Memaparkan catatan dengan label Ubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubat. Papar semua catatan

Rabu

Elakkan ubat batuk dan selesema bagi bayi

Assalamualaikum

Siapa tak kesian dengar anak kecil batuk tak henti henti sampai susah nak bernafas kan. Sebagai ibu lagi la.. Risau anak tak selesa tak boleh tidur. Kalau boleh ganti diri sendiri yang dapat sakit tu, memang dah tukar dah. Macam tu lah kasih ibu kan..


Dan ramai ibu bapa yang tak sedar sebenarnya bagi ubat batuk dan ubat selesema pada bayi berumur dua tahun ke bawah bukan sahaja tidak berkesan, malah boleh membahayakan nyawa mereka. Apa lagi kalau beri ubat batuk tanpa nasihat doktor. Boleh jadi overdose. Ada kes overdose ubat batuk dan selesema pada kanak-kanak berumur antara 6 hingga 10 tahun yang dilaporkan kata, budak budak tu mengalami halusinasi. Perghh.. Ngeri okay. Manakala kes bagi ubat batuk dan selesema pada budak bawak 2 tahun boleh menyebabkan jantung mereka terhenti.

Ubat batuk boleh menyebabkan budak tu akan masuk hospital sebab pneumonia jugak tau. Sebab, Allah jadikan batuk tu supaya kahak tu keluar dari paru paru. So kalau rentikan batuk, maka.. kahak akan duduk di paru paru dengan selesanya dan menyebabkan bakteria mudah membiak.
Kalau tak boleh bagi ubat, nak buat apa? Takkan nak biar je??

Aku pernah mengalami situasi di mana Aisy demam pada usia 3 bulan. Aku taknak bawak ke klinik sebab baru few hours dia demam. Aku nak monitor dulu. Ada orang sampai kata aku ni sayang duit, tak sayang anak. 

Tapi aku bukan duduk diam. Jom share sedikit tips yang aku gunakan..

Bagi bayi bawah 6 bulan ke setahun
Just bagi susu ibu sekerap mungkin. Sedikit cabaran bagi bayi yang diberikan susu formula kerana, diketahui susu lembu boleh menyebabkan penghasilan mukus. Jadi takkan nak stop susu kan..? Kalau kahak atau hingus kelihatan pekat dan buat diorang susah nak bernafas, cuba buat steam dan tepuk percussion. Steam tu kalau kat bilik air guna pemanas air, boleh tutup tingkap bilik air dan tutup ruang bawah pintu, biarkan air mengalir 5 minit sampai wap penuh. Masuk dengan baby. Bagi duduk dalam tu dalam 5-10 minit. Supaya hingus dan kahak tu cair dan mudah nak keluar. 

VCO bagus diberi pada anak anak
Nasib la korang dapat emak gigih seperti ibu.. Hehehe
Kalau takde pemanas air macam aku. Masak air, lepas tu masuk dalam bekas. Tiarapkan baby kat kaki. Selit kepala baby kat celah kaki. Tutup dengan kain. Supaya wap terperangkap dalam tu. Jangan lama sangat. Takut lemas pulak baby. Letak garlic oil dalam air tu pun bagus.

Hati hati kalau nak guna bulb syringe untuk sedut hingus sebab penggunaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit dalam hidung. Lepas steam tu, tepuk dada dan bahagian belakang baby (bahagian paru paru). Ini untuk longgarkan kahak yang duduk dalam tu. Sebab kahak yang terkumpul kat situ boleh menyebabkan kuman membiak dan menyebabkan jangkitan pada paru paru pulak.. Selain dari tu. Buat garlic oil dengan cara bakar bawang putih dengan kulit kulitnya sampai hangus. Masuk dalam minyak. Nak guna minyak masak pun boleh. Minyak zaitun dan minyak kelapa dara lebih baik lagi. Sapukan pada dada, belakang, betis dan tapak kaki.

Kalau ada budget lebih, boleh beli humidifier. Yang sembur wap tu. Ada dua jenis tau.. Yang sejuk dan panas. Gunakan cool mist humidifier. Ada je yang murah murah tu.. Tapi kena rajin cuci tau sebab lembab lembab ni bakteria suka.. Kalau tak, hiris hiris bawang besar bungkus dengan tisu atau kain kasa, letak tepi tempat tidur pun membantu sangat tau!!

Kalau hingus still macam teruk sangat. Boleh guna air garam dan titis dalam hidung baby. Ini akan bantu untuk cairkan hingus. Air garam boleh buat sendiri. Tapi make sure guna filtered or purified water. Just letak sikit. Or boleh beli je sterimar kat farmasi. Sterimar tu air laut je. Takde apa.

Semua kaedah ni selamat dan berkesan juga untuk anak-anak yang lebih dewasa. Even sekarang aku sendiri pun titis air garam dalam hidung kalau hingus.

Bagi anak-anak lebih dewasa atau orang dewasa. 
Kalau diorang tak suka minum air suam semata mata, boleh buat air cuka apple campur madu dan tambah air. Masuk dalam botol. Bagi dia minum sepanjang hari. Dan ya.. Baunya memang off sikit. Aisy siap lari kalau aku nak bagi  air ACV kat dia. Hahaha..
ACV braggs

Anak-anak yang batuk selesema demam ni kadang tak selera makan kan.. Buatkan sup ayam. Reneh tulang ayam, carrot, celery, bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang., cengkih dan sebagainya sejam dua. Segala bahan tu sangat bagus untuk combat common cold. Kalau dia taknak makan, just nak hirup sup pun dah dapat protein yang mengalir dari tulang ayam tu kan..

Kenapa penjagaan awal ni semua penting..?

Sebab orang selalu anggap, ala selesema sikit je.. Batuk sikit je... Tak payah bagi ubat. Dan tak payah buat apa-apa. Bila dah teruk baru kalut.

