Khamis

Review Pusat Bersalin al-Barakah

Assalamualaikum

Basically aku bukanlah jenis high demand punya orang. Especially dalam hal bersalin. Pada aku bersalin kat mana pun sama je sakitnya. Bukan aku nak berumah tangga kat hospital berhari hari. Cuma ada beberapa perkara yang aku ambik kira dalam menetapkan kat mana nak bersalin.

Bersalin kali pertama kat UMRA. Kedua kat GH Serdang. Keduanya takde masalah dan aku ok je dengan servis di kedua tempat ni. Cuma kali ni aku mencuba nasib kat Pusat Bersalin Al Barakah ni sebab semua staffnya wanita muslim. Walau pun facility nya cuma boleh support kes bersalin normal risiko rendah. Tapi aku konfiden sikit yang aku boleh bersalin normal kali ni.

Lokasinya yang paling dekat dalam semua option yang aku ada; menambah merit untuk aku pilih. Senang shujin nak ulang alik uruskan anak anak. GH Serdang bagus bagi aku. Kos murah (kurang dari RM500 wad kelas 2 - 4 katil) Selesa. Nurse ok. Facility tip top la kan. Cuma dari segi lokasinya agak jauh dan ada kebarangkalian nak kena seluk ngan doktor lelaki non muslim atau doktor pelatih.

Pusat bersalin al barakah ni kecik je. Bilik pun tak banyak. Pakej bersalinnya ada 2 jenis. Ikut bilik yang kita pilih. Yang 1 katil atau 4 katil sebilik. Harga pakej untuk 4 katil tu RM1599. Kalau yang satu katil je tu RM1799. Ni untuk pakej normal dan basic je. Kalau ada tambahan macam aku, baby kena suntikan hepa Big sebab aku ada hep B kena la tambah lagi RM170.

Pakar O&G nya ada dua orang. Dr Siti Mariam dengan Dr Khairiah. Actually aku check up dengan Dr Khairiah, tapi sebab masa nak bersalin tu dr Khairiah cuti raya cina. So dengan dr siti mariam la. Pada aku dr khairiah lagi lemah lembut. Tapi dedua pun ok je.

Dari segi biliknya. Selesa. Nurse semua bagi salam dan lembut je. Aku consider diorang cekap dalam tugas masing masing. Especially yang handle dalam labour room. Pantas.

Semua muda belum kahwin kot. Sebab aku rasa dari segi keprihatinan tu agak kurang. Masa malam lepas aku bersalin tu sebenarnya ada dua kes je. Aku duk kat wad katil 4 tu sorang. Dengan sorang lagi duk kat wad satu katil. Anak aku melalak bagai nak apa sebab berak. Dan aku dalam tak berapa nak larat terpaksa handle sendiri. 4 kali pulak tu si kecik tu berak. Takde sekali pun nurse datang tanya sama ada aku perlukan bantuan ke tidak.

Memangla aku boleh je handle sebab anak da masuk tiga. Tapi consider yang aku baru berhabis tenaga 4-5jam lepas at least datang la tanya kan..

Dari segi makanan pulak. Diorang hidang bubur untuk lunch dan dinner. Roti bakar untuk breakfast. Bubur tu aku rasa cam bubur segera je. Makan kat GH Serdang lagi sedap kot. Well. Aku bukan datang nak makan. Tapi kalau bayar thousand plus dengan rasa makanan segera, baik aku order bubur MC D kat sebelah bangunan tu. Huhu.. Demand kah?

Pagi tu doktor datang check aku dan bagitau aku boleh check out. Hehe. Dia bagi tau dalam pukul 9 gitu. Shujin uruskan anak anak. So dekat pukul 1 baru dia sampai. Sikit pun diorang tak serve lunch. Serius aku kebulur time tu. Ye la. Breakfast roti dua keping ngan air milo pukul 7 lebih. Shujin pun lupa nak bekalkan biskut kat aku. Walau pun tak jauh, tapi tak sampai hati pulak nak suh shujin datang hantar semata mata kan.

