Memaparkan catatan dengan label Gelagat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gelagat. Papar semua catatan

Jumaat

Muslimah sejati

Assalamualaikum

Kakcik ni dah nak dapat adik. Baru 16 bulan umurnya. Jadi penghibur keluarga dengan gelagatnya. Walau pun banyak kali ayah dengan ibunya urut dada dengan perangai dia. Biasa lah kan. Gaya budak nak dapat adik. 


Pakaikan telekung kakak.. Kemain lagi kalau orang nak ambik gambar dia. Afiqah Balqis ni mirip dengan Aisy. Kalau Damia dulu memang nampak macam muka Aqil sikit sikit. Kalau orang solat, memang dia taknak duduk jauh. Kadang-kadang jangan kata landing atas sejadah. Siap sandar atas belakang kita masa sujud. Sabor je. Pernah sekali, orang tengah kumat kamit baca tahiyyat akhir, dia jolok mulut orang. Macam nak menangis tahan gelak.

Hai la anak. Macam-macam ragam korang. Bila masing-masing dah besar nanti mula lah ibu dia rindu dengan gelagat masa kecik. Ye lah. Dah besar nanti gaya meragam budak besar pulak. Hehehe..

Psstt.. Hari ni last day kerja. Minggu depan start maternity leave. Tak larat dah nak kerja. Badan sakit sana sini. Semoga dipermudahkan proses bersalin kali ni. Aminn..

Daa

Isnin

Damia pun dah sekolah~!

Assalamualaikum

Haihh.. Cemana aku boleh lupa update pasal sekolah Damia ni.. Ish ish..

Sebenarnya Damia pun dah bersekolah. Kami pilih PASTI yang agak berdekatan dengan rumah kami nanti. Kalau dari rumah sekarang jenuh jugaklah berulang alik.. Takpe.. temporary je kan..

Bolat bolat

Walau pun selama ni takde la latih dia bangun awal. Dah mula sekolah ni, bangun pukul 6 pagi alhamdulillah belum ada kes namok namok mahu pun drama air mata puteri duyong. Semalam dia tak sihat. Merengek sikit sebab air sejuk. So dengan penuh kesabaran aku mandikan dia. Kalau tak diorang mandi sendiri je. 

Cuma yang kelakarnya, si anak dara keledek ni saling tak tumpah macam ibu dia. Dalam kelas dia pegi tido okeh. Maklumlah.. Belum biasa bangun awal. So mengantuklah dia. Hehehe.. Aku sedikit concern sebab Damia ni sungguh pun dia banyak cakap dengan kami, tapi dia pemalu berbanding abang. Dia kalau tak ada abang, senyap la sikit. 

Ada dengar dia kata ada budak lelaki yang buat dia kat sekolah. Pukul katanya. Geram jugak dengar. Tapi dia cakap cikgu ambik tindakan suruh budak tu mintak maaf kat dia. Ok la. 

Dua hari lepas dia beritahu shujin budak tu buat arm lock kat leher dia. Pastu dia dengan tenang cakap "baik awak lepas, saya marah nanti".. Gelak aku dengar tau. Tapi dia cakap gitu, budak lelaki tu lepas la. Lega sikit aku dengar. Bukan nak suruh dia melawan pukul budak tu ke apa kan.. Hehehe..

Oh saya pun kesekolah juga.. hehehe
tengok tangan.. cubaan buat peace sign.. kahkahkah

Kurang meriah la bila abang dengan kakak dah sekolah ni. Malam pun diorang kena tidur awal. Kesian Aisy. So, Afiqah cepat besar ye.. Boleh main ngan abang aisy.. Hihihi..

Daa

Khamis

Random

Assalamualaikum

Eleh.. Random la sangat.. Tiru post Lieyalatif kan.. Hahaha..

Pagi sabtu.. Tak mandi lagi dok menepek kat ayah
Ayah dia main game diorang duk kat riba..Ayah pun kata "ni.. anak anak.. Kalau semua duduk kat riba camni macam mana ayah nak main bagi menang?"
Aqil pun cakap "ntah adik ni.. apa la".. sambil menjeling kat Damia..

Damia diam je. Takut kena turun takhta. Hahaha..
Salmon pan grill
Makanan paling sedap gaya orang malas :P Salmon tabur garam dan di bakar atas pan.
Sup kaki ayam dengan cendawan campur
Campuran empat jenis cendawan. Anak anak kurang makan cendawan. So tujuan masakan ni adalah nak memperkenalkan cendawan pada si anak anak. Alhamdulillah. Damia okay je. Aqil lambat sikit habiskan. Tapi dia habiskan semua cendawan yang masuk dalam pinggan dia. Cendawan butang, straw mushroom, asparagus mushroom dengan apa royal mushroom tah.. 

Nak cendawan porcini bagai tunggu lain bulan ye anak anak. Hihihi..

Yey~~ Da khamis.. Esok Jumaat!!

