Isnin

Tentang demam - Patut ke bagi ubat?

Assalamualaikum

Perhatian : Apa yang aku tulis ni mungkin tak semua orang akan atau sanggup setuju. Mungkin ada yang kata aku ambil risiko. Pendapat masing-masing. Aku tak mintak orang lain faham dan ikut macam aku buat.

Damia start demam hari Jumaat malam. Mula-mula aku check suhu dia 40 darjah celcius (sepit termometer bawah ketiak)

Kat rumah memang aku ada standby ubat bontot sebenarnya. Cuma kali ni, entah kenapa aku taknak guna apa-apa jenis medication. Aku ambik air dengan towel kecik dan jelum kepala dia. Dalam setengah jam, suhu dia turun 39.2 darjah celcius.

Aku bagi dia minum air active8 acerola cherry yang bancuh pekat bagi dia minum. Masa ni dia takde la nampak tak larat sangat ke apa. Still boleh main dengan abang dia. So aku dengan shujin tak risau. 
Damia panggil air berry
Maybe ada yang kata aku ambik risiko biarkan Damia demam sampai cecah suhu 40 darjah tak bagi apa-apa medication. Actually..macam ni.. 

Demam adalah sejenis simptom. Kat otak kita ada termostat. Fungsinya adalah untuk meningkatkan suhu badan apabila berlaku apa-apa jenis serangan terhadap imun sistem. Ini kerana, dalam suhu yang tinggi, virus dan bakteria tak boleh menggandakan diri dan kita punya sistem imun pulak dapat bertindak dengan lebih efisien.

Jadi, despite of many belief that demam adalah sejenis penyakit yang berbahaya dan suhu badan perlu diturunkan dengan segera. Demam adalah satu petanda yang menunjukkan sistem pertahanan dalam tubuh kita berfungsi dengan sempurna.

Bagi membolehkan apa jenis serangan bakteria ke virus ke tu ditangani dengan baik. Adalah lebih baik kalau kita tak aggressively cuba menurunkan suhu badan. Penggunaan ubat cuma in case kalau kita tengok anak tak selesa. Dan the aim adalah untuk bagi anak tu comfortable, bukan dengan tujuan nak turunkan suhu sampai ke tahap yang normal.

Fungsi ubat demam adalah untuk turunkan suhu badan, tapi serangan virus dan bakteria masih lagi berlaku. Jadi, bila kesan ubat tu habis, termostat akan reset balik suhu badan untuk naik bagi membolehkan immune system melawan serangan tu.

Ada kajian menunjukkan, orang yang tak makan ubat lebih cepat sembuh berbanding yang diberi ubat. Tentang pendapat mengatakan demam tinggi (cecah 40 darjah) boleh menyebabkan otak rosak.

Actually suhu yang boleh menyebabkan kerosakan otak adalah suhu 42 darjah. Dan termostat dalam badan kita adalah sangat bijak. Ia takde lah naik naikkan suhu walau pun kita tak bagi makan ubat. Suhu 42 darjah ni biasanya disebabkan oleh kepanasan dari persekitaran juga, dan sekiranya kalau pesakit tak properly hydrate.

Fever should not necessarily be treated.[29] Most people recover without specific medical attention.[30] Although it is unpleasant, fever rarely rises to a dangerous level even if untreated. Damage to the brain generally does not occur until temperatures reach 42 °C (107.6 °F), and it is rare for an untreated fever to exceed 41 °C (105 °F).  - Wikipedia

Ada kes sawan berlaku pada kanak-kanak yang kena demam ni kan. Nama sawan tu adalah febrile seizure. Ianya adalah sejenis sawan yang menyerang 5% dari kanak-kanak umur bawah 6 tahun. Walau pun febrile seizure ni macam agak menakutkan. Sebenarnya ianya tak menyebabkan brain damage dan tak meninggalkan apa-apa kesan buruk terhadap perkembangan budak tu. Malah, menurunkan suhu badan pun bukan satu guarantee yang febrile seizure takkan berlaku.

