Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Jumaat

Resepi kare pan yang rangup dan gebu

Assalamualaikum

Kare pan (カレーパン) adalah sejenis roti kari. Kare - kari, pan - roti. First time aku jumpa masa belajar kat Jepun dulu. Ianya adalah sejenis roti yang digoreng bersalut dengan serbuk roti dan berintikan kari. Karinya agak pekat. Terasa kekariannya, tapi kari Jepun tak pedas macam kari di sini. Rotinya sedikit masin dan manis. Memang sedap. 


Kat Malaysia da semakin banyak kedai roti dengan konsep Jepun. So, tak susah sebenarnya nak dapatkan roti ni. Cuma aku agak 3G - gatal gedik gomol (?) hahaha... nak buat sendiri..


Roti belum goreng
Resepinya aku ubahsuai resepi roti paun je. Sebab masa ngidam tu dah malam. Aku malas nak browse pilih pilih resepi. Tapi alhamdulillah. Makan masa sarapan pagi tu memang sedap gila. Aku pun tatau kenapa. Dah sejuk pun masih lembut tau.

Resepi kare pan yang rangup diluar dan gebu lembut
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu suam (aku pakai susu tepung full cream yang dibancuh dengan air suam je)
2 sudu besar gula
Setengah peket yis yg mauripan tu
1 biji telur
2 sudu besar minyak makan atau mentega cair (aku guna minyak je)
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener
(Bread improver dengan softener tu boleh je tanak letak. Aku letak sebab nak habiskan stok kat rumah.hihi)
1 sudu kecil garam

Bahan inti
Aku guna inti karipap kentang je

Bahan menyalut
Sebiji telur
Tepung gandum
Serbuk roti

Cara membuatnya
Bancuh yis dengan 1/4 susu suam dalam mangkuk besar. Biarkan 10 minit atau hingga keluar buih buih. Kemudian masukkan baki susu, telur, minyak dan gula. Campurkan tepung, garam, bread improver dan softener dalam bekas berasingan. Gaul rata. Campurkan bahan kering ke dalam mangkuk yis tadi. Kalau nak mudah, masuk separuh dan kacau dengan sudu sampai sebati. Masukkan separuh lagi sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat kat tangan. Kalau melekat jugak. Tambah tepung sikit.


Uli doh sampai licin. Masuk dalam mangkuk yang dah sapu dengan minyak. Tutup dengan towel lembab dan biarkan sejam atau sampai doh naik 2 kali ganda.

Tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan anginnya. Bentukkan bulat bulat ikut saiz yang dikehendaki. Leperkan doh dan masukkan inti kari kentang dalam tu. Nak sedap karinya bagi lebih sikit. Letak daging pun sodap. Masukkan inti dalam semua doh. Tutup dan biarkan 10-15 minit. Atau sampai adunan naik 2 kali ganda pulak.

Nak sediakan salutan serbuk rotinya pulak. Letak tepung gandum, telur dan serbuk roti dalam bekas berasingan. Golekkan doh tadi ke dalam tepung gandum kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Gorengkan dalam minyak yang panas sampai warna keemasan.

Nota : Doh jangan terlalu tebal sebab takut tak masak kat dalam. Terutamanya bahagian doh yang dekat dengan inti tu.



Tapi resepi aku tak follow link kat atas tu. Next time aku try yang tu. Ada masa nanti aku buat versi bahasa melayu ya.

Daa

Isnin

Resepi roti paun manis gebu dan sedap

Assalamualaikum

Aktiviti weekend aku kali ni memang masakkk je kerjanya.. Selain dari Frozen yogurt, aku buat jugak roti paun gebus ni.. 
Memang sangat sedap lembut dan gebus. Diorang makan ngan krim dan jem sebab Aqil tetiba suka makan whipped cream. Hehe.

Resepi roti paun manis lembut dan gebu
Bahan bahan :
6 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu suam
3/4 cawan gula
11g yis
3 biji telur (saiz A)
1/4 cawan mentega

Cara-cara
Dalam satu bekas besar campurkan yis dan 1/2 cawan susu suam. Biarkan sepuluh minit atau sehingga keluar buih buih. Masukkan baki 1 cawan susu, gula dan telur. Kacau perlahan sampai gula agak larut. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati. Masukkan baki tiga cawan tepung dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau masih melekit, tambah tepung secukupnya.

