Memaparkan catatan dengan label Aisy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aisy. Papar semua catatan

Khamis

Aqil & Aisy

Assalamualaikum

Aqil dah habis darjah satu. Gigi pun dah empat batang hilang. Baru ni, gigi dia tercabur sebatang, esoknya main ganas sangat dengan Damia, terpatah pulak sebatang lagi. Jadi la seperti ni..

Nasib baik dah minggu terakhir sekolah. Itu pun kena pergi sekolah last day, dia kata malu sebab gigi tak ada. Hehehe.. 

Si Aisy Thaqif pulak. Cakapnya semakin banyak. Kalau dikumpulkan keempat empat mereka. Pening ayah dia. Semua ada je yang nak dicakapkan. Oh, Afiqah belum pandai cakap. Tapi dah boleh buat gestures suruh tengok. Siap tarik tarik baju lagi selagi tak tengok. Sabo je ayah dia. Aisy ni bukan main manjanya sekarang. Lagi-lagi kalau dengan ibu. Adik dah duduk kat riba, dia pun nak berkepit. Persistent nya pun boleh tahan. Dah sampai umur dia la tu. Tapi, keduanya tetaplah abang yang penyayang pada adik adik mereka. Hehehe..

Cepat je rasanya bebudak ni besar. Aqil dah nak masuk darjah dua. Aisy pun dah nak dekat 3 tahun. 

Mana pergi gambar yang dua lagi.

Nanti lah upload pulak ye.

Hehehe..

Daa


Isnin

RIndu kita tak

Assalamualaikum

Ini bukan takat suam. Sejuk senyek kata orang. Hahaha..

Belanja gambar budak berdua ni. Obat rindu rinduan auntie dan uncle.. Dedua gambar kena buli dengan ibu. Ibu suka paksa diorang buat muka kemik gitu pastu ambik gambar. :P

Daa

Khamis

LEGO Chima Legend Beast 70123, 70124, 70125, 70126, 70127

Assalamualaikum..

Sebenarnya entry ni aku nak tulis enam bulan lepas, tapi masa tu zaman peralihan, jadi tak sempat. Dah lepas pindah, macam- macam nak diuruskan. Tambahan Aqil pun dah mula bersekolah, banyak yang dia nak kena catch-up. Cuti sekolah pun dia tak sempat nak sentuh lego. Yang jadi "hero lego" sekarang ialah Aisy. Pantang lepa, mesti dia berkubang.


Ada lima set bagi siri LEGO Chima Legend Beast. 70123 ialah singa lagenda untuk Laval, 70124 ialah helang lagenda untuk Iris, 70125 ialah gorila lagenda untuk Gorzan, 70126 ialah buaya lagenda untuk Cragger dan yang terakhir 70127 ialah serigala lagenda untuk Worriz. Set-set ni semua mempunyai bilangan kepingan diantara 94-115 keping elemen dan harganya pula ialah RM44.50 setiap satu. Pada bulan November, kedai LEGO buat jualan murah, semua barangan (termasuk set ni) dijual pada 30% diskaun. Dalam awal tahun haritu, LEGO ada buat jualan murah jugak, semua barang terpilih diberi potongan harga sebanyak 70%. Aku tak sempat pergi masa tu, tapi informan bagitau, set Legend Beast ni turut dijual sekali. Pada bulan April hingga Mei pulak, Tesco jual set ni dengan potongan 50%. Jadi, siapa cakap lego ciplak punya lagi murah?? It's all about buying the right item at the right time! Set ni sebenarnya versi ketiga dari siri Chima musim pertama dan dah diberhentikan pengeluaran dia pada hujung tahun lepas. Yang masih dijual adalah penghabisan stok. Apa yang best pasal set ni adalah... baca sampai bawah? Hahahaha..