Tapi, exception adalah untuk bayi bawah 6 bulan sebab bayi sistem imun nya tak kuat lagi. Kalau demam sikit pun kena terus refer doktor ya. Kalau demam tu sekali dengan simptom macam sakit badan, sesak nafas, terlalu lemah sampai nak gerak pun tak larat tu pun kena refer doktor segera.

So apa nak buat bila anak demam
(1) Monitor suhu badan anak sekerap mungkin
(2) Make sure dia minum air secukupnya - Susah nak bagi anak yang tengah demam nak minum air. Apa yang aku buat, buat air dalam cawan dan bagi dia straw untuk sedut. 10-15
(3) Make sure dia selesa. Jangan pakaikan baju yang terlalu tebal, boleh guna kipas kalau dia selesa. Kalau tak selesa tutup la.
(4) Aku letak towel lembab kat atas dahi dia, actually risau jugak suhu terlalu panas. Ya, sebab selama 29 tahun hidup semua info aku dapat adalah tentang bahaya demam. First time expose tentang ada baiknya demam tu dibiarkan :D

Alhamdulillah. Ahad pagi. Demam Damia da kebah. Tanpa perlu ubat. Selesema dia pun da tinggal sikit je. Aku pulak yang seronok...

Sebenarnya ramai sangat orang mengalami fever phobia hari ni kan.. Kadang-kadang aku tengok, suhu badan anak baru cecah 37.5 darjah da bagi ubat siap siap. Ubat demam cuma menurunkan suhu badan, kalau terlalu kerap guna, takut ianya akan interfere dengan ability badan kita untuk melawan jangkitan. Malah, kena hati-hati sebab ubat demam macam ibuprofen tu kena ambil dos yang betul betul. Kalau kurang tak berkesan, terlebih overdose pun bahaya.So hati-hati ya ibu bapa.

Aku tak jugak kata jangan bagi ubat langsung. Kalau nampak anak tak selesa. Suhu 39++. Bagi la ubat. Tapi jangan bagi ubat untuk turunkan suhu sampai normal. Bila da sampai 38 atau 37.5 tu, just monitor. Regularly ambik suhu.  Yang penting kena monitor simptom lain. Bukan hanya tengok suhu dan bagi ubat.


Selamat membaca

Nota kaki : Aku nak ulang. Ini adalah aku punya personal decision. Aku tak suruh orang lain ikut atau larang orang nak bagi ubat kat anak masing-masing. Jadi jangan gaduh gaduh ya :D

Daa

20 comments:

Irfa berkata... [Reply]

aku bg ubat je :)

♥MAMASYAZA♥ berkata... [Reply]

yup betul apa yg rai tulis.
tapi akak ni mmg dah phobia. kalo hero kecik demam n akak check suhunya dah 40C, cepat2 akak suapkan ubat, pastu jelom, coz dia penah kena sawan, takut akak dibuatnya.

Anamarza berkata... [Reply]

memang monitor suhu badan je plus paksa minum air dan kasi minum 100plus, kalau dah masuk hari yang kedua still tak de perubahan baru bagi ubat.

dhiashahida berkata... [Reply]

rsau jugak lau bdk demam..xda pengalaman lagi..tp tq tau tu info nih..;)singgah follow awak..

Dr K berkata... [Reply]

ada masalah sikit, sebab awak guna termometer sepit bawah ketiak. Jadi kena faham juga bacaan 40 degree tu bukan actual core body temp.

Apa apa pun, demam, batuk selsema, itu semua adalah simptom..betul..

apa apa pun , pilihan masing masing. Saya hormati view awak. :)

Unknown berkata... [Reply]

cm abah, klu Nur Iman demam mmg abah tk lena tidur malam duk kawal suhu badan dia..letak kain atas kepala dia

Dr K berkata... [Reply]

and pls bare in mind, based on my experience di neonatal & peads unit, the temp not necessarily needs to be exactly 40 degree or above, consistently to produce an adverse effect to the brain cells. If u ask me, I would say the usage of antibiotics, cough mix, flu medicine tu semua yg perlu dikawal, in fact tak perlu bagi pun to boost the immune system. I would dare to play around once the temp reach 40 degree..hihihi..

