Memaparkan catatan dengan label Pregnancy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pregnancy. Papar semua catatan

Selasa

Bulan yang istimewa

Assalamualaikum

Sembilan adalah angka yang banyak keistimewaannya buat aku. Bulan 9 contohnya.. Adalah bulan kelahiran shujin, Aqil dan yang terbaru baby girl kami yang cumils. Selamat dilahirkan pada 4:45pagi 8 September.

Atiqah Damia lahir pada 9 Jun. Walau pun bulannya Jun, tapi tarikhnya ada kena mengena dengan sembilan juga..

Sementara nak catch up dengan kehidupan bersama seorang lagi ahli keluarga baru, aku mungkin kurang sikit berblogwalking. Maaf ya. Nanti aku slowly slowly ye.

Yey.. Dah start cuti panjang..

Sian shujin nak menguruskan kami semua sebab aku berpantang di Shah Alam je kali ni.

Nanti kami update lagi..

Daa

Kenapa perempuan mengandung perlu guna tandas cangkung

Assalamualaikum

Haa.. Korang yang pernah memgandung mesti rasa lagi mudah guna tandas duduk kan.. Punya la seksa dengan perut terboyak boyak. Berat lagi satu hal. Sakit pinggang jangan cakap. Buatnya tergeliat dalam tandas, sapa nak tolong..

Ya.. Aku paham.. Walau pun perut aku takde la besar mana banding ngan perut orang mengandung yang lain. Tapi aku still sangat terasa, sebab badan aku kecik dan nipis je. Bagi orang lain kecik la. Tapi bagi aku dah jenuh bawak dah.
Kaedah senaman cangkung (squat bagi wanita mengandung)
Ok.. Berbalik pada topik asal. Kenapa kena guna tandas cangkung ya?

(1) Memudahkan proses buang air besar dan elak dari buasir. Dalam keadaan mencangkung, proses penyahtinjaan akan menjadi lebih lancar sebab kedudukan usus besar tu menegak berbanding ketika duduk, ianya jadi berlipat sikit. Bahkan, usus akan dapat dikosongkan dengan lebih efektif lagi sebab graviti buat kerja dia kan. Tak payah nak push sangat. Ini bukan saja beri kebaikan bagi wanita mengandung, malah semua individu. Dikatakan bahawa, buang air dengan mencangkung adalah kembali kepada fitrah manusia dan ia dapat mengelak pelbagai jenis penyakit termasuk kanser usus, irritable bowel disease, buasir dan banyak lagi.

(2) Melawaskan kencing. Yang ni memang sangat obvious tau. Bila dah hujung trimester ketiga macam aku ni memang la rasa asyik nak ke tandas je. Buang air sambil mencangkung lebih melawaskan kencing berbanding ketika duduk.

(3) Yang paling utama...Ianya adalah sebagai senaman bagi menyediakan badan bagi proses melahirkan anak. Ia membantu memberikan fleksibiliti bagi bukaan faraj bagi proses kelahiran. Bukan saja memendekkan masa proses kelahiran (masa dah start contraction nak bersalin tu buat cangkung ni untuk percepatkan bukaan) Malah mengurangkan risiko berlaku koyak pada perinum. Dalam keadaan mencangkung, tekanan pada uterus dapat dikurangkan dan oksigen akan dapat disalurkan dengan lebih baik pada bayi dalam kandungan. Terutamanya ketika trimester terakhir.

So sekarang, orang barat dah mula paham kebaikan mencangkung ketika buang air. Bagi ibu ibu mengandung, cuba amalkan mencangkung setiap hari 3-4minit beberapa kali. Kalau boleh guna tandas cangkung lebih baik lagi.

Selepas bersalin pun elok sangat terus diamalkan. Untuk mengetatkan apa yang longgar..

So ibu ibu mengandung.. Jangan tunggu lagi.. Mulakan senaman mencangkung secepat mungkin. Semoga proses kelahiran akan lebih mudah lagi.

Aminn..

Info berguna? Share lah pada kenalan atau kawan kawan yang sedang mengandung juga..

Daa

Rabu

GA postpone~!

