Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

Selasa

Cerita pasal anak

Assalamualaikum

Lima orang anak dengan beza umur setiap seorang antara 1-3 tahun memang menuntut kesabaran yang tinggi. Pastinya setiap hari ada saja aktiviti diorang yang buat aku urut dada. Sungguh pun macam tu, gelagat masing-masing sedikit-sebanyak melegakan tekanan di tempat kerja. Aqil yang sulung dah 9 tahun. Damia 7 tahun. Aisy 4 tahun. Afiqah 3 tahun dan Aisha setahun.

Beza dua tahun tapi tinggi dah nak dekat sama
Aqil dan Damia pergi sekolah.Tangan Aqil yang patah tahun lepas nampaknya dah semakin baik. Cuma ibu dan ayahnya masih trauma dengan kejadian tu. Dari segi pelajaran, aku sedikit bimbangkan perkembangannya. Insya allah bila dah bersedia aku cerita lebih lanjut. Dari segi pelajaran, aku tak berapa bimbang pasal Damia sebab dia sekolah PASTI. Jadi, asas tu dah ada sedikit sebanyak. Cuma social skill nya tu risau sikit sebab Damia ni kadang-kadang berat mulut. Terutamanya bila dengan suasana baru. Sungguh pun gitu, takde la risau sangat sebab dia sama sesi persekolahan dengan Aqil. Jadi, biasanya waktu rehat tu dia sekali la dengan abangnya. Tapi tak boleh la selamanya nak bergantung pada abangnya. Harap bila sampai masa nanti dia sedia dan boleh berdikari. 

Gambar kenangan budak nangis

Aisy dengan adik-adik perempuannya melasak kat rumah. Jangan kata anak perempuan tak lasak. Aisy dengan mulut macam bertih, berceloteh tak henti-henti. Ada je nak diceritakan. Biasanya dia suka main LEGO sorang-sorang dia. Tapi dia rajin jugak melayan Afiqah dengan Aisha main. Si Afiqah dah semakin pandai bercakap. Biasanya emak dan ayahnya je yang faham. Dia banyak dapat influence dari Aisy. 

Ayat paling digemarinya.. 
"Ibu/ayah, nok ni (tengok ni) Aisy buat Aiqah"
Aisy muka garang, ibu pun nak ikut sama
Bila dia nangis, tak jelas butirnya. Ibu pun pening kepala. Tak tahu apa yang nak disampaikan. Sudahnya peluk-peluk, ibu pun ambik gambar dia menangis untuk buat kenangan. Hahaha..

Aisha pun boleh tahan lasaknya. Kalau tak puas hati. Laju je tangan tu nak tepuk orang. Kuat menggigit juga. Kadang-kadang kalau tengok dan dengar lagu dia dah boleh buat gaya-gaya menari. Mulut pun dah potpet yang tak tau butirannya. Sambil-sambil tu dia boleh faham dah kalau orang marahkan dia. Aku suka lah nak menyakat buat-buat marahkan dia. Cebik-cebik pastu nangis. Ibu dia pun ambil gambar buat kenangan. Ayahnya stress la bila ibu buat macam tu. Hahaha.. Maunya tak, budak tak nangis dibuat sampai menangis sebab nak ambik gambar. Entah apa-apa la perangai emaknya tu.

Of course la setiap hari bukan bulan dan bintang. Bila hari aku terlalu stress, kadang-kadang aku jadi macam kain buruk. Tak larat nak buat apa-apa. Nak layankan anak tak larat. Masa ni, shujin ambil alih kebanyakan tugas. Aqil dengan Damia pun tolong-tolong setakat yang mampu. Ada masa jugak yang aku tak boleh nak handle tekanan tu, diorang jadi mangsa kena marah. Menyinga sekejap, lima saat tu terus rasa bersalah bila tengok muka sedih diorang kena marah. Cepat-cepat aku peluk. Rasa bersalah dengan teruknya. Pastu, diorang buat perangai. Marah lagi. Haih la emak korang ni.

Entah macam mana lah mak aku jaga kami adik-beradik enam orang masa kecik dulu kan. Aku dengan yang lima orang ni, ada masa memang semput. Rumah tunggang langgang jangan cerita. Malu nak terima tetamu sebab rumah huru-hara. Lebih daripada Titanic masa nak karam ko. Hahaha. Kurang-kurang, Titanic tu takde isu lantai comot sebab bebudak makan nasi berterabur atas lantai.  Atau tumpahkan air atas lantai, lepas tu ada budak tu datang berenang atas tu.

