Jumaat

Berat sekampit beras

Assalamualaikum

Masa bawak Aisy pergi check demam tu, aku check up dia sekali. Bukan aku yang check la. Dokter yang check. Hahaha. Ok. Tak kelako. :P

Aku risau berat Aisy turun sebab dia kurang minum susu bila aku start keja ni. Tapi Alhamdulillah. Mungkin da turun jugak kot  sikit. Tapi berat dia still bertambah 700gram dari last check up. Berat pada umur 2.5 bulan, 4.8kg. Nak sama berat ngan sekampit beras plastik kecik. Go go Aisy. Hehe.

Doktor tanya balik decision aku taknak cucuk Aisy. Aku senyum je. Nanti la doktor. Kata aku. Doktor kata, nanti takut tak boleh masuk sekolah tau kalau diorang tengok rekod anak awak ni tak lengkap.

Aku senyum lagi.

Dalam hati. Macam pernah baca ayat macam ni.

So, dia suruh aku buat surat kata aku refuse vaccination dan nanti dia akan cop klinik untuk pengesahan. 

Oklah. Next visit kami bawak.

Sebenarnya sejak lahir lagi, Aisy ada masalah lendir kat tekak. Tapi, dia takde demam ke apa. Demam tu pun sebab kurang air. Aku takut nak cucuk, takut nanti keadaan dia makin teruk. Since from the beginning dia bukan 100% sihat. Tapi bukan jugak dia sakit.

Siapa berani jamin yang benda tu tak berlaku?

Kalau berlaku apa-apa bukan doktor yang menanggung. Aku yang menanggung. So aku rasa aku ada hak untuk tentukan sama ada nak cucuk ke tidak. Dan tak pernah aku baca ada undang-undang yang membolehkan sekolah refuse entry anak-anak yang tak vaksin.

Aku akan make sure anak-anak aku sihat dengan cara aku. Insya allah dengan izin Allah.

Penyakit tu ujian dari Allah. Kita cuma usaha kan.. Aku tak condemn ibu bapa yang vaksin anak, so jangan la condemn aku sebab aku tak vaksin anak aku. Apa yang penting, kita buat informed decision.

Kan...

Nota kaki : Takde gamba bonus. Line tenet lembs..

Daa

10 comments:

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai..kesian nyer tapi x apa janji sihat yer...;)

Acik Erna berkata... [Reply]

rai..zaman acik kecik2 duliu..tak de sorang pun adik beradik kena cucuk he he..bersalin pun bidan kampung dirumah je kan..
tapi bila dah sekolah..mula kena..tengok tak de tanda bcg..cucuk bcg..macam tu la..tapi dah kena sekali..bila ada van kesihatan..pandai la larikan diri nyurok..takut jarum he he

Unknown berkata... [Reply]

ade lendir kat tekak? dari kecik? tak tanya doktor ke pasal apa..

mmg takleh masuk sekolah ek kalau cucuk tak lengkap? aku tak pernah tahu pon..haha..confirm anak2 aku takleh masuk sekolah la kalu camtu..diaorg tak pernah lengkap cucuk..haha..

go aisy go..maybe lendir kat tekak dia tu buatkan dia kurang minum susu? cuba tanya doktor..huhu..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

ehhh baru nk tgk gmbr aisy yg sekampit beras tu..hehe :p

Irfa berkata... [Reply]

ada ust masa skolah dulu..dia mmg x bagi semua ada dia cucuk vaksin.kecoh kejap kat sekolah kisah mereka anak beranak ;)

Syahida azizan berkata... [Reply]

teringat lg msa ank sy umur 2bln ++ bwk ke klinik sbb ade merah2 kat muka..doktor tu timang2 ank sy pastu ckp "mcm angkat beras plak..." hehhe

wonwon berkata... [Reply]

Salam kenal ya...
di tunggu kunjungan baliknya + komentarnya juga hehehe
http://uliearieph.blogspot.com/2013/04/spesial-kebaikan-dari-marina-uv-white.html

miss yatie berkata... [Reply]

kwciannya..tak pe kita buat dengan cara yg terbaikkan?

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Alaa....bru nk tgk gmbar dak comei tu...rietta pernah dgr ayat yg mcm tu...tpi rsanya bukan msk skulah...rasanya sebab tranfe dr spital swasta ke spital gomen...so dorg check kata xde vacksin, dorg propose utk vacsin...sedangkan menurut siibu, dh vacsinkan masa dispital swasta, cuma xde cop pengesahan...

JunAina berkata... [Reply]

Rasanya tak delah sampai tak leh sekolah kalau tak cucuk. Anak akak yang sulung memang tak habis cucuk masa baby rasanya dia org bg masa sekolah kot coz buku baby tu nanti kena bagi kat sekolah utk isi sejarah kesihatan depa. Gitulah rasanya.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com