Memaparkan catatan dengan label Multivitamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Multivitamin. Papar semua catatan

Isnin

Sindrom perut bocor -WAJIB BACA-

Assalamualaikum

Ini bukan entry melawak. Dalam bahasa inggerisnya dipanggil Leaky Gut Syndrome. Ianya adalah satu terma yang digunakan untuk menerangkan keadaan yang dipanggil “Hyperpermeable Intestines”. Merupakan satu keadaan dimana saluran usus menjadi poros, berlubang dan tidak berfungsi dengan betul. Keadaan ini menyebabkan "bad stuff" (bahan toksin yang sepatutnya disalurkan keluar melalui usus) masuk ke dalam saluran darah.


Bila keadaan ni berlaku.. Dimana bahan buangan toksin yang sepatutnya dibuang melalui usus masuk terus ke dalam darah, hati terpaksa kerja overtime. Tak ada rehat. Imun sistem akan kacau bilau. Dan menyebabkan keradangan berlaku pada tisu badan di sana sini.

Keradangan juga adalah salah satu tindak balas sistem imun badan dan menyebabkan tekanan. Dan badan pun fokus pada peperangan yang besar. Nak lawan bakteria, hapuskan toksin, dan akhirnya menyebabkan imun sistem dah tak dapat bezakan lawan dan kawan. Dan mula melawan diri sendiri. So, terjadilah penyakit zaman sekarang yang kita panggil "auto immune disease".

Kalau seseorang tu alah terhadap pelbagai jenis makanan. Ada kemungkinan yang diorang sebenarnya mengalami sindrom perut bocor (leaky gut syndrome) ni dan ianya perlu diperbetulkan.

Bukan itu saja.. Sindrom ini juga adalah penyebab pelbagai penyakit lain seperti asthma, food allergies, chronic sinusitis, eczema, urticaria, migraine, irritable bowel, fungal disorders, fibromyalgia, and inflammatory joint disorders including rheumatoid arthritis. Malah, juga merupakan penyebab PMS, uterine fibroid, and breast fibroid.


Boleh baca lebih lanjut dalam link kat atas ni. 

Apa yang menyebabkan sindrom perut bocor?
(1) Diet - Diet yang kaya dengan makanan yang diproses, tinggi gula, bahan pengawet dan pelbagai bahan kimia

(2) Tekanan yang tinggi - Tekanan perasaan mengganggu imun sistem dan menyebabkan ianya tak dapat berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan jangkitan oleh patogen dan seterusnya mengakibatkan keradangan pada tisu

(3) Ubat ubatan - Hampir semua ubat ubatan menyebabkan mukus yang melapisi usus menipis. Terutamanya antibiotik. So jangan lah suka suka bagi even ubat demam pada anak-anak at the first sign of fever.. Bagi imun sistem dia berlatih. Dan jauhkan antibiotik. Ada sorang researcher share dengan aku. Seekor lembu yang mati selepas di rawat dengan antibiotik (heavy dose). Ususnya sangat poros dan rapuh. Bila disentuh je berderai. Scary. Dan hint aku bagi.. Antara sebab aku stop vaksin adalah dalam vaksin ada antibiotik T_T

(4) Yis - Yis memang biasa ada dalam usus. Tapi kalau dah tak terkawal. Ianya akan termutasi jadi candida. Dan gula adalah makanan bagi yis. Kalau banyak makan gula. Yis pun suka (pengalaman dari membuat roti..hehe)

(5) Kekurangan zink - Zink adalah satu mineral penting yang berfungsi mengekalkan mukus pada usus. Zink walau pun diperlukan dalam jumlah yang sikit, sangat penting dalam mengekalkan sistem imun kita sebab kita semua tahu yang gut health adalah satu komponen besar dalam sistem imun manusia.

Bagaimana memperbaiki sindrom perut bocor?

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kesan dari sindrom ini adalah dengan memperbaiki kesihatan usus dan sistem pencernaan secara keseluruhannya.

(1) Elakkan dari makanan yang diproses, tinggi gula, mengandungi pengawet, perasa dan pewarna tambahan dan tinggi bahan kimia. 

(2) Vitamin supplement - Usus yang bermasalah bukan saja menyebabkan toksin masuk ke dalam darah, malah menyebabkan banyak nutrisi dari makanan yang dimakan tak dapat diserap. Ini akan menyebabkan badan kekurangan nutrisi yang sepatutnya dan memburukkan keadaan. Imun sistem tak dapat berfungsi dengan baik. Multivitamin sangat sangat membantu. Selain dari tu, omega 3 dapat membantu mengurangkan keradangan oleh tisu dalam badan.

(3) Probiotik dan prebiotik - Ubat ubatan seperti antibiotik terutamanya menyebabkan ketidakseimbangan flora dalam sistem pencernaan. Oleh itu, pengambilan probiotik dan prebiotik dapat membantu untuk gantikan balik probiotik yang terbunuh ketika pengambilan ubat ubatan ini. Kalau terpaksa juga ambil antibiotik, mulakan dos probiotik sebaik saja habis course antibiotik.

(4) Digestive enzyme - Ianya sedikit sebanyak dapat membantu perut mencernakan makanan yang dimakan dan seterusnya mengurangkan tekanan pada sistem badan. Selain dari tu, mengunyah sekurang kurangnya 44 kali setiap kali juga sangat sangat membantu.

