Memaparkan catatan dengan label Step-by-step. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Step-by-step. Papar semua catatan

Isnin

Frozen yogurt pulakkk

Assalamualaikum

Aku pernah makan Tutti Fruitti sekali je pun sebenarnya. Tapi anak anak suka sebab boleh tambah macam-macam jenis benda atas tu kan. So weekend ni aku buatkan diorang frozen yogurt pulak. Rasa sebijik sebijan macam yang Tutti Fruitti yang ditambah dengan kasih sayang. Wakaka..

Bahan bahan nak membuatnya senang je. Plain yogurt, jem dengan perisa kegemaran secukup rasa tapi jangan banyak sangat, nanti hilang rasa yogurt tu dan jugak sesudu dua whipping cream.
Campurkan semuanya dalam satu mangkuk dan kemudian dipukul sebati. Masuk dalam freezer sejam dua. Keluarkan dan pukul lagi. Buat 2-3 kali. 4 kali kalau rajin. Kes aku. Baru dua kali pukul bebudak ni dah tak sabar.
So tak berapa nak smooth. Tapi rasanya super. Lemak lemak masam manis dengan perisa blackcurrant. Tak sempat letak topping semua dah makan. Sebenarnya chocolate chip bagai pun da habis. Tapi memang laku lah. Next week buat lagi.

Senang je kan. Jimat pulak tu.. Selamat duit aku.. Hehehe Selamat mencuba.

Daa

Rabu

Kursus Roti Bun Pau dan Pizza Hanya Dirumah Style Hotel

Assalamualaikum

Tentu ramai yang suka makan roti panas panas buat sendiri. Homemade lebih terjamin kan. Tapi tak reti buat. Uli uli tak jadi. Uli uli jadi keras. Nak pergi kursus pun takde masa. So aku nak share pasal kursus buat roti pau dan pizza ni at the comfort of your home. Cewah..

Sebelum itu, jom kita baca
TESTIMONIAL dari FB pembeli:

Pertama kali guna video E-Book untuk membuat roti...sblm ni ambil kelas buat kueh lah..kek lah..mahal..tetapi terbuka hati nak cuba gaya video E-book untuk pelajari sesuatu masakan. Dengan harga yang ditawarkan rasanya video e-book ini lebih dari berbaloi...dan tak rugi cuba sbb 1st time try menjadi.

 

Panduan video mudah, bahan2 serta kosnya mmg macam tak percaya...tak sempat ambil gambar..'licin' dikebas dek tukang rasa. Ini pun tukang rasa suruh cuba resepi pau dan pizza pulak. Tukang rasa kata 'confirm' boleh wat niaga he..he..he...Syabas Hairul kerana ilmu ini. SAYA SANGAT UNTUNG wor...

Banyak lagi testimonial dari FB pembeli
-------------------------------------

Jika anda mengalami MASALAH spt dibawah ini

1. Tiada asas dalam membuat bun dan pau. Memang tak pernahlah buat bun dan pau. Takut nak cuba dan tak jadi.
2. Tidak tahu teknik yang betul dalam menguli, membahagikan doh, membulatkan doh, gliss dan menjadikan bun berkilat
3. Pernah buat bun sendiri . Tapi tak sedap dan lembut seperti di kedai.
4. Pernah pergi kursus roti bun pau dan pizzar. Tapi bila balik, buat sendiri tak jadi juga. Sebab terlupa apa yang dipelajari di kursus
5. Mencuba banyak resepi dari kawan-kawan. Tapi semuanya tak menjadi. Letih dah buat dengan cara yang tidak betul.

Pakej ini akan membantu anda belajar dari rumah dengan video step by step
---------------------------------

Jika berminat untuk belajar membuat roti bun pau dan pizza tetapi tiada masa nak ke kursus roti bun pau dan pizza. Boleh dapatkan DVD video step by step ini. Belajar dari yg berpengalaman kerja di hotel.

Apa yang anda akan pelajari dalam video ini

Modul 1: Membuat Bun Original
Modul 2: Membuat Aneka Inti Bun
Modul 3: Membuat Aneka Bun Special
Modul 4: Membuat Pau Original
Modul 5: Cara Menggunakan Mesin Mixer dan Industrial Oven
Modul 6: Cara Pembungkusan Bun
Modul 7: Cara Pengiraan Kos

Semua modul di atas diajar melalui video step by step.



