Selasa

Kenapa perlu mineral dalam air?

Assalamualaikum

Ramai penjual dan peminat air RO yang tak puas hati dengan entry pasal RO dan pasal manipulasi demo oleh peniaga penapis air. Siap kata aku ni penyebar fitnah bagai kan. Hahaha.

Nko ingat aku heran? Hahaha.. Yang cakap air RO bahaya bukan aku, tapi WHO. Aku ni mana la ada kelayakan. Aku blogger je. Aku menyampaikan apa yang WHO kata je. Adakah aku salah? Kalau aku salah, so salah WHO la. Wooo.. WHO salah tuuu.. Kata penjual air RO :P

Come on guys. Ni sains menengah rendah la..

Air adalah pelarut terbaik. Secara semulajadinya air melarutkan bahan lain. Air melarutkan gas seperti oksigen, karbon dioksida, etc. Air melarutkan ion daripada mineral.

Kata peniaga penapis air RO. Mineral dalam air tak perlu sebab jumlahnya sikit sangat. Kita boleh dapat mineral daripada makanan yang kita makan.
Tettt.. Deadly wrong.. Mineral dalam air bukan untuk support keperluan mineral kita.
So kenapa perlu mineral baik dalam air?
Sekali lagi aku nak highlight. Air adalah pelarut terbaik. Mineral baik dalam air adalah sebagai penstabil bagi air. Kalau air semata mata, tanpa mineral, sifatnya akan jadi sangat menghakis. Contohnya air bateri. Air bateri adalah air suling melalui proses distillation (distilled water). H2O semata mata. Tapi kenapa orang tak minum air bateri? Cuba tumpahkan air bateri atas kain. Reput kain tu. Kenapa air RO tak boleh disalurkan melalui paip? Sebab ia akan hakis paip tu.

So.. paip tu pun dia boleh hakis. Kalau kita minum dia memang takkan hakis dinding perut kita. Tapi air yang demineralised ni akan drain kita punya mineral dari tubuh.

Kalau kata aku ni penyebar fitnah terpulang. Baca laporan WHO : Health risk from drinking demineralised water

Kalau RO tak elok kenapa kerajaan tak haramkan je penjualan air RO?
Kalau korang dapat jawab kalau MLM tu tak bagus dan ramai kena tipu dan bengkrap sebab MLM aka skim cepat kaya kenapa kerajaan tak haramkan je MLM. Mungkin korang boleh jawab persoalan tu.

Apa yang ditakuti adalah air RO berkebolehan melarutkan logam berat seperti lead juga. Sebab tu lah kenapa air RO tak boleh disalurkan ke rumah rumah.

Dan kalau nak banding dengan NeWater yang kononnya disalurkan ke rumah rumah kat Singapura nun. Sebenarnya Newater primarily digunakan untuk kegunaan industry. Kalau tengok pada proses penghasilannya. Siap ada guna UV light sebab membrane RO bukan penghalang bacteria dan kuman yang baik. Dan lagi, sejenis bahan kimia bersifat alkali (yang aku tatau benda apa) ditambah ke dalam air bagi menstabilkan pH air.

Kalau air RO tak elok kenapa Singapura hasilkan?
Semua orang tau Singapura takde sumber air bersih. Buat masa sekarang diorang beli air dari Johor. Lepas 2061, diorang terpaksa cari sumber air sendiri. Since diorang takde sumber air bersih, maka diorang kena buat air bersih. Air RO adalah salah satu option terbaik bagi diorang.

Air RO ni sebenarnya cuma orang darurat je guna. Askar kat medan perang. Kawasan yang ada bencana alam macam kes tsunami kat Acheh dulu. Tak silap aku, tentera Australia bawak set untuk proses air laut jadi air RO. Kat negara arab nu, sebab diorang padang pasir. Air kena ambik dari laut proses jadi air bersih untuk minum. Tapi diorang guna proses lain, yang dipanggil desalinization. Tapi hasilnya sama. Air yang takde mineral.

So, persoalannya.. Adakah kita darurat? Mungkin ya mungkin tidak.

Air RO akan drain mineral dari badan kita especially kalsium, magnesium. Ada diuretic effect. Air RO rasanya tak sedap. Kalau masak guna air RO, ia akan drain mineral dari makanan yang kita prepare tu.

Hakikatnya. Tak ada penapis air yang dapat tapi segala bahan cemar yang wujud dalam air. Paling banyak yang aku jumpa so far 140 jenis termasuk mercury, lead, MTBE, VOC etc. Yang disahkan oleh NSF.org.

Still nak minum air RO? Hehe..

Daa

10 comments:

uncle gedek berkata... [Reply]

Baru tau...!

uncle gedek berkata... [Reply]

Baru tau...!

Dr K berkata... [Reply]

Bila minda dah tertutup atas sebab kepentingan bisnes, maka jual "air bateri" pun takpa...WHO pun salah...Semua org salah...Pencipta mesin RO yang betul! ~hahaha

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Tkutnye akk.....rietta mmg blom bli penapis air...cmne nk taw penaois air tu biasa ke ro erk akk....satu lg, rasa dia cm pyau payau tu ker?rietta skank dh xmnum drinking water....mmg klu bli, bli mineral...klu x, air msak yg kt umah jerk...

Aziela berkata... [Reply]

Akak sebenarnya tak boleh nak faham hal2 saintifik nie Rai. Berulang kali akak baca, tapi dah memang otak bukan saintifik..hehehehhehe. Tapi yg nyatanya, kalaupun Rai tak explain, sejak study dulu akak tak berapa boleh nak agree dengan air RO nie. Rasa macam tak berapa nak bersih jer... Lagipun, memang ada rasa tak best kalau minum air RO. Sangat2 susah nak ditelan rasanya.

azian berkata... [Reply]

ooo...tak ok ngupenya RO water tu ek..patut hubby acik kl beli air mesti yg ade tulis AIR MINERAL...mcm agak koya jugakkk ek...ahahah...tp betul laaa hubby sy...sekian...hihihi

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

Ro ke PO ke DO ke...

aku still masak air yg nak ku minum...huhuu

Unknown berkata... [Reply]

Air bateri yg baru beli..yg belum dituang dlm bateri blm jadi asid lg..mne de koyak baju klu kena..

zNiE berkata... [Reply]

Pelik2...air bateri sifat dia alkali ler...kalo lah air RO menghakis,negara2 maju seperti jepun,us,singapura x pakai sistem ini untuk keperluan sumber air mereka...nak kata dorg ni kafir...even brunei pon pakai sistem ro untuk salurkan air pada rakyat...

zNiE berkata... [Reply]

Pelik2...air bateri sifat dia alkali ler...kalo lah air RO menghakis,negara2 maju seperti jepun,us,singapura x pakai sistem ini untuk keperluan sumber air mereka...nak kata dorg ni kafir...even brunei pon pakai sistem ro untuk salurkan air pada rakyat...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com