Doakan lah aku terus cekal dan tabah menjaga dan membesarkan amanah Allah yang lima ni.

Jumaat

Salam Jumaat

Assalamualaikum

Fufufu.. Janji tinggal janji sangat kan.. Kata nak update kerap. Lepas tu asyik tak nyempat je. Maafkan daku ye.

Meh belanja gambar budak omey sekeping


Bulat bulat ni suka melaram dah sekarang. Tak larat nak kejar perilakunya. Kejap air tumpah, kejap tabur serdak biskut. Kadang kadang dia tolong nyanyi laailahaillallah kat adiknya. Boleh la dengar butir sikit sikit. Manja ya amat dengan ayahandanya. Mentang mentang tiket comel. Geram tengokkan



Yang Aqil Mubarak dah mula sekolah semula lepas cuti dua bulan. Patah tangan. First day sekolah, terus exam. Kesian terkial kial nak kejar silibus.

Damia pulak dah semakin boleh diharap. Walau pun kadang kadang tak larat nak hadap tantrum dia. Mengalahkan adik adik.

Aisy pulak manja macam biasa. Dah tak pakai diapers. Jimat sikit poket ibu. Kadang-kadang leka main, dah melompat lompat baru nak ke tandas. Geram jugak dibuatnya.

Si kecil Aisha Rashiqah pulak ada potensi nak bercakap banyak.. Hahaha..



Masa kecik ni meriah.. Masing-masing dah besar nanti sunyi jugak ibu ayahnya bila masing masing dah ada kerjaya sendiri kan..

😂😂😂

Walau pun muka macam sweet 17, tapi dalam hati ni macam orang tua. Kahkahkah..

Daa

Isnin

Afiqah Balqis hampir setahun

Assalamualaikum

Menguatkan semangat, mencekalkan hati.. Menaip untuk simpan cerita masa depan..

Si mata bulat ni dah hampir setahun. Macam sekejap je masa berlalu kan. Gigi dah ada enam batang. Hampir pro memanjat ke mana-mana yang boleh dicapai. Dah boleh berdiri tanpa sokongan, tapi masa cuak cuak nak melangkah. 1-2 dia dah ada melangkah. Kena banyak belajar lagi dek.. Hehehe

Suka makan. Garang pulak tu kalau orang ambik makanan dia atau tak cukup makan. Sopan sikit dek. Kita tu perempuan.. Hehehe...

Dia sendiri sorong bangku tu untuk panjat dan pungga buku. Bukan tinggi pun rak tu. Tapi dia nak capai segala benda atas rak tu. So, dia panjat.

Rambut je tak berapa nak lebat sebab rambut jenis halus sangat.

Ibu cukur je lah terus ye dek.. 

Birthday dia 8/Sept. Boleh sambut sekali dengan Aqil 11/Sept. Si Aqil Mubarak tak menyabar nak sambut birthday sebab dah request hadiah birthday macam macam. Hahaha..

Okielah. Salam Isnin semua.

Daa

Khamis

Pokok pokok pun kena puasa

Assalamualaikum

Bulan puasa kali ni aku agak keletihan yang luar biasa. Sebelum masuk waktu berbuka mula uwek uwek. Bila buka puasa, makan sikit pun muntah balik. So, aku minum air, makan kurma je dulu. Lepas solat rehat rehat baru boleh makan nasik. Itu pun tak lalu nak makan banyak-banyak. Cukup sekadar alas perut. Waktu sahur pulak, lepas makan sahur aku akan muntah sikit. Nak gosok gigi pun rasa tak lalu. 

Pedih sikit cabarannya kali ni. Insan yang paling kasihan adalah si kecik Balqis. Dia kan masih menyusu dengan aku. Bila dah macam ni, susu memang tak berapa nak ada. Bukan sebab aku puasa. Sebab gangguan hormon. Aku tak puasa pun tak berapa nak ada. So dengan berat kaki melangkah, aku belikan susu formula kat dia. Takpe lah. Niat aku, lepas bersalin nanti nak tandem dia dengan adiknya. Masa kecederaan kekdahnya.

Cuma aku tak tau la aku larat ke tidak. Rutin harian memang penat. Boleh collapse aku kalau tak support ngan vitamin supplement. Tapi, paham je lah. Musim harga minyak naik, ekonomi tak berapa nak stabil ni, kadang-kadang aku skip jugak. Teruk kena marah ngan shujin bila tak makan vitamin. 

