Memaparkan catatan dengan label Aqil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aqil. Papar semua catatan

Khamis

Aqil & Aisy

Assalamualaikum

Aqil dah habis darjah satu. Gigi pun dah empat batang hilang. Baru ni, gigi dia tercabur sebatang, esoknya main ganas sangat dengan Damia, terpatah pulak sebatang lagi. Jadi la seperti ni..

Nasib baik dah minggu terakhir sekolah. Itu pun kena pergi sekolah last day, dia kata malu sebab gigi tak ada. Hehehe.. 

Si Aisy Thaqif pulak. Cakapnya semakin banyak. Kalau dikumpulkan keempat empat mereka. Pening ayah dia. Semua ada je yang nak dicakapkan. Oh, Afiqah belum pandai cakap. Tapi dah boleh buat gestures suruh tengok. Siap tarik tarik baju lagi selagi tak tengok. Sabo je ayah dia. Aisy ni bukan main manjanya sekarang. Lagi-lagi kalau dengan ibu. Adik dah duduk kat riba, dia pun nak berkepit. Persistent nya pun boleh tahan. Dah sampai umur dia la tu. Tapi, keduanya tetaplah abang yang penyayang pada adik adik mereka. Hehehe..

Cepat je rasanya bebudak ni besar. Aqil dah nak masuk darjah dua. Aisy pun dah nak dekat 3 tahun. 

Mana pergi gambar yang dua lagi.

Nanti lah upload pulak ye.

Hehehe..

Daa


Isnin

Cadangan aktiviti berfaedah cuti sekolah

Assalamualaikum

Bila nak cuti sekolah, mak diorang yang agak teruja dan happy. Mana tidaknya.. Tak payah iron baju sekolah. Hahaha.. Dasar pemalas sangat kan ko Rai.

Anyway.. Aqil dah start sekolah ni, kalau cuti panjang sikit je mula lah dia berzikir kat telinga aku tanya bila nak sekolah. Itu baru cuti Deepavali seminggu. Kalau cuti sebulan setengah.. Pengsan~!!

So, aku dah memikirkan beberapa cadangan aktiviti cuti sekolah untuk budak berdua tu selain dari diorang perabis masa untuk main game je.

(1) Ke perpustakaan - Menggalakkan diorang membaca la of course. Jangan asyik mengadap gadget je.
(2) Berkebun - Aku plan nak bagi diorang buat taugeh kacang hijau. Kalau ada masa nak beli kit cendawan tu boleh jugak bagi diorang jaga sorang satu. Mesti excited. Selain dari tu, nak ajak diorang tolong-tolong siram dan bajakan jugak pokok pokok sayur kat rumah tu.
(3) Buku skrap - Suruh diorang lukis dan tulis pasal aktiviti cuti sekolah atau apa apa tajuk yang disukai.
(4) Latihtubi subjek utama - Aqil masih banyak lagi kelemahan dalam subjek utama, so cuti ni nak bagi dia buat latihan lebih sikit supaya tak ketinggalan dengan silibus darjah 2 nanti.

Nanti aku fikirkan aktiviti lain lagi. So far ini lah planning aku. Cendawan tu katanya sekejap je dah keluar. Taugeh pun 4 hari dah boleh kutip makan. Takde lah diorang fed up tunggu lama.

Harap harapnya boleh kurangkan sikit masa melagho main game. Hehehe..

Daa

Khamis

LEGO Chima Legend Beast 70123, 70124, 70125, 70126, 70127

Assalamualaikum..

Sebenarnya entry ni aku nak tulis enam bulan lepas, tapi masa tu zaman peralihan, jadi tak sempat. Dah lepas pindah, macam- macam nak diuruskan. Tambahan Aqil pun dah mula bersekolah, banyak yang dia nak kena catch-up. Cuti sekolah pun dia tak sempat nak sentuh lego. Yang jadi "hero lego" sekarang ialah Aisy. Pantang lepa, mesti dia berkubang.


Ada lima set bagi siri LEGO Chima Legend Beast. 70123 ialah singa lagenda untuk Laval, 70124 ialah helang lagenda untuk Iris, 70125 ialah gorila lagenda untuk Gorzan, 70126 ialah buaya lagenda untuk Cragger dan yang terakhir 70127 ialah serigala lagenda untuk Worriz. Set-set ni semua mempunyai bilangan kepingan diantara 94-115 keping elemen dan harganya pula ialah RM44.50 setiap satu. Pada bulan November, kedai LEGO buat jualan murah, semua barangan (termasuk set ni) dijual pada 30% diskaun. Dalam awal tahun haritu, LEGO ada buat jualan murah jugak, semua barang terpilih diberi potongan harga sebanyak 70%. Aku tak sempat pergi masa tu, tapi informan bagitau, set Legend Beast ni turut dijual sekali. Pada bulan April hingga Mei pulak, Tesco jual set ni dengan potongan 50%. Jadi, siapa cakap lego ciplak punya lagi murah?? It's all about buying the right item at the right time! Set ni sebenarnya versi ketiga dari siri Chima musim pertama dan dah diberhentikan pengeluaran dia pada hujung tahun lepas. Yang masih dijual adalah penghabisan stok. Apa yang best pasal set ni adalah... baca sampai bawah? Hahahaha..


