Selasa

Gathering Glamer Raya Bloggers 2012

Assalamualaikum

Lambat sikit aku nak update pasal Gathering Glamer Raya Bloggers 2012 hari Ahad aritu.

Alkisah sebelum ke gathering...

Aku memang da nekad nak pergi. Shujin pun da greenlite. Cuma nak masak apa tu aku still blur blur gitu. Mula-mula nak buat puding. Lepas tu pulut kuning. Ternampak Kak Akuzle Ayu kata nak buat pulut kuning, Cancel lah. Buat kek coklat lah. Tapi Sabtu tu aku agak busy (kendian cite) sepanjang hari. So by malam tu da tak larat. Semangat yang mulanya berkobar kobar tu dah mula pudar. Hadehh.. Nak masak apa la gamaknya.

Pagi Ahad. Rumah macam tongkang pecah. Aku masih lagi pecah kepala nak masak apa. Hoh. Buat bubur jagung je la. Masa tu pukul 11 pagi :P Terus capai kunci kereta (sila jangan contohi makcik yang takde lesen ni ye adik adik) Ke kedai. Balik terus buat. Seb baik ada pressure cooker. Tak payah nak gaduh rendam rendam sagu rendang 30minit bagai. High pressure dalam 5 minit tara~~. Siap bubur jagung express.

Bubur jagung mudah : Gambar by Mubarak
Siap siap. Terus bertolak. Sebutnya macam cepat je kan. Biasa la. Tehegeh sana sini. Pukul 1 lebih baru bertolak :P

Nasib baik tak susah cari Musolla Ehsan Datuk LF Google map ada. Sampai kat sana, aku terus diminta memperkenalkan diri oleh Datuk LF. Bila sebut Rai Ourkizuna je. Semua orang pun cam laaa ni ke orangnya. Antara yang aku kenal adalah Kakcik Ella dengan Aiman sebab selalu nampak gambar kat blog dia. Hehehe. Kak Ayu Akuzle aku agak agak je. Tetiba Kakcik Seroja peluk aku. Terkezut aku sebab tak perasan Kakcik Seroja nampak aku. Hehehe.

Walau pun rata-rata aku tak berapa kenal dan banyak jugak blognya yang aku tak pernah sampai pun. Tapi rata-rata memang peramah. Thanks pada shujin yang memudahkan aku nak beramas mesra melayan anak-anak. Aku cuma duduk dan berborak dan makan (tak blogger sungguh kan..)

Antara gambar yang sempat aku ambik
Seriously aku ambik masa nak mengingat nama-nama yang dah berkenalan. Tapi of kos la Uncle Gedek tu aku kenal. Dah hari hari dia tayang gambar takkan aku tak kenal kan. Kak Yan yang ada kamera super smart.

Antara lain yang datang Kak Ati, Kak Azie (antara orang kuat yang menguruskan majlis), Kak Maiyah yang duduk di tepi aku masa makan, Makchaq yang bila borak rasa macam dah lama kenal dan ada anak dekat sebaya aku. Dan tak lupa bakal mak budak ni yang dah nak balik baru aku perasan dia T_T. 
Gambar yang diculik dari blog MunnaFendy

Yang dia culik dari FB Kak Akuzle Ayu. Eh eh. Lebarnya aku menyengeh. Seb baik takde lekat cili kat gigi. Hohh.. Tayang lengan kudut lak tu. Hish. Malu je.

Oh..rupanya Kak Ayu ni berjiran je dengan aku tau. Banyak la benda yang boleh diceritakan.

Tapi agak kuciwa jugak (salah sendiri hokay!) sebab ramai jugak blogger yang aku tak dapat jumpa macam Pakcik Lie, Khairul Hakimin, Kak Hanis Azla, cik wani DJ hot, dan ramai lagi. Sori yang aku tertinggal nama.

Pada jawatankuasa yang menjayakan majlis ni aku ucapkan tahniah dan terima kasih banyak banyak. Harap tak nyesal organize event macam ni untuk blogger semua beramah mesra.

Insya allah jumpa lain kali.

Gambar aku sefamili kena postpone sebab semalam tak boleh nak ditransfer gambarnya.. T_T Sila bersabar dengan gambar aku yang aku curik tu :P

Daa

24 comments:

mshazadoes berkata... [Reply]

akk beshnye..dya x pena dpt join cm ni..:(

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Rasa tak puas bernesraan, kan? :)

Eh... ingat awak kecik, kakcik tak nampak ya? hehehe...