Pokok-pokok aku pun tak berapa nak bela bulan Ramadhan ni. Banyak shujin yang tolong siramkan. Kesian diorang. Dah la hujan pun segan nak turun.. Harap-harap musim kering ni cepat berlalu. Kesian anak-anak jugak. Hari-hari kepanasan.

Aqil dengan Damia dah belajar-belajar puasa sikit. Dapat lah 2-3 hari puasa penuh. Banyak yang tak puasa. Takpe. Pengenalan. Yang penting aku ajak diorang solat jemaah dulu.

Si Aisy dah semakin banyak cakap. Dah ingat alif ba ta sampai ya. Mengira pun dah sampai dua puluh. Manjanya pun makin menjadi-jadi. Kadang-kadang datang menggesel kat aku sambil mengiau. Konon dia anak kucing lah kan. Layankan je. Hehehe..

Macam mana ramadhan korang..? Maaf jarang dapat bersiaran. Harapnya lepas bulan puasa ni aku cuba kerapkan sikit entry. Rindu pada blog.

Daa

Jumaat

Last day sekolah~!

Assalamualaikum

Yeyy.. Esok start cuti sekolah.. Apa yang paling seronok pasal cuti sekolah adalah aku bebas dari kena iron baju budak. Wakaka.. Dasar sangat mak pemalas kan. Baju aku pun jarang iron. So pasni pagi-pagi tak payah nak rushing keluar pergi kerja. Boleh belek-belek pokok dulu sebelum keluar rumah. Hihihi..

Cuma yang kurang bestnya, cuaca panas sangat sekarang ni. Aisy dengan si Afiqah batuk selesema. Aku pun dah start jangkit. hmm.. Ujian..

Tengah fikir nak bawak bebudak ni berjalan ke mana musim cuti sekolah ni. Korang plan nak ke mana cuti sekolah..? Cuba share sikit

Daa

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum

Entry ketinggalan zaman...

Aqil dengan Damia dah mula bersekolah tahun ni. So bila tiba Hari Guru, diorang pun sibuk lah nak beri hadiah pada cikgu masing-masing. Masa hari ibu takde pun nak bagi hadiah kat ibu.. sobbss

Kami encourage diorang buat sendiri kad ucapan hari guru tu, lebih bermakna kan kalau macam tu. Shujin potongkan la kad bagi diorang tulis guna magic pen. Lepas tu budak budak ni tulis tekan lama lama kembang habis bila dia tekan sementara nak ingat nak tulis apa lepas tu. Hahaha.. Lastnya, shujin tulis dengan pensel. Diorang trace balik je ngan magic pen tu. Senang cerita.
 Nasib baiklah ayah korang orang graphic design. Ibu diorang memang tak boleh harap. Hahaha..
Yang kelakarnya. Anak dara ni beria ria bawak pergi sekolah. Sampai waktu balik dia lupa nak bagi pada cikgu dia. Shujin suruh masuk balik sekolah bagi kat cikgu. Hehehe..

Selamat Hari Guru bagi semua guru guru. Terima kasih sebab bersabar mengajar anak-anak kami.

Daa

Aisy & Balqis

Assalamualaikum

Lama tak update perkembangan anak-anak kan..Dulu masa zaman anak sorang dua orang rajin je mengupdatenya.. Hehehe..

Aisy dah 2 tahun 3 bulan. Cakap dah agak lancar.

Perkembangan Muhammad Aisy Thaqif
(1) Dah boleh mengira bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kadang-kadang terabur sikit.
(2) Suka ikut bacaan al-fatihah kat TV. Tapi belum ada butir ayatnya
(3) Suka ikut abang dengan kakak mengaji. Boleh mengaji alif ba ta
(4) Suka label barang dengan nama dia. Ibu Aisy, kaki aisy, adik aisy, tv aisy. Semua tu dia punya lah kiranya..
(5) Makan dah makin tak memilih. Beliau ni tak kisah makan apa sangat. Asalkan sedap.
(6) Sangat manja dengan ibu. Kalau ada ibu mula lah nak mengada ngada. Nak air yang dah tuang depan mata pun suruh ibu ambik letak kat tangan dia. Sabo je tau.
(7) Pandai dah nak ikut ikut pergerakan solat. Alhamdulillah..
(8) Sangat sayang pada adik dia. "Atak, nangan. Adik aisy" (kakak, jangan (kacau) adik aisy"
(9) Sangat suka main dengan abang Aqil. Ye lah. Adik lelaki kan. Tapi kakak pun rajin mengacau dia. Cuma kakak dia tu suka cubit adik dia. Geram dibuatnya.
(10) Selama 2 tahun++, cuma pernah sekali kena makan ubat, iaitu antibiotik masa dia batuk dan kena infection kat paru-paru. Lesson untuk mak dia yang tak cukup berusaha untuk buat steam dan percussion masa awal-awal batuk. Peringatan buat diri sendiri dan orang lain juga, jangan biarkan batuk berlarutan. Ubat batuk memang tak berkesan rawat batuk. So, kena rajin buat steam, percussion untuk buang kahak dari jadi tempat breeding bakteria.