Sindrom ni dah epidemic. Para pengamal perubatan dah mula aware pasal sindrom ni. Malah, ada yang kata leaky gut syndrome ni menjadi punca kepada sekurang kurangnya 50% masalah kesihatan yang berlaku pada hari ini.

Resdung? Eczema? Ramai yang kata ianya genetik. Tapi sejauh mana sebenarnya ianya berpunca dari genetik? 

Anyway.. Terpulang pada diri masing masing. Ubat demam, ubat selesema, ubat batuk widely available. Senang je nak suap bagi anak. Pernah terbaca yang damage yang disebabkan oleh antibiotik terhadap gut flora adalah permanent. Lagi kerap bagi makan ubat, lagi banyak gangguang pada imun sistem. Kalau dah tetiap bulan anak demam kita bagi ubat demam? Kesian pada anak-anak..
Aku agak sedih sebab aku lambat tahu semua ni. Dulu Aqil hampir setiap bulan makan ubat. Tapi better late than never. Bukan aku tak percaya pada doktor. Cuma.. Aku takut nak harap pada ubat. Even demam tu menakutkan. Aku memang tak berjaya bring diri aku untuk bagi ubat pada anak-anak selepas apa yang aku tahu.

Bagi yang berminat nak consult tentang masalah kesihatan atau nak dapatkan recommendation pengambilan vitamin supplement, insya allah apa yang aku tahu, aku boleh share. Just email aku kesoma.rai@gmail.com. Aku bukan doktor. Cuma ada sedikit pengetahuan dari kelas kelas yang aku hadiri.

Daa

Selasa

Vitamin supplement sebagai polisi insurans

Assalamualaikum

Kepentingan vitamin supplement selalu diperdebatkan. Even di kalangan doktor dan ahli nutrisi sendiri.

Antara fakta yang menyokong pengambilan vitamin supplement adalah, kandungan mineral dalam tanah semakin berkurangan akibat dari pertanian tak terancang. Malah ada kajian yang kata, kandungan zat besi dalam sayur bayam pada hari ini jauh lebih rendah berbanding kandungannya pada 50 tahun dulu. Zaman sekarang, kebanyakan orang makan banyak. Tapi makan makanan yang tak berkhasiat. So, kita kena fokus pada kualiti makanan yang diambil. Makan nasi dua tiga pinggan, ayam setengah ekor. Tapi sayur takde. Atau salad sikit je. So mana nak sihat..?


Kalau makan sayur pun, banyak kes sayur overcooked. Nutrisi tah ke mana mana. Ditambah dengan kehidupan masa kini yang penuh pancaroba, kadar stress yang meningkat, menyebabkan keperluan vitamin seperti vitamin B, C meningkat.


 Manakala, bagi yang tidak menyokong pengambilan vitamin supplement pula mengatakan bahawa, pengambilan vitamin dalam sebarang bentuk pil adalah membazir dan kita boleh mendapatkan semua khasiat yang diperlukan oleh tubuh dari makanan yang kita makan. Malah, ada juga yang mengaitkan pengambilan vitamin supplement dengan penyakit seperti kegagalan buah pinggang dengan vitamin supplement.

Aku tak nafikan, kedua pihak ada fakta mereka masing masing. Bagaimana pun, pada aku. Kita tak boleh pukul rata semua vitamin supplement itu sama. Dan kita juga tak boleh pukul rata yang semua manusia itu mempunyai keperluan yang sama.

Setiap individu kena faham. Yang paling penting adalah makan dengan seimbang. Semua nutrisi ada kepentingannya masing masing. Walau pun apa jua keadaan, walau pun sakit kencing manis. Still kena makan gula (read : glukos), kalau tak jadi hypo pulak. Banyak tau kes pesakit kencing manis meninggal dunia sebab kandungan gula dalam darah terlalu rendah.

Sebagai tambahan. Kita ambil vitamin supplement juga. Untuk cukupkan keperluan nutrisi harian kita.

Basuh pun boleh menyebabkan kehilangan nutrient


Calcium magnesium tambahan

Tapi bukan bermaksud kita boleh suka suki nak makan bege mekdi atau ayam kepci hari hari.

Takkan kalau kita dah ambil polisi insurans kita nak saja saja bawak kereta laju laju langgar treler? Atau saja saja nak pegi masuk kandang beruang kan.. Itu cari nahas namanya. Kalau beli insurans pun company boleh void claim kita.

So macam tu lah vitamin supplement. Bukan untuk replace nutrisi yang kita dapat dari makanan yang dimakan. Tapi sebagai tambahan untuk tubuh. Bukan juga bermaksud kita boleh makan suka suki tanpa memperdulikan khasiat makanan dengan beranggapan bahawa khasiat dari sebiji tablet supplement boleh menyelamatkan kita.

So, kalau ada sesiapa yang pregnant ke breastfeed ke yang tanya, nak kena makan supplement ke. Jawapannya adalah terpulang pada diri sendiri. Nak makan boleh. Taknak makan pun tak salah. Tapi kena pastikan makan makanan yang seimbang setiap hari. Still, aku agak recommend ambik supplement sebab how much kita cuba deny yang kita makan secara sihat pun, most of us memang tak makan secara sihat. Dan, dengan lifestyle yang penuh kesibukan. Kita require sedikit jaminan yang tubuh kita betul betul dapat cukup nutrisi. Dengan vitamin supplement yang betul dan yang baik, mesti dapat rasa bezanya. Insya allah.

