Selasa

Mengenali antibiotik

Assalamualaikum

Antibiotik adalah sejenis ubat yang kerap kita dengar. Pergi klinik bawak anak demam selesema. Ada yang sanggup bergaduh dengan doktor sebab nakkan antibiotik. Antibiotik hanya berkesan pada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Dan ada banyak jenis antibiotik mengikut jenis bakteria.

Selesema adalah disebabkan oleh virus. Jadi, rentikanlah bergaduh dengan doktor nak ambik antibiotik kalau kena selesema.

Antibiotik dikatakan salah satu jenis ubat ciptaan manusia yang sangat menakjubkan dan berkesan merawat banyak jenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. 

TETAPI..

Hati hati dengan penggunaan antibiotik. Antibiotik membunuh semua jenis bakteria. Termasuk bakteria baik yang terdapat dalam saluran pencernaan. Yang sangat berguna untuk membantu proses pencernaan kita. Penggunaan antibiotik yang tak terkawal juga menyebabkan bakteria bermutasi dan resistant terhadap antibiotik yang sebelum ni digunakan. Jadi antibiotik yang lebih tinggi dosnya dan lebih kuat perlu digunakan. Ada antibiotik yang menyebabkan alahan kepada sesetengah orang. Ada juga yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saraf.

Bagus kalau orang takut baca pos ni. Sebab antibiotik memang tak elok guna sewenang wenangnya. Terutama pada kanak-kanak.

Hanya gunakan antibiotik bila benar benar perlu. Demam selesema seeloknya tak payah bagi apa apa ubat. Maksud aku tak payah bagi ubat bukan biarkan tak buat apa. Support immune system dengan makanan berkhasiat. Makanan berkhasiat yang paling bagus adalah sup ayam yang penuh dengan bawang.. Letak banyak banyak bawang besar, bawang putih dan halia. Insya allah ianya sangat sangat membantu.

Sekiranya perlu makan antibiotik. Make sure makan ikut dos yang ditetapkan sampai habis. Tak habis makan antibiotik boleh menyebabkan bakteria lebih berleluasa. Lepas habiskan dos antibiotik yang ditetapkan. Makan probiotik untuk ganti balik bakteria baik dalam badan. Hanya ambil masa beberapa hari untuk antibiotik bunuh seluruh bakteria baik dalam saluran pencernaan kita. Tapi sangat lama masa diperlukan untuk gantikan balik bakteria tersebut.


Okay. Sambung kemudian. Stay tune.

Daa

8 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

salam Rai..klu ambik ubat kat klinik..jenuh nk ngabihkn trutama antibiotik.

Cho Zila berkata... [Reply]

tak suka kalau doktor bagi antibiotik untuk anak2 sebab diaorangni kalau dah sihat payah nak suruh makan ubattu...

Mell Mariann berkata... [Reply]

betul tu.. dokte pun tak suggest amik antibiotik selalu.. bahaya katanya..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA pun mmg cuba meminimunkan keperluan antibiotik ni pada anak2 kecuali atas kes2 serius & terpaksa aje

JunAina berkata... [Reply]

Sebab tulah bila ambik ubat dok mesti pesan puan tolong habiskan antibiotik ini masalahnya bila baik ja memang akak hentikan terus antibiotik...:)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Nmpk sgt kurang baca. Baru tau kenapa doc suruh habiskan antibiotik. Mmmm.....

Adriannasyaz berkata... [Reply]

Sya tak suka mkn ubt..tmbh ubt btuk..antibiotik ok lg kut

MAY berkata... [Reply]

sharing terbaik kak.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com