita, statistik bagi kita adalah 100%.

Actually, baru baru ni aku baru check balik Aqil kena seizure masa kecik dulu. Bila check kad klinik dia, tarikh dia kena seizure adalah dua hari selepas kena vaksin. Aku langsung tak terfikir dan tak sedar pasal ni sampai lah baru baru ni. Mungkin sebab vaksin tu mungkin sebab lain. Apa pun Alhamdulillah Aqil sihat sampai hari ni, dan tak nampak sebarang kesan selain dari dia lebih mudah jatuh sakit. Aku tak menyalahkan vaksin dalam hal ni sebab memang tak tau punca sebenarnya. Cuma mungkin ia adalah salah satu faktor dari banyak banyak faktor yang lain.

Prosedur nak melaporkan kesan dari vaksin boleh baca kat website kementerian kesihatan Malaysia

Selamat membaca

Daa

14 comments:

Mulan berkata... [Reply]

memang kita semua nak yang terbaik utk anak2 kan.. apa2 pon kita wajib percaya pd qada qadar Ilahi.. ada kawan, baby dia amik MMR, sebelum tu sihat x de apa2 tapi lepas injection kena autisme..

Mulan berkata... [Reply]

terlebih pulak eja autism..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Buat kakak semuanya telah berlalu. Kakak memang naif bab ini. Anak-anak dah pun besar dan dulu kalau anak nak kena vaksin terus serah aje tak banyak soal - naif betul kan..

Unknown berkata... [Reply]

kak mulan,
betul kak..vaksin tak vaksin adalah sebahagian dari usaha. setiap manusia caranya berbeza. apa pun pilihan kita semoga Allah mengampuni dan memelihara kita dari dosa membuat kerosakan.

Unknown berkata... [Reply]

kak zakie,
tak apa kak.. saya pun terlepas jugak. semoga Allah ampunkan dosa kita kerana keputusan yg kita tak tahu. insya allah sempat lagi kak.. ada hpv vaksin utk budak 13 tahun pulak kan sekarang..

Cikda berkata... [Reply]

ha'ah ek..cikda pun tak pernah terpikir pasal vaksin n hak ibu bapa ni.. main serah je ikut buku rekod bayi tu.. Mudah2an tak berlaku la perkara yg tak diingini..

Dr K berkata... [Reply]

So newborn baru ni, what is your decision? Selectively accept, or totally reject? :)

mummY daniSha berkata... [Reply]

daddy ziyyad, wats ur opinion? please advise hehe

BERT ATIAH berkata... [Reply]

sy pun peningg dengan kes vaksin ni... patut atau tidak vaksin ni tak tau la.. dlu ada anak buah tak kene vaksin.. asalnya kene ruam je kat muka.. pastu terus merebak dari kepala sampai kaki sampai bernanah2.. bila tanya doktor puncanya tak vaksin... sy takat ni vaksin je smua.. bila dah timbul isu ni dah mula ragu2... huhu...

Unknown berkata... [Reply]

haha.. actually saya kelakar dgn jawapan doktor tu. sori. pada pendapat akak. vaksin cuma melindungi penyakit yg specific sahaja. contoh. kalau tak vaksin hepatitis b. mungkin berisiko utk kena jangkitan hepatitis b. tatau lah ruam tu pun ada specific vaksin. tanya doktor tu lah. punca tak ambik vaksin mana satu?

Unknown berkata... [Reply]

sedang gradually belajar. bila masanya sampai akan decide. tapi most probably semua rijek. allahualam.. so far hepatitis b dah rijek.

Unknown berkata... [Reply]

mas, aku rasa daddy ziyyad pernah kata dulu. dia recommend ambik vaksin.

Dr K berkata... [Reply]

mummY daniSha, Rai :

- Pendapat peribadi saya, saya gunakan konsep timbang tara risiko yg diambil.

Analogi mudah, kita naik kereta pun tetap sentiasa ada risiko kemalangan( boleh cedera ringan, boleh mati). Tapi adakah kita terus tak naik kereta sebab terlalu takut risiko itu? Adakah kita jalan kaki pergi kerja, balik kampung? :P Tak bukan..kita tetap naik kereta, dengan ambil langkah berjaga jaga, dan kemudian, baru tawakal & berdoa kepada Nya :)

So, itu lah konsep dan pendapat saya tentang vaksinasi ini. In fact, ia terpakai utk semua jenis procedure perubatan/pembedahan/ambik ubat ubatan. Saya timbangtara, which is is more beneficial, yg mana lagi high risk, ambil VS tak ambil. :)

Apa apa pun, kita semua dah dewasa dan matang.
Keputusan terletak di tangan masing masing.
Hormati hak dan kepercayaan setiap orang, itu pegangan saya :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

setuju dgn komen DZ.. terpulang msg2 !

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com