Actually.. Langkah langkah awal ini sangat penting, sebab mukus yang berkumpul dalam hidung dan dalam paru-paru tu adalah tempat paling disukai oleh bakteria. Kalau dibiarkan mukus tu tak dibuang, bakteria akan bermaharajalela.. Itu yang kadang-kadang boleh jadi jangkitan pada paru-paru.. Pneumonia.. Tapi.. Tak elok jugak kalau kita bagi ubat batuk (cough suppressant) sebab batuk tu mekanisme buang kahak dan bendasing dari paru-paru. So, kalau tak batuk, nanti mukus tinggal kat paru-paru.. Jadi la pneumonia jugak.

Semua ni adalah langkah yang aku praktik pada anak-anak. Bukan diorang tak batuk. Bukan tak hingus. Tapi alhamdulillah, diorang tak demam teruk. So, ini salah satu usaha pencegahan yang aku lakukan sebab aku memilih untuk tak cucuk vaksin pneumakokal pada anak-anak. 

Good luck.

Daa

Tak bagi ubat bukan tak sayang anak

Assalamualaikum

Tak mudah menjadi ibu bapa. After all.. Jadi apa yang mudah..? Haiwan pun ada masalah kan.. Hehehe..
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan. Terutamanya dalam hal berkaitan dengan anak-anak. Masa depan mereka dan kesihatan mereka. Lepas Aqil lahir, aku anggapkan, bawa anak ke klinik setiap kali demam dan standby ubat di rumah adalah satu pilihan yang terbaik yang aku boleh lakukan untuk anak.

Tapi sekarang, aku bersyukur sebab setelah ikut macam-macam kelas berkaitan kesihatan dan membaca dari pelbagai sumber. Aku yakin yang mengelakkan pengambilan ubat adalah satu langkah yang terbaik untuk aku sebagai ibu lakukan.

Melihatkan pada insiden yang berlaku baru baru ini. Siapa sangka. Hanya beberapa ml ubat boleh mengubah hidup dan mati seorang bayi. Aku tak salahkan ibu bapa tu. Juga aku tak salahkan doktor. Reaksi terhadap ubat berlaku tanpa siapa pun sangka. Sebagai ibu bapa juga, mereka melakukan sesuatu yang mereka rasakan pilihan terbaik untuk anak. Siapa tak sayangkan anak.

Still.. Ramai marahkan aku sebab masa Aisy demam umur 3 bulan, aku tak bawa ke klinik. Sampai kata kami tak cukup duit, tak sayangkan anak. Ramai yang tuduh aku kejam sebab tak vaksin anak-anak. Tahu ke diorang aku tak bawa ke klinik, tak bagi ubat bukan bermaksud aku biar anak terlantar sakit tak buat apa..

Sekadar peringatan pada ibu bapa yang ada anak kecil, termasuk diri aku sendiri.. Berhati hati bagi ubat pada anak-anak, terutamanya bayi dibawah umur dua tahun. Beza antara dos yang berkesan dan dos yang boleh membahayakan nyawa adalah sangat sedikit. Hanya berikan ubat sekiranya benar benar perlu. Aku tengok trend zaman sekarang, bila anak panas lebih sikit terus sumbat ubat bontot (voren etc). Mungkin ianya jauh dari perut. Tapi tak bermaksud ianya selamat. Begitu juga ubat demam, selesema dan batuk. Macam aku ulang banyak kali dalam entry entry lalu, ubat selesema dan batuk tak berkesan untuk bayi bawah dua tahun. Even ubat demam pun boleh mengurangkan kecekapan imun sistem melawan jangkitan kuman.

Penting bagi ibu bapa banyakkan membaca. Jangan harapkan pada doktor semata mata. Berhentilah anggap yang "oh sebab doktor yang bagi, patutnya ianya selamat lah". Bukan aku kata doktor tak tahu apa dia buat. Cuma, kita perlu juga bertanggungjawab pada diri sendiri dan anak-anak.

Alhamdulillah berkat aku buat pekak telinga dan kedegilan aku. Aisy belum pernah makan ubat. Aqil dan Damia dah hampir dua tahun tak makan ubat. 

Daa

Khamis

Petua anak demam

Assalamualaikum

Apa perkara pertama yang perlu dibuat bila suhu badan anak panas? Atau rasa demam?

Ada yang standby ubat bila suhu 37.5.
Ada yang guna cool fever
Ada juga yang guna kain lembab/basah


Demam adalah tanda badan sedang melawan serangan dari luar (patogen). Hipotalamus meningkatkan suhu badan untuk membunuh atau menghentikan pembiakan bakteria dan virus. Bagaimana pun, sejauh mana tingginya suhu tu naik tak menunjukkan tahap seriusnya jangkitan tersebut. Aku percaya. Ramai yang takut anak jadi sawan atau otak rosak disebabkan oleh demam.

Hakikatnya.. Hipotalamus mengawal suhu badan. Dan hanya dengan kerosakan pada hipotalamus atau pun kepanasan dari luar (heat stroke) boleh menyebabkan suhu meningkat tak terkawal. AMARAN KERAS! Jangan balut anak dengan selimut bila demam.

Apa yang paling baik boleh dilakukan apabila suhu badan anak meningkat adalah dengan membantu imun sistem anak. Dan pastinya ia bukan dengan memberikan ubat demam.

Unnecessary action untuk menurunkan suhu badan boleh menyebabkan jangkitan merebak. Tapi kalau anak clearly tak selesa dengan suhu yang panas, Boleh mandikan. Janganlah sampai anak tengah tidur pun kita lap badan dengan kain basah. Macam mana nak baik kalau tak rehat dengan cukup kan..?


Ini adalah apa yang aku amalkan untuk anak anak. Tapi, tak semestinya demam terus akan baik. Biasanya aku akan biarkan suhu badan diorang. Risau. Bukan tak risau. Siapa tak sayang anak. Tapi aku tau, ini adalah cara untuk membantu mereka. So, aku bantu imun sistem mereka, dan berdoa semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak.