Antara lima set ni, yang menjadi pilihan aku ialah 70127 Wolf Legend Beast. Sebab? Sebab pertama, dia ada sembilan set ball joint jenis baru. Selain serigala, singa jugak ada sembilan set ball joint. Tiga set lain mempunyai kurang dari sembilan. Sebab kedua, dia berwarna putih, jadi senang kalau aku nak pecahkan dan pasangkan elemen dia kat binaan lain. Kalau beli singa, kepingan elemen dia lebih banyak, tapi singa tu berwarna tan (orang perempuan kalau pilih-pilih tudung gitu panggil warna tan sebagai warna krim, hahaha) yang mana warna tu susah sikit nak padankan dengan warna-warna lain yang aku ada. Sebab ketiga ialah pedang Worriz. Pedang Worriz cuma datang dengan beberapa set dari siri Chima sahaja, dan set 70127 ni merupakan set paling murah untuk dapatkan pedang tu. Well, less that aku care pasal pedang, but its a factor. Dalam set ni ada dua beg elemen, satu set sticker (8 keping kesemuanya), dan sebuah buku panduan tiga puluh lapan muka surat.


Orait, dah siap belek tu, jom bahagikan elemen mengikut warna dan pasangkan.


Oohhh.. sebelum lupa, ada beberapa elemen baru yang aku nak ceritakan tu. Ini yang pertama, Part 11090. Kalau sebelum siri Chima, part ni takde lagi. Kalau dulu aaa.. dia ada clip dan bar je. sekarang aaa.. clip dan lubang. Memang sangat berguna untuk buat binaan kecik-kecik tu.


Elemen nombor dua ialah Part 15208. Kalau dulu, satu stud/1L cuma ada satu bahagian tajam tu. Sekarang, dua stud/2L ada tiga bahagian tajam tu. Hahahahaha.. beli dua aaa... dapat tiga woo


Dan yang terakhir, favourite aku, Part 14417, 14418 dan 14704. Ini ialah elemen baru untuk articulation dan sendi. Sebelum ni LEGO memang ada brick untuk ball joint dan socket, tapi ini elemen ni lebih kecil dan instead of brick, ia sejenis plate. Jadi lepas ni senang laa nak buat sendi pada skal kecil, takde laa nampak gabak sangat. Clamping factor dia pun sangat kukuh. Tak mudah untuk dipusing atau ditolak.


Okay, dah siap serigala kita. Bila dah siap dipasang, saiz dia lebih kurang (since aku malas ambik pengukur, hahaha) 15cm panjang dari hidung ke ekor, 9cm tinggi dari kaki ke telinga (tanpa Worriz kat atas belakang) dan 6cm lebar dari bahu ke bahu. Senang cerita, agak-agak sebesar tapak tangan suami. hehehe.. Ada ball joint pada sambungan kaki ke ke badan, kaki ke tapak kaki dan pada kepala ke badan. Ekor dan mulut serigala ada sendi clip.

Pada pendapat peribadi aku, kalau pun set ni bagus, tapi dengan saiz dia yang agak kecil dan harganya RM44.50, aku tetap takkan beli kecuali bila sale. Ahahahaha.. Tapi untuk collector/pengumpul, harga tu memang sangat berpatutan.

Selamat membina...

Jumaat

Last day sekolah~!

Assalamualaikum

Yeyy.. Esok start cuti sekolah.. Apa yang paling seronok pasal cuti sekolah adalah aku bebas dari kena iron baju budak. Wakaka.. Dasar sangat mak pemalas kan. Baju aku pun jarang iron. So pasni pagi-pagi tak payah nak rushing keluar pergi kerja. Boleh belek-belek pokok dulu sebelum keluar rumah. Hihihi..

Cuma yang kurang bestnya, cuaca panas sangat sekarang ni. Aisy dengan si Afiqah batuk selesema. Aku pun dah start jangkit. hmm.. Ujian..

Tengah fikir nak bawak bebudak ni berjalan ke mana musim cuti sekolah ni. Korang plan nak ke mana cuti sekolah..? Cuba share sikit

Daa

Khamis

Menangani buli pada peringkat awal

Assalamualaikum

Sebenarnya kes buli ni adalah pengalaman yang kami hadapi sendiri. Sejak mula sekolah, awalnya aku bekalkan air dengan bekalan ke sekolah pada Aqil. Lepas tu, entah macam mana beberapa kali dia balik dengan bekas makanan yang pecah. Katanya kawannya pijak. Aku tak sure la kawannya terpijak atau diorang memang bergurau beramai-ramai memijak. 