Take care

Daa

Jumaat

Misunderstanding vitamin supplement

Assalamualaikum

Kecek omputeh pulok kito..

Hehehe..

Actually.. Bila membaca komen dari kawan-kawan, aku get the idea yang ramai orang sebenarnya ada salah faham tentang vitamin supplement ni.

(1) Kenapa nak makan vitamin dalam bentuk pil sedangkan kita boleh makan sayur dan buah setiap hari.
Ramai orang anggap, bila makan sayur dan buah tak perlu makan vitamin supplement dah atau dah makan vitamin supplement tak perlu makan sayur dan buah. Salah sebenarnya. Vitamin supplement TAK BOLEH replace healthy balance diet dan lifestyle. Kena makan karbohidrat 12 hidangan sehari, sayur dan buah 5 hingga 9 hidangan setiap hari. Kena senaman. Dan vitamin supplement adalah sebagai TAMBAHAN untuk fill in the nutrition gap.

Kenapa? Sebab, nutrisi dalam makanan yang kita makan hari ni kurang berbanding 20-30 tahun dulu. Jadi, kita makan amount yang sama, tapi nutrisi yang dapat MUNGKIN tak dapat memenuhi keperluan tubuh kita. Just think that vitamin supplement ni adalah sebagai good insurans policy. Ianya tak wajib, tapi perlu ada. So, mungkin ada hari yang kita tak cukup makan sayur atau hari yang kita kurang sihat atau hari yang expose dengan pencemaran dan stress berlebihan menyebabkan kita PERLU lebih nutrisi, vitamin supplement yang kita makan akan membantu.

(2) Makan tak makan sama je. Takde kesan
Asasnya..Macam aku kata sebelum ni vitamin supplement bukan ubat. It is not supposed to treat any illness. Walau pun aku sendiri pernah kata dan tulis yang vitamin C yang aku makan berjaya mengurangkan masalah alahan aku dan batu karang shujin. Tapi, ia bukan menyembuhkan. Cara vitamin supplement dan ubat berfungsi adalah berbeza.

Macam mana vitamin C mengurangkan masalah alahan aku?
Aku memang dari kecik ada masalah alahan dengan habuk. Bila habuk je mula bersin dan selesema dan kemudian jadi demam. Aku makan vitamin C sebab aku pernah terbaca, vitamin C adalah natural anti-histamine. Mekanisme alahan yang jadi bersin, gatal hidung, mata berair tu adalah cara badan kita react dengan allergen. Dengan merembeskan histamin. Alahan berlaku bila badan kita overreact dan rembeskan histamine berbeza. Sebab tu ada ubat anti-histamine. Untuk kurangkan control histamine dan bagi reaction tubuh tu kurang. 

So, bila aku makan vitamin C. Histamine level turun, dan kuranglah bersin, gatal, mata berair. So, di situ elakkan dari jadi selesema. Dalam masa yang sama, minum lah air suam banyak. Dan makan makanan yang sihat supaya antibodi kita melawan virus selesema dari hinggap.

Jujurnya, aku still alah pada habuk. Hari isnin aritu masa mengemas rumah tu teruk aku bersin. Aku kemam vitamin C supaya tak teruk. Berair jugak hidung. Tapi tak jadi hingus hijau tu la. So far, aku berjaya control selesema dari merebak. Yang bagusnya pasal aku gunakan kaedah ni berbanding makan ubat selesema adalah... aku tak mengantuk. Even berair hidung, mata dan bersin aku tak rasa lemah. Kalau dulu bila kena selesema je mesti sakit kepala. Badan pun rasa cam nak demam je. Sekarang aku takde macam tu. Hari ni hari ketiga, almost dah takde berair dah hidung. 

So nak kata ianya ubatkan selesema tu tak la jugak. Aku still berair hidung. Cuma aku prefer vitamin c over ubat sebab ianya buat aku less miserable. Takde rasa mengantuk dan sakit kepala.

Macam mana vitamin C membantu masalah batu karang shujin?
Bagi yang dah pernah kena batu karang mesti tau yang batu karang ni mudah berulang. Kes shujin, dia first kena tahun 2007. Sejak kena tu, memang mudah nak jadi balik. Minum air kurang + makan makanan lebih masin sikit + lambat pi toilet memang confirm jadi. Especially sebab shujin seorang perokok. Aku tak sure macam mana kaitannya. Tapi macam perokok lebih mudah kena.

Solution untuk dia. Memang kena maintain makan ubat je..

Sampai satu tahap. Aku yang tak larat nak tengok dia sakit. So aku google home remedy dan segala info pasal penyakit batu karang. Home remedy nya.. Minum lemon juice + olive oil. Ada banyak yang lain lagi. Tapi aku pilih yang tu. Malam aku bagi minum, esok pagi seketul batu karang saiz pasir buat rumah tu keluar. Ngeri aku tengok. Tak dapat bayang macam mana benda tu melalui proses nak keluar. T_T

Lepas tu aku baca yang, vitamin C dapat bantu untuk clear up air kencing dan buatkan pH air kencing jadi rendah (berasid). Oleh kerana, batu karang terbentuk bila pH air kencing tinggi (alkali), ianya dapat bantu elakkan dari batu karang terbentuk.