Daa

Isnin

Boleh menang anugerah skrin TV3

Assalamualaikum


drama swasta
pelakon drama air mata
Kecik kecik lagi dah pandai buat drama.. Puncanya?
Gambar lama..
Ayah marah sebab sepahkan CD/DVD ayah.. Dah la buat muka comel sangat kan. Kalau ibu paling paling pun ibu ambik gambar lepas tu kemas balik. Hahaha.. Banyak CD koleksi tu aku dah simpan dalam beg sorokkan. Yang dia sepahkan tu yang baki baki je.. Hehe..

Hobi kan bebudak ni menyepah barang..

Daa

Khamis

Gelagat budak nak besar

Assalamualaikum
Muka bila kantoi sepah CD ayah

Rilek ah ibu.. Jap lagi ibu kemas okay

Tak payah DNA test kan
Mood+idea nak menulis ke laut.. Ada banyak benda nak tulis. Tapi bila bukak blog je rasa blank. Tatau nak susun ayat cemana. Hahaha..

Daa

Selasa

Slot bersama Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Sejak semakin mobile ni, merata rata dia jelajah. Tak larat nak kepung. Kejap kejap sampai dapur. Panjat itu, capai ini.. Aisy aisy..


Da pandai mencangkung. Entah apa dipomennya kat kerusi tu








Lawak pun ada. Nak marah pun tak jadi.

Macam macam..

Daa

Gathering Glamer Raya Bloggers 2012

Assalamualaikum

Lambat sikit aku nak update pasal Gathering Glamer Raya Bloggers 2012 hari Ahad aritu.

Alkisah sebelum ke gathering...

Aku memang da nekad nak pergi. Shujin pun da greenlite. Cuma nak masak apa tu aku still blur blur gitu. Mula-mula nak buat puding. Lepas tu pulut kuning. Ternampak Kak Akuzle Ayu kata nak buat pulut kuning, Cancel lah. Buat kek coklat lah. Tapi Sabtu tu aku agak busy (kendian cite) sepanjang hari. So by malam tu da tak larat. Semangat yang mulanya berkobar kobar tu dah mula pudar. Hadehh.. Nak masak apa la gamaknya.

Pagi Ahad. Rumah macam tongkang pecah. Aku masih lagi pecah kepala nak masak apa. Hoh. Buat bubur jagung je la. Masa tu pukul 11 pagi :P Terus capai kunci kereta (sila jangan contohi makcik yang takde lesen ni ye adik adik) Ke kedai. Balik terus buat. Seb baik ada pressure cooker. Tak payah nak gaduh rendam rendam sagu rendang 30minit bagai. High pressure dalam 5 minit tara~~. Siap bubur jagung express.

Bubur jagung mudah : Gambar by Mubarak
Siap siap. Terus bertolak. Sebutnya macam cepat je kan. Biasa la. Tehegeh sana sini. Pukul 1 lebih baru bertolak :P

Nasib baik tak susah cari Musolla Ehsan Datuk LF Google map ada. Sampai kat sana, aku terus diminta memperkenalkan diri oleh Datuk LF. Bila sebut Rai Ourkizuna je. Semua orang pun cam laaa ni ke orangnya. Antara yang aku kenal adalah Kakcik Ella dengan Aiman sebab selalu nampak gambar kat blog dia. Hehehe. Kak Ayu Akuzle aku agak agak je. Tetiba Kakcik Seroja peluk aku. Terkezut aku sebab tak perasan Kakcik Seroja nampak aku. Hehehe.

Walau pun rata-rata aku tak berapa kenal dan banyak jugak blognya yang aku tak pernah sampai pun. Tapi rata-rata memang peramah. Thanks pada shujin yang memudahkan aku nak beramas mesra melayan anak-anak. Aku cuma duduk dan berborak dan makan (tak blogger sungguh kan..)

Antara gambar yang sempat aku ambik
Seriously aku ambik masa nak mengingat nama-nama yang dah berkenalan. Tapi of kos la Uncle Gedek tu aku kenal. Dah hari hari dia tayang gambar takkan aku tak kenal kan. Kak Yan yang ada kamera super smart.

Antara lain yang datang Kak Ati, Kak Azie (antara orang kuat yang menguruskan majlis), Kak Maiyah yang duduk di tepi aku masa makan, Makchaq yang bila borak rasa macam dah lama kenal dan ada anak dekat sebaya aku. Dan tak lupa bakal mak budak ni yang dah nak balik baru aku perasan dia T_T. 
Gambar yang diculik dari blog MunnaFendy

Yang dia culik dari FB Kak Akuzle Ayu. Eh eh. Lebarnya aku menyengeh. Seb baik takde lekat cili kat gigi. Hohh.. Tayang lengan kudut lak tu. Hish. Malu je.

Oh..rupanya Kak Ayu ni berjiran je dengan aku tau. Banyak la benda yang boleh diceritakan.

Tapi agak kuciwa jugak (salah sendiri hokay!) sebab ramai jugak blogger yang aku tak dapat jumpa macam Pakcik Lie, Khairul Hakimin, Kak Hanis Azla, cik wani DJ hot, dan ramai lagi. Sori yang aku tertinggal nama.

Pada jawatankuasa yang menjayakan majlis ni aku ucapkan tahniah dan terima kasih banyak banyak. Harap tak nyesal organize event macam ni untuk blogger semua beramah mesra.

