Memaparkan catatan dengan label Jalan Kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan Kebun. Papar semua catatan

Khamis

Pusat Tahfiz Terbakar - Marilah sama-sama membantu

Assalamualaikum

Kejadian ni berlaku pagi semalam. Berdekatan dengan kawasan perumahan kami. Takde lah terlalu dekat. Tapi dalam kampung yang sama jugak.


Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Semua 27 pelajar selamat. Bagaimana pun, kerugian dianggarkan RM60k. Buat masa ini, mangsa ditempat di Dewan MBSA Jalan Kebun.

Bagi yang ingin menyumbang bantuan, boleh salurkan kepada

Ustaz Abul A'la Bin Iskandar Nasution (Maybank :162107127275)

Ustaz Abul A'la adalah pemilik tahfiz ni. Sebarang bantuan yang bukan dalam bentuk kewangan boleh call terus pada beliau di nombor 0172453139.

UPDATE : BERITA TAHFIZ TERBAKAR NI BETUL, TAPI BARU DAPAT BERITA KATA YANG NO AKAUN NI ADALAH AKAUN TIPU. ABUL A'LA TU KATANYA BUKANLAH PEMILIK TAHFIZ TERSEBUT!!

Antara bantuan segera yang diperlukan adalah selimut, bantal, tilam, makanan dan pakaian.

Tapi better call dulu, mungkin dah mencukupi memandangkan bilangan penghuni yang tak ramai. 

Semoga dengan tersebarnya berita ini, mereka akan dapat terus menuntut ilmu dalam keadaan yang selesa.

Daa

Isnin

Damia pun dah sekolah~!

Assalamualaikum

Haihh.. Cemana aku boleh lupa update pasal sekolah Damia ni.. Ish ish..

Sebenarnya Damia pun dah bersekolah. Kami pilih PASTI yang agak berdekatan dengan rumah kami nanti. Kalau dari rumah sekarang jenuh jugaklah berulang alik.. Takpe.. temporary je kan..

Bolat bolat

Walau pun selama ni takde la latih dia bangun awal. Dah mula sekolah ni, bangun pukul 6 pagi alhamdulillah belum ada kes namok namok mahu pun drama air mata puteri duyong. Semalam dia tak sihat. Merengek sikit sebab air sejuk. So dengan penuh kesabaran aku mandikan dia. Kalau tak diorang mandi sendiri je. 

Cuma yang kelakarnya, si anak dara keledek ni saling tak tumpah macam ibu dia. Dalam kelas dia pegi tido okeh. Maklumlah.. Belum biasa bangun awal. So mengantuklah dia. Hehehe.. Aku sedikit concern sebab Damia ni sungguh pun dia banyak cakap dengan kami, tapi dia pemalu berbanding abang. Dia kalau tak ada abang, senyap la sikit. 

Ada dengar dia kata ada budak lelaki yang buat dia kat sekolah. Pukul katanya. Geram jugak dengar. Tapi dia cakap cikgu ambik tindakan suruh budak tu mintak maaf kat dia. Ok la. 

Dua hari lepas dia beritahu shujin budak tu buat arm lock kat leher dia. Pastu dia dengan tenang cakap "baik awak lepas, saya marah nanti".. Gelak aku dengar tau. Tapi dia cakap gitu, budak lelaki tu lepas la. Lega sikit aku dengar. Bukan nak suruh dia melawan pukul budak tu ke apa kan.. Hehehe..

Oh saya pun kesekolah juga.. hehehe
tengok tangan.. cubaan buat peace sign.. kahkahkah

Kurang meriah la bila abang dengan kakak dah sekolah ni. Malam pun diorang kena tidur awal. Kesian Aisy. So, Afiqah cepat besar ye.. Boleh main ngan abang aisy.. Hihihi..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com