So, aku bekalkan duit suruh dia beli kat kantin sekolah. After a while, dia kata kawan dia ambik duit. Kemudian, aku pun bagi bekal makanan semula pada Aqil. Kawan dia dah tak ambil atau mintak duit dengan dia. Kes ambik duit tu mula-mula kami tak tau. Tapi budak budak ni kita kena pandai bagi soalan. Kes ni berlanjutan kira-kira dua bulan.

Sudahnya... Aku tak tahan. Aku pun pergi ke sekolah untuk bagi surat aduan. Memang ada sekolah sediakan kertas untuk kita isi. Dalam surat aduan tu, aku tak tuduh budak tu ambik. Aku tulis sebagai aku "syak" dia ambil. So mintak cikgu jalankan siasatan.

Lepas kira-kira seminggu. Budak yang selama ni mintak duit Aqil tu terkantoi. So memang sahih dia yang ambil. Katanya dia ambil sebab parents dia tak bagi duit poket dan takde bagi makanan. Lapar. Mintak duit dengan kawan.

Budak tu kawan sekelas dia. Baru 7 tahun!!

Adalah paling merisaukan bila anak-anak dah mula bersekolah kan. Masa kecik kita didik dan tatang dia. Bila dah bercampur gaul, dia bawak perangai entah datang dari mana. Sebab tu sebagai ibu bapa kena pandai bagi soalan pada anak-anak. Perhatikan kawan-kawan dia bergaul. Zaman sekarang ni, jangan kata budak lelaki, budak perempuan pun dibuli dan membuli.

Luangkan masa dengan anak-anak. Tengok kalau ada sebarang perubahan sikap dia untuk tengok tanda-tanda dia kena buli. Kalau selalu berbual dengan anak-anak. Diorang akan rasa selesa nak ceritakan apa apa dengan kita. 

Cikgu adalah mata-mata kita. Bina hubungan baik dengan guru-guru. Ambil tindakan segera dengan membuat aduan pada pihak sekolah untuk minta diorang siasat hal yang berlaku. Jangan terus tuduh, tapi minta mereka siasat.

Semoga anak-anak kita semua dilindungi dari dibuli dan membuli. Takut betul tengok kes-kes buli zaman sekarang ni. Sampai menyebabkan kematian. 

Jangan buli anak sampai jadi gini.. kesiann... huhu
Daa

Rabu

Muhammad Aqil Mubarak

Assalamualaikum

Aqil dah darjah satu tahun ni. Alhamdulillah. Almost 7 tahun dah aku jadi ibu. 






Dan dua hari lepas..

Isnin dengan Selasa aku hantarkan sampai ke tapak perhimpunan dalam sekolah. Hari ni dia pergi sendiri. Actually cikgu dah tak bagi mak bapak masuk. So dia pun pergi sendiri. Harap harap oklah tu. Insya allah.

Mainan dan games kami dah simpan. Malam diorang tidur awal. Setakat hari ni, takde masalah nak suruh bangun pagi. Liat sikit. Tapi takde drama air mata. Alhamdulillah. Hehehe..

Aqil bawak bekal. First day dia nak sandwich. Aku buatkan sandwich telur letak timun. Semalam buat burger. Dia kata sedap. Hari ni nak lagi. Elok la tu. Air pun dia bawak. Tapi sampai sekolah dia tak pandai bukak botolnya. Ketat kata dia. So, dia beli air kat kantin. Kami bagi RM2. Seringgit dia beli air. Balance aku suruh dia simpan. So, dah simpan RM2 dah la. 

Buntu jugak aku nak bagi bawak bekal apa. Aqil ni kalau makan nasik lambat. Macam dikira butir nasik tu. So macam kurang praktikal nak bagi bawak nasik. Tapi takkan nak bagi roti hari hari kan. Nanti la belek encik google. Tengok bento lawa lawa makcik Jepun. Kot jadi sumber inspirasi ke. Hehehe..

Belanja gambar anak dara sorang masa hari orientasi abangnya. Dua tahun lagi giliran kita pulak ya.. Hehe..

Daa

Selasa

Oh terasa tua pulak

Assalamualaikum
Aqil start darjah satu this year. Bermaksud anak lelaki sulung kami dah 7 tahun. Dah 7 tahun aku jadi ibu. Macam tak caya. Walau pun persekolahan bermula 12hb January, kami kena pergi daftarkan Aqil 2hb, Jumaat aritu. Ada ujian saringan jugak. Kami sangat risaukan dia. Takut dia frust bila tak dapat jawab. Tapi bila tengok dia ok je, aku pun rasa lega. Betul ke salah tu tak penting. Yang penting dia konfiden. Hahaha..