Ditambah lagi dengan tips hebat..
1. Tips menjadikan bun lebih lembut dan gebu dari pengalaman saya
2. Tips menjadikan bun anda lebih sedap. Anda boleh mengubah suai resepinya dengan bahan-bahan menjadikan bun anda lebih sedap.
3. Tips menjadikan bun anda lembut tahan lebih lama. Di tambah tips dari kedai roti makcik saya.


Dan Bonus: ebook pizza.

Ya tanpa ke kursus roti .

Untuk lebih detail sila ke laman webnya : http://rahsiabun.com

Sangat bagus bagi yang nak start berniaga atau sekadar nak belajar buat roti, bun dan pau sendiri untuk keluarga. Tentu suami dan anak-anak tersenyum gembira dapat makan roti lembut air tangan ibunya sendiri. Dalam bentuk DVD, so memang boleh ulang tayang sepuas hati.

Daa 

Resepi yogurt perisa creamy milky strawberry

Assalamualaikum

Budak budak cepat jemu. Mula mula bagi buah buahan dengan yogurt aritu diorang makan like nobody business. Hahaha. Dalam 3-4 kali jemu lah. So mommy nya ni kena perah otak nak twist kan resepi yogurt tu supaya diorang makan. Kreatip kononnya. Wakaka.

So, terhasil lah resepi dengan barang sedia ada di rumah.
Creamy milky yogurt perisa strawberry

Cara nak membuatnya takde lah susah. Nak guna plain yogurt ready made pun boleh. Kalau nak guna yogurt buat sendiri pun boleh.

Bahan bahannya
Plain Yogurt (Resepi yogurt step by step) – 1 cup
Whipped cream (aku guna Non Dairy, tapi aku saspek anything will do..hehe) – 2 sudu besar
Susu cair/Fresh milk – 1 sudu besar
Strawberry emulco/fresh fruit puree – 1 sudu kecil (kalau pakai puree lebih sikit pun takpe)

Aku buat ikut gerak hati je. Kalau nak lagi sedap dan rajin sikit, pukul whipping cream dengan yogurt, lepas tu baru letak perisa dan susu. Kalau nak yogurt (pekat) letak susu jangan banyak. Sikit je. Tapi kalau nak buat minuman yogurt yang macam kat kedai jual mahal kemain tu. Letak susu banyak banyak la. Nak lagi sedap blend dengan ais. Jadi la yogurt smoothies.

Serious lagi sedap dari yogurt kat pasaraya. Nak perisa lain, just tukar pakai emulco lain atau puree lain. Yang biasa sedap dikombinasikan dengan yogurt, mango, pisang, vanilla dan coklat. Ada yang lain?

Nak bagi diorang makan semalam, aku tabor sikit choc chip, choc rice warna warni dengan dried cranberries. Kekacang da habis la pulak. Hehe.

Selamat mencuba.

Weekend ni nak try buat frozen yogurt kononnya.

Daa

Isnin

Cara membuat yogurt langkah demi langkah

Assalamualaikum

Nak share cara cara membuat homemade yogurt sendiri. Dedulu aku ingatkan susah sangat nak buat yogurt ni. Kena ada yogurt maker bagai. Rupanya tak payah pun.

Meh kita tengok cara membuat Yogurt sendiri





Bahan bahan
Susu - Katanya apa jenis susu pun ok. Rasanya akan pelbagai ikut jenis susu yang kita guna. Kalau guna susu rendah lemak, rasa yogurt tu kurang lemak la. So far aku dah guna susu tepung full cream dan fresh milk. Dedua pun jadi. Tapi guna susu tepung, yogurtnya tak berapa pekat. Guna fresh milk memang sangat perfect. Rasanya lemak, tapi sedikit masam. Biasanya aku tak suka sangat plain yogurt. Tapi yang buat sendiri ni suka pulak. Anak anak pun suka

ok. Bahan seterusnya.
Yogurt asli - Plain yogurt. Check bahan dalamnya kena ada live culture. Kalau tak tak jadi. Yogurt berperisa pun tak jadi. Tak payah nak ngada beli yang low fat. Low fat ke full fat ke bergantung pada jenis susu yang digunakan.