Antara lima set ni, yang menjadi pilihan aku ialah 70127 Wolf Legend Beast. Sebab? Sebab pertama, dia ada sembilan set ball joint jenis baru. Selain serigala, singa jugak ada sembilan set ball joint. Tiga set lain mempunyai kurang dari sembilan. Sebab kedua, dia berwarna putih, jadi senang kalau aku nak pecahkan dan pasangkan elemen dia kat binaan lain. Kalau beli singa, kepingan elemen dia lebih banyak, tapi singa tu berwarna tan (orang perempuan kalau pilih-pilih tudung gitu panggil warna tan sebagai warna krim, hahaha) yang mana warna tu susah sikit nak padankan dengan warna-warna lain yang aku ada. Sebab ketiga ialah pedang Worriz. Pedang Worriz cuma datang dengan beberapa set dari siri Chima sahaja, dan set 70127 ni merupakan set paling murah untuk dapatkan pedang tu. Well, less that aku care pasal pedang, but its a factor. Dalam set ni ada dua beg elemen, satu set sticker (8 keping kesemuanya), dan sebuah buku panduan tiga puluh lapan muka surat.


Orait, dah siap belek tu, jom bahagikan elemen mengikut warna dan pasangkan.


Oohhh.. sebelum lupa, ada beberapa elemen baru yang aku nak ceritakan tu. Ini yang pertama, Part 11090. Kalau sebelum siri Chima, part ni takde lagi. Kalau dulu aaa.. dia ada clip dan bar je. sekarang aaa.. clip dan lubang. Memang sangat berguna untuk buat binaan kecik-kecik tu.


Elemen nombor dua ialah Part 15208. Kalau dulu, satu stud/1L cuma ada satu bahagian tajam tu. Sekarang, dua stud/2L ada tiga bahagian tajam tu. Hahahahaha.. beli dua aaa... dapat tiga woo


Dan yang terakhir, favourite aku, Part 14417, 14418 dan 14704. Ini ialah elemen baru untuk articulation dan sendi. Sebelum ni LEGO memang ada brick untuk ball joint dan socket, tapi ini elemen ni lebih kecil dan instead of brick, ia sejenis plate. Jadi lepas ni senang laa nak buat sendi pada skal kecil, takde laa nampak gabak sangat. Clamping factor dia pun sangat kukuh. Tak mudah untuk dipusing atau ditolak.


Okay, dah siap serigala kita. Bila dah siap dipasang, saiz dia lebih kurang (since aku malas ambik pengukur, hahaha) 15cm panjang dari hidung ke ekor, 9cm tinggi dari kaki ke telinga (tanpa Worriz kat atas belakang) dan 6cm lebar dari bahu ke bahu. Senang cerita, agak-agak sebesar tapak tangan suami. hehehe.. Ada ball joint pada sambungan kaki ke ke badan, kaki ke tapak kaki dan pada kepala ke badan. Ekor dan mulut serigala ada sendi clip.

Pada pendapat peribadi aku, kalau pun set ni bagus, tapi dengan saiz dia yang agak kecil dan harganya RM44.50, aku tetap takkan beli kecuali bila sale. Ahahahaha.. Tapi untuk collector/pengumpul, harga tu memang sangat berpatutan.

Selamat membina...

Jumaat

Aisy & Balqis

Assalamualaikum

Lama tak update perkembangan anak-anak kan..Dulu masa zaman anak sorang dua orang rajin je mengupdatenya.. Hehehe..

Aisy dah 2 tahun 3 bulan. Cakap dah agak lancar.