Assalamualaikum

Aduhh.. Terasa agak memalukan sebab aku dah beria kan announce nak buat GA Isnin aritu.. Masa announce tak sedar keadaan diri yang tak berkederat tu. Lastnya kena announce pulak cakap postpone. Lepas ni kalau nak buat tayah nak announce sangat lah. Terus publish entry.

Seriously.. Minggu ni dah masuk 37 minggu. Aku bangun pagi macam zombie sebab tiap malam asyik ulang alik toilet. Aritu terputus bekalas calcium magnesium 3-4 hari lagi teruk. Jenuh guling nak tidur. Ni dah makan balik ok la. Lena gak tidur. Bangun pagi je meratib ngan shujin nak MC nak MC.. Sudahnya pikir kerja banyak tanak nyusahkan orang (sebenarnya takut KPI kantoi), aku pegi jugak kerja. Gila punya dedikasi. Memang rugi la kalau bos tak naikkan gaji aku kan. Huhuhu..

Alhamdulillah. Rezeki anak-anak jugak, semalam dapat balasan surat cinta dari bos. Dapat lah sikit kenaikan gaji untuk bulan bulan akan datang. Banyak sikit dari yang aku bayangkan. Ada la lebih sikit bajet nak sambut orang baru 2-3 minggu lagi..

Kepala aku ting tong je ni. Tak sabar sebenarnya nak jumpa orang baru. Tapi memandangkan due date asal dia sama dengan Aqil, aku bersabar. Kalau birthday diorang sama, boleh sambut sekali. Kan kan.. 

Jom layankan budak Aisy. lima minit lepas naik kereta..

Ni on the way nak pergi ke satu lokasi berdekatan rumah. Suka duk kat perut ayah dia. :P
tahannn tahann

opppp

lena dahh~~
Jangan kata bebudak. Aku layan ekon pun boleh lena.. Hehehe..

Daa

Khamis

Sanjyuu roku = 36

Assalamualaikum

Oi oi.. 36 minggu mengandung bukan umur 36 tau.. Saya sweet 30 lagi.. Hahahaha..

Semalam check up di Al-Barakah Bandar Puteri Kelang. Insya allah tak ada aral aku nak bersalin kat sana. Walau pun pengalaman tak berapa nak maneh di situ, aku consider ok sebab doktor Siti Fatimah yang attend kes aku sangat sangat efficient. Cuma jururawat kat situ yang mungkin ada sedikit masalah.

Semalam pun masa nak check up aku sedikit berbulu dengan perangai jururawat yang attend aku kat reception tu. Aku dah buat appointment Sabtu lepas. Dah bagitau pun nama aku. Lepas tu dia cari tak jumpa. Tanya aku dua tiga kali. Pastu aku cakap la meh saya carikan kat buku tulis nama appointment pun. Dia buat derk je tau. Ok fine. Pastu tanya no phone aku. Pastu baru dia jumpa. Dia sound aku, tulis ni nama XXX (which is nama aku yang aku sebut berulang kali)
Fine.. Aku emo lebih. Tapi geram gila kot dengan muka budak tu. Nasib baik Dr Khairiah yang attend aku tu sangat lemah lembut. Walau pun aku dah sakit pinggang dan termengah mengah sebab lama menunggu.

Berita baik pasal 36 minggu adalah aku naik 2kg dari last check up lepas hilang sekilo sebab puasa. Hehehe.. Berat baby pun bertambah dengan jayanya. Kepala dah berpusing. Belum engage. Walau pun baby masih lagi malu malu nak tunjuk jantina, tapi nampak nampak gaya instinct awal aku dan anak-anak agak tepat. Tapi wallahualam sebab memang tak nampak sangat.

Walau pun aku dah tak sabar sabar nak jumpa si kecik ni. Aqil dan adik adik pun duk asyik tanya bila baby nak keluar. Tapi aku ada sedikit harap yang si kecik ni lahir bila masuk bulan September. So that boleh sambut sekali gus dengan shujin dan Aqil (Nak ikutkan due date aku sama birthday dengan Aqil)

Apa pun.. Aku harap kelahiran kali ni berjalan lancar juga.

Mode tak sabar nak cuti panjang dua bulan bergaji.. Hehehe..

