Jumaat

Muslimah sejati

Assalamualaikum

Kakcik ni dah nak dapat adik. Baru 16 bulan umurnya. Jadi penghibur keluarga dengan gelagatnya. Walau pun banyak kali ayah dengan ibunya urut dada dengan perangai dia. Biasa lah kan. Gaya budak nak dapat adik. 


Pakaikan telekung kakak.. Kemain lagi kalau orang nak ambik gambar dia. Afiqah Balqis ni mirip dengan Aisy. Kalau Damia dulu memang nampak macam muka Aqil sikit sikit. Kalau orang solat, memang dia taknak duduk jauh. Kadang-kadang jangan kata landing atas sejadah. Siap sandar atas belakang kita masa sujud. Sabor je. Pernah sekali, orang tengah kumat kamit baca tahiyyat akhir, dia jolok mulut orang. Macam nak menangis tahan gelak.

Hai la anak. Macam-macam ragam korang. Bila masing-masing dah besar nanti mula lah ibu dia rindu dengan gelagat masa kecik. Ye lah. Dah besar nanti gaya meragam budak besar pulak. Hehehe..

Psstt.. Hari ni last day kerja. Minggu depan start maternity leave. Tak larat dah nak kerja. Badan sakit sana sini. Semoga dipermudahkan proses bersalin kali ni. Aminn..

Daa

7 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Ikut iras ibu dia sebenarnya. Petite pun ye juga:)
Ok juga 16 bulan Rai, kakak akak dulu anak sulung dgn anak no. 2 gap 12 bulan aje. Nasib baik dah tukar tahun kalau satu Jan satu Dec macam kembar.

Moga ok semuanya.

Anis Azalea berkata... [Reply]

Tahniah dan selamat bersalin

Azian Elias berkata... [Reply]

betul sangat.. bila dah besar2, jadi rindu kita pulak.

Aziela berkata... [Reply]

Semoga selamat semuanya ya Rai...

Unknown berkata... [Reply]

sempat tengok gelagat dia yang ayah ibu sampai urut dada tu..hahaha..

moga dipermudahkan segalanya makcik!

Mulan berkata... [Reply]

Alhamdulillah & tahniah Rai..!!!

PetakBunga berkata... [Reply]

semoga dipermudahkan rai,
alamak bila mengandung.. jauh ketinggalan keretapi ni..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com