Sejak tu, takde dah kes batu karang berulang. Still.. shujin kena make sure dia minum air secukupnya dan kurangkan makan makanan yang masin. Kalau tak, air kencing start berkapur (tanda batu karang nak jadi balik)

Dalam kes tak serius macam kes aku dengan shujin, boleh la nak elak medication. Tapi kalau kes macam sakit kencing manis, darah tinggi yang melibatkan penyakit kronik, aku nasihatkan, JANGAN STOP MAKAN UBAT. Kalau nak start makan, make sure yang you inform your doctor sebelum start apa-apa jenis vitamin supplement. Kena make sure yang dosage yang diambil tu selamat. Bukan boleh main taram je.

Jangan ingat, makan vitamin supplement tak perlu dah makan ubat, dan boleh makan apa saja. Aku seriously ada masalah dengan orang jual vitamin supplement dan buat orang percaya yang vitamin supplement is like magic pills yang boleh bagi sembuh penyakit. Thats nonsense.

Aku sendiri, bukan setiap hari aku makan vitamin C ni pun. Ada je hari yang aku skip skip.

Actually..makan food-base vitamin supplement macam makan sayur dan buah jugak. Sebab ianya food base. Vitamin C yang aku makan buat dari cherry acerola. So macam makan cherry acerola la. Bezanya, cherry acerola tu dibuang air dan seratnya, dan kemudian dijadikan pil (ada la proses dia buat tu..). Ada additional value yang diorang tambah sedikit sebanyak. Macam selulose coating buat dari tumbuhan untuk make sure pil tu segar bila sampai kat kita. So adakah kita expect dengan makan buah cherry kita akan terus nampak perubahan pada kesihatan kita? Tak jugak kan.. Cuma bezanya adalah.. Buah cherry acerola yang aku makan dalam bentuk pil tu adalah buah yang ditanam secara organik, diproses ketika masih segar dan pengeluar make sure yang nutrient yang terkandung dalamnya di kekalkan sebanyak mungkin dan ianya dalam bentuk concentrate.. Berbeza dengan buah yang kita beli kat pasaraya, yang mungkin sembur ngan pestiside herbiside, bila sampai kat kita dah layu dan kita pun tak sure dah tinggal banyak mana nutrients dalam tu. Itu je la bezanya.

Bukan ubat. Bukan makan vitamin, lepas tu miraculously segala penyakit hilang.

Pada pendapat aku, vitamin supplement adalah satu investment yang baik untuk mencapai kesihatan optimum, provided, kita ada pengetahuan tentang apa yang kita ambik. Sama macam kita nak invest duit dalam apa apa pelaburan la kan. Ada orang kata invest dalam unit trust menguntungkan. Tapi ada je orang yang invest dalam unit trust tu yang rugi sebab dia bukan invest, dia gamble. Tanpa ada pengetahuan tentang apa yang dilaburkan.

Nasihat aku. Jangan mudah terpedaya dengan penjual. Make sure sendiri ada pengetahuan jugak.

Daa

Khamis

Kunci kepada vitamin supplement yang baik

Assalamualaikum

Ada terlalu banyak jenama vitamin supplement kat pasaran kan. Tak tau nak pilih yang mana satu. 

Ini just salah satu panduan yang aku baca, maybe orang lain, lain tipsnya..

(1) Pilih food base supplement - Contohnya kalau vitamin C contohnya dia tulis kat bahan bahan tu ada nama nama buah ke. Personally, aku pilih tablet instead of cecair. Sebab cecair lebih mudah rosak. So, nak make sure ianya masih boleh diminum bila sampai ke tangan pengguna dah pastilah memerlukan pengawet. Atau, ianya takkan tahan lama.

(2) Segala proses dari tanam bahan-bahan yang digunakan, tuai, pemprosesan untuk dijadikan vitamin jelas diterangkan. Gunakan bahan mentah yang berkualiti. Dia boleh tunjuk ladangnya di mana. Organik tak organik. Prosesnya macam mana. Dan segala quality controlnya yang ketat.

(3) Berkesan. Cuba pilih company yang ada rekod lama dalam pembekalan product berkualiti dengan kajian klinikal dan publish papers bagai. The best adalah cari pengeluar yang ada sijil sijil ISO 9000, ISO 9001, ISO 17025 atau pengiktirafan oleh NSF dan jugak GMP.

Sekian syarahan saya yang panjang lebar.

Segala info boleh dibaca di laman laman web berikut
Real or synthetic : The truth behind whole-food supplement
Can vitamin shorten your life?
Synthetic vs. natural vitamins
How you get sick
The whole truth about vitamins

Semoga memberikan manfaat pada yang membaca. 


Nota kaki : Kindly note that vitamin supplement bukan ubat, it is not supposed to treat any illness. Dan vitamin supplement bukan replacement untuk balance diet dan healthy lifestyle. Still have to eat 5-9 hidangan sayur dan buah setiap hari ya..

Daa

Vitamin sintetik, natural dan food-base?

Assalamualaikum

Sambung lagi.. Ada banyak sangat persoalan tentang vitamin supplement ni. Aku just kumpul dan olah semula dari bahan yang aku baca. Later aku share sumber sumber tersebut ya..