Insya allah jumpa lain kali.

Gambar aku sefamili kena postpone sebab semalam tak boleh nak ditransfer gambarnya.. T_T Sila bersabar dengan gambar aku yang aku curik tu :P

Daa

Rabu

Bila mak budak boring

Assalamualaikum

Semalam shujin keluar. Tinggal kami bertiga. Melayan bebudak ni. Nak sidai baju pun separuh jalan jadinya. Layan Damia mintak nak main getah rambut. 

Tengok lah gaya posing masing masing..

Kat tangan Damia tu crocodile

Rambut yang sejemput
Daa

Jumaat

Dikala masih ramai orang miskin tegar

Assalamualaikum

Berita muka depan The Sun "Record RM520,000 bid for WWW 1"

No plat kete je pun...

Tah pape..

Nota kaki : Konon sibuk hari ni.. Banyak hal banyak kes. Serabut perut aku. Nak makan pun tak senang.. Heh.

Daa

Selasa

Dilema sunglass

Assalamualaikum

Sunglass is form of protective eyewear designed primarily to prevent bright sunlight and high-energy visible light

Tapi hairan kan bila tengok orang pakai sunglass waktu bershopping dalam Jusco. Macam nampak orang pakai sweater di tengah panas mentari sebab nak ikut gaya Eminem.

Aku cuma mampu geleng kepala sambil tersenyum.

Daa

Khamis

Buat geram aje..

Assalamualaikum

Aku tak tau la kat manalah anak dara aku ni belajar bergambar gaya macam ni. Tiap kali aku tunjuk henset nak ambik gambar dia je dia buat hidung berkerut sambil sengeh nampak gigi. Geram tau bila shujin kata semua tu ngikut aku. Hahaha..

comot makan aiskrim murah..mak dia makan yg mahal..haha..kejam!

tiap kali pun nak kerut hidung. Marah aku!

Ngikut sapa la ni ek

Abang dia pun ada pesen macam tu jugak rupanya


Muncung ni aku tau la ngikut sapa..hahaha..
Adik...adik..macam-macam telatahnya. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi.

Kadang-kadang rasa macam taknak bagi diorang besar. Tapi kalau tak besar-besar mesti duk menyepah je kerjanya. Aku jugak yang hangin. Hehehe..

Nota kaki : Sila abaikan kualiti gambar yang teruk sebab aku pakai kamera hs cap ayam

Daa

Jumaat

Abang sayang adik

Assalamualaikum

Masa aku dapat tau aku pregnant kali kedua, aku rasa bersalah pada Aqil dan serba salah. Masa tu Aqil baru cukup setahun. Aku memang dah berniat nak breastfeed dia sampai cukup 2 tahun. Bila aku pregnant, susu merudum gila. Aku bangun pukul 5 pagi pam susu sambil tidur duduk. Kat ofis aku buat kerja sambil pam susu. Lastnya bila dah 4 bulan pregnant aku give up sebab aku pam, susu cuma meleleh je.

Aku terpaksa supply Aqil dengan susu Anmum. Syukur Aqil bagi kerjasama, walau pun tiap kali turn aku kena bangun tengah malam nak buat susu aku rasa macam nak ngamuk je. Bila perut aku dah besar sikit, aku cerita kat Aqil yang dia nak dapat adik. Ada baby dalam perut. Rajin la dia peluk-peluk perut aku.

Masa aku kena admit ke hospital, Aqil tinggal dengan mak aku. Shujin teman aku kat hospital. Dua hari tak jumpa. Seingat aku tu lah paling lama aku tak jumpa Aqil. Bila datang ambik aku tu happy gila. Mulanya dia jeles jugak bila aku susukan adik. Dia pun sibuk nak jugak. Tapi dalam masa yang sama dia sayang gila adik dia.

Diorang berdua kamceng gila. Kalau adik terjatuh ke apa ke Aqil mesti cepat-cepat pegi kat adik dia tolong adik bangun. Lepas tu gosok-gosok tangan dengan lutut adik. Sibuk-sibuk tanya adik sakit ke tidak. Kalau jalan nak pimpin tangan dengan adik. Adik bukan faham sangat lagi pasal brotherhood ke sisterhood ni. Kalau dia nak gigit abang dia selamba badak dia gigit. Kalau dia nak ketul ngan bucu remote pun dia ketuk la.

Abang penyayang

tidur pun sama. Kadang-kadang gaya pun sama. Buahss pun sama..

nak teman adik masa adik sakit
Kalau kena gigit ke kena ketuk ngan adik pun Aqil tak balas. Dia kata "Adikk...sakit lah.." Lepas tu datang mengadu kat aku atau shujin. Kalau pergi mana-mana mesti nak kena bawak adik sekali. Tak boleh tinggal adik dia.


Nak beli apa-apa kena beli untuk dedua orang. Walau pun kadang-kadang bila Aqil nak barang kat tangan adik, dia ambik je. Lepas tu dia kata "Adik baby. Adik tak boleh main ni" Kalau adik main something yang bahaya pun dia concern.. Mesti duk larang adik dia. "Adik..jangan...Adik..no no"

Kalau naik kereta sama-sama membuas. Kalau ayah emergency break atau ambik corner sampai adik terjatuh mesti kena marah dengan Aqil. Biasanya dia akan kata "Ayah ni..ayah ni" sambil tangan tu pap pap duk tampar pipi ayah dia. Hehehe..