Perkembangan Afiqah Balqis (8 bulan) 
(1) Makan apa saja. Kertas pun layannn. So kenalah ibu rajin mengemas kertas yang abang dengan kakaknya sepahkan
(2) Still minum susu ibu (belum campur). Alhamdulillah.. Semoga dapat diteruskan sampai dia cukup 2 tahun
(3) Dah seret dada, memanjat dan mula merangkak. Semua dia nak panjat. Jatuh entah berapa kali sehari.
(4) Kalau dia menangis, satu perumahan boleh dengar. Grrr..
(5) Kalau dia nak ibu atau ayah dia duduk kat dia. Jangan harap nak pergi mana-mana. Bangun je dia wekkkk... Geram tau.
(6) So far alhamdulillah.. Dia takde tanda cucuk di mana-mana. Free from vaccine. Pernah selsema, tapi sembuh dengan natural remedies dan tak makan ubat.
(7) Banyak cakap dan suka buat muka garang kat orang yang baru first time dia jumpa. Hahaha..

Rasa macam sekejap je diorang dah membesar. Tak puas lagi nak gomol-gomol.

Memang penat sebenarnya membesarkan empat orang anak. Alhamdulillah sebab shujin sangat banyak tolong dalam hal anak-anak. Aku ni dah la garang. Kesian pada anak-anak. Bila aku ada masa je, berebut diorang nak duduk kat riba ibu la. Nak ajak ibu main la. Ajak ibu baca buku. Macam-macam. Kadang-kadang ada jugak yang aku terlalu penat terpaksa mintak postpone hujung minggu. Lepas tu lupa. Waaa.. Kejamnya mak dia kan..

Aku tak suka nak merungut atau mengadu kata penat la, banyak kerja la. Sebab aku malu. Aku penat. Ada orang lain lagi penat dari aku. So, kalau nak ngadu pun. Aku ngadu kat shujin je. Hehehe.. Kesian shujin.

eh~!! Melalut.

Penat masa anak-anak kecik ni lain. Bila dah besar penatnya lain pulak. Hahaha.. Alhamdulillah Aqil dengan Damia pun banyak jugak dah bantu kami. Tolong jaga adik-adik terutamanya..

Daa


Selasa

Nak tau cerita tak..?

Assalamualaikum

Korang tengok la muka anak dara sorang ni.. Kepochi gila.. Gaya tangan tu macam nak bercerita apa je.. hahaha..
Ritual setiap anak adalah pakaikan tudung kan. So yang kecik ni pun tak terkecuali lah. 

Yang ini pulak abang Aisy. Suka betul bergambar sekarang ni. Gambar kat sini je tah berapa keping aku ambik untuk dia. Lepas tu, tiap kali lepas ambik gambar mesti nak tengok gambar dia.. 

Dua yang besar tak ada pulak gambar terbaru. Nanti lah ambik pulak.

Daa


Rabu

Happy birthday Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Hari ni 11 February 2015, genaplah dua tahun umur Aisy Thaqif.


Perkembangan
(1) Berlari melantun lantun. Walau pun sizenya kecik dari abang dengan kakak, dia agak tegap. Kalau dia paut abang dengan kakaknya, boleh jatuh diorang.
(2) Tangan agak cepat dan garang. Aku asyik lupa je nak ambik gambar bila dia nangis dengan muka macam nak marah orang. Takut woo.. Hahaha.. Aku panggil kening angry bird. Kening garang macam ayah.
(3) Video paling comel adalah bila dia buat hadoken. Hahaha.. Ada masa nanti aku suh shujin upload kat Youtube.
(4) Agak independent. Tapi lately, dia agak sensitif. Especially kalau dengan aku. Nak tidur nak paut kat ibu. Ambik tangan aku suruh tepuk dia. Rasanya sebab dah ada adik kot. Tapi dia tak jeles pun dengan adik dia. Dia tolong tepuk. Paling kalut kalau adik dia menangis.
(5) Bila abang dengan kakak dah sekolah ni, dia sunyi la sikit sebab adik masih kecik. So asyik mengekor orang je. Tapi suka tolong siram pokok ibu. Okla tu. Siram sikit, baju basah lebih. Hahaha..