Perkembangan Muhammad Aisy Thaqif
(1) Dah boleh mengira bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kadang-kadang terabur sikit.
(2) Suka ikut bacaan al-fatihah kat TV. Tapi belum ada butir ayatnya
(3) Suka ikut abang dengan kakak mengaji. Boleh mengaji alif ba ta
(4) Suka label barang dengan nama dia. Ibu Aisy, kaki aisy, adik aisy, tv aisy. Semua tu dia punya lah kiranya..
(5) Makan dah makin tak memilih. Beliau ni tak kisah makan apa sangat. Asalkan sedap.
(6) Sangat manja dengan ibu. Kalau ada ibu mula lah nak mengada ngada. Nak air yang dah tuang depan mata pun suruh ibu ambik letak kat tangan dia. Sabo je tau.
(7) Pandai dah nak ikut ikut pergerakan solat. Alhamdulillah..
(8) Sangat sayang pada adik dia. "Atak, nangan. Adik aisy" (kakak, jangan (kacau) adik aisy"
(9) Sangat suka main dengan abang Aqil. Ye lah. Adik lelaki kan. Tapi kakak pun rajin mengacau dia. Cuma kakak dia tu suka cubit adik dia. Geram dibuatnya.
(10) Selama 2 tahun++, cuma pernah sekali kena makan ubat, iaitu antibiotik masa dia batuk dan kena infection kat paru-paru. Lesson untuk mak dia yang tak cukup berusaha untuk buat steam dan percussion masa awal-awal batuk. Peringatan buat diri sendiri dan orang lain juga, jangan biarkan batuk berlarutan. Ubat batuk memang tak berkesan rawat batuk. So, kena rajin buat steam, percussion untuk buang kahak dari jadi tempat breeding bakteria.

Perkembangan Afiqah Balqis (8 bulan) 
(1) Makan apa saja. Kertas pun layannn. So kenalah ibu rajin mengemas kertas yang abang dengan kakaknya sepahkan
(2) Still minum susu ibu (belum campur). Alhamdulillah.. Semoga dapat diteruskan sampai dia cukup 2 tahun
(3) Dah seret dada, memanjat dan mula merangkak. Semua dia nak panjat. Jatuh entah berapa kali sehari.
(4) Kalau dia menangis, satu perumahan boleh dengar. Grrr..
(5) Kalau dia nak ibu atau ayah dia duduk kat dia. Jangan harap nak pergi mana-mana. Bangun je dia wekkkk... Geram tau.
(6) So far alhamdulillah.. Dia takde tanda cucuk di mana-mana. Free from vaccine. Pernah selsema, tapi sembuh dengan natural remedies dan tak makan ubat.
(7) Banyak cakap dan suka buat muka garang kat orang yang baru first time dia jumpa. Hahaha..

Rasa macam sekejap je diorang dah membesar. Tak puas lagi nak gomol-gomol.

Memang penat sebenarnya membesarkan empat orang anak. Alhamdulillah sebab shujin sangat banyak tolong dalam hal anak-anak. Aku ni dah la garang. Kesian pada anak-anak. Bila aku ada masa je, berebut diorang nak duduk kat riba ibu la. Nak ajak ibu main la. Ajak ibu baca buku. Macam-macam. Kadang-kadang ada jugak yang aku terlalu penat terpaksa mintak postpone hujung minggu. Lepas tu lupa. Waaa.. Kejamnya mak dia kan..

Aku tak suka nak merungut atau mengadu kata penat la, banyak kerja la. Sebab aku malu. Aku penat. Ada orang lain lagi penat dari aku. So, kalau nak ngadu pun. Aku ngadu kat shujin je. Hehehe.. Kesian shujin.

eh~!! Melalut.

Penat masa anak-anak kecik ni lain. Bila dah besar penatnya lain pulak. Hahaha.. Alhamdulillah Aqil dengan Damia pun banyak jugak dah bantu kami. Tolong jaga adik-adik terutamanya..

Daa


Selasa

Nak tau cerita tak..?

Assalamualaikum

Korang tengok la muka anak dara sorang ni.. Kepochi gila.. Gaya tangan tu macam nak bercerita apa je.. hahaha..
Ritual setiap anak adalah pakaikan tudung kan. So yang kecik ni pun tak terkecuali lah. 

Yang ini pulak abang Aisy. Suka betul bergambar sekarang ni. Gambar kat sini je tah berapa keping aku ambik untuk dia. Lepas tu, tiap kali lepas ambik gambar mesti nak tengok gambar dia.. 

Dua yang besar tak ada pulak gambar terbaru. Nanti lah ambik pulak.