Unknown berkata... [Reply]

Oni nih jarang sekali demam. terutamanya sejak aku dah kerap dok umah ni. tapi, skali dia demam, mmg ke 40 dajah. aku hanya bg ubat demam kalau dia merengek takleh tido. antibiotik, tak bagi. walaupun doc kasi. hehehe..

sitiezahim berkata... [Reply]

mmm ada betulnya pendapat rai ni. mmg kadang2 lebih bagus unt bagi badan lawan sendiri penyakit tu..cuma kita mmg kena monitor la kan..tq for sharing

MamaAliya berkata... [Reply]

Saya prefer kaedah tradisional/semulajadi.Aliya kalau demam, saya pun tak bagi dia makan ubat klinik/hospital.bagi minum air kelapa, jerlom selalu dengan air asam jawa untuk control tempt dan bagi minum shaklee aje. alhamdulillah memang berkesan. bila badan anak dah selalu sangat dengan ubat, nanti dia jadi imune.mcm lipas dan cicak yang kene spray dengan racun serangga.mula-mula spray memang dia mati.then kawan-kawan akan datang makan bangkai dan secara tidak langsung molekul racun serangga di dalam bangkai tu akan berpindah masuk ke body kawan-kawan yang makan tadi dan bertindak menjadi body protection. tu sebab bila kita spray ada yang hanya pengsan sahaja dan boleh hidup semula.badan kita kalau selalu sangat dengan ubat terutama antibiotik pun akan imune juga.

adyna AB berkata... [Reply]

bile panas jer terus bg ubat ;0

Unknown berkata... [Reply]

wife PM pun ada ckp gak...tapi kalo Mifz berdua dengan PM jer memang PM akan bagi ubat bila rasa badan nyer dah panas...risau lak...

ct rahani berkata... [Reply]

Gud info rai.. nk share kt my fb yer.. :)

Misz-ella berkata... [Reply]

another good entry by Rai. Kc nak like 2000 kali entry ni. Buh butang like rai. Hihi.

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

akak x brani le Rai.. kalau dah tinggi sangat terus aje sumbat bontot... nice info nanti akak try practikkan ..

sal ya berkata... [Reply]

Azfar kena sawan jugak masa demam. masa tu dia 7 bulan kot. bila dah start kejang dan dia macam tak bagi reaksi pada panggilan tu la yg bwk ke doc. doc takut ada jangkitan kuman sebab bg ubat dia tak respon pun. last2 kena hantar ke ICU. mmg kalau blh nak elakkan anak2 mkn ubat kecuali terpaksa je.

mummY daniSha berkata... [Reply]


kalau panas sgt memang aku x berani x bg ubat..sebab pengalaman anak kawan,cacat sebab demam panas...lahirnya sempurna..umur 5,6 taun cacat sebab kene sawan.....so,aku memang takut bab2 demam ni...kalau panas je cepat2 aku mandikan/balut ngan towel basah...tp alhamdulillah danisha x pena lg masuk ubat peluru...just ubat demam oren tu je..

Yaya Azura berkata... [Reply]

betul,ramai parents fobia dgn suhu badan anak yg tinggi.takut sawan.yaya pun macam tu..tp biasanya yaya jelum dulu dengan daun bunga raya putih, lap2 badan anak..kalau suhu tak turun terus pergi klinik..

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

Ibu Kak Sha tak layan pon ubat-ubat sangat unless dah teruk, yes...dia bagi. Kalau ada cara lain turunkan temperature dia akan buat, macam Rai jugak.

Sebab ibu kata risaulah kalau anak terlalu bergantung pada ubat-ubatan. Ibu sendiri ada sakit yg terpaksa selalu makan ubat. Jadi dia tak mahu perut anak2 menipis bila kena makan ubat walau tak perlu.

So, what u did was right. Check temperature selalu...symptom semua...dan bekalkan diri dengan ilmu.

Good job Rai :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

paling penting kena monitor suhu badan dan pastikan untuk redakan panas badan anak2

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com