Overall. Aku ok je dengan servis bersalin kat al barakah. Tapi aku rasa ianya quiet pricey dengan kadar hospitality staff nya. Bukan aku demand nak servis macam kat hotel pun. Cuma aku rasa masa aku deliver kat UMRA pun Dr Ummul siap datang lawat aku tengah malam tanya khabar, lepas tu buatkan air milo walau pun masa tu makan minum takde dalam pakej diorang.

Sampai masa aku nak check out lepas shujin bayar bil tu pun, takde sorang pun staff nya datang offer nak tolong bawak beg ke hantar kat pintu ke. Ke aku manja sangat? Again. Aku compare dengan UMRA sebab aku rasa level al barakah agak sama dengan UMRA, staff nya siap tolong bawak baby. Aku lenggang kangkung je pegi naik keta.

Nasib baik 75% cost, company cover. So takde la aku terkilan sangat. Still. Aku rasa tak best jugak. Maybe lepas ni al barakah kena bagi training macam mana nak melayan pelanggan pada staff nya.

Sebab zaman sekarang, duk wad pun cam duk hotel gak. Orang bayar mahal expect service setanding ngan harga.

Lain la kalau aku gi GH je. Aku pun tak heran kalau nurse buat tak layan bila anak aku melalak. Sebab aku pun paham. Patient ramai. Diorang banyak keja. Bayar pun murah.Takkan nak banyak cengkadak kan. Ni. Aku dengar diorang duk borak je kat luar. Tapi memasing buat pekak je. Bila ada sekali tu, baby pancut kena cadar ngan selimut masa aku tukar diapers aku panggil staff nya, boleh pulak dia cakap. Ooo.. anak akak la yang nangis tadi ya. Sabo je aku. Seb baik semua jenis cakap lemah lembut. Nak marah pun tak sampai hati.

Aku bukan nak kutuk al barakah ok. Aku ok je dari segi servis bersalinnya. Doktor pun bagus. Siap bagi peluang aku deliver secara normal dengan takde kena jahit lagi.

Cuma aku rasa, overall kos yang dibayar kurang padan dengan servis yang diberikan.

Total kos RM1770
Hepa Big : RM170
Kos bersalin : RM550
Kos Pakej Fatimah 4 katil : RM1050

Apa pun. Terpulang pada orang lain menilai. Lain orang lain pengalamannya kan. Mungkin patient yang duk kat bilik satu katil tu dapat servis tip top ke. Mana tau kan. Hehe.

Daa

34 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

macam kurang berpengalaman je servis. tempat baru ke?

bukan demand, tapi mahukan benda yang setimpal dengan harga.

aku tak boleh pergi hospital ramai awek nurse macam ni, takut terrrrgoda...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Macam tak setimpal je perkhidmatan dengan bayaran...

Unknown berkata... [Reply]

setuju dengan kakcik.

Kiranya Rai dah selamat bersalin lah ni ya? Tahniah Rai!

anyss berkata... [Reply]

Assalamualaikum,
Kakak saya berlasin 2-3 hari lepas kat Hospital Kajang yang sebelum ni servis dia memang terkenal dengan "sangat bermasalah". Alhamdulillah, semuanya ok untuk kelas dua sebab dia "hamba" kerajaan. Mereka sedang memulihkan nama baik hospital tu, jadi layanan pun oklah walaupun saya dengar untuk kelas tiga masih juga blm begitu memuaskan.

Sepanjang dua hari saya berada di sini, semua orang dari pak dan mak guard hingga misi dan doktor agak banyak membantu memudahkan semua urusan. Mungkin tak ramai orang sempena perayaan CNY, jadi mereka pun kurang stress.

Kosnya Percuma.

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

hospital mana yg kita pilih kena ikut kemampuan diri sendiri juga...
yg mahal layanan lebih sikit Rai..hospital kerajaan ok juga..
akak 4 anak bersalin kat HBKL, sorang kat jengka...alhamdulillah

Dr K berkata... [Reply]

Sila fikir tempat bersalin utk no 4 pula ya nanti..:P

Unknown berkata... [Reply]

sm,
mmg agak baru. tak silap baru bukak 2008. tapi bukan alasan la.. staff training kena la bagi btul2.. contohi hospital yg sedia ada..