(3) Apa beza vitamin sintetik, natural dan wholesome food supplement? 
Vitamin Sintetik - Vitamin sintetik biasanya tidak dihasilkan daripada makanan. Macam kata dalam entry sebelum ni, vitamin B dari bahan petroleum. Vitamin D dari radiated oil. Malah mineral pulak datang dari serbuk mineral yang asasnya adalah habuk habuk yang badan tak boleh sintesis pun. Ada pulak vitamin B12 buat dari hati lembu okeh.

Semua vitamin sintetik adalah cuma sebahagian daripada vitamin makanan. Ascorbic acid cuma protective coat pada vitamin c. Makan ascorbic acid katanya sama macam makan kulit pisang dan berharap dapat nutrisi dari pisang :P

real food la kan.. sebab makan jadi kenyang.. :P
Pada tahun 1934, Dr. Casimir Funk menjelaskan bahawa vitamin sintetik adalah toksik dalam kenyataannya
“The synthetic product is less effective and more toxic.”

Haa.. susah sikit nak terangkan bab ni.. tapi lebih 200 kajian sejak dari tahun 1939 menunjukkan perbandingan pengambilan food base supplement dan vitamin sintetik.

Antaranya :-
1998: A British study found that 500 mg of synthetic C promoted free radical damage of DNA; the opposite of the findings with whole food vitamin C, a natural anti-oxidant.

2000: Reuters Health reports a study on men who took 500 mg of synthetic vitamin C daily. Over an 18-month period, they had a 250% increase in the thickness of the inner lining of the carotid artery, a measurement for the progression of atherosclerosis. That is, synthetic vitamin C induced atherosclerosis, even at .5 grams/day. Whole food vitamin C protects and repairs the inner lining of blood vessels and is a preventative against atherosclerosis.

2006: The Journal of the American Medical Association and the Wall Street Journal both reported that synthetic D, E, B, and C were not only ineffective but also dangerous. C and E when taken in frequent megadoses depress sperm motility leading to decreased fertility. Excess D leads to calcium imbalance just like a deficiency. Thiamine (B1) in small doses can alleviate herpes zoster; large doses can exacerbate it. A deficiency of B1 can simulate hyperthyroidism; so can an excess. Most high-potency B is predominately thiamine. The body can only absorb 2-5 mg./day yet most formulas have 50-100mg.

Kenapa jadi macam tu? Ringkasnya, vitamin sintetik cuma satu portion daripada food vitamin yang sebenar. Contohnya, asid askorbik cuma protective coat pada vitamin C. Untuk jadikan ia satu bahan yang badan kita boleh gunakan, ia perlukan segala co-factor. Ala.. senang cakap, macam kereta. Kalau kita ada tayar je, macam mana nak jalan. Nak jalan kena bagi jadi bentuk kereta dulu. So kena la curi stereng, pintu, enjin bagai kat tempat lain. So, dia akan curi nutrient dari dalam badan kita supaya ianya boleh digunakan. Lebih kurang camtu lah.

Tapi, kenapa ada orang makan vitamin sintetik nampak perubahan yang baik. Dengan kata lain ianya BERKESAN!

Vitamin sintetik memberikan kesan baik sementara kerana ianya akan stimulate thyroid dan kelenjar adrenal sebagaimana bahan asing lain (yg bukan makanan atau allergenic) tanpa menjadi sebahagian daripada cellular process. So effectnya cuma sementara saja. Macam kanak-kanak yang hyper bila dibagi gula. Tapi gula bukan "real food", so kejap je tenaga tu akan hilang balik. Kesannya macam tu la.

Still.. kenapa vitamin sintetik masih dijual dan hangat dipasaran...? Sebab pengeluar happy, pengguna pun happy. Pengeluar happy sebab kos buatnya murah. Pengguna happy sebab nampak kesan dan dos vitamin sintetik biasanya tinggi (megadose) - Bargain la kan. Telan sebijik dapat nutrient berapa puluh ratus kali ganda dari keperluan :D
 
Natural Vitamin -Natural vitamin pulak adalah vitamin yang terhasil dari sumber semula jadi. Ianya dibuat dengan treat natural food dengan chemicals, solvents, and heat. Proses ini menyebabkan kemusnahan pada hampir seluruh co-factor dan enzim. Sebagaimana vitamin sintetik, vitamin semula jadi juga mengandungi additives, allergens, gula, perisa dan pewarna tambahan. 

Malangnya, pengeluar hanya perlu meletakkan jenis vitamin (bahan keluaran) di label bagi vitamin sintetik dan vitamin semula jadi ni. Kalau macam buat dari hati lembu ke, tar pun..tak perlu letak. Dalam vitamin punya marketing “natural,” “organic,” atau “pure” tak ada makna sangat pun sebab untuk legally dapatkan label natural tu 10% natural pun da cukup (90% sintetik) dan gula jagung dan tar adalah di consider sebagai NATURAL!

Wholesome food vitamin supplement - Atau food base supplement ni adalah dimana dari makanan/tumbuhan tu, cuma air dan fiber dikeluarkan. Prosesnya perlu dilakukan dengan berhati-hati sebab haba yang tinggi boleh memusnahkan enzim dan co-factor dalamnya. 

Berbanding vitamin sintetik dan semula jadi, dosenya biasanya lebih kecil. Tak mengandungi perisa atau pewarna tambahan, bahan additive mahu pun allergen. Tapi harganya lebih mahal sebab proses pembuatan rumit dan penghasilannya memerlukan sumber "real food".

