Rabu

Petua melegakan batuk dan sakit tekak

Assalamualaikum

Memang ada banyak petua melegakan batuk dan sakit tekak dikongsikan di internet.

Dua minggu ni memang minggu yang paling "hectic" bagi aku sebab anak-anak dengan shujin jatuh sakit.

Alhamdulillah.. Dalam 52 minggu setahun.. Dua minggu baru diorang demam. Most of the time sihat walafiat. 

Shujin kena tonsilitis
Aisy suspected lung infection
Aqil Demam batuk selesema
Damia muntah sakit perut demam

Aku pun menumpang sakit jugak. Demam selesema sampai 39.3 degree. Memang tak larat nak bangun. 

Alhamdulillah aku dah sembuh. Aisy terpaksa makan antibiotik sampai Jumaat ni. Tapi takde demam. Batuk sikit.

Hoi.. Panjang cerita nak share petua je kot. Hahaha..

Okay...

Batuk sakit tekak dan tonsil shujin bengkak yang sangat menyakitkan.

Aku saket hati sebab dia makan ubat, simptomnya makin menyebabkan dia miserable. Antibiotik tu maybe tak berkesan sebab shujin kena viral infection. PCM dah habis. Tapi demam masih on off sebab tonsilnya masih bengkak.

So, aku pun geram. Bancuh apple cider vinegar (cuka epal) letak madu dengan air suam. Bagi shujin minum. Satu botol air 500ml dia minum sepanjang malam tadi. Alhamdulillah. Putih putih kat tekak tu almost clear. Tinggal bengkak sikit. Demam pun dah takde. Kalau baru baru sakit tekak nak kena selesema pun elok diamalkan tau.

Aisy pulak. Batuk tu aku bakar bawang putih, rendam dalam minyak kelapa (virgin coconut oil). Biarkan infuse 10-15 minit. Sapukan kat dada dan belakang. Kalau badan berangin pun bagus sapu ngan minyak ni. Shujin kata lega. 

See... Aku bukan anti doktor atau anti ubat. Cuma kebanyakan masa aku rasa natural remedies lebih berkesan. Cuma dalam certain certain kes macam kes aisy suspected lung infection tu aku mengalah jugak bagi antibiotik.

Daa

11 comments:

lieyalatif berkata... [Reply]

rai citer pasal batuk ni mmg lieya takut...lieya ni takleh laa dekat dgn org batuk..mmg sgt2 cepat berjangkit...dah paling lambat nak baik...sampai kene pakai pad sebab batuk2 tekencing sekali...letih...mmg kene pi klinik amik antibiotik, ubat kembang dada, ubat batuk...siap tambahan vitamin c lagi...tu pun makan mase nak sembuh....

Unknown berkata... [Reply]

@lieyalatif, anak saya yang lelaki dua orang tu pun senang kena.. malam malam saya sapu garlic oil tu kat dada dia.. alhamdulillah tak melarat.. tapi still senang kena.. cuma baik tu cepat sikit.. harap2 da besar sikit nanti kurang senang kena..

eima berkata... [Reply]

kadang2 petua semulajadi cam ni boleh membantu dari drug ...
cam sy ...sy amalkan suplemen utk anak 2.... alhamdulillah jrg sakit spt dulu ....
sy amalkan melashake dan chewable vita c shaklee untuk anak2...klu berminat boleh pm saya

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

tq rai untuk cara nak legakan batuk tu, baby akak batuk2 makan ubat pun tak jalan. nanti akak nak try wat camgini le..

iryantyismail berkata... [Reply]

yan kalau tak sihat pun banyak guna cara remedi

Mell Mariann berkata... [Reply]

sy ,kawan nurse bg resepi sup antibiotik ( campuran rempah ratus) bila ank start nampak cam batuk2 selsema ke. terus buatkan ,, alhamdulillah.. dalam setahun ni. jarang lah jatuh sakit. selsema batuk pun 1 2 ari je. dulu.. tiap2 bulan demam la.. sakit lah.. myb dulu pn bby lg. skg dah toodler kn. imun tu dah kuat sikit kot..

sarah berkata... [Reply]

bleh try kat anak ni..

mama eyya berkata... [Reply]

tq rai.. boleh cuba lepas ni. anak2 pun selalu sgt batuk2..

lagipun, ubat batuk n selsema, tak boleh kerap sgt utk budak2.. ade kesan sampingan boleh melemahkan otak budak2.

Unknown berkata... [Reply]

kesian ..semuanya tak sihat..memang bagus cuka epal..saya pun nanti nak try buat macam ni la..

mummY daniSha berkata... [Reply]

aku slalu guna jus delima guisan untuk batuk...kumo air garam utk sakit tekak....vit c tuk selsema...mmg betul pun,kdg natural lg bagus...pena makan ubat selsema semgu x baek2...then makan vit c,alhamdulillah dgn iin allah ok...

Unknown berkata... [Reply]

Sama macam Sya Kat rumah la.. sebolehnya nak elak ambil ubat klinik ni..Buat yang garlic oil tu.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com