Cik Rose berkata... [Reply]

tertarik dengan bubur jagung tu... hihihi

Unknown berkata... [Reply]

Salam,
Sedap bubur jagung tu. Tak manis. Isteri LF pun suka. Ini mesti pandai masak ni.

Cho Zila berkata... [Reply]

bestnyer dapat jumpa2 gitu.. semoga berterusanlah hubungan itu.. sedapnyer bubur jagung lama tak makan...

Mak Wardah berkata... [Reply]

Rai, mesti happening ni, akak nak sgt join, mesti best.

Anamarza berkata... [Reply]

seronok tgk korang jumpa-jumpa camtu, kita yg duk jauh ni, sekadar baca entry je la :(

Irfa berkata... [Reply]

akhirnya..fara tak dtg ye?

Unknown berkata... [Reply]

hihi tentu seronok... Kecik je Rai nih.. Aqil mubarak iras ibu dia la :))

Dr K berkata... [Reply]

Tahniah kerana hadir..

ada rezeki lain kali, boleh kita bersua pula ..;)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

wah mesti seronok ye rai!

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Rai tak nampak kakak ke? Kakak sembunyi masa tu hahaha... berangan-angan kakak nie sebab jeles sangat tengok org kumpul di Bangi.

Nampak ceria semuanya.

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

ala rai.....ko dtg eh....apsal lewat....huhuhuuuuuuu :((

isabelle frankly berkata... [Reply]

jelesnya tak dapat join.huhu

Kamalia berkata... [Reply]

bestnya dapat gather2 dgn blogger yg fofular..
rai,kurusnya awak..saya sangat jeles.hehe

Unknown berkata... [Reply]

dya,
lain kali meh la join sekali.. mesti meriah..

kakcik,
haa..tu la..saya dapat borak dengan beberapa orang je.tapi puas hati sbb semuanya peramah2..walau pun baru pertama kali jumpa..

haha..tu la pasal.. :P

ros,
bubur simple je saya buat.. jagung, sagu biji, santan, gula merah dengan susu pekat manis sikit. letak daun pandan bagi wangi sikit..

Unknown berkata... [Reply]

datuk LF,
terima kasih..segan saya..bubur simple2 je..saya tak guna gula pasir. ganti dengan gula merah. mungkin sebab tu rasanya lebih lemak dan kurang manis.

nak kata pandai masak tu tak jugak.. byk je fail :P

kak zila,
best jugak..lain kali datang la kak..boleh kenal kenalan..

mak wardah,
jom la kak lain kali.insya allah meriah..diorang semua peramah..

Unknown berkata... [Reply]

ana,
sesekali ana ada urusan ke selangor kl ni roger la..tak dapat ke gathering besar besaran yang kecil kecilan pun ok jugak kan :D

irfa,
aah..lama tak dengar khabar fara.. senyap je dia..

daddy zz,
insya allah..nak jugak jumpa dengan mommy zz dan ziyyad&zayyan..

KA,
seronok..semuanya ramah je..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

Kakzakie,
hehehe..kumpul2 la blogger johor kak.. nanti balik johor teringin jugak nak bersua dengan akak.. insya allah kalau ada umur..ada rezeki..

wani~~~,
aku tak tau pulak ko nak datanggg.. aku ingat ko kat klate..ishh..rugi nyaa..

belle,
u da gi jauh baru nak jeles kan.. hehe..takpe..balik nanti kita gather2 okeh..

Unknown berkata... [Reply]

kamalia,
aha..yang lebih bestnya semua tak sombong..sila jangan jeles sebab saya ni terlalu kurus..cam orang tak sihat pun ada..tapi alhamdulillah sihat..cuma ada org request supaya gain weight sikit..

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

i kalau buat bubur jagung, i pakai jagung kernel dalam tin.. cap ayam pun ada.. tak pun, beli je jagung cap waties kat dingin beku..yang memang seketul2 jagungnya...

emarieys berkata... [Reply]

dah lama tak ke blog Dato' LF ni..tahniah atas event yg dianjurkan

missina berkata... [Reply]

Ohh ini upanya rai ye..hehe..kecik dan awet muda gitu...rai duk bahasakan diri kak.asa mcm sy lg tua kot..umo 30 dh cuma blum kawin,,,sbb tu perangai mcm budk remaja..hehe...neway memg best skali kala jumpa blogger kan

Afasz berkata... [Reply]

la ada bubur jagung ke. kalau tahu lepas wedding member tu singgah balik sini. hehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com