(4) Apakah megadose bagus? 
Tidak semestinya.
Apa yang penting adalah sejauh mana vitamin supplement yang kita ambil tu mampu diasimilasi (digunakan) oleh tubuh. 75mg Vitamin C dari makanan/food base supplement aktif dalam darah selama 9jam berbanding 1000mg asid askorbik yang cuma aktif selama 90 minit.

So, besar tak semestinya lebih baik. Apa yang penting. Efektif. Vitamin C aku makan cuma 250mg je sebiji, tapi alhamdulillah sangat sangat berkesan untuk masalah alahan aku dan batu karang shujin.

Lepas ni aku share cara-cara memilih supplement yang bagus. Insya allah..~

Daa  

Rabu

Vitamin Supplement fakta atau auta

Assalamualaikum

Sambungan dari entry sebelum ni..Kebenaran atau kepalsuan

(1) Adakah vitamin supplement perlu?
Ya
Vitamin supplement perlu memandangkan kandungan nutrisi dalam makanan yang kita makan dah tak macam zaman tok nenek kita dulu. 

Contohnya, kandungan zat besi dalam bayam yang kita makan pada hari ini secara puratanya adalah 17% berbanding pada tahun 1948. Menurut majalah Human Mutation, kekurangan mikronutrien dalam diet adalah lebih berbahaya kepada DNA berbanding kesan radiasi atau kimoterapi. Maksudnya, besar kemungkinan, masalah kesihatan yang disebabkan oleh genetik pada hari ini adalah disebabkan oleh diet tak sihat ibu bapa.  

DNA adalah sesuatu yang kita turunkan pada anak cucu kita. So kalau DNA ibu bapa dah tak elok, yang diturunkan tak elok. dan semakin tak elok. Mula mula mak bapak ada asma, bila turun kat anak datang package siap ngan eczema ke. So, no wonder lah kalau orang boleh kata "zaman tok nenek kita dulu takde supplement pun sihat walafiat takde penyakit". Sebab zaman diorang kurang pencemaran, kurang stress, makanan bukan yang diproses dan nutrient dalam sayur pun lebih banyak berbanding yang ada sekarang. Zaman tok nenek kita padi tumbuh setahun sekali dua je. Zaman kita sampai 4 kali setahun, sebab benihnya dah genetically modified.
Pinggan pemakanan seimbang

Walau bagaimana pun, vitamin supplement tidak boleh sama sekali menggantikan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. So no excuse kata 
"i tak makan sayur/buah, tapi i ambik vitamin tablet. mudah je youu~". 

Takde jugak excuse kata, 
"tak sempatlah nak makan "real food"" 
 dan tiap minggu bertandang di kepsi. 

Tambah lagi kalau ada penjual vitamin supplement dan makanan tambahan yang berkata 
"owhh.. never mind..awak tak payah senam..boleh makan apa saja. sekor ayam pun boleh..asalkan tak makan nasi dan ambil product kami".

Sila faham, vitamin supplement adalah untuk mengisi kekurangan nutrisi dari diet kita yang seimbang. Bukan menggantikannya.

(2) Adakah vitamin supplement selamat?
Ya dan tidak. 
Memang ada kajian yang mengatakan bahawa vitamin supplement bukan saja tak memanjangkan umur, malah boleh menyebabkan premature death.

Malangnya, ramai doktor sendiri yang tak setuju dengan kaedah kajian tersebut dijalankan kerana kajian tersebut menggunakan vitamin sintetik. Sebagaimana komen Dr Mercola


The main problem, highlighted by studies such as the one above, is the fact that they are reviewing SYNTHETIC vitamins and supplements, not whole food supplements. Hence the negative results. Your body was not made to process these unnatural agents that pose as equivalents to the real thing. The reality is, they’re frequently not the same and will not provide you with equivalent health benefits. 

Ya. Masalahnya adalah pada vitamin supplement sintetik. Terdapat sesetengah vitamin sintetik di pasaran tidak di derive daripada makanan. Biasanya vitamin B sintetik di derive daripada bahan petroleum atau coal tar. Manakala vitamin C di derive daripada GMO (Genetically modified organism) sirap jagung dengan bantuan asid sulfurik. Ianya menghasilkan ascorbic acid. Tapi, ascorbic acid bukan vitamin C. Ianya cuma sebahagian dari vitamin C. 
  
Facts : Lebih dari 100,000 orang mati sebab prescription drugs setiap tahun!  

Vitamin supplement yang paling selamat adalah yang dihasilkan daripada makanan dan semulajadi. Ianya biasanya dipanggil wholesome food vitamin supplement.

Apa yang buatkan vitamin sintetik tak selamat?

Tunggu next entry ya~

Nota kaki : Kata nak tulis pendek je, sudahnya jadi pannjang berjela macam hape kan :P

Daa 

Kebenaran atau kepalsuan tentang vitamin supplement

Assalamualaikum

Actually ada banyak aspek yang didebatkan tentang vitamin supplement. Sama ada ianya perlu ke tidak, sama ada ambik wholesome food vitamin ke organik ke natural ke sintetik vitamin. Sama ada ianya betul betul berkesan untuk membantu kita hidup dengan lebih sihat dan lebih baik ke tidak.