Kalau adik nak tidur dia pun tolong tepuk adik. Bila dia taknak mandi, aku pujuk adik mandi dulu sebab adik mandi mesti dia nak ikut mandi.

Aritu masa mandikan diorang, dia tanya shujin, "yah yah..shishi adik mana?" (Shishi = tempat kencing/kencing dan sewaktu dengannya)Shujin terpana tak tau nak jawab apa. :D

Kalau korang, korang jawab apa?

Daa

Selasa

Menyesal saya kahwin dengan awak

Assalamualaikum

Aku dengan shujin bertekak malam tadi. Kisahnya macam ni, pagi semalam cuaca sangat sejuk sebab malam hujan. So pagi tu shujin panaskan air mandian untuk aku. Dengan perasaan yang sangat terharu dan gembira aku pun mandi lah. Waktu shujin nak masuk bilik air

Dialog pagi
Shujin : Eh..awak tak tinggal untuk saya ke?
Aku : Laa..awak nak ke?
Shujin : Teruk betul. Tak tinggal untuk saya ponn..
Aku : (Gelak-gelak) Mana cukup nak mandi sikit-sikit.
Shujin : Mandi la ngan shower lepas tu bilas ngan air tu
Aku : Sejuk la sayangg..
Shujin : Teruk betul bini dia.. tak tinggal pun untuk laki dia
Aku : (Serba salah) Aaa..awak nak saya panaskan air untuk awak ke
Shujin : Tak payah laa (gelak-gelak)

Dialog malam tadi. Aku tak ingat topik asalnya, tapi tiba-tiba terbukak kisah air mandi pagi tadi

Shujin : Air mandi kat laki dia pun tak tinggalkan. Eee..teruk betul
Aku : Mana ada...kan cukup untuk sorang je
Shujin : Nyesal saya kahwin ngan awak tau (gelak-gelak)
Aku : Elehhh..pandai nak nyesal. Eh esok puasa nak. Awak puasa la sekali.
Shujin : Pernah ke saya tak teman awak puasa.
Aku : Alaa..berapa tahun saya kahwin ngan awak, ada la sekali dua awak teman. Eh ke takde langsung..Ganti puasa masa bersalin Aqil pun saya puasa sorang-sorang tau.
Shujin : Hahahaha.. (Cubet perut aku)

Grrr..Aku marah betul kalau dia main cubit-cubit perut tau. Sensitip.

Lepas tu kitorang terus tengok anime Bleach. DVD pinjam dari kawan shujin hujung minggu aritu.

Jangan risau. Kitorang memang gurau cakap kasar sikit. Hehehe..

Nota kaki : Dialog ni dipublishkan dengan kebenaran shujin. :D

Daa

Isnin

Email bengang - Jangan jadi CSR kalau takde telo!

Assalamualaikum

Aku tak cukup tidur sebab baru sampai dari Kelantan pukul 730 pagi tadi. Mood mengantuk macam ni memang bagus untuk membambu orang. Email bengang yang aku hantar pada sebuah customer service yang paling teruk pernah aku jumpa. Nanti aku cerita lebih lanjut. Dah petang. Nak kemas-kemas balik ni. Aku memang takde mood gila..

-------------------------

Hi Y****,

Thank you for your emails.


Your service is very lousy. I just received an updates from ***** customer service agent that i am required to submit a new application if i still want to apply **** and extend the installment period. Is that mean, every time my loan get approval with condition, need to submit a new application? i only knew this after numbers of call that i have been making since last month! Why the first agent who attend my call did not advice me about this on the first place is still a mystery.

Seriously i'm truly frustrated with your services. Each time i called customer service i get different answer. In the end, i don't get what i want and only wasting my time calling them.

I don't understand your bank policy. Initially i applied for rm*** but X years repayment. I did not even receive any notification about this. I only knew the fact when i call your customer service which has given me different answer every time. I was told that your bank only can approve rm*** for X years repayment. However, i still want the rm**** or at least ****. So i prefer to extend the repayment period. Instead of X years that i initially applied for, i would not mind to extend the years of payment to Y years if you could approve the amount. However, i was asked to submit a new application for this. This doesnt make sense at all. So, if i submit a new application  and if you only can approve rm***. Then i need to submit a new application again if i still want the rm***?

If you cannot respond to my email with a decent answer with in 2 business day please don't bother to reply at all. Now i knew that ***** has the worst customer service ever.

Thanks to the loan i tried to apply.

btw, why you need 3 business day just to give me below kind of template answer?

Rai

------------------------------------------

Orang lain buat customer service, ko pun nak buat. Tapi service macam $#$*&*. Hangin gila aku.