Unknown berkata... [Reply]

kalau tanya saya.. agak kurang la.. tp pendapat masing2 kan..

Unknown berkata... [Reply]

thanks kak yus..

Unknown berkata... [Reply]

tahap servis hospital kerajaan da semakin baik.. masa bersalin kat serdang pun saya rasa servisnya agak baik..

Unknown berkata... [Reply]

bila kita sanggup keluar belanja lebih. kita expect layanan lebih baik. kalau sama atau kurang dari yg bayar kurang tu yg tak seronok kak.. saya pun pernah bersalin kat gh. mmg ok servisnya. ada org kata rezeki masing2.. mungkin bukan rezeki saya kat al barakah..

Unknown berkata... [Reply]

haha.. adess..

Mulan berkata... [Reply]

ada kawan2 pon bersuara, tempat bersalin yg baru2, nurse2 ramai yg muda2 & less friendly.. rasanya pusat perubatan yg lama2 ni service lagi elok kot sbb dah byk merit.. tapi sbb baru lepak kat spital baru2 ni, misi2 kat spital tu walopon ada yg tak senyom, masih ramai misi yg senyom sbb kat spital ada beratus misi kot.. so tak terasa hati la..

Qashmere berkata... [Reply]

Seram jugak baca cerita akak ni. Akak berani ambil risiko. Sebab pernah kes-kes tertentu pabila anak yang dilahirkan perlukan kelengkapan tertentu untuk selamatkan nyawa. Tapi apa2 pon akak dah selamat lahirkan bersyukurlah.

Bagi saya dan keluarga tak berani amik risiko. Mahupun di Hospital Kerajaan kerana tahu servis mereka macam mana. Lebih percaya pada pakar. Huhuhuhu...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

cari tempat2 yang cukup semua alatan & kelengkapan in case ada apa2 hal ni! apapun doakan yg terbaik for u ye Rai

kay_are berkata... [Reply]

tak kawin lagi so taktau.. tapi setuju dengan ape akak cakap tu.. kalau dah kos dekat ribu kita bayar.. of coz r expect servis taraf ribu gak kan? baru r kne dengan price die.. hmm..

Aziela berkata... [Reply]

Pengalaman bersalin hanya sekali dan di GH Seremban. Sangattttttt menyiksakan. Since dah tak bersalin lagi, pasrah jerlah. Kalau tak, nak demand pakar juga dengan hubby. (Punyalah niat tak elok kan..)

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya pun tak tanya plok pglmn biras aritu camne. Elokla rai share sini.Tp mmg tak sesuai layanan dia dgn taraf swastanya tu.

kalau kat azzahrah bangi ni nampak mcm ok. Nak balik tu naik kerusi roda dihantar smpai keta siap berpayung sbb panas. Brg2 ada nurse lain bwk. Ni saya tengok kakak sayalah.

Unknown berkata... [Reply]

nursenya mmg baik, lemah lembut.. mesra.. cuma diorg tu kurang prihatin. mcm tak tau apa jenis servis yg patut bg kat patient. org tak picit loceng tak dtg la. cam malas pun ada.

Unknown berkata... [Reply]

doktor kat situ mmg pakar pun. doktor siti mariam tu mmg bagus sangat. lgpun diorg akan advice awal2 kau kes kita berisiko. utk kes akak mmg takde masalah nak bersalin normal dan almost 100% natural tanpa bantuan.

actually hospital kerajaan bagus jugak. cuma agak jauh. kesian nak suh husband akak ulang alik uruskan akak dan anak2..

Unknown berkata... [Reply]

thanks ka..

Unknown berkata... [Reply]

takpe.. utk future reference.. haha..

Unknown berkata... [Reply]

kak aziela,
bersalin kat gh ni ikut nasib jugak. saya kat gh serdang ok je..

Unknown berkata... [Reply]

ujie, lain org lain pengalamannya.. mungkin biras ujie ok je kot. sebenarnya ok je. cuma saya je rxpect better service dari diorg.. hihi..