Daa

Tiga puluh dua minggu

Assalamualaikum

Usia kandungan lebih kurang 32 minggu. Kalau diikutkan pada pengiraan, tarikh due date ni betul betul jatuh pada hari birthday Aqil Mubarak 11 September. Orang paling happy tentulah encik shujin sebab dapat dua orang sama bulan birthday ngan dia.

Ok. Since shujin dah happy. Aku consider ianya sebagai hadiah birthday untuk shujin tahun ni. Aci dak shujin..? Hehehe...

Perkembangan pregnancy aku macam biasa je. Satu yang aku sangat sangat perasan adalah.. Memang teramat berbeza pregnant masa umur 20an dengan bila dah masuk tiga siri ni. Lebih mencabar. Terutamanya sebab aku dah ada tiga si comel yang semakin menjadi jadi manjanya sekarang.

Ditambah lagi dengan kekalutan dibulan Ramadhan ni. Sehingga hari ni kami masih mengekalkan rekod bersih takde beli belah langsung di Bazar Ramadhan. Bukan anti-bazar ramadhan pun. Cuma terasa kurang berbaloi. Harga semakin mahal dengan kualiti dan kuantiti yang dapat tu. So memang aku gigih la memasak hari hari dengan bantuan shujin. Sesekali buat juga pencuci mulut.
abaikan rupa hodoh kek batik aku ni.. Yang penting sedap.. Haha..
Dengan kadar kesaratan perut aku kali ni, tidur malam dah makin sukar. Telentang salah, meniarap lagi la susah. Mengiring tak kena. Susah nak dapat tidur berkualiti. Tidur pun dapat 4-5 jam je. Itu pun kalau tak terganggu. Kadang kadang sorang bangun nak susu, nak air. Nak nangis. Mencabar sungguh. Mujurla makan supplement supplement tambahan. Takde la lenguh kaki atau lembik je. Aku pulak pesen tak reti duk diam. Ada je benda nak buat, sungguh pun sesekali berjalan dah macam penguin. Pinggang pun dah pandai protes.

Si kecik yang di dalam pulak masih belum nak tunjuk jantina dia. Masih berahsia dengan kami. Kalau scan dia duk melintang, meniarap la. Bila petang petang tu mula la tendang berguling guling. Senak dibuatnya. Apa pun semoga dia sihat dan baik baik saja sampai masa nak keluar nanti. Kami semua dah tak sabar nak jumpa si kecik. Aqil dengan Damia pun asyik tanya bila baby nak keluar. Sabar la anak-anak ya..


Anak beranak suka main game..

dengan anak pompuan tengok movie lah.. hehe
Ramadhan tinggal tak sampai 2 minggu lagi je kan.. Terasa cepat je masa berlalu..

Tak tau nak masak apa petang ni. Duk teringin kuih coq badak dengan badak berendam. Hehehe.. Bahan nak buat dah ada.. Tinggal masa dengan kederat je tak berapa nak ada..

Daa

Jumaat

Kenapa orang mengandung mengidam

Assalamualaikum

Aku bukannya rajin nak mengidam sangat. Orang kata ada orang mengidam sampai menangis nangis kalau tak dapat apa yang diidamkan tu. Aku pulak sesekali ada jugak teringin nak makan itu ini. Tapi takde la pulak sampai nak menangis nangis hentak kaki lepas tu hempas badan kat tilam bagai.. Kalau ada aku makan. Kalau takde tu bukan rezeki aku la tu.

Sebenarnya yang mengidam ni shujin ku sayang. Ngidam nak makan doyan. Hehehe. So Sabtu lepas, merata la kami pusing cari buah durian. Aqil pulak nampak manggis nak manggis. Aku ngikut je. Sedap je makan. Hihi

Si lemak manis idaman hati kekanda.. Anak anak aku Damia je yang suka.. Aqil dengan Aisy kurang sikit. Makan seulas dua je..
Jangan tanya aku la durian jenis apa. Aku memang tak kenal. Entah berapa banyak shujin makan, lepas tu tak minum air kat pangsa durian tu. Malam tu tak boleh tidur kepanasan. Aku minum kat pangsa, so takde la kepanasan melampau.
Manggis satu tangkai RM10. Tak kira ada berapa biji. Sekali hadap je da habis.