Kepada sesiapa yang kerja customer service, nasib korang la kalau dapat customer macam aku. Aku sendiri pernah kerja customer service. Aku tau standard nak service orang macam mana. Kalau takat janji nak call setengah jam kemudian. Lepas tu aku tunggu tak call call. Bila aku call balik kata dia call tapi aku tak angkat. Mati-mati kata dia call dua kali. Aku cakap nih. Aku peduli apa ko kata dah call. Yang penting aku tak dapat call tu mangkuk! Kalau call tak dapat guna lah option lain (eg : hantar email) bodoh nak mampus benda macam tu pun tak boleh pikir ke? Ke customer service ni maksudnya biaq pi lah customer meroyan menatang apa kat telefon. Just make sure diorang letak phone dengan perasaan puas ati walau pun korang menipu!

Shujin memang suruh aku call kalau bab-bab customer service ni. Sebab kalau aku hangin memang masak la mamat yang angkat call tu. Jangan harap nak bagi jawapan nak lepaskan diri je. Lagi-lagi time mood aku swing macam hari ni.

Nota kaki : Maaf bahasa aku kasar sangat kot kali ni. Aku hangin!!

**Kepada peserta GA, nanti aku update senarai peserta secepat mungkin ya. Saaayanggg korang..

Jumaat

Ucapan Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Ni mungkin posting terakhir aku sebelum Syawal. Tengah malam ni atau esok pagi aku bertolak balik kampung mak aku kat Kulai, Johor. So kat kampung nanti kemungkinan besar aku memang takde update blog ni. Lepas raya baru aku kembali bersiaran.

Buat semua pembaca dan kawan-kawan blogger, aku mintak maaf kalau ada penulisan aku yang menyinggung perasaan atau menyakitkan hati sesiapa. Kalau ada yang rasa penggunaan "aku" dalam penulisan aku ni kasar sangat, minta maaf banyak-banyak. Aku memang begini. Hehehe..

Bagi yang nak pulang ke kampung hati-hati bawak kereta. Kunci rumah betul-betul. Kalau ada alarm, periksa dan pastikan alarm berfungsi dengan baik. Kalau takde alarm dan nak buat pesanan boleh koling koling aku. Aku datang pasang. Hahaha. Jangan lupa pastikan kenderaan yang diguna dalam keadaan baik. Barang-barang jangan ada yang tertinggal. Kuih raya, kasut raya, baju raya. Jangan dah sampai kampung baru menangis tak berlagu.

Kalau ada sesiapa yang beraya kat Johor nak datang singgah beraya rumah mak aku dipersilakan. Akak aku tengah bertungkus lumus buat kuih raya tu. Jom kita perabis kuih dia pulak. Sebab kuih raya yang aku buat memang da lama abis.

Birthday budak ni raya ke-13, shujin pulak raya ke-5

Selamat Hari Raya juga dari budak buas, hari-hari gigit abang
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Insya allah panjang umur lepas raya kita jumpa lagi.

Babai~

Daa

Khamis

Testim baju raya

Tahun ni go western :P baju kurung belum siap..hehe
Assalamualaikum

Mula-mula Aqil taknak pakai baju tu. Lepas pujuk-pujuk dan tengok Damia pakai baru dia setuju. Yang si Damia pulak pakai baju gegirl tapi buahs kemain. Dia rimas dengan accessories kat baju tu. Sibuk tarik tarik. Jangan belum sampai raya dah punah baju tu sudah la nak oi.. Tema western ni shujin yang pilih. Damia siap dengan topi tapi tatau la dia nak pakai ke tidak nanti.

Biasa la..nak raya ni mak bapak yang over..

Daa

Isnin

It's Not What You Say, It's How You Say It - Mengenali orang yang kurang matang

Assalamualaikum

Selalu dengar quote "It's Not What You Say, It's How You Say It" ? Dalam bahasa melayunya. Ia bukan apa yang kita cakap. tapi macam mana kita cakap. Walau pun pada sesetengah orang benda ni nampak remeh tapi bagi aku ia boleh menunjukkan sama ada seseorang tu matang atau tidak. Seseorang tu layak menjadi seorang leader atau tidak.

Aku selalu berhadapan dengan orang yang tua dari segi kiraan umurnya tapi tak matang dalam memilih perkataan dan ayat. Kebetulan sekarang ni aku tengah nak cari orang yang nak mencuba produk penggalak tanaman (tested oleh kawan aku kat pokok kelapa sawit, padi dan getah). So aku pun asking around kalau-kalau aku boleh tunjuk produk tu pada orang yang mengusahakan mana-mana tanaman yang kawan aku dah cuba tu. Bukan aku nak suruh beli lagi pun. Aku just nak kan peluang untuk tunjuk dan cerita je.

Dialog aku dan insan A (Dalam lif)
Aku : Boleh tak kalau nak tunjuk kat orang tua
Insan A : Orang tua I orang kampung je
Aku : Cuma nak datang tunjuk je
Insan A : Taknak la. Tak suka la benda-benda macam ni.
terus lari dari aku duk kat depan pintu lif

Dialog aku dan insan B
Aku : Boleh tak kalau nak tunjuk kat orang tua
Insan B : Ni MLM ke? Orang tua I upah orang lain buat. Diorang tunggu hasil je
Aku : Tak pe la. Boleh diorg tambah hasil.
Insan B : Takpe lah. Diorang tak minat kot.