Damia pun start PASTI tahun ni. Tak tahu la anak dara keledek tu ok ke tidak. Hari orientasi semalam, dia berkenalan dengan kawan yang nama Damia jugak. Masa bermain, entah anak dara siapa, cubit belakang dia. Si Damia ni pemalu sikit orangnya. Dia diam je. Datang menyorok kat aku dengan muka sedih kena cubit ngan kawan. Alahai anak.. Cuba la melawan sikit. Kalau ye pun pemalu. Jangan bagi kawan buat kat kita. Hehehe..
Di Abuain Kitchen

Aku dengan shujin masih agak sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti mengemas rumah T_T

Harap dapat aktif seperti sediakala dalam jangkamasa terdekat.. Sangat rindukan blog nan satu ini.. Nak share resepi, nak share cerita kami, anak anak lagi.. tips macam macam dah dok kumpul.. Nak mengarangnya tu kurang masa..

Daa

Rabu

Jom Pasang LEGO® : Review The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor

Assalamualaikum..

Macam yang dijanjikan, kali ni nak review set lego yang bagus sebagai set permulaan sama ada sebagai mainan, koleksi, mahupun hiasan. Bagi aku cerita kenapa set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni sangat awesome.


Set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni didatangkan kalau secara solonya, dalam satu kotak berukuran lebih kurang 30cm x 30cm x 7cm. Now, aku cakap solo bukan bermaksud ada Eagle Interceptor je. Ada jugak kenderaan lain dan minifig kat dalam ni. Maksud aku solo adalah, set 70003 ni ada jugak dijual dalam bentuk tiga set dalam satu kotak. Ia dipaggil 66450 The Legend of Chima Super Pack 3 in 1. Setakat yang aku jumpa, super pack tu tak jugak murah, lebih kurang harga kalau beli asing-asing. Ditambah lagi, combonya tu tak berapa best pun. Dalam tu ada set 70000 Razcal's Glider (yang aku review minggu lepas), 70001 Crawley's Claw Ripper & 70003 Iris's Eagle Interceptor. Tapi, kita bukan nak bercerita pasal super pack, kita nak cakap pasal set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni je. Set ni dikeluarkan pada tahun lepas, 2013, baru lagi. Kalau sesiapa perasan, set ni masa mula-mula keluar kat Toy's R Us dulu, harganya RM179.90. Lepas tu aku perasan dah turun jadi RM159.90. Harga sekarang RM154.90.


Bersama dalam set ni walaupun binaannya agak besar, cuma ada sebuah buku panduan (instruction manual). Buku tu setebal lapan puluh empat muka surat. Arahannya sangat mudah. Budak dibawah umur dari cadangan yang tertera kat kotak (8-14 tahun) pun boleh pasangkan. Kalau anak korang genius, rasanya umur lima tahun pun dah boleh pasang. Kecuali parts jenis joints tu.


Jumlah keseluruhan parts ialah tiga ratus tiga puluh satu termasuk extra parts. Dan, ada tiga minifig. Semua dalam tiga beg ni. Owh.. Sebelum terlupa, ada sekeping sticker sheet. Atas tu ada tujuh keping sticker. Untuk yang belum ada pengalaman, sticker LEGO® sangat best, atau patut sebut istimewa? Sebagai permulaan, sticker dia sangat, sangat, sangat nipis. Dia tak berbulu dan permukaannya glossy. Aku tak buat penelitian tapi rasanya material dia seolah-olah plastik. Kedua, sticker dia dan lego bertindak balas macam magnet. Bila kita dekatkan, dia akan menarik satu sama lain membuatkan ia mudah diselaraskan. Yang terakhir sekali, sticker dia tak mudah diasingkan bila dah dilekatkan. Kalau dipaksa kopekkan jugak, sticker akan rosak dan cacat.


Jom pasang. Macam biasa, diingatkan mesti bukak beg plastik mengikut nombor. Bila siap pasang semua dari beg satu, baru bukak beg dua, dan seterusnya. Bila bukak beg plastik, sentiasa susun parts mengikut warna. Semua langkah pemasangan ni adalah asas untuk memasang set supaya proses adalah lebih mudah, tertib dan tak wujud kesilapan. Okes, dalam beg nombor satu, ada dua lagi beg kecil. Beg kecil biasanya berisi minifig dan parts yang lebih kecil. Mulakan dengan memasang minifig dulu. Kemudian parts lain, seperti mana yang tertera dalam buku panduan.


Bila dah habis semua parts beg nombor satu, dah siaplah pasang tiga minifigure, satu glider dan satu pod atau jet kecil. Ketiga-tiga minifig tu printed depan dan belakang, didatangkan dengan helmet, baju perisai dan senjata. Glider dalam set ni boleh gerakkan sayap dalam paksi x sebanyak lebih kurang 60darjah. Maksudnya, sayap tu boleh direntangkan atau dirapatkan pada tubuh glider. Untuk pod, windscreen tu boleh dibuka tutup. Sayap kecil kat tepi pod tu boleh digerakkan pada paksi y. Ada dua keping sesendi kat belakang pod dan binaan atas pada sendi tu menunjukkan bahagian ni dibina supaya mudah dicabut pada masa yang sama boleh buat sambungan yang kukuh.


