Jumaat

Aunty Juliet Kota Kemuning

Assalamualaikum

Sejak balik dari Kedah, Aqil dengan Damia semangat nak makan ABC. ABC murah lagi sedap kat sana. So, semalam nak celebrate aku dah dapat duit cukai terlebih bayar, bawak diorang pergi makan ABC. Dah tak tau sangat nak pergi mana, kami pergi restoren yang dekat dengan rumah je. Aunty Juliet.


Henpon cokia. So tak nampak tulisan Aunty Juliet kat tengah bulat tu. Restoren ni terletak di Kota Kemuning. Masuk main entrance, sampai kat roundabout besar, ambik pukul 3 (kanan), lepas tu nampak McD sebelah kiri, masuk simpang tu. Ada deretan kedai situ satu row dengan Maybank kalau tak silap. Selang beberapa buah kedai dari kedai 100yen.

Lama dah tak makan kat sini sebenarnya. Ownernya baba nyonya. Aunty yang datang ambik order kami. Sangat peramah dan baik hati. 
Muncung aisy dapat tayar

main masak masak
Siap ada toys untuk kanak-kanak.

Yang kami order
Chicken chop mandalara ke apa tah namanya.. Boleh pilih nak sos cendawan atau black pepper.
Shujin pilih black pepper sauce. Yang ni kalau harga a'la carte RM15. Kalau upgrade jadi set RM18.50. Set sekali dengan air (bawah RM4) dengan desserts.
Untuk anak-anak. Fish & chips. Since diorang nak makan fries. Ada tartar sauce RM16
Aku tak try pun diorang punya fish tu. Sebab...
Mixed grill dengan blackpepper sauce. Ayam, lamb dengan sosej
Harga yang ni RM25. Aku pun upgrade jadi set, so RM29.50. Over kan.. Kenyang gila makan sebab portion besar. Semua well marinated dan cukup rasa. Cuma aku tak berapa suka makan dengan sauce tu. Yang paling sedap adalah grill lamb tu. Tak keras tak terlalu lembut. Sedikit chewy. Ayam tu Damia suka. Sosej aku kureng la..
Yang penting.. Tiada pembaziran.. Hihi


Dessert aku dengan shujin, Shujin ambik cendol, aku ambik puding sagu.

Yang ni ABC special RM6.50.
Lepas kekenyangan makan yang di atas nun, memang kurang terasa nikmat makan ABC ni sebab sangat besar. Actually shujin nak ambik dua satu sorang untuk anak dia tapi aunty tak bagi. Besar tak habis nanti. Bagus betul aunty kan. Hehehe..

Ambik satu ni pun jenuh nak perabih. Last last dah tinggal sikit tu Aisy tarik mangkuk, tumpah atas meja. Masa bayar tu 2-3 kali aku mintak maaf ngan anak aunty. Hahaha..

Total investment RM70.50..
wajah senang hati kekenyangan

Aqil je pandang kamera. haha

Aunty Juliet ni antara kedai makan yang paling lama bertahan kat Kota Kemuning. Melayu dengan Chinese ramai datang makan kat sini. Aku rasa makanannya berbaloi dengan harga. Harga ni tak berubah dari last time kitorang makan 3-4 tahun lepas masa Aqil kecik lagi.

Daa

11 comments:

babYpose berkata... [Reply]

Waalaikumusalam, mixed grill tu nampak sedap sangat, ais kacang pun aunty tringin. Cantik kakak.

Aziela berkata... [Reply]

Akak tak berapa minat ABC. Tapi mix grill tu memang mengancam la Rai.

cahayahidupku.blogspot.my berkata... [Reply]

Pergg Sedapnya ABC tuh.. akak tgh berpanas Kat tepi kolam ni Rai..

Ujie Othman berkata... [Reply]

pergh..terliur dah ni..:D

mmg kenyang gile la kalau mkn lamb segala..pastu ABC lagi.

PCL berkata... [Reply]

kalau ke Kedah lagi, especially area Sg Petani..pi carilah ABC 'gunung jerai' rm4 satu , memang puas makan sebab 'ketinggiannya' ..

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai. fuhh terliur sheila tengok.. lama tak ke kota kemuning ni. hehe jauh sangat nak ke sana. kalau sheila mai sana, jangan lupa belanja sini ekk? ;p singgah menabung ford sini ~~~

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

ABC ni macam-macam variasi Rai. Kena yg sedap memang sukalah dan akan ingat macam nak lagi dan lagi. Ada yg ala-kadar memang mudah dilupa...

PetakBunga berkata... [Reply]

kalau makan western boleh habis kot..tapi kalau ada nasi. cukup nasi je..memang tak lart nak habis.

Mimie berkata... [Reply]

adoiii meleleh air liur tgk

Mar Mansor berkata... [Reply]

sedap kalau dapat telan western sekali sekala..ABC tu y tak leh tahan..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

suka abc kalau ais dia x kasar sangat
alhamdulillah rezeki

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com