Sapu sedikit minyak pada mangkuk dan masukkan adunan ke dalam tu. Letak, lepas tu terbalikkan supaya kedua belah permukaan kena minyak. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama sejam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

Bila dah naik. Tumbuk tumbuk. Lepas tu bentukkan. Masukkan ke dalam bekas yang nak bakar tu. Biarkan sampai naik lagi. Gris dengan campuran susu+telur ke atas doh dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 20-30 minit. (Aku just ambik sikit telur dari telur yang guna dalam doh tu. Tak kuasa nak ambik sebijik lagi.. Bukan guna banyak pun..)


Keluarkan dan sapu mentega cair kalau nak effect permukaan berkilat. Aku tak buat pun. Hehehe..

Adunan ni menghasilkan roti sangat banyak. So, kalau nak cuba boleh buat separuh dulu. Boleh jugak kalau nak letak inti siap siap dalam ni. Rasanya sesuai kalau masuk inti kelapa manis tu.
Berjaya merembat roti dari tangan abang. Ada telur tu nak 
oiii.. 


Daa

Rabu

Kursus Roti Bun Pau dan Pizza Hanya Dirumah Style Hotel

Assalamualaikum

Tentu ramai yang suka makan roti panas panas buat sendiri. Homemade lebih terjamin kan. Tapi tak reti buat. Uli uli tak jadi. Uli uli jadi keras. Nak pergi kursus pun takde masa. So aku nak share pasal kursus buat roti pau dan pizza ni at the comfort of your home. Cewah..

Sebelum itu, jom kita baca
TESTIMONIAL dari FB pembeli:

Pertama kali guna video E-Book untuk membuat roti...sblm ni ambil kelas buat kueh lah..kek lah..mahal..tetapi terbuka hati nak cuba gaya video E-book untuk pelajari sesuatu masakan. Dengan harga yang ditawarkan rasanya video e-book ini lebih dari berbaloi...dan tak rugi cuba sbb 1st time try menjadi.

 

Panduan video mudah, bahan2 serta kosnya mmg macam tak percaya...tak sempat ambil gambar..'licin' dikebas dek tukang rasa. Ini pun tukang rasa suruh cuba resepi pau dan pizza pulak. Tukang rasa kata 'confirm' boleh wat niaga he..he..he...Syabas Hairul kerana ilmu ini. SAYA SANGAT UNTUNG wor...

Banyak lagi testimonial dari FB pembeli
-------------------------------------

Jika anda mengalami MASALAH spt dibawah ini

1. Tiada asas dalam membuat bun dan pau. Memang tak pernahlah buat bun dan pau. Takut nak cuba dan tak jadi.
2. Tidak tahu teknik yang betul dalam menguli, membahagikan doh, membulatkan doh, gliss dan menjadikan bun berkilat
3. Pernah buat bun sendiri . Tapi tak sedap dan lembut seperti di kedai.
4. Pernah pergi kursus roti bun pau dan pizzar. Tapi bila balik, buat sendiri tak jadi juga. Sebab terlupa apa yang dipelajari di kursus
5. Mencuba banyak resepi dari kawan-kawan. Tapi semuanya tak menjadi. Letih dah buat dengan cara yang tidak betul.

Pakej ini akan membantu anda belajar dari rumah dengan video step by step
---------------------------------

Jika berminat untuk belajar membuat roti bun pau dan pizza tetapi tiada masa nak ke kursus roti bun pau dan pizza. Boleh dapatkan DVD video step by step ini. Belajar dari yg berpengalaman kerja di hotel.

Apa yang anda akan pelajari dalam video ini

Modul 1: Membuat Bun Original
Modul 2: Membuat Aneka Inti Bun
Modul 3: Membuat Aneka Bun Special
Modul 4: Membuat Pau Original
Modul 5: Cara Menggunakan Mesin Mixer dan Industrial Oven
Modul 6: Cara Pembungkusan Bun
Modul 7: Cara Pengiraan Kos

Semua modul di atas diajar melalui video step by step.



Ditambah lagi dengan tips hebat..
1. Tips menjadikan bun lebih lembut dan gebu dari pengalaman saya
2. Tips menjadikan bun anda lebih sedap. Anda boleh mengubah suai resepinya dengan bahan-bahan menjadikan bun anda lebih sedap.
3. Tips menjadikan bun anda lembut tahan lebih lama. Di tambah tips dari kedai roti makcik saya.


Dan Bonus: ebook pizza.

Ya tanpa ke kursus roti .