Sambung pasang beg nombor dua. Dalam beg nombor dua, ada satu je beg kecil. Langkah yang sama, susun ikut warna dan mula membina.


Binaan dari beg nombor dua ialah badan Eagle Interceptor. Dah nampak rupa badan dan ekor burung. Penyediaan parts sesendi dah ada kat bahagian ni.


Akhir sekali, beg nombor tiga. Ada satu beg kecil dalam beg yang terakhir ni. Susun, kemudian siapkan Eagle Interceptor ni. Ada dua pasang ball joints dan dua pasang rotable ball joints untuk siapkan set ni. Dua jenis sendi ni biasanya memerlukan tenaga yang lebih untuk pasang, as well as providing sendi yang tak mudah longgar walaupun bertahun lamanya. Selain itu, mechanicle arms pun agak keras untuk dipasang. Parts yang lain takde masalah, anak aku yang berumur setahun lebih tu pun (Aisy) boleh pasangkan. Kalau dia tahu baca manual that is, hahahaha.


Inilah rupanya bila dah siap.


Kepala helang ni boleh digerakkan ke atas dan ke bawah. Macam gaya mengangguk camtu. Ian jugak boleh diasingkan dari badan helang supaya dijadikan pod untuk melarikan diri dengan mudah. Apa yang perlu dibuat, cuma dengan menolak kepala Eagle Interceptor tu ke atas menjangkaui paksi sendi dia. Pod tu akan tercabut dengan mudah. Kalau korang cuba cabut dengan cara lain, well, korang akan end up bergusti dengan burung ni. Sayapnya pulak bebas bergerak 180darjah pada mana-mana paksi (x, y, z). Ada sedikit limitation kalau sayap tu tersangkut pada kaki helang. Bulu pelepah pada sayap pulak boleh digerakkan lebih kurang 60-70darjah secara mendatar. Jadi, korang boleh menggayakan sayap burung tu duduk sepertimana dia sedang bertenggek atau berterbangan. Di bawah setiap sayap pulak, ada satu flick missile. Macam biasa, kalau ditolak dari belakang peluru akan memecut keluar selari dengan kekuatan tolakkan yang diberi.


Kat bahagian belakang Eagle Interceptor ada sebuah compartment bersaiz 6x8. Compartment tu mudah dibuka dan tutup. Dengan saiz sebesar tu, korang boleh isi macam-macam kat dalam termasuklah minifig dan aksesori.


Kaki helang ni jugak boleh digerakkan. Mekanismanya adalah rotable ball joints tadi. Untuk yang belum ada pengalaman dengan rotable ball joint, sendi jenis ni adalah antara yang terkuat dan berskala. Ia tak mudah berubah posisi dan tak mudah haus. Gambar kat atas menunjukkan rupa Eagle Interceptor tu pada keadaan flight mode atau mod terbang. Kedudukan dada dan leher burung ni membuatkan imitasi burung sebenar sangat realistik. Aras kedudukan paruh dan kakinya turut menghidupkan lagi lakonan tu. Kalau ada parts berwarna transparent clear yang lebih, boleh buatkan stand untuk mengaksikan set ni.


Bagi peminat burung, mesti korang fascinate dengan features kuku kaki ni. Gaya cengkaman dia sebijik macam helang sebenar. Jumlah jari dan sudut dia memang tak ubah langsung. Fuuhh. Besar mana model ni bila dah siap dipasang? Tingginya lebih 14cm. Lebar dan panjang pulak, kalau diletakkan kat atas cover Galaxy Tab 10.1 inci yang terbukak (sama macam dua biji Galaxy Tab 10.1 inci yang diletak bersebelahan), masih ada bahagian yang terlebih-lebih. Korang anggarkan sendiri ya?

Set ni aku sangat rekomen sebab ia bersaiz besar, imitasi yang sangat hebat, berkebolehan dan memiliki fungsi yang best, ada pihak baik dan jahat dalam satu set, ada tiga minifig yang fully printed dan beraksesori lengkap, pemasangan dia yang mudah tapi kukuh, harga yang mampu milik dan setara dengan apa yang pembeli dapat.

Aku terdengar ura-ura kononnya set ni dah nak diberhentikan penerbitannya dalam masa terdekat sebab Chima dah masuk siri ketiga (set 70003 Iris's Eagle Interceptor ni adalah dari siri pertama The Legend of Chima sebenarnya). Jadi, aku sendiri dah beli banyak-banyak set yang best ni. Kalau ada pembaca blog ni yang berminat untuk beli set lego ni pada harga murah, boleh whatsapp aku kat nombor 012-6894617 sementara stock masih ada. Aku ada iklankan set ni kat mudah.my jugak. As for now jualkan pada harga RM120 satu set dan dah tinggal kurang dari 10 kotak.