Anamarza berkata... [Reply]

Dari crita Rai mmg kureng sikit servicee nak banding dengan harga. Rasanya hospital kerajaan lagi ada yg ok staffnya, dgr anak menangis ada yang datang tanya. tapi depnds pada situasi dan staff yang beertugas jugak kot

Unknown berkata... [Reply]

take note, experience ni. anyway, tahniah rai. alhamdulillah anak dan ibu selamat.

Munn Jaafar berkata... [Reply]

thanks utk review kak rai.nasib baik la akak dh pngalaman jga baby kan, kalau yg 1st time tu camana la agaknya terkial2 nk setelkan anak sorg2 tgh2 mlm? family bleh teman tak kat situ?

*setakat ni mybe hosp serdang je kot yg sy pilih.malas pulak nk pg book kat ppum tu. makcik2 n mak fndy pun dok bising2 suh bsalin kat ppum..bkn pasal duit nye pun, tp kalo bleh anak 1st ni nak la fndy tmn..ppum husband kan xleh masuk...hehee...gedik la ckit kan..tp takut gak la time2 nk bsalin kang hosp penuh dh kena hntr p spital lain pulak...hurmmm

Unknown berkata... [Reply]

tq kak ann..

Unknown berkata... [Reply]

tu la pasal. kalau yg 1katil tu boleh. yg 4 katil kena tanya dulu. kalau husband maybe tak boleh.. tu la. tp penat jugak la. badan baru lepas guna tenaga banyak kan..

serdang ok. kalau nak fendy teman better serdang. bg akak besar sgt maknanya husband masuk sekali. mmg dia duk tepi je. tp akak rasa kalau husband tak masuk mmg akak nangis kat situ.. huhu..rasanya diorg tak tolak kalau munna da pegi check up situ. cuma kalau katil penuh kena tunggu la. aritu ada sorg akak tu duk layan contraction atas kusi menunggu sbb takfe katil kosong. so ikut nasib la. sbb masa akak nak admit tu kebetulan ada patient yg baru keluar..

Unknown berkata... [Reply]

betul ana. masa saya kat serdang ok je. maybe sbb nurse situ semua yg belum kawin. tak penah bersalin. so takde pengalaman..

nashitahzakaria berkata... [Reply]

Huhu mmg la...sy dh 3 ank doc khairiah smbut...doc sgt2 bgus....harga nye dh mhl la ye...sblm ni sy dpt blik khadijah 1500 je ni dh naik smpe 1800 oishhh dh la bg bubur sgere n roti n milo....lapo sgt...mse ank ktiga thn lps bsalin sy mntak bubur 2mangkuk lapar sgt haha...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Beberapa soalan :
1) ada tak isi Feedback form Hospital
2) ada tak beri peluang pihak hospital menjawab perkara-perkara yang didedahkan di sini

Saja saling ingat memperingati, tak baik cakap belakang pihak tertentu dan cerita ini pula saya lihat one-sided.

Unknown berkata... [Reply]

Menjawab soalan
(1) Saya mengisi borang feedback form hospital
(2) menjawab? bukankah hospital boleh hubungi saya selepas saya isi borang feedback? Bukan ramai patient masa tu. mustahil dia tak tau saya yang isi.

"saya lihat cerita ni one sided"? bukankah semua perkara ni dah saya tuliskan pada borang maklumbalas. kenapa hospital tak hubungi saya untuk menerangkan hal sebenar atau pun minta maaf? so apa fungsi borang feedback tu?

dan kenapa tiba2 awak komen kat sini dan judge bahawa perkara yg berlaku ni one sided sedangkan awak tak tau pun apa yang berlaku? heh.. kenapa awak nak back up hospital tiba tiba..? awak kerja situ ke?

anyway..saya takde nak argue dengan awak.. saya cuma tulis review pada orang2 yg nak baca info tentang hospital ni.. supaya diorang tak bagi high expectation macam saya sbb bayarannya agak mahal bagi saya..dan saya bukan kutuk semata mata. saya juga puji doktor yg bertugas. hmm..

Unknown berkata... [Reply]

kelakar. kalau review kat blog panggilnya cakap belakang.. so semua blogger yg buat review pasal hotel, kedai makan bagai tu cakap belakang la ya.. hmmm..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com