Daa


Rabu

Happy birthday Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Hari ni 11 February 2015, genaplah dua tahun umur Aisy Thaqif.


Perkembangan
(1) Berlari melantun lantun. Walau pun sizenya kecik dari abang dengan kakak, dia agak tegap. Kalau dia paut abang dengan kakaknya, boleh jatuh diorang.
(2) Tangan agak cepat dan garang. Aku asyik lupa je nak ambik gambar bila dia nangis dengan muka macam nak marah orang. Takut woo.. Hahaha.. Aku panggil kening angry bird. Kening garang macam ayah.
(3) Video paling comel adalah bila dia buat hadoken. Hahaha.. Ada masa nanti aku suh shujin upload kat Youtube.
(4) Agak independent. Tapi lately, dia agak sensitif. Especially kalau dengan aku. Nak tidur nak paut kat ibu. Ambik tangan aku suruh tepuk dia. Rasanya sebab dah ada adik kot. Tapi dia tak jeles pun dengan adik dia. Dia tolong tepuk. Paling kalut kalau adik dia menangis.
(5) Bila abang dengan kakak dah sekolah ni, dia sunyi la sikit sebab adik masih kecik. So asyik mengekor orang je. Tapi suka tolong siram pokok ibu. Okla tu. Siram sikit, baju basah lebih. Hahaha..

(6) Banyak dah vocab dia. Walau pun kadang kadang dia sebut hujung hujung agak susah nak paham. Ada banyak improvement dari segi sebutan. Dia cuba sebut penuh perkataan. Macam kakaknya Damia, Aisy pun sebut kereta tu tite.. Kalau sebut lari, dia sebut layi. Acilah. Ibu boleh paham.
(7) Dengan keadaan rumah sekarang, aku belum sedia nak potty train Aisy. Tapi dia dah tau cue kalau nak buang air besar. Agak dalam 5saat sebelum nak berak, dia bagitau aku. Ni yak busuk. Lepas tu terus buat pose membuang. Hahaha.. Hopefully boleh train dia soon. Jimat diapers.. Hehehe..
Aisy tahun lepas.. ada macam rupa Afiqah..
suka makan
Cheeky
Aisy anak yang tak banyak kerenah.. Walau pun ada masa aku urut dada tengok dia buat perangai. Tapi kebanyakan masa, dia independent.Dan kalau dia buat perangai, dia dimaafkan sebab pandai buat muka comel. Cuma, sedikit membimbangkan aku, Aisy ni ada ciri ciri yang lebih persistent dari Damia. Ada ketika, susah nak reason dengan dia kalau dia nak apa-apa. Dua kepantangan aisy adalah mengantuk dan lapar. Bila dia lapar atau mengantuk, dia buat perangai sampai berguling guling. So tak payah la ngengada nak berjalan kalau waktu tidur dia. Hahaha..
Cepatnya diorang dah makin besar. Sekarang kakak dengan abang je sekolah. Tak lama lagi bila semua dah sekolah, sunyi lah ibu ngan ayah.. Huhuhu

Daa

Isnin

Legoland Malaysia Resort : Minifigure Terhebat / Most Awesome Minifig

Assalamualaikum...

Sepanjang kat Legoland Malaysia Resort : Legoland Theme Park, aku perasan ada satu binaan lego minifigure tu sangat hebat. Di mana minifig lain cuma kaku, tetapi yang ini boleh bergerak, berjalan, duduk, bercakap, ekspresi muka dan banyak lagi. Mesti korang tak percaya kan?


Memperkenalkan minifig keluaran tahun 2012, Muhammad Aisy Thaqif. Memiliki saiz badan yang sama besar, minifig ni pandai berposing. Tangannya mampu bergerak sendiri di tiga paksi berbeza dengan lego yang cuma mampu bergerak pada satu paksi, malah boleh buat aksi letak tangan kat bahu macam tanda "Ini kawan saya". Jangan lupa melawat Omen bila korang pergi kat Legoland ya?


