Sabtu

I'm not anti-vax

Assalamualaikum

"Never overestimate your ability to change others"

Orang.. Kalau dia nak berubah.. Dia akan berubah sendiri. Suruh ke paksa sekali pun, orang takkan berubah kalau dia taknak. Bagi 1001 dalil kat orang yang pro vaccine pun, kalau dia tak buka hati buka mata buka minda, dia tetap akan sokong kata vaksin tu bagus. Begitula sebaliknya.

Melihat perdebatan antara ibu bapa yang memilih untuk menolak vaccination dengan golongan pengamal perubatan di FB.

Bagi yang mengikuti post tersebut boleh baca komen mereka yang terlibat dan terdapat banyak link rujukan yang boleh membantu ibu bapa dan bakal ibu bapa dalam membuat keputusan.

Sebagai ibu, dah tentu kita nak bagi yang terbaik buat anak masing masing. Bagaimana pun, maksud TERBAIK itu sendiri berbeza bagi setiap individu. Peribadinya, aku pada asalnya memilih untuk memberikan semua jenis vaksin pada anak anak sebagai langkah pencegahan. Tapi setelah mengikuti beberapa talk berkaitan dengan vaksin dan membaca buku buku dan baca info dari pelbagai sumber, aku memilih untuk hentikan vaksin untuk anak anak. Aqil Mubarak almost full vaccination, Atiqah Damia sampai setahun dan Aisy Thaqif hanya vaksin sebaik lahir.

Keputusan ini bukan mudah. Sebab kita sejak dari dulu tahu yang tujuan vaccination adalah untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Tapi alhamdulillah. Aku nekad dengan keputusan. Shujin masih agak ragu ragu. Tapi menurut. Dalam masa yang sama, aku minta dia baca tentang info vaksin supaya dia faham tentang risiko yang bakal kami tempuhi.

Ok. Berbalik pada perdebatan di FB. Bagi aku, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bukan saja kebaikan vaksin, malah perlu juga bagi mereka untuk tahu, apakah risiko yang bakal diambil dan apakah kandungan vaksin. Pada aku, adalah tidak adil bagi ibu bapa yang pergi cucuk anak ikut rutin ni tak diberitahu apa kesan sampingan dan kandungan vaksin tersebut. Sebab kalau berlaku apa apa kesan sampingan, mereka yang terpaksa melaluinya. Dan tidak adil bagi anak anak, kalau ibu bapa tak buat keputusan berdasarkan pengetahuan, hanya dengan kepercayaan bahawa ia mungkin selamat kerana kesan sampingan JARANG berlaku. Ini kerana, segala kesan pengambilan atau tak ambil vaksin yang menanggungnya anak anak.

Ambil atau tidak adalah hak individu. Tujuan aku buat post ni bukan untuk suruh atau larang orang ambik vaksin. Malah, kalau lepas ni ada yang taknak ambik vaksin sebab nak ikut macam blogger Rai Ourkizuna tu tak ambik jugak pun aku tak bagi jugak. Hahaha.. Ok. Tak kelakar. (tiru Irfa :p)
Aku cuma mintak. Ibu bapa.. Sila lah buat keputusan berdasarkan pengetahuan. Ambil tahu. Baca. Tak faham tanya. Bincang. Walau pun link antara autism dengan MMR tak dapat dibuktikan, tapi kejadian kejadian anak menjadi autism, perkembangan kebelakang dari boleh bercakap jadi tak boleh cakap memang berlaku. Ada sesetengah individu yang tidak sepatutnya dapat suntikan MMR. Atau pun lain lain vaksin. Sebab memang ada individu yang alergik terhadap kandungan dalam vaksin. Dan kecacatan kekal atau kematian akibat penyakit berjangkit yang termasuk dalam program vaksin memang boleh berlaku.