Sebaik sedar suhu badan meningkat.
(1) Make sure mereka minum cukup air. Sebaiknya air kosong. Jangan bagi minum yang banyak gula. Air gas no no. Tapi kalau diorang tak lalu dengan air kosong semata mata. Buat air berperisa dengan gula yang sedikit. Kalau baby breastfeed sekerap mungkin.
(2) Terutamanya untuk bayi. Banyakkan skin contact dengan mereka, urutan atau sekadar main geli geli. Kalau anak yang lebih dewasa. Duduk atas katil dengan diorang dan bercerita. Bagi diorang gembira. Emosi gembira boleh meningkatkan imun tubuh dan membolehkan tubuh melawan bakteria. Sebab tu kita tengok, orang yang sakit dan bersedih nampak lebih teruk dari orang yang sakit dan gembira dikelilingi keluarga.
(3) Bagi makanan berkhasiat seperti sup ayam. 
(4) Vitamin tambahan seperti vitamin C, multivitamin, omega 3 dan sebagainya
(5) Makanan tambahan seperti virgin coconut oil, madu, habbatus sauda atau apple cider vinegar dan banyak lagi sangat membantu. Tapi ingat. Habbatus sauda tu panas sikit bagi sesetengah orang. Jadi bagi dos sedikit saja.

Ini adalah yang aku lakukan pada mereka. Mandi macam biasa. Kalau diorang tak selesa dengan air sejuk, aku buatkan air suam. 

Apa yang paling penting adalah monitor simptom lain yang datang bersama demam. Seperti batuk, selesema, muntah, atau cirit birit. Kalau ada simptom seperti pucat membiru, muntah berak terlalu kerap, tak larat, sesak nafas dan sebagainya. Segera bawak ke hospital untuk rawatan lanjut. Percaya pada instinct seorang ibu.

Jangan takut pada demam. Demam adalah sahabat kita. Adalah normal kalau demam dalam 2-3 kali setahun. Itu tandanya sistem imun badannya berfungsi dengan baik. Yang penting bukan turunkan suhu badan, tapi support imun sistem mereka untuk melawan jangkitan. Turunkan suhu CUMA bila diorang tak selesa dengan kepanasan.

Apa korang buat bila anak demam?

Daa

Rabu

Kerosakan disebabkan oleh antibiotik

Assalamualaikum

Antibiotik adalah ubat yang pertama aku elakkan dari kehidupan anak-anak. Alhamdulillah setakat ni dah berjaya mengelakkan ubat ubatan sepenuhnya dari diorang. Diorang bebas dari ubat lebih dari setahun.

Dalam entry lepas aku share pasal mengenali antibiotik. So, kali ni nak elaborate sikit tentang antara kerosakan yang boleh disebabkan oleh antibiotik.

(1) Antibiotik merosakkan sel dan DNA
Ya, selama ni dan sampai hari ni pun. Masih ada doktor yang prescribe antibiotik sewenang wenangnya. Bukan semua. Tapi aku pernah je jumpa doktor yang nak bagi antibiotik kat first visit sebab demam selesema. Hanya baru baru baru ni kajian mendedahkan bahawa antibiotik menyebabkan kerosakan sehingga ke peringkat DNA. Di mana, ianya menyebabkan oxidative stress. Penggunaan antibiotik selama 4 hari sudah cukup untuk membuatkan mitokondria tidak berfungsi. Ada jugak yang suggest, ada jenis antibiotik yang menyebabkan DNA rosak dan menyebabkan autism.

(2) Antibiotik membunuh bakteria baik dalam usus
Microflora dalam saluran pencernaan kita adalah lebih banyak dari jumlah sel dalam badan kita. Penggunaan antibiotik walau pun dalam jangkamasa pendek bukan saja membunuh bakteria jahat, malah bakteria baik pun kena sekali. Yang menyedihkan.. Menurut kajian, ada sesetengah bakteria baik yang tak muncul balik selepas 6 bulan antibiotik diambil. Dan ada yang kata ianya menyebabkan kerosakan kekal pada sesetengah bakteria baik. Macam yang dibincangkan sebelum ni, saluran pencernaan adalah mempunyai peranan yang sangat besar dalam fungsi imun manusia. Malah, ianya boleh contribute pada sindrom perut bocor yang rupa rupanya adalah antara punca utama kepada penyakit auto immune.

(3) Antibiotik menyebabkan kerosakan hati
(4) Antibiotik menyebabkan kerosakan saraf

And the list goes on..

Ya. Aku setuju yang setiap ubat ada side effect. Kita kena outweigh the risk and benefit. Dan doktor tau apa yang diorang bagi. Tapi sila ambil tahu. Jangan serah bulat bulat pada orang lain. Ada doktor yang bertanggungjawab.. Ada yang kurang rasa tanggungjawab. Jadi biasakan diri bertanya jenis antibiotik yang doktor nak bagi. Adakah betul betul perlu antibiotik. Apakah pilihan lain selain dari pengambilan antibiotik. 

Amaran : Once da ambil antibiotik WAJIB habiskan macam disarankan oleh doktor. WAJIB. Jangan dah sihat lepas tu stop macam yang ramai orang selalu buat. Risikonya adalah, sekiranya antibiotik tak dihabiskan.. Saki baki bakteria yang belum betul betul mati akan menyerang kembali dan mereka akan semakin kuat dan resistance to the antibiotics. So, nanti infection akan lebih teruk kemungkinan berlaku.

Setiap kali membaca tentang ubat ubatan ni.. Setiap kali tu aku terbayangkan Aqil. Selama dua tahun pertama hidupnya. Aku memang bagi ubat sewenang wenangnya. Memang agak jauh beza Aqil dengan adik adik dari segi kesihatannya. Still.. Syukur.. Aku sedar dan ambil tindakan.

Sekarang dalam usaha nak mengembalikan kegemilangan flora dan fauna dalam sistem pencernaannya. Bagi yogurt, bagi kimchi.. Insya allah besar sikit boleh try pulak supplement probiotik. Setakat sekarang aku cuma bagi supplement multivitamin pada anak-anak.

Daa

Selasa

Mengenali antibiotik

Assalamualaikum

Antibiotik adalah sejenis ubat yang kerap kita dengar. Pergi klinik bawak anak demam selesema. Ada yang sanggup bergaduh dengan doktor sebab nakkan antibiotik. Antibiotik hanya berkesan pada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Dan ada banyak jenis antibiotik mengikut jenis bakteria.

Selesema adalah disebabkan oleh virus. Jadi, rentikanlah bergaduh dengan doktor nak ambik antibiotik kalau kena selesema.