Selamat membina...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Selasa

Cuti Sekolah Musim Bersunat / Berkhatan

Assalamualaikum...

Semalam aku tak sempat nak siapkan entry pasal Legoland Malaysia Resort Theme Park. Sebab utamanya ialah hari Sabtu haritu Aqil berkhatan.


Senyum je muka. Beberapa hari / seminggu sebelum bersunat, Aqil ada ambil berat jugak pasal event ni. Dia tanya "Bersunat tu apa? Kenapa perlu bersunat?". Jadi, aku terangkan dalam bentuk yang aku rasa lebih baik. Pasal hukum, pasal mensucikan diri dan doktor tak buat lain srlain mencapai matlamat tu. Aku tak pernah sebut perkataan "potong". Turns out, dia lebih excited dan tak sabar nak bersunat. Takut tak wujud langsung.


Ditambah pulak bila empat lagi sepupu dia turut bersunat dihari dan masa yang sama, bebudak ni macam enjoy habis. Walaupun pak long dia dok sibuk takutkan "potong dengan gergaji", Aqil lebih percaya dengan apa yang aku cakap. One side yang buatkan aku sayang sangat kat sulung aku, "always trust dad". Sebelum masuk ke bilik rawatan, semangat je anak ayah ni. Bila masuk pun, dia sendiri cepat-cepat naik kat atas katil tak sabar nak bersunat.


Dah tentu-tentu aku sendiri tak tau cemana proses bersunat tu dijalankan. Bukannya aku tonton sendiri masa aku disunatkan masa kecik dulu. Tapi bila tengok apa yang klinik buatkan kat anak aku, aku rasa "Wow, boleh tahan kejam proses bersunat ni eh?". Doktor main tarik, koyak, gunting, cucuk dan potong dengan besi panas camtu je. Seriously, aku tak sanggup tengok. Still, sebagai seorang ayah, aku tengok jugak apa yang dilakukan. Aqil nangis masa doktor dan nurse buat kerja. "Sakit! Sakit! Ayah tolong!" dia terjerit. Bila dah sampai proses clamp tu, dia dah senyap, dah okay pun. Muka masih dalam shock lagi laa. Ada jugak aku rasa macam doktor start proses tu sebelum bius tu betul-betul take effect lagi. Sampai rumah, aku betulkan PSP kat sebelah Aqil, pastu bagi access kat dia main benda tu 24 jam sehari. Belum sejam, dia dah tidur. Kuatnya anak ayah.


Walau macam mana pun, YEY, Aqil dah settle. Tahniah. Dari lima orang, dua tak menangis, dua menangis kat dalam bilik rawatan je, satu menangis sampai rumah. Kalau tengok dari peratus, rasanya sangat bagus berbanding masa aku kecik-kecik dulu. Sepuluh yang masuk, sembilan atau lapan yang keluar dari bilik rawatan pasti menangis teruk. Hahahaha. Harini dah hari yang ketiga selepas Aqil bersunat, dia dah tak boleh duduk diam. Asyik berjalan kesana kemari. Siap nak main bola sepak dalam rumah dah. Hadushh. Penat kepung.

Untuk ibubapa baru yang nak sunatkan anak teruna mereka, pada masa aku tulis blog ni harga berkhatan kat klinik swasta ialah RM160. Untuk yang tinggal sekitar kawasan Shah Alam, kain pelikat untuk kanak-kanak mudah didapati kat PKNS dan seksyen 18. Cara berpantang, sama macam orang lepas bersalin.

Well, selamat cuti sekolah. Penuhkan masa dengan aktiviti yang membina ya anak-anak. Kepada cikgu-cikgu, tolong jangan bercuti over sangat. Malu laa sket dengan anak murid. Letih ibubapa jawabkan. Nampak huduh laa. Kenapa? Next time kalau ada rezeki kita cerita. Hahahaha..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 6

Assalamualaikum..

Ini bahagian kedua terakhir. Ada satu post lagi pasal hadiah. Kali ni pasal pemenang.

First of, aku tak sangka kami akan dapat tempat kedua. Banyak binaan orang lain yang cantik. "Redha je, dah buat the best at that time" kata hati. Sesi mengundi ambil masa dua jam. Bila pengundian bermula, aku still buat tak tahu je. Bila dah habis sejam, setiausaha pertandingan datang cakap kat aku, "Bang you punya lego ramai orang suka ya..". Sekejap je lepas tu, datang satu lagi setiausaha datang cakap, "Bang, you sure menang lorr". Aku rasa, korang ni mainkan aku ke?