(6) Banyak dah vocab dia. Walau pun kadang kadang dia sebut hujung hujung agak susah nak paham. Ada banyak improvement dari segi sebutan. Dia cuba sebut penuh perkataan. Macam kakaknya Damia, Aisy pun sebut kereta tu tite.. Kalau sebut lari, dia sebut layi. Acilah. Ibu boleh paham.
(7) Dengan keadaan rumah sekarang, aku belum sedia nak potty train Aisy. Tapi dia dah tau cue kalau nak buang air besar. Agak dalam 5saat sebelum nak berak, dia bagitau aku. Ni yak busuk. Lepas tu terus buat pose membuang. Hahaha.. Hopefully boleh train dia soon. Jimat diapers.. Hehehe..
Aisy tahun lepas.. ada macam rupa Afiqah..
suka makan
Cheeky
Aisy anak yang tak banyak kerenah.. Walau pun ada masa aku urut dada tengok dia buat perangai. Tapi kebanyakan masa, dia independent.Dan kalau dia buat perangai, dia dimaafkan sebab pandai buat muka comel. Cuma, sedikit membimbangkan aku, Aisy ni ada ciri ciri yang lebih persistent dari Damia. Ada ketika, susah nak reason dengan dia kalau dia nak apa-apa. Dua kepantangan aisy adalah mengantuk dan lapar. Bila dia lapar atau mengantuk, dia buat perangai sampai berguling guling. So tak payah la ngengada nak berjalan kalau waktu tidur dia. Hahaha..
Cepatnya diorang dah makin besar. Sekarang kakak dengan abang je sekolah. Tak lama lagi bila semua dah sekolah, sunyi lah ibu ngan ayah.. Huhuhu

Daa

Ahad

Hari birthday Ibu

Assalamualaikum

Untunglaa.. Birthday aku tahun ni jatuh masa tengah cuti bersalin. Tak payah gaduh sedih sedih hari birthday kena kerja. gugugu..

Aku tak bagi shujin sambut beria ria. Cukuplah bawak kami jalan jalan. Memandangkan sepanjang aku cuti kali ni jarang bawak anak anak keluar. Itu pun takde kek bagai. Just makan makan kat IKEA.

Gambar birthday girl takde. Ada gambar budak budak ni je.. haha


Depan Toy's r us The Curve


Geram tengok Aisy..

Tengok budak mengantuk masa nak makan. Masa ni dah nak masa makan malam. Tu yang penat sangat dah. Lari sana sini kan.









Itu pun sebenarnya tak masuk pun dalam IKEA. Just makan kat Cafe dia je. Kalau masuk, sure pengsan berguling guling semua. Haha..

Tq kat shujin untuk hadiah birthday yang mabeles.

Daa

Selasa

Si bulat

Assalamualaikum

Pandai sungguh bawak diri. Syahdu je tengokkan bujang sorang ni..






Sejuk hati tengok. Semoga besar jadi anak yang soleh ye Aisy.

Daa

Pertandingan Lego awesome Malaysia

Assalamualaikum

Semalam shujin dah buat pos sebenarnya pasal pertandingan akhir lego awesome Malaysia ni sebenarnya.. Saja aku nak ulas pulak.

Pusingan awal kami menang dengan Lego nasi lemak yang Aqil buat. Bebudak ni sangat excited bila dapat tahu yang salah satu hadiah utamanya adalah penginapan percuma di Legoland Hotel. Dan dapat masuk ke Legoland.

Shujin pulak excited sebab ada hadiah hamper Lego. Keluarga yang terpilih masuk ke pertandingab akhir automatically layak memenangi salah satu hadiah ni. Kalau kalah dapat hamper, kalau menang dapat ke Legoland.

Khamis ni hari penentuan. Kita tengok anak anak atau shujin yang berjaya.


Actually, Aqil pun suka hamper tu sebab dia sangat suka Lego Hero Factory. So, aku rasa diorang akan buat bagi dapat hamper instead of Legoland. Haha..

Tapi kecewalah Damia nanti.

Pertandingan akhir hari Khamis. Patutnya boleh masuk 4 orang, tapi aku tak masuk sebab jaga Afiqah dengan Aisy. So, shujin dengan Aqil Atiqah je join.

Aku tak kisah mana mana. Kalau dapat hamper, jimat duit beli Lego untuk beberapa bulan. Dapat pergi Legoland pun okay je aku. Boleh balik rumah mak kejap. Hehe..