Bukan itu saja, minifig Aisy jugak boleh naik atas kereta, pergi isi minyak dan bawak kereta pergi jalan-jalan. Unik kan?


Selain tu, minifig terhebat ni pandai jugak bertegur sapa dan memuji minifig yang lain.


Recognition sysytem dia pun bagus. Kalau ada kecemasan, dia tau mana nak pergi.


Kalau dah tiba masa untuk balik, dia tau apa nak buat.

Kat mana lagi nak jumpa minifig macam ni kan? Hebat sungguh. Lupa nak cakap, minifig ni kena bagi dia makan dan minum. Dua atau tiga kali sehari kena tukarkan lampin. Kadang-kadang dia ada mintak belikan sesuatu untuk dia. Well, benda yang highly sophisticated kena lah highly maintained kan? Hahahaha

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Selasa

Si bulat

Assalamualaikum

Pandai sungguh bawak diri. Syahdu je tengokkan bujang sorang ni..






Sejuk hati tengok. Semoga besar jadi anak yang soleh ye Aisy.

Daa

Ahad

Budak bijak

Assalamualaikum

Si nombor tiga Muhammad Aisy Thaqif yang sangat bijak. Geram tengok tau..



Yang paling aku kesalkan adalah.. Aisy adalah satu satunya anak yang aku tak susukan sampai dua tahun. Sebelum aku deliver Afiqah, dia dah tak menyusu. Bila Afiqah lahir, aku ada berkira kira nak tandem diorang berdua. Aisy pun ada mintak.. Tapi in the end aku decide untuk stop je sebab aku rasa aku tak larat. Walau pun aku tau kalau tandem akan benefit pada Afiqah.. So, sampai hari ni aku rasa sangat bersalah over decision aku tu setiap kali aku pandang Aisy.





Sungguh pun macam tu, Aisy sangat penyayang dan ambik berat pasal Afiqah. Pandai sangat bawak diri. Nak tidur, dia pandai tidur sendiri. Bila abang dengan kakak main sama diorang, dia pun main sendiri dia. Walau pun kadang kadang end up macam gambar di atas. Haha..







Sangat pandai bermanja dan ambik hati ibu ayah. Anak anak ni bila pandang diorang main, tidur aku rasa macam taknak bagi diorang besar cepat je.

Tapi bila tengok masing masing menyepah. Rasa macam nak suh cepat besar je. Hahaha.. Apa pun.. Harap, Aisy jadi manja bucuk ibu sampai besar. Aku mesti akan rindukan saat saat diorang kecik ni nanti.

Daa

Isnin

Abang abang penyayang

Assalamualaikum

Beza Aqil dengan Damia dan beza umur Aisy dengan adiknya lebih kurang sama. Duanya menjadi sangat keabangan bila lahir adik perempuan.


Aqil dengan Damia


Aisy dengan Nurul Afiqah


Aqil dengan Afiqah

Sungguh pun kalau time bercakar memang buat aku rasa nak bertukar jadi singa. Tapi rasa meriah dengan gelagat masing masing. Harap harap diorang akrab sampai besar.

Tetiba feeling makcik makcik. Hahaha..

Daa

Rabu

GA postpone~!

Assalamualaikum

Aduhh.. Terasa agak memalukan sebab aku dah beria kan announce nak buat GA Isnin aritu.. Masa announce tak sedar keadaan diri yang tak berkederat tu. Lastnya kena announce pulak cakap postpone. Lepas ni kalau nak buat tayah nak announce sangat lah. Terus publish entry.

Seriously.. Minggu ni dah masuk 37 minggu. Aku bangun pagi macam zombie sebab tiap malam asyik ulang alik toilet. Aritu terputus bekalas calcium magnesium 3-4 hari lagi teruk. Jenuh guling nak tidur. Ni dah makan balik ok la. Lena gak tidur. Bangun pagi je meratib ngan shujin nak MC nak MC.. Sudahnya pikir kerja banyak tanak nyusahkan orang (sebenarnya takut KPI kantoi), aku pegi jugak kerja. Gila punya dedikasi. Memang rugi la kalau bos tak naikkan gaji aku kan. Huhuhu..