Ada orang kata mengidam tu berlaku sebab ada sesetengah nutrisi tak cukup dalam badan. Yang sampai menangis nangis tu sebab perubahan hormon, so emo lebih sikit. Tapi kalau dah sampai mengidam yang bukan bukan tu tatau la kan. Hehehe..

Korang ada ngidam benda pelik masa pregnant?

Daa

Selasa

Persediaan berpuasa bagi ibu mengandung dan menyusukan anak

Assalamualaikum

Aura Ramadhan semakin kuat dirasa. Aku pun puas mencari kekuatan nak mengganti puasa tahun lepas. Alhamdulillah dah start mengganti semalam.

Bangun seawal jam 4 pagi malas nak prepare meriah meriah. Aku cuma sahur dengan nasi panas bersama telur mata kerbau. Selain tu, untuk tenaga dan elak dari cepat lapar aku bancuh dua scoop all plant protein powder dan double x multivitamin sebagai tambahan.
Alhamdulillah. Walau pun first day puasa dalam keadaan berbadan dua dan masih menyusukan Aisy secara part time aku bertahan tanpa rasa lapar yang melampau sampai masa berbuka. In fact, pukul 8 lebih baru jumpa nasi sebab kami tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat hujan lebat dalam perjalanan balik tu.

Insya allah, Ramadhan kali ni akan kupastikan bekalan protein tidak akan putus supaya sentiasa cergas untuk menjalankan ibadah berpuasa walau pun dah semakin sarat.

ps:/ Bukan satu magic.. Protein adalah salah satu makronutrient yang membekalkan tenaga. Salah satu kelebihan protein adalah ianya membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Tapi make sure sumber protein yang diambil tu kurang lemak sebab biasanya kalau protein haiwan, kandungan lemaknya pun boleh tahan jugak. So, thats why kalau nakkan extra protein, antara pilihan yang baik adalah dengan supplementation protein shake ke sebab biasanya kandungan protein tinggi dan takde atau kurang lemak.

Selain dari protein, fiber pun berikan kesan kenyang yang lama. So, kalau jenis yang cepat lapar tu boleh amalkan makan sarapan pagi oats+protein ni. Buatlah apa apa resepi agar jadi lebih sedap. Sesuai untuk orang yang concern pasal berat badan. Sebab, sarapan yang tinggi protein dan serat membantu badan kita kawal nafsu makan secara automatik. Dan kita takkan terasa nak melantak banyak-banyak bila sampai waktu makan tengah hari.

Apa pun, yang penting.. Makan biar seimbang.. Supplement sekadar tambahan. Perlu makan makanan berkhasiat, bersenam, cuba dapatkan rehat yang mencukupi dan minda yang positif.

Korang yang puasa sahur apa?

Daa

Jumaat

Sindrom

Assalamualaikum

Setiap pregnancy kan berbeza. Walau pun ada sikit sikit sama. Tapi still terasa perbezaannya. Yang mana, setiap kali pun aku terasa cabarannya.

Kali ni tak berapa teruk morning sickness. Bukan tak ada. Tapi compare dengan team mate yang apa pun tak boleh nak makan. Aku consider diri aku agak bertuah. Sebab despite of aku malas masak dan tak suka bau benda goreng goreng kat rumah. Selera aku banyak pada makanan kedai. Kesian shujin dengan anak-anak. Asyik kena makan luar je. 

Pagi takde muntah sangat. Cuma petang petang dan bila masuk bilik air. Kelako kan.

Dari segi makanan pulak. Aku suka makan sayur dengan buah buah banyak. Kalau nyopping tu mula la rambang mata nak ambik buah banyak banyak.

Kali ni, aku makan supplement multivitamin double X, iron folic dengan kalsium. Bila stress atau kurang sihat aku makan B complex dengan Vitamin C. Dari segi tenaga, aku ok je nak membuat kerja kerja rumah. Tapi bila mai stress tu yang aku malas nak buat apa pun. 

Contoh.. Malas nak update blog. So, hari ni walau pun aku tatau nak tulis apa. Aku paksa gak tulis. Tu yang jadi entry merapu. Korang redho je lah..

Esok Sabtu.. Yey~~

Daa

Selasa

Sebenarnya saya ___________g !!

Assalamualaikum

Gedik tak gedik tak tajuk tu.

Wakaka..