Kemudian, nak kena ada bekas. Aku gunakan bekas kaca tebal ni sebab tahan panas. Dan tahan lama. As long as tak jatuh la. Hehe..


Kaedah membuatnya
Mula mula sterilkan dulu bekas kaca dan utensil yang nak digunakan. Fungsinya adalah untuk hapuskan bakteria lain supaya tak timbul masalah persaingan antara bakteria dalam yogurt dan bakteria yang jahat tu. Caranya adalah dengan masukkan air panas mendidih dalam bekas kaca dan rendam sudu selama 5minit. Kemudian buang airnya dan keringkan.

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau perlahan lahan.


sampai keluar bubble kecik kecik macam ni. Terus tutup api dan masukkan dalam bekas kaca yang dah kering tu.


Hati hati jangan sampai terkena tangan

Rendam bekas tu dalam air paip. Sebenarnya, perlukan termometer untuk sukat suhu. Bila suhu mencapai 43drjah celcius, baru boleh masukkan yogurt. Sebab kalau masukkan masa panas sangat, bakteria mati. Kalau masukkan masa dah sejuk, aktiviti pembiakan kurang aktif.

So cara nak tau suhu dah mencapai ke tahap sesuai ke tidak kita gunakan jari kelingking. Kalau celup jari kelingking takde rasa melecur tapi still panas, then da ok dah. Hati-hati masa buat ni. Jangan terus celup. Agak-agak dulu ye.

Yogurt tu suhu bilik. Baru bakteria aktif. Kalau sejuk dia tidur. Ambik sikit yogurt, cairkan dalam bekas asing. Guna susu yang dah panaskan tu la. Kacau perlahan lahan je. Lepas tu tuang campuran ke dalam bekas kaca yang ada susu tu. Kacau perlahan kejap. Lepas tu tutup bekas.



Cara nak membiakkan bakteria tu adalah dengan make sure bekas tu sentiasa suam selama 10-12 jam. Cara aku adalah dengan balut bekas dengan towel.


Nak lagi tahan lama. Masukkan dalam bekas tahan sejuk.


Jangan kacau (ganggu) selama 10-12 jam.


jeng jeng jeng.. Dah jadi. Yang ni aku tambah dua sudu besar susu tepung lagi supaya pekat lagi. Kalau nak tambah susu tepung, tambah sebelum letak campuran yogurt tu. Caranya sudukan dua sudu susu tepung. Biar susu tu tenggelam sendiri, lepas tu baru kacau. Kalau tak nanti bergumpal pulak.


Dimakan dengan fresh fruits. Granola dah habis.


Kanak kanak riang makan yogurt homemade mak dia buat sendiri

Selamat mencuba.

Daa

Khamis

Menternak bakteria di dapur

Assalamualaikum

Lepas buat granola bar aritu, aku buatkan yogurt pulak untuk anak anak. Untuk dimakan dengan granola tu la kononnya.
Buat sikit je, cukup untuk sekali makan anak beranak. Tapi aku buat hari hari jugak la sebab membuatnya takde la susah pun..
Kali ni tambah perisa sikit. Yang kuning tu mango puree. Aku letak jugak mango chunk dalamnya. Tapi tenggelam pulak. So tak nampak la.

Seronok tengok anak anak dapat makan makanan fresh yang aku buat. Walau pun rasanya mungkin tak seberapa, still shujin puji puji granola aku sedap kemain. (Macam la kami pernah beli granola bar yang commercial tu kan..haha)

Pada pendapat aku, homemade yogurt ni rasanya memang saling tak tumpah dengan rasa yogurt yang ada di pasaran. Tapi, tricky part masa nak membuatnya adalah ianya agak cair. So aku kena strain airnya. That’s why jadi air yang dalam bekas berpenutup hijau tu. Tu yogurt drink perisa mango yang aku da tambah protein powder. Tak sama la ngan rasa yogurt drink yang ada kat pasaran. Tapi sebab mak buat kan.. Layankan je la anak-anak.

Apa yang pasti…breakfast kini nampak lebih sihat. Malah yogurt buat sendiri lebih jimat dari beli kat kedai :P Wakaka..

Ingat weekend ni nak cuba buat froyo (frozen yogurt). Agak agak boleh lawan tutti frutti tak. Kehkehkeh..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com