Khamis

Artistry Hydra V series review

Assalamualaikum

Ingat tak, dua tahun lepas aku ada buat review tentang set penjagaan kulit Artistry dari series Youth Xtend. Actually aku berpeluang guna pencuci mukanya. Lotion aku guna Artistry Skin Refinishing lotion yang super ohsem tu.


Dekat nak setahun jugak la baru habis pencuci muka ni. Aku cuci muka dua kali sehari. Kadang kadang sekali sehari. Akhirnya awal bulan November 2014 habis digunakan. Terus terang. Aku memang sangat suka dengan pencuci muka Youth Xtend ni. Sebab busanya lembut sangat.. Macam mousse gitu. Lepas tu rasa muka pun thoroughly cuci. Lepas bilas, kulit terasa lebih lembut macam dah letak pelembab, tapi takde rasa berminyak.

Dan. Lepas habis pakai tu. Aku saja la menggedik nak tukar cuba series lain pulak. Hydra V. Katanya sangat ohsem jugak.
Ada sedikit perbezaan antara Hydra V dan Youth Xtend. Actually Youth Xtend lebih kepada untuk melambatkan proses penuaan (kedutan) dari berlaku. Manakala Hydra V ni lebih kepada penjagaan biasa (ganti Essential series). Pencuci muka Hydra V dalam bentuk gel yang jernih. Manakala pencuci muka youth Xtend tu macam mousse gitu. Baunya dua dua wangi dan menyegarkan. Cuma personally, aku prefer Youth Xtend lagi kot. Hahahaha.. Of course dari segi harga Youth Xtend lebih mahal berbanding Hydra V. Moisturizer Hydra V ni aku saja nak cuba. Last year aku pakai refinishing lotion. Kali ni cuba moisturizer ni. Pakai siang dan malam. Dua kali. Finishing nya tak sebest feeling lepas pakai refinishing lotion lah. 

Korang tau lah kan.. Refinishing lotion tu ibarat ada super power untuk mengelakkan kulit rasa berminyak lepas pakai. Siap rasa macam baru lepas berbedak. Velvety gitu finishingnya. Malangnya ada desas desus khabar angin mengatakan yang refinishing lotion akan discontinue sebab diorang buat formulation baru.

Harap harap yang baru tu sebest yang ada ni. Fufufu..

Rasanya macam nak pulangkan cleanser Hydra V ni ganti ngan Youth Xtend je. Harharhar. Mentang mentanglah 100% money back guarantee (for whatever reason).

Agak agak shujin bagi tak. Hehehe..



Model model tak berbayar Artistry Malaysia. Kehkehkeh..

Nak cuba Artistry? Hubungi saya melalui whatsapp 0126894317

Daa

15 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak pernah pulang product yg kakak dah pakai tau Rai sebab kakak belum pernah ada masalah tak suka..

Ujie Othman berkata... [Reply]

patut muka mulus je..ni rahsianya ya. :)

Siti Sharini berkata... [Reply]

ramai orang kata artistry ni bagus kan

mummY daniSha berkata... [Reply]

berapa harga die zai?

Sya berkata... [Reply]

X pernah dgr jenama ni..haha.. ketinggalan betul.. kihkihkih.. tp mcm best la...

Unknown berkata... [Reply]

@CikSiti, haah.. akak pun suka sangat pakai.. hehhe

Unknown berkata... [Reply]

@Diana Rashid, cukup rm100 harga cleanser tu..hehehe

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, cleanser rm100, moisturizer tu rm144..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

kak sepupu guna ni dulu.

Najib Ariyan Ali Basha berkata... [Reply]

kalau kat Amerika sana memang boleh pulang2kan barang kalau dah beli... kat sini tak boleh kottt

Unknown berkata... [Reply]

@Najib Ariyan, boleh.. walau pun dah guna dan takde sebab musabab yang jelas pun boleh pulang dgn dapat duit kembali.. saya dah pernah buat :)

lieyalatif berkata... [Reply]

menarik .... kalo dah serasi ngan muke rai baik teruskan .... lieya ni pakai hada labo jek....murah2 aje heheeheheh

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Macam menarik jer ni. Best kalai produk yg kita pakai serasi ngan kulit kan ☺

LYAfrina berkata... [Reply]

hihi..comey sungguh model produk ni

Unknown berkata... [Reply]

guna lagi x?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com