Antibiotik dikatakan salah satu jenis ubat ciptaan manusia yang sangat menakjubkan dan berkesan merawat banyak jenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. 

TETAPI..

Hati hati dengan penggunaan antibiotik. Antibiotik membunuh semua jenis bakteria. Termasuk bakteria baik yang terdapat dalam saluran pencernaan. Yang sangat berguna untuk membantu proses pencernaan kita. Penggunaan antibiotik yang tak terkawal juga menyebabkan bakteria bermutasi dan resistant terhadap antibiotik yang sebelum ni digunakan. Jadi antibiotik yang lebih tinggi dosnya dan lebih kuat perlu digunakan. Ada antibiotik yang menyebabkan alahan kepada sesetengah orang. Ada juga yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saraf.

Bagus kalau orang takut baca pos ni. Sebab antibiotik memang tak elok guna sewenang wenangnya. Terutama pada kanak-kanak.

Hanya gunakan antibiotik bila benar benar perlu. Demam selesema seeloknya tak payah bagi apa apa ubat. Maksud aku tak payah bagi ubat bukan biarkan tak buat apa. Support immune system dengan makanan berkhasiat. Makanan berkhasiat yang paling bagus adalah sup ayam yang penuh dengan bawang.. Letak banyak banyak bawang besar, bawang putih dan halia. Insya allah ianya sangat sangat membantu.

Sekiranya perlu makan antibiotik. Make sure makan ikut dos yang ditetapkan sampai habis. Tak habis makan antibiotik boleh menyebabkan bakteria lebih berleluasa. Lepas habiskan dos antibiotik yang ditetapkan. Makan probiotik untuk ganti balik bakteria baik dalam badan. Hanya ambil masa beberapa hari untuk antibiotik bunuh seluruh bakteria baik dalam saluran pencernaan kita. Tapi sangat lama masa diperlukan untuk gantikan balik bakteria tersebut.


Okay. Sambung kemudian. Stay tune.

Daa

Isnin

Sindrom perut bocor -WAJIB BACA-

Assalamualaikum

Ini bukan entry melawak. Dalam bahasa inggerisnya dipanggil Leaky Gut Syndrome. Ianya adalah satu terma yang digunakan untuk menerangkan keadaan yang dipanggil “Hyperpermeable Intestines”. Merupakan satu keadaan dimana saluran usus menjadi poros, berlubang dan tidak berfungsi dengan betul. Keadaan ini menyebabkan "bad stuff" (bahan toksin yang sepatutnya disalurkan keluar melalui usus) masuk ke dalam saluran darah.


Bila keadaan ni berlaku.. Dimana bahan buangan toksin yang sepatutnya dibuang melalui usus masuk terus ke dalam darah, hati terpaksa kerja overtime. Tak ada rehat. Imun sistem akan kacau bilau. Dan menyebabkan keradangan berlaku pada tisu badan di sana sini.

Keradangan juga adalah salah satu tindak balas sistem imun badan dan menyebabkan tekanan. Dan badan pun fokus pada peperangan yang besar. Nak lawan bakteria, hapuskan toksin, dan akhirnya menyebabkan imun sistem dah tak dapat bezakan lawan dan kawan. Dan mula melawan diri sendiri. So, terjadilah penyakit zaman sekarang yang kita panggil "auto immune disease".

Kalau seseorang tu alah terhadap pelbagai jenis makanan. Ada kemungkinan yang diorang sebenarnya mengalami sindrom perut bocor (leaky gut syndrome) ni dan ianya perlu diperbetulkan.

Bukan itu saja.. Sindrom ini juga adalah penyebab pelbagai penyakit lain seperti asthma, food allergies, chronic sinusitis, eczema, urticaria, migraine, irritable bowel, fungal disorders, fibromyalgia, and inflammatory joint disorders including rheumatoid arthritis. Malah, juga merupakan penyebab PMS, uterine fibroid, and breast fibroid.


Boleh baca lebih lanjut dalam link kat atas ni. 

Apa yang menyebabkan sindrom perut bocor?
(1) Diet - Diet yang kaya dengan makanan yang diproses, tinggi gula, bahan pengawet dan pelbagai bahan kimia

(2) Tekanan yang tinggi - Tekanan perasaan mengganggu imun sistem dan menyebabkan ianya tak dapat berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan jangkitan oleh patogen dan seterusnya mengakibatkan keradangan pada tisu

(3) Ubat ubatan - Hampir semua ubat ubatan menyebabkan mukus yang melapisi usus menipis. Terutamanya antibiotik. So jangan lah suka suka bagi even ubat demam pada anak-anak at the first sign of fever.. Bagi imun sistem dia berlatih. Dan jauhkan antibiotik. Ada sorang researcher share dengan aku. Seekor lembu yang mati selepas di rawat dengan antibiotik (heavy dose). Ususnya sangat poros dan rapuh. Bila disentuh je berderai. Scary. Dan hint aku bagi.. Antara sebab aku stop vaksin adalah dalam vaksin ada antibiotik T_T

(4) Yis - Yis memang biasa ada dalam usus. Tapi kalau dah tak terkawal. Ianya akan termutasi jadi candida. Dan gula adalah makanan bagi yis. Kalau banyak makan gula. Yis pun suka (pengalaman dari membuat roti..hehe)

(5) Kekurangan zink - Zink adalah satu mineral penting yang berfungsi mengekalkan mukus pada usus. Zink walau pun diperlukan dalam jumlah yang sikit, sangat penting dalam mengekalkan sistem imun kita sebab kita semua tahu yang gut health adalah satu komponen besar dalam sistem imun manusia.

Bagaimana memperbaiki sindrom perut bocor?

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kesan dari sindrom ini adalah dengan memperbaiki kesihatan usus dan sistem pencernaan secara keseluruhannya.

(1) Elakkan dari makanan yang diproses, tinggi gula, mengandungi pengawet, perasa dan pewarna tambahan dan tinggi bahan kimia. 