Since tabung undi dia cuma sebijik mangkuk yang diletakkan kat sebelah nama dan binaan, dan sesiapa pun boleh tengok, aku pun pergi belek sendiri. Ada tiga tabung kosong, satu tabung ada sekeping undi, dua tabung ada dua keping undi, satu tabung ada empat undi, kitorang punya ada enam belas undi. Tetiba rasa, "E'eh.. Biar betul..". Mula laa berangan nak dapat Modular Building. Mau taknya, set tu sangan best sebagai display. Order dari luar memang tak mungkin, sebab berat. Kecuali lah order beramai-ramai atau order untuk nak jual. Still, berapa ramai laa kat Malaysia ni yang sanggup nak beli set tu kan? Harganya pun boleh tahan, RM1000.00. Ada 2766pcs. So, takde laa murah, then again takde laa mahal jugak untuk lego saiz tu. Tapi yang ni kan hadiah, apa salahnya dreaming? Lebih kurang dua puluh minit sebelum masa habis, peserta disuruh tukar tempat duduk yang jauh dari meja undi. Aku pergi curi-curi tengok mangkuk undi lagi. Kitorang punya ada dua puluh dua keping undi. Mangkuk kedua terbanyak, ada enam keping. Enam belas keping beza, menang kot.

Dalam menunggu masa habis tu, aku bawak Aqil pergi toilet. Ada lebih kurang dua puluh orang lagi pegawai LEGO Trading datang, rasanya terdiri dari pegawai atasan. Bila fikir, 20 orang, takkan laa masukkan undi dalam mangkuk yang sama kot? Lagipun, kalau derang semua masukkan dalam mangkuk yang kedua terbanyak je boleh buatkan kitorang dapat tempat kedua. So, takyah risau laa.. kata hati.

Setelah diumum, beginilah keputusannya..


Pemenang tempat pertama.


Pemenang tempat kedua.


Pemenang tempat ketiga.

Huhuhuhu... Sedikit terkejut, tapi takde laa terkejut sangat sebab kind of dah agak jugak. Rasanya, kalau nama jurubina disorokkan, pertandingan ni lebih adil kot. Dan kalau kotak undi adalah kotak legap yang orang lain tak boleh nampak isinya, peserta akan kurang mengharap atau kecewa. Cemana dengan peserta yang mangkuk dia kosong dari awal hingga ke akhir sesi mengundi?

Anyway, semua sangat gembira haritu. Aku dan Aqil dapat set yang kami nak, Rai dan Atiqah dapat tiket Legoland yang diorang harap-harapkan. Terima kasih banyak-banyak kepada LEGO Trading (M) Sdn Bhd untuk peluang yang diberikan ni. Pengalaman ni sangat bagus untuk kami, terutamanya Aqil, which sangat looking forward pasal pertandingan ni. Coming out as second place really helps a lot. Aqil cakap dia akan belajar bina model yang lebih baik lagi supaya dapat tempat pertama dalam pertandingan lain one day.

Lepas seharian kat pertandingan LEGO Awesome Malaysia, dah sampai masa balik. Masuk je kereta, semua pengsan tak sedar apa tinggal aku je sensorang drive kereta. Dah laa jalan agak jem haritu, haduuii.. Sampai rumah, Rai sambung tidur (ibu yang masih berpantang laa katakan, perlu banyak rehat. Seharian dia dok gendong si Afiqah). Aku, join Rai pegi tidur. Anak-anak yang dah cas power masing-masing lepas ambik kebenaran nak bukak SATU je kotak hadiah, pergi proses dalam bilik lego. Bila aku bangun, ya rabbi.. Diorang bukak semua. Bertuah betul. Bukak semua takpe lagi lagi, diorang campur adukkan semua lego tu. Hahaha.. Satu kerja nak asingkan semula 2600+pcs lego tuh. Dah laa ayah diorang ada hal malam tu. Terus arahan berkurung, asingkan semua lego sampai siap. Well, satu pcs hilang. Anak-anak, biasa laa..

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Selasa

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 5

Assalamualaikum...

Ramai peserta tertanya-tanya, parts apa yang akan diberikan nanti? Apa yang nak kena bina nanti? Masa yang ditetapkan adalah sejam je, sempat siap ke? Bila pertandingan bermula, surprise...


Naaahhh... Humang.. Ambik engkau... Hahahaha...
Dia bagi brick je. BRICK. Takde 1x1 & 2x1. 1x3 ke atas. Takde plate, takde curve, takde technic, takde apa. Cuma brick, satu baseplate saiz XL 48x48, sedikit slope, sedikit pokok skala kecil dan mod brick untuk pasang tayar. Tayar pun satu saiz je. Sejumlah bingkai tingkap, bingkai pintu dan pintu. Warna? Cacamerba. Merah, biru, kuning, putih, hijau, lime, oren dan merah jambu pada kadaran sama banyak. Tajuk, "bebas" asalkan melambangkan Malaysia. Dia bagi 5 minit je untuk go through the 1000+ bricks sesambil fikirkan binaan masing-masing. Rai sibuk tanya, "Nak buat apa ni? Nak buat apa ni?". Aku biol jap. Aqil tergaru kepala. Hahaha.. Lepas 4 minit, kami putuskan untuk buat stesen minyak Petronas (walaupun tak isi Petronas hahaha...). Masa duk bina-bina, Aisy dok sibuk pecahkan. Hahaha.. Bagi kereta sebijik, susu sebotol, lepak laa dia. Hahaha...


