Hari ni genaplah Aqil chan sembilan bulan...Aqil chan da boleh meniti kat dinding dengan imbang-imbang badan..Rasa macam baru je beberapa minggu lepas kena sorong masuk bilik bedah..Rasa cam baru je aritu dukung Aqil chan yang kecik je..duk kat riba pun tak penuh..sekarang dukung lebih sepuluh minit pun da lenguh..hehe..
Pada usia sembilan bulan Aqil chan
- dah tumbuh dua batang gigi bawah
- susu ibu tetap nombor satu
- imbang-imbang badan
- da pandai mencangkung (nampak bolatt je bila dia cangkung..hehe)
- da pandai sebut tata~ dan teteh~
- dah tau bila orang nak keluar rumah
- rajin kutip benda atas lantai masuk mulut
Latest berat Aqil chan 7.3kg...pipi masih chubby..tapi ibu da tak sempat nak ambik gamba sangat sebab Aqil chan tak boleh nampak kamera..mesti nak rebut lens cap dengan ibu..Maktok kata muka Aqil chan resemble muka ibu..tapi ada yang kata ikut cam ayah..tak kisah la ikut ibu ke ayah ke..yang penting Aqil chan comelll...chubby lagi bolattt...
Ahad
Masa yang berlari
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
2 comments:
Tu la.. cepat je masa berlalu kan? my Kimi pun dh nak masuk 5bln. Berat dah 7.1kg. Penangan susu ibu. hehe..
So, bila mau amek gambar 3 orang? takkan tunggu raya kot.. hehe
wahhh..kalah aqil ni..aqil nak masuk 9 bulan baru 7.3kg..hehehe..
gamba tiga orang ek..itu la pasalll..ni sapa boleh tolong ambikkan ni yek..haha..
Catat Ulasan