(2) Vitamin supplement - Usus yang bermasalah bukan saja menyebabkan toksin masuk ke dalam darah, malah menyebabkan banyak nutrisi dari makanan yang dimakan tak dapat diserap. Ini akan menyebabkan badan kekurangan nutrisi yang sepatutnya dan memburukkan keadaan. Imun sistem tak dapat berfungsi dengan baik. Multivitamin sangat sangat membantu. Selain dari tu, omega 3 dapat membantu mengurangkan keradangan oleh tisu dalam badan.

(3) Probiotik dan prebiotik - Ubat ubatan seperti antibiotik terutamanya menyebabkan ketidakseimbangan flora dalam sistem pencernaan. Oleh itu, pengambilan probiotik dan prebiotik dapat membantu untuk gantikan balik probiotik yang terbunuh ketika pengambilan ubat ubatan ini. Kalau terpaksa juga ambil antibiotik, mulakan dos probiotik sebaik saja habis course antibiotik.

(4) Digestive enzyme - Ianya sedikit sebanyak dapat membantu perut mencernakan makanan yang dimakan dan seterusnya mengurangkan tekanan pada sistem badan. Selain dari tu, mengunyah sekurang kurangnya 44 kali setiap kali juga sangat sangat membantu.

Sindrom ni dah epidemic. Para pengamal perubatan dah mula aware pasal sindrom ni. Malah, ada yang kata leaky gut syndrome ni menjadi punca kepada sekurang kurangnya 50% masalah kesihatan yang berlaku pada hari ini.

Resdung? Eczema? Ramai yang kata ianya genetik. Tapi sejauh mana sebenarnya ianya berpunca dari genetik? 

Anyway.. Terpulang pada diri masing masing. Ubat demam, ubat selesema, ubat batuk widely available. Senang je nak suap bagi anak. Pernah terbaca yang damage yang disebabkan oleh antibiotik terhadap gut flora adalah permanent. Lagi kerap bagi makan ubat, lagi banyak gangguang pada imun sistem. Kalau dah tetiap bulan anak demam kita bagi ubat demam? Kesian pada anak-anak..
Aku agak sedih sebab aku lambat tahu semua ni. Dulu Aqil hampir setiap bulan makan ubat. Tapi better late than never. Bukan aku tak percaya pada doktor. Cuma.. Aku takut nak harap pada ubat. Even demam tu menakutkan. Aku memang tak berjaya bring diri aku untuk bagi ubat pada anak-anak selepas apa yang aku tahu.

Bagi yang berminat nak consult tentang masalah kesihatan atau nak dapatkan recommendation pengambilan vitamin supplement, insya allah apa yang aku tahu, aku boleh share. Just email aku kesoma.rai@gmail.com. Aku bukan doktor. Cuma ada sedikit pengetahuan dari kelas kelas yang aku hadiri.

Daa

Jumaat

Aisy, imunisasi dan vaksinasi

Assalamualaikum

Pernah aku ceritakan sedikit sebanyak pasal keengganan aku cucuk Aisy dengan vaksin. Aisy cuma sempat dapat HepaBig dengan BCG masa lahir. Lepas tu aku tak continue dengan vaksin yang lain. Entry ni mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan Fara tentang apa yang aku bagi pada Aisy dan anak-anak lain since aku da tak vaksinkan diorang.

Since aku pilih untuk reduce dan seboleh mungkin eliminate penggunaan ubatan untuk kami sekeluarga, proses jadi lebih mudah. Especially antibiotik. Aqil dan Damia dah FREE dari segala ubat demam, batuk selesema sejak lebih setahun. Kalau demam, aku still bawak dia pergi klinik untuk diagnosis, tapi so far diorang berjaya sembuh dengan natural remedies. Alhamdulillah. Aisy dah masuk 7 bulan pun totally FREE dari segala jenis ubat. Demam dua kali, sembuh dengan susu ibu semata mata.

Cabaran adalah bagaimana meningkatkan sistem imun anak-anak.

Untuk Aisy, of course dia masih full breastfeed. Aku baru start bagi makan masa dia 6 bulan. Makan puree buah buahan dan sayuran. Bubur nasi aku baru nak start bulan ni. Makanan dia tak ada campuran gula dan garam. Insya allah aku cuba sampai at least setahun. Selain tu, kadang kadang aku coletkan madu dan kurma kat mulut dia. Aku sendiri, aku amalkan makan habbatus sauda yang biji biji tu, makan chia seed, supplement tambahan. Aku bukan clean freak dan aku memang tak sempat nak mengemop hari hari. Tapi aku rasa, sedikit exposure pada kecomotan juga membantu melatih imun sistem anak anak. Macam masa kita kecik dulu dok main hujan sesekali kan. Cuma zaman sekarang ni hujan pun agak bahaya, so aku takde la bagi diorang main air hujan.

Jatuh sakit is actually not a bad thing. Demam selesema dapat melatih imun sistem anak. Dengan penjagaan yang betul, ianya bukanlah satu penyakit yang menakutkan. Sama macam chicken pox, demam campak.. Banyak medical advice akan kata "let the fever take it course" Tapi bukanlah bermaksud biar je anak sakit tak buat apa apa.

Nanti ada masa aku share tentang panduan asas untuk meningkatkan imun sistem. Boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Daa

Isnin

Jangan simpan ubat demam

Assalamualaikum

Jujurnya, dulu memang sentiasa ada ubat demam kat rumah. Masa zaman Aqil kecik. Aku trauma sejak tengok Aqil seizure terbeliak bijik mata. Kalau suhu naik over 39 darjah je sumbat ubat bontot (Voren kot namanya) atau pun ubat demam yang syrup tu.
Then, lepas 2010. Aku ada sedikit awareness pasal bahaya terlalu bergantung pada ubat ubatan ni. So, sejak tu aku mula banyakkan bahan bacaan pasal demam, kaedah penjagaan dan sebagainya. Aku mulakan dengan tolak antibiotik untuk Aqil. Sejak tu aku nampak perubahan baik dari segi kesihatan Aqil. Kemudian, bila aku confident sikit, aku buang ubat ubat demam dalam simpanan. Aku bukan menolak perubatan moden. Aku still pergi jumpa doktor untuk kenalpasti symptom dan sakit anak. Ye lah. Doktor lebih tau pasal penyakit kan..