Alhamdulillah. Rezeki anak-anak jugak, semalam dapat balasan surat cinta dari bos. Dapat lah sikit kenaikan gaji untuk bulan bulan akan datang. Banyak sikit dari yang aku bayangkan. Ada la lebih sikit bajet nak sambut orang baru 2-3 minggu lagi..

Kepala aku ting tong je ni. Tak sabar sebenarnya nak jumpa orang baru. Tapi memandangkan due date asal dia sama dengan Aqil, aku bersabar. Kalau birthday diorang sama, boleh sambut sekali. Kan kan.. 

Jom layankan budak Aisy. lima minit lepas naik kereta..

Ni on the way nak pergi ke satu lokasi berdekatan rumah. Suka duk kat perut ayah dia. :P
tahannn tahann

opppp

lena dahh~~
Jangan kata bebudak. Aku layan ekon pun boleh lena.. Hehehe..

Daa

Menyelinap

Assalamualaikum..

"Aisy, meh sini pakai baju!! Senyap je... pegi mana budak ni??"


"Uicheeh..."
Huhuhuhu...

Sekian

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Sabtu

Adik nak order apa?

Assalamualaikum

Di tepi tasik di MARDI masa EH EH Megabazaar di Serdang minggu lalu.

Kami melepak di situ menunggu orang datang nak ambil barang Takoyaki yang dipesan.. Diorang boring takde benda nak dibuat. Aqil ambil pen dan kertas, pura pura ambil pesanan untuk makan. Hehehe..

Kereta remote control LEGO hadiah birthday Aqil. Aisy tak pandai control lagi. So dia pegang remote dan buat bunyi enjin di mulut. Wuuu.. Comel sangat.. Rasa macam nak gigit je. Hehehe..

Aisy dah pandai sebut Ayah dengan agak jelas, Abang sebutannya panjang. Kakak ada bunyi sikit. Aisy ada hilang "s" kadang kadang. Tapi bila sebut ibu bunyinya macam moo dan buuu saja. Grrr... Aisy mungkin lambat sikit menyebut perkataan pertama berbanding Damia dan Aqil. Tapi satu perkara yang tak pernah fail untuk menakjubkan aku pasal Aisy adalah dia sangat faham apa yang kita cakap. Dan dia juga sangat tahu apa yang dia nakkan dan pandai nak sampaikan kemahuan dia pada kita. Dalam masa yang sama aku risau gak di masa depan nanti. Hahaha.. Apa pun.. Dia tetap budak kecik comel yang sangat pandai ambil hati ibu. Sangat meruntun jiwa bila tengok budak kecik itu terkedek kedek ambil kain untuk lap air yang tumpah. Atau kutip nasi yang bertaburan bila makan.

Bulan puasa ni be nice to ibu okay. Nanti ibu bagi upah anak-anak tolong cuci cuci dan kemas kemas rumah except for kemas toys sendiri.. Hihi..

Daa

Jumaat

Aisy Thaqif dengan tembikai

Assalamualaikum

Anak-anak memang takde masalah makan buah dengan sayur. Ada jenis jenis yang liat sikit, tapi bila disuruh makan tu diorang makan je. Walau pun berat hati sikit. Hehehe..

Kalau buah buah, Aisy memang suka sangat sangat.. Tembikai, oren, manggis.. Dia makan je.. Makan memang comot comot lah.. Dengan beria ria pulak tu. 


Gaya duduk tu yang mahal okay.

Selamat menyambut ramadhan al mubarak. Maaf segala salah dan silap. Andai terkasar bahasa menyinggung perasaan sesiapa dengan sengaja mahu pun tidak.

Daa

Isnin

Salam Isnin

Assalamualaikum

Salam Isnin... Selamat bekerja..