Tapi kita kena outweight kedua duanya untuk buat keputusan. Kalau ambil, risiko kesan sampingan. Tak ambil risiko kecacatan. Mind that.. Ada sesetengan penyakit yang dilindungi vaksin yang kita akan kena juga. Tapi, sama ada komplikasinya teruk ke tidak. Bandingkan risiko yang bakal kita ambil.
Aku yakin. Membaca pada feedback yang diberikan oleh pengamal perubatan yang kebanyakannya bakal doktor, ia akan mengukuhkan lagi pendirian ibu ibu tersebut untuk tidak vaksinkan anak mereka.

Jangan ambil vaksin dengan anggapan, kalau vaksin ni tak elok takkan kerajaan tak haramkan
Jangan ambil vaksin dengan anggapan, takkan doktor nak bunuh anak kita

Jangan tak ambik vaksin sebab dengar cakap orang
Jangan tak ambik vaksin sebab orang kata vaksin ni konspirasi yahudi
Jangan tak ambil vaksin sebab ianya mahal atau tak ada masa nak pergi hospital
Susah? Jadi mak bapak memang la susah. Jadi lembu pun banyak masalah bak kata orang tu.

Ibu ibu yang taknak vaksin tu pun, satu masa dulu pro vaccine jugak. Sampai la, berlaku kesan sampingan akibat vaksin yang diambil. Tapi bukan juga buat tuduhan membuta tuli. Sampai spend duit berpuluh ribu untuk hantar sample sampai ke US untuk diagnosis. Bukan jenis tak ada pelajaran, doktor sendiri pun ada.

Malangnya feedback dari sesetengah pengamal perubatan ni sangat mengecewakan. Paling kecewa bila ada yang tulis. "Jangan datang jumpa doktor kalau sakit"
Drama je lebih.

Panjang sangat. Terima kasih bagi yang baca sampai habis.

Daa

15 comments:

Mulan berkata... [Reply]

ada anak kawan kat spore kena autism lepas amik mmr.. doctor sana yg confirm kan..

bagi kita umat Islam apa2 yang jadi adalah kurniaan Allah kan.. walopon ada kala kita rasa kita dah buat yg terbaik tapi result nya kurang baik, semuanya qada qadar Allah..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Hmmm...mcm mcm kan...tpi bg pndangan peribadi rietta tu btul...nk buat keputusan amek ke x amek, jgn di sebabkan kata kata org...buat research dan keputusan sndiri....

Psss.... Drama plak bila pengamal perubatan kuar kenyataan klu sakit jgn jmpa doktor....hehehe...

Unknown berkata... [Reply]

Alooss Rai..
dah lama tak bukak fb ni..ape cerite pon tatau..umah tak masuk tenet lagi..

hal nak amik vaksin ke tak sebenarnya kena ikut kita..jgn kita ikut orang..aku ade pernah jumpa sorang pembantu perubatan..chinese..anak2 dia 6 orang sume tak amik vaksin..tapi mmg perlu amalkan cara hidup yg betul2 sihat..aku pernah tanya dia kalau aku pon nak ikut cara dia..dia kata kena tgk family background jgk..kalau family background takde masalah kesihatan dan kalau kita yakin yang kita boleh bagi pemakanan yang betul2 sihat pada anak kita baru kita boleh buat keputusan utk tak amik vaksin..aleesya ngan amirul amik vaksin sampai satu tahun jer...adik dia plak sampai 3 bulan aritu jer..lepas tu tak amik dah..bukan tanak amik tapi tak sempat nak pegi..hahaha..ape punya mak la..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

apapun keputusan kita fikir dgn sehabis baik yer. terpulang msg2

mummY daniSha berkata... [Reply]

betul...ibu bapa kene buat keputusan yg bijak..usaha buat terbaik untuk anak...akhir sekali baru tawakal dgn qada dan qadarNYA...

sitiezahim berkata... [Reply]

satu saya suka baca ur blog ialah keterbukaan rai dalam sesuatu isu. saya pon tak tahu sangat pasal vaksin, terasa it's time for me untuk ambik tahu since kawan saya, anaknya kene ekzema selepas anaknya ambik vaksin umur sebulan. sampai skarang dia masih berusaha mengubat anaknya, kesian sangat.