So sekarang, kesihatan aku improve banyak sangat. Kalau kena selesema pun biasanya 2-3 hari dah baik dan tak membawa kepada demam. Resdung almost dah takde rasanya. Shujin pun sama, dulu selalu kena batu karang berulang ulang. Sekarang memang dah tak ada langsung. Anak-anak pun dah bebas dari sebarang ubat-ubatan selama lebih setahun. (Exactly lama mana tak ingat)

Macam aku cakap. Aku bukan menolak perubatan moden. Tapi bila aku tengok dan belek semula sejarah, sejak tak simpan ubat ubatan dalam rumah. Anak anak jarang sakit. Malah, kalau sakit pun takde la lembik layu je. Sakit pun tak lama. Kejap je dah baik.

Ada sorang doktor share ngan aku, jangan suka bagi ubat demam 4jam sekali kat anak.. Demam adalah reaksi badan terhadap jangkitan kuman. Termostat pada hypothalamus naikkan suhu lebih tinggi untuk combat jangkitan. Kalau kita makan ubat untuk turunkan suhu badan, ada kemungkinan jangkitan akan lebih mudah merebak. Dan kita lambat ambik tindakan untuk lawan jangkitan tersebut. Banyak kes yang demam sampai jangkitan pada otak adalah, suhu naik turun. Bagi ubat suhu turun, lepas tu naik balik. Bagi ubat lagi, suhu turun. Pastu naik balik. Ubat demam (Paracetamol) pulak, dalam masa yang sama akan mengurangkan perembesan glutathione dan mengurangkan kebolehan badan melawan jangkitan. Jangan lupa, ubat demam akan mengurangkan symptom panas, tapi bukan merawat punca demam tu.

Katanya lagi, suhu panas yang disebabkan oleh demam takkan menyebabkan kerosakan otak (brain damage). Melainkan kes demam disebabkan oleh surrounding atau heat stroke. So, jangan balut anak ngan selimut kalau demam ya.

So, kalau anak demam, make sure diorang well hydrated. Bagi minum air secukupnya. Rehat secukupnya. Bagi makanan yang berkhasiat. Minuman yang berkhasiat. Aku guna madu ngan bawang. Air pulak aku bancuh serbuk vitamin C untuk diorang.

Antara symptom bersama demam yang perlu dilaporkan bila jumpa doktor, anak aktif tak aktif, makan ok ke tidak, mulut bibir biru, pucat, sesak nafas dan sebagainya. Jangan ambil ringan symptom symptom ni sebab ia mungkin menentukan apa jangkitan yang sedang dihadapi oleh tubuh budak tu. Jangan ingat bila jumpa doktor, doktor tengok terus tau anak sakit apa, sebab doktor pun bergantung pada symptom yang kita bagitau untuk dia diagnose sesuatu penyakit. Jangan ingat asalkan dapat ubat demam, antibiotik dah ok dah.

Semoga membantu

Bagaimana supplement membantu kami sekeluarga bebas dari ubatan selama hampir 3 tahun? Hubungi kami di whatsapp no 0126894617



Daa

Selasa

Tips dan petua anak selsema batuk

Assalamualaikum

Alkisahnya bermula si Damia tetiba selesema aritu. Lepas tu berjangkit dengan abangnya. Dah kuarantin jugak budak berdua tu. Tapi biasa la diorang. Kadang kadang dapat jugak dia bergomol jugak dengan Aisy. Naik rimas adik dibuatnya. Lastnya jangkit jugak dengan Aisy. Kesian adik. 


Tapi alhamdulillah, diorang selesema dan batuk tak demam. Cuma Aqil je panas kejap masa malam pertama kena tu. So, aku just bagi diorang extra air dan bagi extra vitamin C. Dan bagi madu.

Aisy pulak aku susukan lebih. Aku bawak jugak jumpa doktor sebab batuknya nampak agak teruk bunyinya. Tapi alhamdulillah semuanya ok je.

Damia dengan Aqil dah kering hingus dan batuk pun almost takde. Tinggal Aisy je. Semalam aku pulak yang macam nak demam. So, risau Aisy jadi lagi teruk bila aku selesema sekali, aku pun cari la macam-macam petua untuk batuk & selesema bayi.







Hasilnya... Jumpa petua gunakan bawang besar dengan madu untuk batuk dan selesema. Dua dalam satu gitu.

Bawang besar hiris hiris, letak raw honey.
Aku guna madu asli manuka. Pekat gila. Aku tak ingat kenapa. Tapi macam macam la pantang larangnya. Tak boleh guna sudu besi, kena ambik guna sudu plastik. Tak boleh campur ngan air panas, kena guna air biasa. Suam suam kuku boleh la.



Ok. Petuanya..Hiriskan bawang besar, lepas tu rendam dalam madu. Biarkan 10-15 minit. Nanti akan ada jus bawang bercampur dengan madu tu. Minum sebagai ubat batuk selesema. Sakit tekak pun boleh tau.

Aku baru minum sekali. Nak sakit tekak, gatal tekak, hidung berair.. semua hilang. Rasa pun sedap. Memang berkesan betul. Since Aisy tak boleh minum, aku minum je la. Dengan harapan antibodi tu dapat dibekalkan melalui susu ibu. 

Lagi satu, hirisan bawang besar tu juga katanya boleh melegakan hidung tersumbat. So, hari ni aku hiris setengah biji bawang besar, bungkus dalam tisu, ikat. Pesan kat makcik yang jaga Aisy, letak kat kepala tempat tidur Aisy. Dah macam tangkal pulak. Hehehe..



Ada lagi petua lain macam teh bawang putih, tapi aku tak cuba lagi sebab yang ini dah berkesan untuk aku. Tapi kalau nak cuba teh bawang putih boleh buat. Caranya, ketuk beberapa biji bawang putih dengan pisau (macam kedai mamak buat tu..) Rebus sampai mendidih. Airnya tu agak agak secawan dua. Lepas da mendidih, kecikkan api dan rebus lagi 15 minit. Lepas tu bagi suam, tambah madu dengan cayenne pepper. Kalau suka masam sikit boleh perah lemon ke limau nipis.