Weekend is over... Waaa~

Daa

Aisy dan LEGO

Assalamualaikum

Salam Isnin~~

Cerita pasal Aisy Thaqif dengan LEGO. Aisy memang sangat berkenan dengan LEGO. Sebelum ni shujin tak berapa nak bagi sangat dia main LEGO sebab dia suka masuk mulut. Sekarang ni dah makin kurang masuk mulut. So, shujin pun bagi main, itu pun under monitoring lah. Dia dah mula dapat idea LEGO tu kena pasang pasang. Bukan nak cerai beraikan je. Hehehe..


Seronok tengok dia cuba nak lekatkan LEGO tu. Ralit sampai menitik nitik air liur. Hahaha..

Actually aku pun takde la pandai main LEGO. Maklumlah budak kampung... Masa kecik dulu dapat block 2x3 je.. Hehehe.. Tapi LEGO ni tak susah pun sebab ada manual instruction. Tak payah pandai baca pun. Just tengok gambar. Ikut arahan gambar yang dia bagi. Apa yang best adalah kepuasan bila dah siap pasang tu.

Aqil dah advance. Dia ada imaginasi sendiri nak pasang dan dengan basic yang shujin ajar. Basic macam mana nak pasang, block mana nak guna untuk buat kapal terbang, yang mana nak pasang kalau nak buat bot, kereta etc.. So, dia boleh buat macam macam bentuk kapal dan kereta ikut imaginasi dia. Even kadang kadang bila tengok apa yang dia buat tu kitorang pun tak dapat nak bayang apa yang dia cuba nak buat. Hehehe..

Still.. Shujin dan aku tak sekat dia nak berimaginasi. Penting untuk perkembangan minda dia kan..

Bagi parents yang terasa nak bagi anak-anak mencuba permainan LEGO ni tapi tak tau nak start macam mana, aku cadangkan ikuti entry Kelas LEGO shujin. Kami pun start dengan pasang LEGO mudah mudah. Memang sangat mudah dan tak sampai 10 minit. Pendedahan awal dan galakan ibu bapa yang penting.

Dari bagi main pistol la pedang la.. Yang macam takde banyak faedah tu bagus kalau bagi permainan begini. Mak bapak pun jimat tak payah beli banyak banyak permainan sebab LEGO ni memang semua peringkat umur boleh main.

Daa

Rabu

Adik kakak

Assalamualaikum

Aisy Thaqif memang disayangi semua. Usia 16 bulan. Belum pandai cakap. Tapi dah boleh paham arahan dan mostly apa kita cakap. Dia pun dah pandai bagi instruction dengan bahasa dia. Mesti nak datang tepuk. Nak mengadu.. Nak tunjuk.. Nak suruh.. Mesti datang tepuk kat tangan.

Bila orang marah/larang. Pandai pulak dia cebik. Kalau masa dia nak main tu, dia ajuk pulak kita kata "aaakkk".. Nak marah pun hampir tak jadi.

Dengan kakak dia bergurau ganas. Sampai berguling guling. Kalau dengan abang agak terkawal sikit. 

Kalau bab makan dia boleh jadi nombor satu. Ada sekali, beli biskut wafer makan sorang sekeping. Bila ayah dia ambik kepingan kedua, dia tenung dengan muka tak puas hati. Kening sangat garang macam kening shujin. Aku gelak terbahak bahak sebab walau pun sambil nangis, kening dia tetap nampak garang. Macam angry bird.

Aisy sangat independent sampai ada masa aku rasa sayu hati sebab mungkin bila dah ada tiga orang anak ni, ada masa terlepas pandang salah sorang. So bila terlepas pandang tu dia pandai je bawak diri. Tengok tengok dah tertidur sendiri dia.

Tahun depan kakak dengan abang dah sekolah. Tinggal Aisy dengan baby nanti. Harapan aku Aisy boleh jadi abang yang baik. Ciri ciri tu memang dah ada. Aritu balik Johor dia sibuk melayan dan nak angkat anak kakak aku umur 6 bulan. Macam la dia tu dah besar sangat. Heheh..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com