Ps:/ Orang pantang busy mengalahkan apa.. Nak BW pun tak sempat.

Ahad

Budak bijak

Assalamualaikum

Si nombor tiga Muhammad Aisy Thaqif yang sangat bijak. Geram tengok tau..



Yang paling aku kesalkan adalah.. Aisy adalah satu satunya anak yang aku tak susukan sampai dua tahun. Sebelum aku deliver Afiqah, dia dah tak menyusu. Bila Afiqah lahir, aku ada berkira kira nak tandem diorang berdua. Aisy pun ada mintak.. Tapi in the end aku decide untuk stop je sebab aku rasa aku tak larat. Walau pun aku tau kalau tandem akan benefit pada Afiqah.. So, sampai hari ni aku rasa sangat bersalah over decision aku tu setiap kali aku pandang Aisy.





Sungguh pun macam tu, Aisy sangat penyayang dan ambik berat pasal Afiqah. Pandai sangat bawak diri. Nak tidur, dia pandai tidur sendiri. Bila abang dengan kakak main sama diorang, dia pun main sendiri dia. Walau pun kadang kadang end up macam gambar di atas. Haha..







Sangat pandai bermanja dan ambik hati ibu ayah. Anak anak ni bila pandang diorang main, tidur aku rasa macam taknak bagi diorang besar cepat je.

Tapi bila tengok masing masing menyepah. Rasa macam nak suh cepat besar je. Hahaha.. Apa pun.. Harap, Aisy jadi manja bucuk ibu sampai besar. Aku mesti akan rindukan saat saat diorang kecik ni nanti.

Daa

Isnin

Abang abang penyayang

Assalamualaikum

Beza Aqil dengan Damia dan beza umur Aisy dengan adiknya lebih kurang sama. Duanya menjadi sangat keabangan bila lahir adik perempuan.


Aqil dengan Damia


Aisy dengan Nurul Afiqah


Aqil dengan Afiqah

Sungguh pun kalau time bercakar memang buat aku rasa nak bertukar jadi singa. Tapi rasa meriah dengan gelagat masing masing. Harap harap diorang akrab sampai besar.

Tetiba feeling makcik makcik. Hahaha..

Daa

Sabtu

Tiga beradik

Assalamualaikum

Meriah masa diorang nak membesar ni. Main, bergomol, bergaduh, kena marah, melalak.. Pastu duk kejap hingaq balik. Kalau bebudak ni diam sangat pun kena jengah jugak. Entah apa projek masing masing.



Yang sikecik pulak tidur banyak. Jenuh kejut nak bagi susu. Kalau bangun je semua nak datang cuit, nak menggomol. Abang kecik Aisy pun boleh tahan jugak. Tak padan ngan kecik, nak meriba adik jugak.



Makin petah mengajuk, makin banyak bercakap. Semua jenis peramah. Sekali sekala semua nak bercakap, pening kepala ibu tatau nak layan mana dulu. Hehe..



Tidooo je dia..

Salam Sabtu

Daa

Selasa

Bulan yang istimewa

Assalamualaikum

Sembilan adalah angka yang banyak keistimewaannya buat aku. Bulan 9 contohnya.. Adalah bulan kelahiran shujin, Aqil dan yang terbaru baby girl kami yang cumils. Selamat dilahirkan pada 4:45pagi 8 September.

Atiqah Damia lahir pada 9 Jun. Walau pun bulannya Jun, tapi tarikhnya ada kena mengena dengan sembilan juga..

Sementara nak catch up dengan kehidupan bersama seorang lagi ahli keluarga baru, aku mungkin kurang sikit berblogwalking. Maaf ya. Nanti aku slowly slowly ye.

Yey.. Dah start cuti panjang..

Sian shujin nak menguruskan kami semua sebab aku berpantang di Shah Alam je kali ni.

Nanti kami update lagi..

Daa

Jumaat

Mencegah demam batuk selesema berlarutan

Assalamualaikum

Biasa kita dengar mencegah lebih baik dari mengubati. Ramai orang kata pemakanan seimbang, makan makanan sunnah atau pengambilan supplement tambahan boleh mencegah demam batuk dan selesema. Aku setuju dengan statement ni. Tapi kita kena ingat jugak. Cegah tak semestinya takkan demam langsung. 