Unknown berkata... [Reply]

rai, sejujurnya saya tak berapa faham tentang penting or tidaknya vaksin ni pada anak2 yang sedang membesar.

Qashmere berkata... [Reply]

saya belum cucuk anak dengan 18 bulan punya tu. bila nak cucuk je dia sakit. time dia tak sakit lupa plak..keke

tapi diorang cakp cucuk 18 month tu boleh menyebabkan autism..tatau ler

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

terpulang pada masing-masing hehehe

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Sy nak terjah FB tentang hal ni. Aydin vaksin smpi setahun.

Adda berkata... [Reply]

setuju2.vaksin ke tak..kene bykkan study.buat keputusan dengan btul.klu rasa tatau nk wat keputusan bolehla ISTIKHARAH.inshaAllah Allah will guide us :-)

Abu Yusuf berkata... [Reply]

Assalamua'laikum.

Sebelum sibuk berbicara soal vaksin, perlu faham isu vaksin ini isu teknikal dan highly scientific. Testimoni atau pengalaman tak lepas daripada unsur cognitive bias. Testimoni dan pengalaman bukan fakta ilmiah dan tak diterima dalam mana-mana kajian sains dalam apa jua bidang pun.

Contohnya, ada orang kata, ada kanak-kanak ambil vaksin kemudian dapat autism. Cuba fikir dengan rasional, macam mana boleh buktikan tanpa sedikit pun keraguan autism itu dapat dari vaksin? Autism penyakit complex dan tak mungkin jadi terus macam benjol terhantuk kepala. Banyak lagi faktor penyebab autism seperti kelebihan molekul lipid, genetik, masalah pregnancy, toxic gas exposure, dan lain-lain. Mana tahu memang confirm 100% sebabnya kerana vaksin? Macam mana lepas suntik tiba-tiba jadi autism? Kalau ini betul dan dapat dijelaskan dengan saintifik, mungkin boleh dapat Nobel prize. Sebab sampai sekarang tak ada satu pun kajian dapat buktikan ada kaitan vaksin dengan autism. Baik ada thimerosal ataupun tidak.

Selain itu, betulkah itu autism? Bukan penyakit lain? Kalau setakat lembab dan ada masalah mental lain tidak semestinya autism. Psychiatrist dan psychologist yang terlatih untuk sahkan berdasarkan DSM criteria, bukan mana-mana orang termasuk doktor lain sekalipun.

Tapi kerana cognitive bias, kita kata: "saya pasti autism ini mesti disebabkan vaksin, tak mungkin ada sebab lain". Kalau masuk court fikir macam ini memang kalah kes. Secara biochemistry nya tak masuk akal langsung autism terjadi lepas ambil vaksin.

Anyway.

Soalnya perlu lihat kajian ilmiah, bukan testimoni. Baik pro vax atau anti vax, dua-dua tak boleh pakai testimoni. Sebab semua orang boleh buat testimoni sokong vax, dan semua orang boleh buat testimoni tolak vax. Testimoni dan ulasan bukan fakta sains. Lihat apa hasil data kajian, hasil eksperimen, antibody titre measurements, dan metod sains lain, betul atau tak vaksin ini berkesan? Itu cara empirikal kita guna. Kita mahukan burhan, aka bukti. Ini yang Islam tekankan. Minda saintifik dan kritis dan suka menganalisa.

Tapi masalahnya, orang awam tak mampu nak faham isu teknikal sebegini.

Dalam jurnal ilmiah, memang ada perbincangan saintifik pro dan kontra vaksin. Pernah ada vaksin yang ditarik balik kerana diragui keselamatannya. Al-hasil setelah banyak improvisasi, vaksin sekarang sangat selamat alhamdulillah. Masalahnya tak ramai yang mampu fahami bahan-bahan bacaan high level ini, jadi lebih suka baca tulisan blog, artikel umum yang bermain retorik. Jika ada orang takut-takutkan vaksin ada itu dan ini, tak ramai yang mampu -dan ingin- nak siasat secara adil dan saintifik betul atau tidak dakwaan itu. Ini punca masalahnya. Tiada kepakaran menilai maklumat. Ramai ibu bapa paranoid kepada vaksin atas sebab ini.