Pertandingan ni menggunakan sistem undian untuk menentukan pemenang. Minyak naik harga merupakan isu panas sekarang. Jadi, selain daripada disebabkan parts/element yang diberikan kami juga gunakan isu ni untuk tentukan binaan dan mendapatkan undi. Tinggal lagi setengah jam, kami dah siap pastu blur. Tatau nak tambah apa dah. Ushar keliling, ada dua famili buat Menara Petronas. Actually, kami pernah moc Menara Petronas. Tapi disebabkan oleh warna brick yang cacamerba, so kami tak buat. Pelik pulak kalau bina sesuatu yang sepatutnya berwarna kelabu dengan warna yang bercampur aduk tak? Tengok kiri, ada famili buat Menara KL. Fuuhh.. Gigih jugak. Yang kat depan buat rumah panjang kot. Tatau laa.. Tapi mainan warna dia cantik sangat. Selain tu, ada yang buat sawah padi. Cantik jugak. Tetiba terfikir, boleh dapat tempat keempat ke ni? Adusss..


Dalam binaan kami ada stesen minyak, lambang Petronas, pam minyak, pam angin, ATM, rak barang, cash register, tandas, kereta dan foliage (pokok-pokok renek/hiasan). Itu je yang sempat kami fikirkan.



Ini adalah kelapan-lapan binaan. Labelkan dari barisan paling atas gambar sebelah kiri sebagai A, sebelah kanan sebagai B, barisan kedua kiri C dan seterusnya, cuba korang susun sendiri siapa no satu hingga lapan..

Selamat membina..
_::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::_

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Link Lego Awesome Malaysia

Isnin

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 4

Assalamualaikum..

Cerita pasal pertandingan haritu, sebenarnya sebelum hari bertanding, ada dua peserta yang bagi aku hantarkan binaan yang paling menyerlah untuk Photo Contest tu.


Satu, wau bulan. Dibina dari gabungan technic parts (in which aku tak berapa fasih) & idea yang hebat (siapa laa yang terfikir pasal wau bulan ye tak?). Dua, durian? Sangat gigih kan? Well, apa-apa pun lawan dulu baru tau.


Kami bertolak 7:30pagi dari rumah. Takut jem. Sampai awal satu jam. Kitorang lepak sambil ambil-ambil gambar. Tengok kaki tangan lego tu dok bersiap. Kendian sorang-sorang peserta lain datang. Kami pun teruskan acara kebiasaan kami, beramah mesra. Hahahaha.. Anak-anak mula nak sibuk membuas.


Budak mana laa tak excited kan?


Sebelum pertandingan dimulakan, announcer bagitau tentang perubahan hadiah. Of course, semua orang nak empat tempat terakhir sebab dapat set lego. So diorang ubah, empat tempat terakhir dah tak dapat set yang bernilai RM1500 tu lagi. Instead, dapat pakej ke Legoland Theme Park & Hotel selama 3 hari dua malam yang bernilai RM3000 tu. Tapi pakej ni takde kelas dengan Master Builder.

Hadiah untuk tempat kedua hingga ke empat, ditambah dengan set Lego. Maksudnya, dapat ke Legoland Theme Park & Hotel dan set lego. Set lego tu pun dah berubah sebenarnya. Satu set yang besar dari siri Creator 4630 (1000pcs) dah ditukar kepada siri Creator 10681 yang lebih kecil (600pcs). Satu set baru ditambah kat hamper tu iaitu set dari siri The Legend of Chima 70010 Lion Chi Temple (1200+pcs), in which is super awesome. Set ni tersenarai dalam set idaman Aqil. Yang menggembirakan adalah, ada juga set Lego Friends idaman anak dara sorang. Hadiah tempat kedua hingga keempat ni katanya bernilai RM4500. Obviously memang kami semua aim untuk at least dapat tempat kedua hingga keempat la kan..

Hadiah utama pulak, sama macam hadiah tempat kedua hingga keempat, cumanya ada tambahan satu set lagi. Set tambahan tu ialah set dari siri Modular Building 10224 Town Hall (2766pcs) yang berharga RM1000. Ini set untuk orang dewasa, hence idaman aku. Hahahaha..

Sambung entry esok laa eh?
Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Link Lego Awesome Malaysia

Ahad

Teaser

Assalamualaikum

Cerita Khamis lalu...








Cerita lebih lanjut nanti ya..

Tungguuuu~~

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com