Mungkin bagi orang lain ayat ayat penolakan ni adalah ayat biasa nak lari dari penjual. Tapi sedar tak sedar menunjukkan betapa tak matangnya insan ni. At least bagi diri aku la kan.

Insan A
(1) Statement orang tua orang kampung - Statement takde kena mengena
(2) Melarikan diri dalam satu-satu situasi adalah trick budak-budak. Aku pun dah tak guna dah trick ni. Seingat aku Aqil dengan Damia pun jarang guna trick ni. Most of the time, bila aku bagi time out kat anak-anak diorang akan duduk kat mana aku letak diorang. Walau pun sambil menangis atau menjerit. Bila aku panggil baru dia gerak.

Insan B
(1) Statement ni MLM ke? - Apa kena mengena jual booster untuk tanaman dengan MLM? Kalau aku jual barang yang baik, penting ke benda tu MLM ke tidak. Untuk nota : Penggalak yang aku jual ada jaminan pulangan wang 100%. Kalau guna separuh, rasa tak puas ati boleh pulang dengan dapat duit penuh
(2) Buat keputusan untuk orang lain - Aku tau ramai suka guna trick ni. Macam mana kita boleh tau ayah kita tak minat kalau kita sendiri tak tau adakah benda tu mendatangkan kebaikan atau tak untuk mereka.

Kedua-dua insan A dan B langsung tak tau dan tak tanya lebih lanjut pasal produk aku. Kedua-dua tak berminat nak ambik tau. Mereka cuma tak nak beli produk aku.

Kenapa aku nak hebah-hebahkan benda ni kalau aku tak kisah diorang tak beli barang aku. Ok macam ni. Aku tak kisah diorang taknak beli. Yelah. Atas muka bumi Malaysia ni aku bukan kena dua orang ni je. Aku memang percaya pada produk aku sendiri, so aku tak ada masalah nak jual pada pekebun kecil. Shujin dah riki riki dengan pemilik ladang dan Sime Darby plantation. Insya allah kalau ada rezeki dapat aku jadi pembekal booster untuk diorang.

Sayang sekali sebab orang tua mereka mungkin takkan pernah tau produk ni boleh tambah hasil tanaman dan pendapatan mereka sekali ganda. Dia mungkin takkan pernah tau yang produk entahkan MLM entahkan tidak aku ni mesra alam. Yang paling menyedihkan, sikap mereka hanya akan menutup peluang mereka untuk berjaya di masa depan.

Aku sendiri ada banyak kali yang aku tak nak beli barang yang orang nak jual pada aku. Tapi aku bagi mereka peluang untuk terangkan pada aku. Nak say No memang tak susah. tapi macam mana gaya kita cakap tidak tu akan memperlihatkan sikap kita. Bukan ke kita ada dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap.

Dalam aku berniaga, aku jumpa ramai kawan dan kenal siapa kawan yang sebenar. Seribu kali orang nak tolak aku, aku tak kisah. Aku tau apa yang aku nak. So takde siapa yang boleh lemahkan semangat aku. Ehem..

Nota kaki : Aku meniaga bukan sebab aku tak cukup makan.

Daa

Hotel Jelai @ Bandar Ikan Patin Temerloh Pahang

Assalamualaikum


Weekend aku ke Pahang. Bukan suka-suka. Bukan saja-saja. Ada urusan perniagaan cewah! di Jengka. Sepatutnya bertolak pagi Sabtu. Oleh sebab, ada bahan yang tak siap lagi pukul 5 petang baru bertolak. Sampai di Jengka dah nak masuk magrib. Kami singgah berbuka puasa dan solat maghrib di masjid banda Jengka.

Kemudian terus ke tapak ekspo dan pasar malam minggu. Sempat beli bunga api warna warni untuk Aqil dan Damia. Excited habis. Masa tu jam da pukul 10 lebih. Aku tau kalau nak drive balik memang tak berbaloi sebab urusan masih belum selesai lagi. Takkan esok nak datang balik. Kerja gila! Aku pun pujuk goshujin sama menginap kat mana-mana hotel. Memandangkan anak-anak pun dah lama tak duduk hotel.

Kat area Jengka banyak kedai yang ditutup pada waktu malam. Barangkali sempena ramadhan. So kitorang pun ambik keputusan cari hotel kat area Temerloh, dekat dengan rumah kawan dia. Sepatutnya ada janji dengan kawan goshujin sama nak jumpa. Tapi entah kenapa bila shujin call dia kata dia kat kampung mertua pulak. Pasrah jugak la sebab dah plan.

Sampai kat Temerloh terus check in kat Hotel Jelai. Standard room rate RM88. Boleh pilih nak katil queen ke 2 katil single. Mula-mula ingat nak ambik yang queen je. Senang ramai-ramai tidur atas tu. Tapi goshujin sama kata ambik 2 katil single. Bila cantum jadi lagi besar. Sahur disediakan.