So, bila dah nak kena tu macam mana kita nak cegah dari berlarutan..?
teka sapa ni..?
Ada orang.. Bila rasa dedar rasa nak demam je terus makan panadol. Bila rasa nak selesema je terus makan pil soluble. Macam macam cara. Sedikit yang aku tahu mengenai pengambilan ubat ubatan adalah.. Paracetamol boleh menyebabkan immunosuppression dan tidak sesuai diberikan sekiranya demam adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Walau pun dikatakan antara ubat paling selamat, paracetamol adalah punca banyak kes kerosakan hati di seluruh dunia. 

Ok.. sambung cerita pasal cara mencegah demam batuk dan selesema dari berlarutan

Point paling penting adalah mencegah demam dari simptom pertama yang korang rasa. Contoh kalau nak selesema tu mula rasa sakit tekak, bersin bersin gitu kan.. So from that point onwards korang kena bekerja keras membantu imun sistem korang untuk melawan virus dan sebarang patogen dari terus berleluasa dalam tubuh.

Aku ada masalah alahan. Kalau jerebu macam minggu lepas memang jenuh la bersin especially pagi-pagi. Bersin tak berhenti tu memang tanda nak kena selesema (kes aku). Dah selesema tu start badan rasa tak larat nak demam dan sebagainya. So bila start rasa perit tekak tu aku dah bancuh air apple cider vinegar siap siap sebotol minum. Extra dose vitamin C sebagai anti-histamine semulajadi. Dan yang terbaru.. Since madu dah habis dan tak restock restock lagi, aku jumpa kaedah baru melawan sakit tekak diperingkat awal.. Bancuh lime/lemon/calamansi juice dengan air suam. Masukkan secubit garam. Jangan banyak sangat garam. Serius ianya sangat berkesan untuk sakit tekak. Minum pagi dan malam.

Aku start sakit tekak je memang aku buat anything untuk make sure ianya tak jadi berlarutan. Senang cakap kalau dah keluar air jernih meleleh kut hidung tu mulalah aku jadi macam nenek kebayan. Jangan tunggu sampai hingus hijau bagai ye.

Minum air jangan kurang dari 2liter okay. Alhamdulillah. Dengan cara ni kami sekeluarga berjaya mengelak dari pengambilan ubat ubatan lebih dua tahun. In fact, Aisy memang tak pernah minum ubat.

Dengan cara ni, selesema aku biasanya tak berlarutan lebih dari dua hari dan biasanya tak demam. Anak-anak pun sama. Aisy biasanya demam tak sampai sehari dah kebah.

Share ni bukan nak sombong ye. Aku paham macam mana susah hati ibu ibu bila anak demam batuk selesema tak kebah kebah. Batuk selesema kalau berlarutan boleh menyebabkan jangkitan pada paru paru. So sebaiknya cegah secepat mungkin. Jangan ambil mudah walau pun sekadar batuk selesema.
EVCO Sangat banyak kegunaanya

Mungkin ramai tak setuju tindakan aku yang menolak ubat ubatan. Sebab mungkin ada yang anggap bila anak demam aku cuma tadah tangan doa supaya disembuhkan demam anak-anak. Tidak ye. Bila anak mula batuk ehek sikit pun especially Aqil sebab dia mudah batuk bila sejuk, aku mula la bakar bawang putih, bagi minum macam-macam jenis air. Alhamdulillah anak-anak redho kan je. Hehe.. Mungkin sebab aku dah biasakan dari diorang kecik. Melentur buluh biar dari rebungnya..

So.. apa yang aku bagi ni cuma sebagai cadangan bagi ibu ibu yang nak mencuba cara alternatif. Aku faham jugak perasaannya bila anak demam kita nak make sure kat rumah ada standby sirap demam, ubat batuk dan sebagainya. Tapi percayalah.. Once kita tak bergantung harap pada ubat ubat tu, kita tak perlukannya sangat pun. Once aku belajar benda tu, Aqil dengan Damia jaaaaraaangg kena demam. 2-3 bulan sekali pun payah.. Aisy lagi la.. So far dah setahun lebih ni baru 3 kali kot demam. Tu pun demam sehari dua je.

Salam Jumaat. Yey~~ Esok Sabtu.. Kita raya lagi. hehe..

Daa

Rabu

Masuk bulan puasa kami makan banyak

Assalamualaikum

Actually statement tu bukan untuk aku dengan shujin.. Tapi untuk kekanak riang kat rumah ni..

Especially yang ini.. Berselera je makan. Makan nasi pun bertambah tambah. 