Sebenarnya aku tak tau nak tulis macam mana.

Ramai yang tanya pasal nak order kimchi. Semuanya aku terpaksa tolak.

Kakak kat opis nak order walnut brownies pun aku tak buat buat lagi. Berbulan bulan.

Banyak yang aku tak larat nak buat sekarang. 

Kimchi aku tak boleh buat sebab aku tengah sensitif.

Oven dah lama berhibernasi sebab aku tak lalu sangat nak membaking.

Semuanya sebab pembawakan budak kata orang.

Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi kan. Muda-muda ni lah nak menambah umat. (Bajet muda lagi. Hahaha)
gaya dah besar kononnya

So.. Kekdahnya.. Aku tengah nandom 4 bulan ++.. EDD 12 September. Sehari lepas birthday Aqil Mubarak. Anak-anak dah beria ria panggil adik diorang "baby girl". Nak mencukupkan korum diorang 2 lelaki dan 2 perempuan. Bagus lah. Kalau pun bukan baby girl, aku still happy. Sebab dalam masa yang sama aku tak dapat bayang macam mana reaksi anak dara sorang yang manja keledek tu dapat adik pompuan. Sekarang dia sorang cucu perempuan Ma, orang panggil dia bunga. Dia pun bangga ngaku dia bunga. Kejap kejap mak mak sedara belikan baju, belikan sepit rambut. Satgi berbagi ngan adik.. Tak cukup ketiak aku nak kepit 4 orang anak anak keledek ni..
abang keledek
anak anak keledek
Doakan semua baik baik saja ya. 

Daa

Adakah boleh menyusu ketika mengandung

Assalamualaikum

Pergh..Lama gila kot tak menulis (4-5 hari je padahal)

Aku sedikit tertarik dengan persoalan yang diutarakan oleh Ina tentang tidak boleh menyusu ketika mengandung.

Sendiri pernah mengalami pengalaman menyusukan ketika mengandung. Ini pandangan aku dari pembacaan dan perbincangan dengan doktor.

Persoalan boleh atau tidak adalah disebabkan oleh dua faktor
(1) Selamat untuk bayi dalam kandungan. Sama ada boleh menyebabkan keguguran atau tidak
(2) Adakah ia akan menyebabkan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi sebab badan proses susu untuk kakak/abang.

Biasanya.. Orang yang menghalang akan mengatakan ianya adalah tidak adil untuk adik sebab susu tu untuk adik dan kakak/abang ambil khasiat. Ibu mengandung ini ditakut takutkan dengan, nanti takut anak lahir tak sihat, kurus sebab tak cukup khasiat ketika dalam kandungan.

Setiap individu adalah berbeza. Dalam kebanyakan kes, menyusukan anak ketika mengandung tidak membahayakan kandungan. Bagaimana pun terdapat kes kes yang sedikit jarang berlaku dimana, proses penyusuan menyebabkan kontraksi berlaku. Sekiranya penyusuan diteruskan, janin boleh gugur. Oleh itu, lebih baik sekiranya penyusuan dihentikan ketika mengandung. Tapi sekiranya tiada pendarahan atau kontraksi. Penyusuan boleh diteruskan seperti biasa.

Dari segi nutrisi pula. Melalui pembacaan aku. Sebenarnya yang takut tak mendapat nutrisi yang mencukupi tu bukan bayi dalam kandungan. Tapi adalah anak yang sedang disusukan. Ini kerana, hormon yang terhasil ketika mengandung menyebabkan pengeluaran susu berkurangan. Dan menyebabkan si kakak/abang ni tak dapat nutrisi dari susu ibu yang mencukupi. Sekiranya belum start makan, atau terlalu bergantung pada susu ibu, ia boleh menyebabkan kakak/abang mengalami kekurangan nutrisi dan membantutkan tumbesarannya.

Manakala, bagi bayi dalam kandungan. Allah ciptakan badan kita sangat bijak. Bayi sentiasa akan mendapat khasiat yang mencukupi. Tapi perlu diingat. Proses mengandung dan menyusukan anak ini akan mengambil nutrisi dari badan ibu. Sekiranya ibu tak dapat supply makanan berkhasiat yang cukup, badan ibu akan menjadi cepat letih dan kurang bertenaga.