Tambahan : Untuk demam dan sakit tekak, boleh juga bagi Apple Cider Vinegar (ACV) di campur madu. Untuk anak kecil, dilutekan dengan air. Letak dalam sippy cup sebagai minuman dia. Kalau boleh beli ACV yang warnanya keruh macam jenama Bragg. Bukan yang jernih tu.

Selamat mencuba.

Daa

Khamis

Vitamin dan ubatan yang haram

Assalamualaikum

Sharing dari seorang schoolmate aku dua hari lepas. Aku rasa pasal Centrum ni ada yang dah tau. Tapi tak mustahil ramai yang masih lagi tak tau sebab  dilaporkan bahawa ada je yang masih consume Centrum punya vitamin ni. Walau pun kadang ada diletakkan label bahawa ianya tak halal, masih ada yang tak rajin nak baca dan cuma tau bila ditegur oleh pharmacist.

Centrum
Bawah ni pulak adalah ubat cirit birit. Namanya Imodium. Kapsulnya sebelum ni diperbuat daripada gelatin bovine (lembu) tapi baru baru ni ada perubahan. Ianya diperbuat daripada campuran gelatin bovine dan porcine (babi). Ada keluar di Berita Harian.

So hati-hati ya. Sebelum membeli vitamin supplement terutamanya. Check dulu status halalnya. Jangan main redah-rembat-bayar. 

Daa

Penggunaan ubatan semasa mengandung

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai yang dah tau tentang penggunaan ubat ubatan masa mengandung. Malah, kalau ubat atau herba yang dijual pun ada ditulis kalau ianya tak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.

Kalau ada yang tak pasti tentang penggunaan ubat ubatan ni boleh rujuk doktor. Secara umumnya, baik elakkan dari ambil ubat melainkan atas nasihat doktor atau ubat yang kita ada penyakit dah lama. Itu pun kena tanya doktor jugak.

Apa yang aku baru tau dan agak terkezut hari ni adalah tentang penggunaan ubat ubat sapuan ni. Macam minyak angin, vicks dan sebagainya. Biasanya kita tak tanya doktor pun kan pasal ni.

Nak jadikan cerita.. Hari ni aku sakit pinggang, bos ku yang baik hati da letakkan yokoyoko kat atas meja. Sebelum aku pakai, ada sorang team mate tegur, katanya jangan pakai. Aku pun heran. So aku check ingredients nya dan google sikit (kata moden kan :P)

Methyl Salicylate : rub-on products containing methyl salicylate may possibly cause problems for the foetus
Camphor : Camphor crosses the placenta and has been implicated in fetal and neonatal death. It has been used to induce abortions.

Bahan ni biasanya ada dalam minyak angin. Aku check, dalam vicks pun ada.

Tak sure la limited untuk pakai kat area perut dan belakang je ke apa. Tapi bila ditulis macam tu, ngeri la pulak rasanya. 

So buat ibu ibu yang mengandung, hati hati ya.


Daa

Isnin

Tentang demam - Patut ke bagi ubat?

Assalamualaikum

Perhatian : Apa yang aku tulis ni mungkin tak semua orang akan atau sanggup setuju. Mungkin ada yang kata aku ambil risiko. Pendapat masing-masing. Aku tak mintak orang lain faham dan ikut macam aku buat.

Damia start demam hari Jumaat malam. Mula-mula aku check suhu dia 40 darjah celcius (sepit termometer bawah ketiak)

Kat rumah memang aku ada standby ubat bontot sebenarnya. Cuma kali ni, entah kenapa aku taknak guna apa-apa jenis medication. Aku ambik air dengan towel kecik dan jelum kepala dia. Dalam setengah jam, suhu dia turun 39.2 darjah celcius.

Aku bagi dia minum air active8 acerola cherry yang bancuh pekat bagi dia minum. Masa ni dia takde la nampak tak larat sangat ke apa. Still boleh main dengan abang dia. So aku dengan shujin tak risau. 
Damia panggil air berry
Maybe ada yang kata aku ambik risiko biarkan Damia demam sampai cecah suhu 40 darjah tak bagi apa-apa medication. Actually..macam ni.. 

Demam adalah sejenis simptom. Kat otak kita ada termostat. Fungsinya adalah untuk meningkatkan suhu badan apabila berlaku apa-apa jenis serangan terhadap imun sistem. Ini kerana, dalam suhu yang tinggi, virus dan bakteria tak boleh menggandakan diri dan kita punya sistem imun pulak dapat bertindak dengan lebih efisien.

Jadi, despite of many belief that demam adalah sejenis penyakit yang berbahaya dan suhu badan perlu diturunkan dengan segera. Demam adalah satu petanda yang menunjukkan sistem pertahanan dalam tubuh kita berfungsi dengan sempurna.

Bagi membolehkan apa jenis serangan bakteria ke virus ke tu ditangani dengan baik. Adalah lebih baik kalau kita tak aggressively cuba menurunkan suhu badan. Penggunaan ubat cuma in case kalau kita tengok anak tak selesa. Dan the aim adalah untuk bagi anak tu comfortable, bukan dengan tujuan nak turunkan suhu sampai ke tahap yang normal.

Fungsi ubat demam adalah untuk turunkan suhu badan, tapi serangan virus dan bakteria masih lagi berlaku. Jadi, bila kesan ubat tu habis, termostat akan reset balik suhu badan untuk naik bagi membolehkan immune system melawan serangan tu.

Ada kajian menunjukkan, orang yang tak makan ubat lebih cepat sembuh berbanding yang diberi ubat. Tentang pendapat mengatakan demam tinggi (cecah 40 darjah) boleh menyebabkan otak rosak.

Actually suhu yang boleh menyebabkan kerosakan otak adalah suhu 42 darjah. Dan termostat dalam badan kita adalah sangat bijak. Ia takde lah naik naikkan suhu walau pun kita tak bagi makan ubat. Suhu 42 darjah ni biasanya disebabkan oleh kepanasan dari persekitaran juga, dan sekiranya kalau pesakit tak properly hydrate.