Ramai yang keliru. Ramai yang ragu. Siapa yang betul. Siapa yang jujur? Sesetengah kajian yang dijalankan mungkin ada kepentingan bagi sesetengah pihak. Bagi yang kondem kata vitamin supplement tak membantu orang sihat kemungkinan adalah mereka yang support drugs industry. Mereka yang kata vitamin supplement bagus, mungkin adalah dari mereka yang menjadi pengeluar vitamin. Setiap satu ada argument masing masing dan point berdasarkan tujuan dan bagaimana kajian dijalankan. Sebab tu perlu jugak kita tahu sedikit sebanyak tentang background kajian yang kita refer dan baca banyak sumber tentang hasil mana mana kajian. Fakta yang betul tak sepatutnya bercanggahan antara satu sama lain. Dan fakta biasanya tak lari dari ilmu asas yang kita belajar.
Aku pun kadang-kadang rasa keliru dengan fakta fakta pasal vitamin supplement ni. Apa yang aku boleh share adalah sedikit pengetahuan. Terpulang pada yang membaca dan menilai. Sebab kita hidup dengan cabaran dan pilihan. Kebebasan memilih adalah satu privilege. Tapi, pastikan pilihan yang dibuat tu berdasarkan pengetahuan dan bukan ikut ikutan.

Yang aku nak share ni adalah pandangan seorang doktor chiropractor dan pandangan Dr Mercola tentang pengambilan vitamin supplement. Aku tulis ringkas ringkas je la ye. Kalau nak baca yang artikel penuh nanti kendian aku bagi link nya ya..

Sambung pulak dah...

Daa


Khamis

Vitamin dan ubatan yang haram

Assalamualaikum

Sharing dari seorang schoolmate aku dua hari lepas. Aku rasa pasal Centrum ni ada yang dah tau. Tapi tak mustahil ramai yang masih lagi tak tau sebab  dilaporkan bahawa ada je yang masih consume Centrum punya vitamin ni. Walau pun kadang ada diletakkan label bahawa ianya tak halal, masih ada yang tak rajin nak baca dan cuma tau bila ditegur oleh pharmacist.

Centrum
Bawah ni pulak adalah ubat cirit birit. Namanya Imodium. Kapsulnya sebelum ni diperbuat daripada gelatin bovine (lembu) tapi baru baru ni ada perubahan. Ianya diperbuat daripada campuran gelatin bovine dan porcine (babi). Ada keluar di Berita Harian.

So hati-hati ya. Sebelum membeli vitamin supplement terutamanya. Check dulu status halalnya. Jangan main redah-rembat-bayar. 

Daa

Rabu

Vitamin Supplement Baik atau Buruk - Akhir

Assalamualaikum

Sambungan dari perbincangan tentang Vitamin Supplement Baik atau Buruk

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa wanita yang berumur 55 tahun ke 69 tahun yang mengambil supplement mengalami risiko kematian yang lebih tinggi, terutamanya mereka yang mengambil iron supplement pada kadar melebihi 50mg setiap hari. Hasil dari pembacaan aku, memang patut pun hasil kajian ni menunjukkan keburukan vitamin supplement sebab asasnya wanita yang dah menopause cuma memerlukan 8mg iron setiap hari (RDA). Dan tak perlu ambil supplement pun, jumlah ini senang senang boleh diperolehi melalui makanan yang dimakan. Iron supplement biasanya penting bagi wanita yang masih haid (perlu untuk ganti balik darah yang keluar sebab haid) dan wanita yang mengandung. Lebihan sebanyak 6 kali ganda (megadoses) ni menyebabkan lebihan iron tu membebaskan free radicals yang berbahaya pada tubuh. So, kebanyakan kita tau betapa pentingnya makan antioksidan dan bahayanya free radicals pada tubuh. Lebihan inilah yang menyumbang kepada premature death di kalangan wanita wanita ini.

Satu lagi kajian yang di publish di JAMA (Journal of the American Association) berkenaan dengan vitamin E menyebabkan peningkatan 17% penghidap kanser prostate bagi yang mengambil vitamin E berbanding mereka yang ambil placebo. Ini berlawanan dengan kajian asal yang mengatakan bahawa vitamin E dan selenium membantu mengurangkan risiko kanser prostate. Tapi, dari apa yang aku baca, vitamin E yang digunakan dalam kajian ini adalah alpha-tocopherol. Sedangkan sebenarnya vitamin E adalah satu keluarga yang ada alpha, beta, delta dan gamma. Dikatakan bahawa, adalah lebih significant sekiranya kajian yang dilakukan menggunakan keseluruhan ahli keluarga vitamin E. So result ni questionable jugak la.

So, berdasarkan dua contoh ni aku rasa agak susah nak decide bahawa pengambilan supplement adalah tidak baik untuk seseorang. Tapi, berdasarkan kajian ni, kita boleh buat beberapa kesimpulan tentang pengambilan vitamin tambahan ni.