Oleh itu, bagi ibu yang nak meneruskan penyusuan ketika mengandung, perlu consider ambil vitamin tambahan seperti multivitamin, kalsium magnesium dan vitamin B bagi memastikan mereka dapat bergerak cergas.

Pengalaman tandem nursing Aqil dan Damia satu masa dulu sangat sangat membantu proses penyusuan. Rasa macam ada anak kembar pun ada. 

Daa

Rabu

Its a boy!


Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku dah selamat melahirkan baby boy secara normal di Pusat Bersalin al-Barakah pada 11hb February 2013.

Namanya belum ada lagi. Aqil dengan Damia eksaited dapat adik. Kejap kejap mintak nak pangku. Tolong tepuk. Tolong ulit. Naik rimas adiknya. Nasib la kan. Jadi adik, semua orang sayang.

Aku masih di Shah Alam. Tunggu urusan daftar nama selesai dan tunggu check up darah baby, baru balik pantang kat Johor.

Sementara waktu ni, shujin yang jaga aku. :)

Daa

Khamis

Perancangan

Assalamualaikum

Tak sabar nak tunggu baby keluar. Yeah, i know. Eventually masanya akan sampai jua.. Hehehe. Tapi tetap nak cakap tak sabar sebab eksaited nak cium bau baby, tengok reaksi Aqil & Damia dapat adik, dan nak cuti. Hoyeh~

Satu lagi tak sabar adalah tak sabar nak menguruskan pindah rumah.

Sakit mata dan jiwa aku tengok rumah huru hara sebab proses nak mengemas barang. Actually banyak lagi yang tak berkemas dan membuatkan aku nebes breakdown jugak. So, baju baju anak aku dah ajak shujin lipat masuk dalam kotak. Baju aku dengan shujin pun aku da lipat dan susun. Tinggal nak masukkan dalam beg dan kotak je. Kenapa aku cepat cepat sangat nak kemas baju? Knowing my husband la kan. Aku membayangkan kalau aku tak lipat susun elok elok nanti nak pindah dia main gulung je sumbat dalam plastik hitam. Pengsan aku bila balik dari pantang nanti.
Gambar masa krismas ritu
Barang barang yang nak dibuang, yang nak dihantar ke recycle pun aku nebes jugak. Sebab aku takut nanti shujin tak sempat aka malas nak pikir, dia bawak je semua sekali. Waaa.. Nangis tak berlagu cheq.

Tapi aku tau. Shujin pun eksaited nak deco deco rumah baru. Semalam singgah Summit USJ sebelum balik, tengok tengok accessories nak menyusun dapur. Sebab dapur rumah tu nanti terus link ngan ruang tamu. Haru kan kalau tetamu datang tengok dapur tak semenggah. Nape la owner tak pasangkan kitchen kabinet je. Hihihi. Demand gitu.

Aku ada plan untuk anak-anak bila da masuk rumah tu nanti. Tapi biarlah rahsia dulu. Kalau tak jadi kan malu je. Hehehe. Hopefully menjadi la perancangan aku nanti.

Kejang kaki aku berjalan dalam Summit USJ 2 jam semalam T_T

Daa

Rabu

Kandungan herba dalam set bersalin tropical herbs

Assalamualaikum

Bagi membantu ibu-ibu muda yang masih lagi tak tau nak pilih set bersalin mana satu. Aku just bantu bagi herba-herba yang terkandung dalam teh herba dan pil pil yang terdapat dalam set bersalin tropical herbs ni. Insya allah, herba yang digunakan adalah herba turun temurun dan selamat bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sebab tak menyebabkan cirit birit.

Dan lagi, herba yang minum dan makan ni cuma start ambik start dari hari kelima. Cuma ambil satu jenis dalam satu masa. Maksudnya, mula-mula minum teh. Bila teh da habis baru start makan pil lepas bersalin no 1, dan kemudian baru makan yang pil bersalin no 2. Setiap satunya diformulasikan dengan herba yang sedikit berbeza sesuai dengan peringkat peringkat pemulihan tubuh.