Fever should not necessarily be treated.[29] Most people recover without specific medical attention.[30] Although it is unpleasant, fever rarely rises to a dangerous level even if untreated. Damage to the brain generally does not occur until temperatures reach 42 °C (107.6 °F), and it is rare for an untreated fever to exceed 41 °C (105 °F).  - Wikipedia

Ada kes sawan berlaku pada kanak-kanak yang kena demam ni kan. Nama sawan tu adalah febrile seizure. Ianya adalah sejenis sawan yang menyerang 5% dari kanak-kanak umur bawah 6 tahun. Walau pun febrile seizure ni macam agak menakutkan. Sebenarnya ianya tak menyebabkan brain damage dan tak meninggalkan apa-apa kesan buruk terhadap perkembangan budak tu. Malah, menurunkan suhu badan pun bukan satu guarantee yang febrile seizure takkan berlaku.

Tapi, exception adalah untuk bayi bawah 6 bulan sebab bayi sistem imun nya tak kuat lagi. Kalau demam sikit pun kena terus refer doktor ya. Kalau demam tu sekali dengan simptom macam sakit badan, sesak nafas, terlalu lemah sampai nak gerak pun tak larat tu pun kena refer doktor segera.

So apa nak buat bila anak demam
(1) Monitor suhu badan anak sekerap mungkin
(2) Make sure dia minum air secukupnya - Susah nak bagi anak yang tengah demam nak minum air. Apa yang aku buat, buat air dalam cawan dan bagi dia straw untuk sedut. 10-15
(3) Make sure dia selesa. Jangan pakaikan baju yang terlalu tebal, boleh guna kipas kalau dia selesa. Kalau tak selesa tutup la.
(4) Aku letak towel lembab kat atas dahi dia, actually risau jugak suhu terlalu panas. Ya, sebab selama 29 tahun hidup semua info aku dapat adalah tentang bahaya demam. First time expose tentang ada baiknya demam tu dibiarkan :D

Alhamdulillah. Ahad pagi. Demam Damia da kebah. Tanpa perlu ubat. Selesema dia pun da tinggal sikit je. Aku pulak yang seronok...

Sebenarnya ramai sangat orang mengalami fever phobia hari ni kan.. Kadang-kadang aku tengok, suhu badan anak baru cecah 37.5 darjah da bagi ubat siap siap. Ubat demam cuma menurunkan suhu badan, kalau terlalu kerap guna, takut ianya akan interfere dengan ability badan kita untuk melawan jangkitan. Malah, kena hati-hati sebab ubat demam macam ibuprofen tu kena ambil dos yang betul betul. Kalau kurang tak berkesan, terlebih overdose pun bahaya.So hati-hati ya ibu bapa.

Aku tak jugak kata jangan bagi ubat langsung. Kalau nampak anak tak selesa. Suhu 39++. Bagi la ubat. Tapi jangan bagi ubat untuk turunkan suhu sampai normal. Bila da sampai 38 atau 37.5 tu, just monitor. Regularly ambik suhu.  Yang penting kena monitor simptom lain. Bukan hanya tengok suhu dan bagi ubat.


Selamat membaca

Nota kaki : Aku nak ulang. Ini adalah aku punya personal decision. Aku tak suruh orang lain ikut atau larang orang nak bagi ubat kat anak masing-masing. Jadi jangan gaduh gaduh ya :D

Daa

Rabu

WW : Antibiotik?

Assalamualaikum

Jangan suka suka nak ambik antibiotik. Even kalau nak ambik pun. Please please please (haa... repeat banyak kali please tu maksudnya sangat sangat perlu) habiskan macam yang doktor advice. Kalau doktor tak prescribe jangan pulak nak tunjuk pandai mintak antibiotik. Especially untuk anak anak.

Ada banyak jugak kajian yang kata antibiotik ni do more harm than good. Tapi.. biasalah. Drug industry adalah antara industri paling menguntungkan dalam dunia ni. There are a lot of people yang concern about the money rather than people's life. 

Dah la hari ni masuk lambat kan.. Bos masuk pukul 830. Aku masuk pukul 10.30. Masuk opis buat kerja sikit sambil menulis entry. Sebab kerja sikit minggu ni. Aku da bajet esok nak sambung bermalasan sebab esok bos pegi site. Lalalala. Jangan tiru macam aku.

Daa

Khamis

Penyakit buah pinggang pembunuh senyap

Assalamualaikum

Sebenarnya tergerak nak buat entry ni lepas baca entry Kakcik ni.

Kepada golongan yang berisiko tu sila silalah buat medical check up periodically. Supaya senang nak detect keadaan buah pinggang tu awal awal

Macam berita tahun lepas kata, 23000 pesakit buah pinggang yang berdaftar memerlukan dialisis. Hampir RM700 juta dibelanjakan untuk perubatan dan dialisis setiap tahun, dimana.. seorang punya belanja mencecah RM30k.

Kisah benar yang aku dah story berkali kali kat dalam blog ni.

Kawan shujin (sebaya shujin - awal 30an), meninggal tahun lepas selepas 3 tahun hidup dengan dialisis setiap 6 jam. Dia cuma tahu buah pinggang tak berfungsi bila dia jatuh pengsan dan koma. Masuk ICU. Doktor sahkan buah pinggang dua dua belah da rosak. Punca utamanya... kurang minum air.

Mak mertua kawan aku, 2 jam sekali dialisis. Baru habis dialisis kena dialisis lagi. Hish..

Susah nak detect penyakit buah pinggang ni sebab simptomnya mungkin datang sekali dengan simptom penyakit lain. So kalau dah tau berisiko tu ada baiknya kalau pegi buat medical check up sekurang kurangnya setahun sekali. 

Nota kaki : Shujin marah kalau aku banyak guna pewarna bila buat kek sebab nanti beban kat buah pinggang. So tiap kali nak buat pun aku buat kek vanila kek coklat sesekali buat cheesecake. Aritu buat kek karamel tu pun dia bebel sikit walau pun aku guna sikit je pewarna. Katanya bukan ada fungsi apa pun pewarna tiruan tu, cantik je la. Buat rosak buah pinggang je T_T. Tapi teringin nak buat red velvet. Tapi mengenangkan jumlah pewarna yang nak digunakan tu.. jadi bahan kena marah je nanti.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com