Ada golongan opportunis tertentu yang burukkan vaksin, kemudian promote produk sendiri untuk kuatkan antibodi. Tapi dia sendiri tak tahu bagaimana antibodi beroperasi. Tapi, kerana fear-mongering (vaccines are dangeours, poisonous, haram etc), orang ramai mudah percaya kata-katanya berbanding ahli sains terlatih yang berhempas pulas bentangkan fakta demi fakta dengan jujur kepada orang ramai yang paranoid.

Inilah pokok persoalannya. Ada yang over-confident mereka tahu tentang vaksin, lebih daripada pakar dan ahlinya, sedangkan mereka tidak tahu pun (Dunning-Kruger bias). Berbicara tanpa ilmu. Inilah yang sering jadi penghambat kemajuan umat Islam.

Semoga Allah ampunkan kita.

Cuba fahami setiap kajian ini. Semuanya boleh ditrace ke sumber asalnya, jadi kajian ini memang ada dan sila analisa mana salah silapnya:

http://www2.aap.org/immunization/families/faq/vaccinestudies.pdf

Unknown berkata... [Reply]

wah!! testimoni je? so apa yg tulis dalam vaksin insert tu testimoni je?

inilah cara cara doktor menolak apa apa pertikaian dr ibu bapa. kerana persoalan tentang vaksin adalah "highly technical" yang tak mudah difahami oleh org bukan ahli. so ibu bapa jgn duk pertikai. dengar je cakap doktor.

walau pun doktor sikit pun tak pernah terangkan pada ibu bapa tentang wujudnya GPF. tak pernah tepek insert pada kad imunisasi utk rujukan ibu bapa dan panduan mereka. malah siap pesan jgn lupa bagi ubat demam setiap 4jam..

huhu..

kajian mmg ada..siapa
disebalik kajian? yg bagi fund? boleh trace jugak.. kot kot la big pharma yg funded kan..

Bonda Fa Alwa berkata... [Reply]

@Rai OurKizuna

Siriyesli jatuh cinta dengan kupasan dannketegasan Puan.

Saya pun bonda yang tak unvac anakanda saya. Tak rasa rugi malah berbangga.

Betul. Kajian ilmiah la.. Jurnal,perubatan la apa la.. Semua yang cakap camni kalangan ahli je.. Yang bukan ahli takkan cakap ca!ni..

Tapi kalo dah nak pelaku big pharma tu nak buat gimana?

N betul, anak abang saya adalah contoh terdelat bagaimana memula boleh cakap, tapi tiba2 skang takleh cakap. Dia dah diagnose as autisme, dan dah dapat kad OKU dah pun. Tapi dia bukan budak yang le!bab atau lembam. Dia sangat pandai kot. Yang sahkan doc psy jugak. N memang dia takleh cakap lepas MMR..

Twruskanla yang nak provac tu.. Sebab kalo saya mudah aja..

Lenapa saya perlu unvac?,kenapa saya perlu cucuk Hepatitis kat anak? Apa keperluan? Dan tolong sahkan depan mata saya yang kandungan vaccin dalam tu totally tak haram.

Semoga anak2 kita sihat dan selamat amin. Salam kenal untuk admin. Teruskan kupasan terbaik gini yaa?

Salam manis. Farah.

Unknown berkata... [Reply]

@Bonda Fa Alwa, salam kembali Farah.. terima kasih kerana sudi berikan komen di sini..sebenarnya membuat keputusan ni tak mudah.. ada jugak masa masanya saya susah hati.takut keputusan yang kami ambil ni akan memberikan kesan tak baik pada anak-anak. tapi saya tak berhenti membaca dan berdoa semoga anak-anak sentiasa dilindungi. saya dihantui oleh kesan yg anak sulung alami yang jauh disudut hati saya menjangkakan ianya adalah disebabkan oleh vaksin yang kami setuju bagi pada dia..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com