Aku selera okay, tapi dah masuk 30minggu ni perut tak boleh masuk banyak benda. So makan pun ala kadar je masa berbuka. Alhamdulillah so far kami berjaya mengekalkan rekod tak ke pasar ramadhan. Walau pun lauk masak biasa biasa je, tapi shujin puji puji sedap. Makin kembang perut aku dengar. Hehehe.. Hopefully dapat diteruskan usaha murni memasak sampai ke hujung puasa nanti.

Gambar makanan aku tak ambik sangat. Sampai rumah pun cukup cukup masa je nak memasak sebab dah nak dekat pukul 7 sampai. Mujurlah semua dah tersedia. Tinggal nak disatukan dalam kuali je. Pressure cooker dengan kuali ajaib jadi hero penyelamat kami sekeluarga. Hihi..

Semalam korang buka puasa makan apa..? Kami makan ayam ungkep dengan miso sup. Sup paling senang nak buat. Haha..

Daa

Selasa

Abang adik comel

Assalamualaikum

Dua beradik ni memang suka kalau aku halakan kamera kat diorang. Tapi dalam 5-6 keping gambar yang diambik tu cuma 1-2 keping boleh pakai. Asyik bergerakk je.. Mentang mentang henset aku kamera cap nokia cokia..


Dalam kereta sementara menunggu laksa siap aritu. Haha..

Si anak dara ni dah makin pandai melaram. Lagi la orang duk puji dia comel. Lagi menjadi jadi. Muka comel, tapi suka betul carik gaduh dengan abang dia. Sungguh pun gitu pemalu kemain kalau dengan orang lain. Tak tau la cemana gaya nak hantar pergi sekolah tahun depan ni.

Jangan pergi lepuk anak orang sudah la nak.. Aku tau garang tu ngikut perangai aku. Tapi aku taknak la dia ikut perangai aku yang huduh huduh. Ikut perangai comel comel takpe.. hahaha..

Daa


Happy (belated) Birthday Nurul Atiqah Damia

Assalamualaikum

Fuuhh. Sibuk mengalahkan DO sekarang ni. Jangan kata nak blogwalking.. Nak jengah blog sendiri pun susah. T_T

Banyak event yang tertinggal nak update. Ini adalah salah satu latest event kami sekeluarga. Sambutan birthday Damia yang digabungkan dengan sambutan birthday Aqil Mubarak. Kenapa gabung? Birthday Damia semalam (10 June). Yang ke empat tahun. Birthday ke enam Aqil Mubarak jatuh pada 11 September. Tapi sebab due date aku 12 September, aku takut birthday dia tanpa apa apa sambutan atau lambat sangat. Sedangkan tuan punya badan dah tak sabar sabar nak dapat hadiah birthday.

So, lepas balik dari Johor aritu, aku terus bergegas buat persiapan birthday party diorang berdua. Tak berapa nak party pun. Just makan makan dengan keluarga terdekat je.

biasa la kami buat kek homemade tema ikut permintaan anak anak
Kek kali ni besar.. Aku bakar 3 keping kek potong jadi dua keping setiap satu. So jadi 6 keping tu kami buat satu kek besar dengan tema Hello Kitty dan Star Wars atas permintaan birthday girl dan boy. My deari friend tauke kek dengan generousnya telah menghadiahkan kami 1kg fondant untuk kami buat kek kali ni.. Tapi oleh sebab dah takde idea sangat masa last minute tu. Kek tu nampak lebih kepada Hello Kitty dan lambang star wars nya cuma nampak yang robot kecik pengiring R2D2.
Nevertheless.. Diorang happy dengan kek tu.. Walau pun hello kitty come out tanpa misai.. Hahaha..
Maunya dia tak happy.. Ada bintang.. Ada figurin hello kitty, bunga dan butterfly kegemaran dia.. Hehehe..

Hadiah untuk mereka.. Aqil buat muka sedih sebab baru lepas kena marah terlebih lompat sana sini. Hehehe.. Damia of course happy for whatever hadiah yang dia akan dapat..

Bila sampai masa makan kek.. Tengok siapa yang paling happy..?

 Aku tak sure berapa banyak dia makan..
 Malam masa kakak dengan abang dah tidur.. Dia layan kek seround lagi...

Dan melaram hadiah kakak..

Beg hello kitty.. Nampak gayanya ibu kena belikan jugak satu untuk budak kecik ni..
Hadiah Aqil Mubarak..? The best.. Biarlah shujin cerita pasal tu. Hehehe...

Since balik Johor kepenatan.. Ahad malam aku dah sakit satu badan, sakit kepala dan muntah muntah.. Nak pengsan T_T

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com