Teh herba untuk proses pemulihan, dan bagi melancarkan pengeluaran susu. Yang pil bersalin I, bagi elak stress dan mula bantu untuk nak capai berat badan asal. Maklumla kan, hormon perempuan baru bersalin ni lain macam sikit. Yang pil bersalin II pulak untuk bagi rapat rapat yang longgar dan boost proses nak dapatkan bentuk badan asal.

Teh herba (untuk diminum dari hari kelima selepas bersalin)
Kandungan herba

Curcuma domestica - kunyit
Querqus infectoria - Manjakani
Zingiber officinale - Halia
Piper nigrum – Lada hitam
Kaempferia galangal – Cekur/kencur
Usnea barbata -  Yang ni tak jumpa common namenya (merupakan herba yang mempunyai sifat strong anti bacterial anti fungal – mengelakkan UTI - urinary tract infection)


Pil selepas bersalin I (dimakan selepas hari ke-10 selepas bersalin)
Kaempferia galangal – cekur/kencur
Cinnamon zeylanicum – kulit kayu manis
Curcuma domestica - kunyit
Centella asiatica extract 7% - pegaga 
Withania somnifera – Ashwagandha ; herba india ( Journal tentang safety dan kebaikan ashwagandha -
"Studies indicate ashwagandha possesses anti-inflammatory, antitumor, antistress, antioxidant, immunomodulatory, hemopoietic, and rejuvenating properties. Toxicity studies reveal that ashwagandha appears to be a safe compound" )
Asparagus recemosus – chatavali/shatavari (Indian asparagus - "In India, this herb has been used for a very long time and is claimed to be effective in treating various ailments. shatavari is mainly used to maintain hormonal balance in females, so as to treat or prevent conditions like polycystic ovary syndrome (PCOS). It is also used for alleviating premenstrual syndrome and menopausal symptoms.")
Zingiber officinale - halia 
Trigonella foenum graecum - Halba/fenugreek


Pil selepas bersalin II (Selepas habis pil bersalin I)

Areca cathechu – pinang (anti depressant)  

Croton caudatum - manjakani 
Asparagus recemosus – chatavali/shatavari

Zingiber officinale - halia 
Orthosiphon staminues – misai kucing

Curcuma domestica - kunyit 
Hippocratea indica - serapat

Cassia angustifolia – daun senna (bagi mudah membuang)


Kalau tengok, kebanyakan herbanya adalah bahan yang memang biasa orang melayu gunakan bagi masak makanan orang dalam pantang. Mak mak aku bagi aku minum air rebusan kunyit dalam tiga hari pertama lepas bersalin. Katanya bagus untuk luka dalaman. Halia pulak bagi panas badan supaya angin tak mudah masuk. Pegaga, cekur bagus untuk pengeluaran susu. Gitu gitu lah kiranya..

Cuma ada beberapa jenis herba yang tak begitu common dalam masyarakat kita macam shatavari dengan ashwagandha yang lebih common dalam masyarakat india.

So lepas ni dah tak payah takut kalau herba dalam set bersalin tropical herbs ni panas ke apa ke. Insya allah ianya tak panas dan sesuai digunakan oleh ibu ibu yang nak breastfeed anak jugak. Set lengkap untuk penjagaan luar dan dalam juga.

Pada aku pemilihan set bersalin ni ikut kesesuaian. Ada orang tak suka nak bertepel pilis param bagai ni. Lebih mudah guna losyen je. Ada yang feeling wanita melayu terakhir bila pakai semua tu (cam aku la tu). So pilih ikut kesesuaian bajet dan juga keperluan. Set bersalin tropical herbs ni boleh kira harga berpatutan berbanding set bersalin yang lain yang makin lama makin mahal sekarang ni. Yang penting, kena istiqamah. Jangan nak menang membeli je. Pakainya idokk..

Kalau nak tengok review dan cara guna set bersalin tropical herbs ni boleh tengok kat tab atas tu. Atau KLIK SINI   

Selamat memilih

Set bersalin ni tak mengandungi kacip fatimah. Just mention, sebab ada sedikit kontroversi tentang penggunaan kacip fatimah bagi ibu yang menyusukan anak.
Nota kaki : Bagi yang nak  nak herba luaran saja boleh cuba set bersalin nak let go ni. Minyak baby dan bengkung second hand (bukan jenama tropical herbs) boleh beli berasingan jugak.

Daa 

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com