Untuk lebih detail sila ke laman webnya : http://rahsiabun.com

Sangat bagus bagi yang nak start berniaga atau sekadar nak belajar buat roti, bun dan pau sendiri untuk keluarga. Tentu suami dan anak-anak tersenyum gembira dapat makan roti lembut air tangan ibunya sendiri. Dalam bentuk DVD, so memang boleh ulang tayang sepuas hati.

Daa 

Isnin

Resepi French bread dan mushroom soup

Assalamualaikum

Aku share je lah ye resepi french bread aka roti perancis ni. Mana tau ada yang nak lawan muscle ngan aku nanti. Hehehe..

Resepi french bread
Bahan bahan
300gm Tepung gandum boleh tepung roti lagi bagus. Kalau nak sihat sikit boleh buat 250gm tepung gandum, 50gm tepung wholemeal
1 setengah sudu teh yis kering - bancuh dalam air suam dengan sikit gula. Biarkan sampai berbuih atau 10 minit. Kalau da lepas 10 minit tak keluar buih tu maksudnya yis da masuk angin la tu
1 sudu besar gula
1 setengah sudu teh garam
200ml air suam
1 sudu besar minyak. Aku guna sunflower oil. Olive oil boleh. Kalau takde sangat sangat tu minyak masak biasa pun boleh. Jangan guna minyak dah goreng ikan pulak
Cornmeal secukupnya - Aku ganti dengan tepung gandum je
Butter untuk sapu atasnya

Kaedah membuatnya
Campur tepung, gula, garam dan ratakan.
Masukkan yis yang dah kembang dan minyak. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sampai tak melekit. Kalau terlalu melekit masuk tepung sikit. Tapi patutnya ok dah. Proses ni biasanya ambik masa dalam 15-20 minit.

Tutup adunan dan biarkan di tempat yang agak-agak suam dalam 2 jam.

Buang angin dan uli sikit. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan bulat bulat. Dan biar 10 minit.

Ambil sebiji bebola. Penyekkan sampai agak agak diameternya 10-15cm. Gulung. Make sure kelim bahagian tepi tu supaya bila bakar tak terbukak. Nak gemuk pendek boleh. Nak selim panjang pun boleh. Lenyek ikut suka. Buat kesemua adunan (dua je pun kan)

Tambahan :
Sapu putih telur atau kuning telur yang dicampur dengan susu nak bagi permukaannya cantik bila dibakar. (Aku tak letak)

Biarkan 30 minit pulak atas baking paper yang dah digriskan dengan minyak atau butter.

Panaskan oven 200darjah. 5 minit sebelum masuk roti dalam oven sembur air ke dalam oven. Nak bagi ada wap. Ni yang akan buat roti jadi rangup kat luar. Hiris dengan pisau tajam menyerong. Bagi jadi bentuk macam kat bawah ni. Sembur air pada permukaan roti.
Letak butter kat celah hirisan. Tabur cornmeal atau tepung. Masuk dalam oven. Bakar selama 20-30 minit atau sampai perang-perang. 10minit sekali bukak dan sembur air dalam oven.
Sapu butter pada permukaan roti nak bagi kilat. 

Sejukkan sebelum dipotong :D


Resepi creamy mushroom soup
2 genggam mushroom - aku guna shitake segar belen belen dalam peti sejuk, dadukan
6 biji kentang - dadukan
2 biji Bawang besar - dadukan
1 sudu besar bawang putih mince
Lada hitam
750ml Stok ayam - aku guna serbuk perasa ayam je. Kiub pun boleh
Garam secukup rasa
Daun ketumbar
setengah cawan susu segar
5-6 sudu tepung gandum
setengah buku butter
minyak untuk menumis

Cara membuatnya.
Panaskan minyak. Tumis bebawang sampai naik bau. Masukkan mushroom. Tutup dan stim 2 minit.
Masukkan stok ayam dan kentang. Masukkan bahan lain kecuali butter, tepung dan susu. Masak sampai kentang empuk. Tutup api. Biarkan 5 minit.

Blender sampai hancur.

Dalam pan. Panaskan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati. Masukkan susu. Kacau sampai creamy. Masukkan bahan yang dah diblender tadi. Kalau kuahnya pekat sangat. Tambah air sampai mencapai kepekatan yang dikehendaki. 

Sedap makan masa panas-panas. Cicah dengan garlic bread yang home made.

Senang je kan..

Selamat mencuba.

Nota kaki : Sabar je la. Aku takde idea nak menulis sebenarnya. Nak tulis pasal Clear Guard aritu mood tak mari T_T . Tulisan ni aku guna font large. Ok ke? Ke besar sangat?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com