(1)    Pengambil vitamin tambahan adalah tambahan kepada pengamalan diet yang seimbang dan cara hidup yang sihat. Bukan sebagai sumber nutrisi utama.
(2)    Kena tau keperluan tubuh sendiri. Takde orang yang kenal tubuh dan habit kita melainkan diri kita sendiri. Kalau time period sakit kejang sana kejang sini, sebulan sekali kena selesema, mesti ada something wrong dengan badan kita. Kekurangan vitamin dan mineral boleh menyebabkan immune sistem kita menurun. Even kalau lepas makan mengantuk, bangun pagi sakit kaki, gosok gigi gusi berdarah, bibir kerap mengelupas..mesti ada sikit something wrong pada badan. Sakit macam kencing manis, darah tinggi, sakit jantung bukan macam accident. Kena terus sakit. Ia adalah disebabkan kekurangan certain nutrisi dan unhealthy lifestyle dalam satu jangka masa yang lama. Even macam osteoporosis pun. Umumnya seseorang memerlukan 600mg calcium untuk maintain body function yang normal. Tapi bagi wanita advisable ambik 1000mg. Kalau pregnant atau lactating ambik up to 1200mg (not only from supplementation la ok) Tulang kita Cuma akan membentuk sampai umur 30. Lepas tu dia akan menyusut atau maintain. Kalau umur 30 pun kepadatan tulang da -1, memang cari bala la bila da menaupose nak kena tulang rapuh pulak. Check tulang boleh buat kat farmasi. Tanya je.
(3)    Kalau tengah nak menurunkan berat badan ke kawal makan ke, memang confirm nak kena ambik supplement. To fill in the gap sebab makan pun da kurang, nutrisi pun dapat kurang.
(4)    Sebelum makan vitamin supplement, kena tau yang ada sesetengah vitamin tambahan yang beri reaksi pada ubat yang kita tengah ambil. Tanya orang yang tahu (orang jual pun kadang2 tak tahu) Ada sesetengah jenis vitamin bagus ambik kalau kita ambik ubat. Contohnya bagi yang kolestrol tinggi (makan statin - eg lovastatin). Statin akan deplete CoQ10 dalam tubuh. So ambik additional CoQ10 melalui supplement adalah sangat digalakkan. Ada kajian kata, ramai orang yang tinggi kolestrol mati bukan sebab sakit jantung sebab sakit tu sendiri, tapi sebab makan statin, CoQ10 kurang dan jantung pun susah nak berfungsi dengan optimal. Orang ambik warfarin (Coumadin, jantoven) pun kena consult dulu sebelum ambik apa apa supplement. Ada jugak supplement yang menyebabkan kadar serapan vitamin lain berkurang. Contohnya kalau nak makan iron supplement, asingkan dari makan calcium tablet. Iron mengurangkan kadar serapan calcium. So better ambik asing-asing. (Perhatian terutamanya bagi yang tengah pregnant..ambik obimin ke iron folic ke waktu pagi, malam baru makan calcium..atau at least bezakan dua jam)
(5)    Bukan semua vitamin sama. Ada yang sintetik, ada yang dari natural source. Personally aku memang prefer natural source vitamin supplement compare to dengan yang dibuat dalam lab. First the quality memang different. Another thing adalah the form is different dan ini menyebabkan kadar serapan yang berbeza. Syntetic form of vitamin E dl-alpha-tocopherol adalah tidak dapat diserap oleh tubuh berbanding natural form vitamin E d-alpha-tocopherol (tak silap aku boleh check label) Ada yang kata, mengambil vitamin ibarat menghasilkan expensive urine sebab vitamin tu tak diserap tapi terus keluar melalui air kencing. So kalau orang tanya..suggestion aku adalah beli high quality vitamin sebab ia lebih selamat dan effective.
(6)    Guna dengan betul. Kena tahu (kalau tak tahu tanya) berapa dos yang selamat diambil dan berapa banyak keperluan tubuh kita. Jangan main sarbat je. Lepas tu bila jadi apa apa kata orang jual menipu la apa la. Haihh..

So aku harap dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan. Pengambilan supplement adalah pilihan individu. Dulu aku rasa aku ok je dengan tak ambik supplement. Tapi sekarang aku da faham beza ambik supplement dengan tak ambik. Dari segi awareness dan juga dari segi kesihatan secara menyeluruh. Mak aku pun hairan sebab sekarang aku da takde selesema sampai berminggu minggu dan in fact jarang kena selesema sampai aku tensi sebab tak boleh nak utilize MC aku..tahun ni baru dua kali MC..tu pun isnin aritu aku check up je tapi mintak MC.. (aku ada history resdung). Selain dari tu, anak anak pun aku perasan masa Aqil dulu memang sentiasa ada je ubat demam kat rumah. Kadang-kadang stok 2-3 botol. Sekarang ni memang tak ada. Jarang sangat diorang demam.

Aku bukan nak kempen suruh orang makan vitamin supplement ok. Cuma aku nak pesan, muhasabah lifestyle. Check sama ada lifestyle kita betul betul sihat, pemakanan kita ok. Aku seriously rasa ramai orang yang alami masalah mental sekarang ni bukan saja disebabkan masalah kerohanian saja. Malah kekurangan nutrisi seimbang pun menyumbang. Penyakit mungkin tak datang sekarang masa kita muda. Ada orang anggap kalau dah tua tu memang senang jatuh sakit, tapi hakikatnya sakit tu adalah berpunca dari gaya hidup dan pemakanan yang tak sihat dari zaman muda. Kalau muda muda dah jatuh sakit paham sendiri la ye. Aku tak perfect dalam hal ni. Senam pun kadang kadang miss jugak, tapi tak salah kot kan ingat mengingatkan.

Nota kaki : Yang makan 5 serving buah dan sayur yang colourful setiap hari sila komen. (Colourful bermaksud ada banyak banyak warna - pisang(kuning), sawi(hijau), apple (merah), cendawan (putih), grape (purple))

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com