Bilik size biasa. Ada astro channel ESPN dengan cinemax. Aku tak minat sports channel. Mabuk apa 24jam tengok sukan. Hahaha.. So aku tengok cerita 30 days night - the dark days kat cinemax. Anak-anak super excited. Masuk je bilik Aqil baling gelas kaca atas lantai. Nasib baik gelas tu dalam plastik, kalau tak habis terabur kaca. Adik pulak tabur maruku atas lantai. Mandi dengan hot shower. Super excited kuasa dua. Taknak keluar pulak dahhh.. Puas pujuk. Keluar lepas tangan kaki habis kecut main air lama sangat. Lepas tu Aqil main dengan sliding door. Hadeii.. Damia pulak jalan sana sini, tengok-tengok kaki luka. Taktau la kena apa. Aku cari jugak takut-takut ada kaca sesat tapi tak jumpa.

Lastnya aku rapatkan katil. Ambik Damia, susukan sampai tertidur. Aqil pulak tidur dengan ayah dia. Tu pun puas pujuk. Entah pukul berapa la dia tidur. Aku pitam dulu. Huhu.. Lepas tengah malam husband bangun tutup aircond sebab Aqil sejuk. Selimut sampai tutup muka. Kesian. Kat rumah aku memang tak pasang aircond. So anak-anak memang tak biasa dengan sejuk aircond.

Bangun nak bersahur pukul 430. Masa husband nak keluar Aqil melompat sekali nak ikut. Aku tunggu tidurkan balik Damia sebab dia sibuk merengek-rengek. Agak-agak dia lena. Aku slow-slow turun bawah nak sahur sekali dengan shujin ngan Aqil. Segar je budak kecik tu walau pun tidur lewat. Huhuhu..

Sahur diorang sediakan nasi lemak, mi goreng dengan roti. Aku makan tiga-tiga. Husband cepat-cepat naik sebab takut tinggal Damia sorang-sorang kat atas. Aku pun cepat-cepat habiskan makanan. Tapi aku tau dah anak dara aku kalau tidur tu bukan sedar apa sangat. Sampai atas shujin kata Damia tak bangun lagi. Aqil pulak sibuk nak mandi air hot. Aii..kesian anak aku. Biasa mak bapak dia mandikan dengan air sejuk je. Nanti ibu suruh ayah install hot shower kat rumah ok. Hehehe..

Lepas subuh pakat tidur balik. Bangun, siap-siap mandikan anak-anak terus keluar. Kitorang pusing pegi ke Jengka semula. Selesaikan urusan serba sedikit. Bertolak balik ke Shah Alam pukul 3 petang. Anak-anak tertidur kepenatan di sepanjang perjalanan.

Walau pun, kurang berjaya tapi aku tak kisah sebab anak-anak happy boleh lompat-lompat atas katil kat hotel.

Lain kali ibu dengan ayah bawak lagi ok.

Nota kaki : Takde gambar sebab aku bukan pergi untuk leisure. Aku malas nak ambik gambar. Huhuhu..

Daa

Selasa

Natsukashii

Assalamualaikum

Aku tengah sibuk nak balik dah ni. Biasa lah, bulan puasa kan boleh balik awal. Hehehe.. Kerja aku banyak, tapi tetiba je aku terbelek entry lama-lama masa Aqil Mubarak baby lagi. Especially entry makan kertas dengan masa yang berlari. Sungguh natsukashii.


Aqil baby

Budak bolat ibu

Aqil dah semakin pandai membina ayat. Cakapnya pun banyak. kepochi macam aku kata shujin.

Dialog 1
Shujin : Abang toddler, dah tak boleh main macam ni. Adik takpe adik baby
Aqil : Bukan. Abang baby, adik toller (toddler)
Shujin : Abang toddler~ adik baby
Aqil : Tak tak..abang baby. Adik no no. Adik toller.

Dialog 2
Damia tengah pegang something dan dia nak barang tu

Aqil : Yah, yah..Adik taknak ni
Aku : Adik kan tengah pegang tu. Adik nak
Aqil : Tak. Adik taknak
*ambik dari adik, Damia yang memang kuat drama terus menangis berguling-guling sebab barang dia pegang kena ambik.

Dialog 3
Aqil : Abang nak yangg
Aku + hubby : Yang mana?
Aqil : Nak yangg..
Sampai sekarang aku anggang "yang" adalah unknown, undefine object yang Aqil je paham

Adik pulak dah pandai mintak air. Dah pandai bukak peti sejuk. Dah pandai tunjuk kehendak dia, nak atau taknak. Dah makin pandai mengajuk cakap orang. Unexpectedly dia dah pandai nak ikut-ikut aku solat. Alhamdulillah.

Anak-anak dah makin besar. Satu hari nanti bila aku belek entry ni semula aku mesti akan rasa natsukashii.

Daa

Jumaat

Rabu berdarah, jatuh ditimpa tangga

Assalamualaikum

Semalam aku terpaksa ambik cuti Emergency Leave walau pun sebenarnya hari Khamis adalah hari yang aku paling elak nak bercuti. Tapi aku terpaksa jugak memandangkan keadaan kesihatan Damia yang tak mengizinkan. Jeng jeng jeng.. Kenapa dengan Damia.

Ya. Anak dara bertuah aku tu cedera jatuh depan bilik air dalam keadaan berbalut dengan towel lepas mandi. Yang paling aku kesalkan. Dia jatuh betul betul depan mata aku, tapi aku tak sempat nak sambut dia. Rasa bersalah gila. Dia jatuh je aku terus angkat. Dia jatuh dalam keadaan terlungkup so aku pun cepat cepat terbalikkan. Bila aku terbalikkan je aku terus panggil hubby dengan nada paling panic yang pernah aku buat. (Aku kuat drama sikit.hehe) Dahi Damia luka yang agak besar. Dalam dan nampak isi. After a few second, terus keluar darah mencurah curah. Bertambah-tambah la aku panic.

Hubby terus ambik tisu tekap kat tempat luka. Damia dah melalak lalak. Aqil terpaku senyap tengok adik dia. Aku terus ambik kunci kereta, wallet hubby dengan diapers sekali dengan baju anak. Bawak beg duit aku semua. Lepas tu terus keluar ke klinik. Habis lengan baju hubby kena darah Damia. Dalam kereta aku perasan dah beg duit aku tak ada. Aku carik-carik tak jumpa. Tapi aku taknak keluar semua pegi cari walau pun dalam tu ada seratus lebih. Damia dah tak menangis. Mata layu. Maybe sebab hilang banyak sangat darah.

Aku pakaikan dia diapers. Balut ngan towel je. Aqil aku pakaikan baju diapers sekali. Sambil hubby bawak kereta dia tepuk-tepuk pipi Damia. Kejap-kejap Damia nak terlelap. Mata Damia merah je. Sampai depan klinik aku terus cakap dengan nurse nak masuk terus jumpa doktor. Nasib baik masa tu belum ramai sangat orang. Lepas maghrib. Dah la masa tu doktor yang aku tak berapa nak suka. Huhu..Sempat lagi. Hubby pegang Damia. Baringkan atas katil, nurse cuci sikit luka tu. Lebih kurang 2 inci panjang, Kata hubby dalam jugak lukanya. Lepas tu doktor letak gam. Maybe sebab pedih Damia meraung-raung. Aqil pulak duk sibuk nak tengok adik dia. Lastnya doktor yang aku tak suka tu suruh aku bawak Aqil keluar. So aku tak dapat tengok the whole process. Cuma aku dengar Damia melalak kuat kemain.

Hubby keluar kepala Damia dah berbalut. Damia nampak lembik je. Dalam kereta hubby suruh aku susukan dia. Tapi aku kena pastikan Damia tak tidur. Aku susukan sambil geletek kaki dia. Dia react gak tapi mata pejam. Nak naik rumah hubby dukung tu dah memang melepek je. Sampai atas rumah terus tidur je. Bukak mata kejap kejap. Aku bagi susu dia sambung tidur semula. Hubby berjaya sampai pukul 4 pagi sebab risau kalau ada abnormalities. Aku tidur jugak. Tapi kejap kejap terjaga. Awal pagi Damia terjaga, merengek-rengek sambil pegang kepala. Aku susukan dia sambung tidur.

Dalam pukul 8 pagi aku terus sms bos aku mintak cuti. Damia bangun dalam pukul 830 terus membuas. Lega sikit hati aku. The whole day takde nampak pasif ke apa ke. Makan pun ok. Takde muntah. Tapi dia duk tak selesa dengan balutan kat kepala dia tu. Kadang-kadang dia tolak tolak. Pegang-pegang. Buas pun macam biasa dah.

Petang pegi klinik semula. Sekali lagi aku diarahkan oleh hubby untuk duduk dengan Aqil. Sekali lagi aku tak dapat tengok luka tu. Hubby kata takde lebam ke apa. Doktor cakap tak payah nak x ray ke apa sebab dia nampak aktif je. Muntah pun takde. Lagi pun kalau kepala dia tak x ray. Dia masuk dalam mesin MRI (ye kan?) tu. Tapi exposure pada radiation lebih tinggi. Since Damia pun baru setahun tak elok expose kan pada radiation yang tinggi sangat. So kitorang biar je. So hari ni aku terpaksa pergi kerja jugak sebab aku memang takde back up untuk siapkan kerja-kerja aku. Hubby jaga Damia. Petang nanti baru follow up sekali lagi untuk tengok dah boleh bukak ke belum balutan kepala dia tu.

Apa cerita pulak dengan beg duit aku yang terjatuh tu? Sampai kat rumah je aku terus cakap dengan hubby. Marah la hubby. Dia duk pesan dah lain kali jangan cuai etc etc. Aku nak kata apa? Bukan aku sengaja nak jatuhkan. Lama jugak dia mencarik. Jumpa. Tapi dalam tu dah tinggal 20 sen je. Yang lain semua dah kena kebas. Sadakallahulazim. Pasrah jugak aku. Dah la ni tengah bulan. Paham paham la kan.

Gambar budak buas tu aku tak sempat nak upload lagi. Semalam sibuk dan kelam kabut. Nanti dah upload aku tayang ya. Harap-harap tak berparut la anak dara aku. Jatuh nilai hantaran. Hahaha..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com