Isnin

Damia pun dah sekolah~!

Assalamualaikum

Haihh.. Cemana aku boleh lupa update pasal sekolah Damia ni.. Ish ish..

Sebenarnya Damia pun dah bersekolah. Kami pilih PASTI yang agak berdekatan dengan rumah kami nanti. Kalau dari rumah sekarang jenuh jugaklah berulang alik.. Takpe.. temporary je kan..

Bolat bolat

Walau pun selama ni takde la latih dia bangun awal. Dah mula sekolah ni, bangun pukul 6 pagi alhamdulillah belum ada kes namok namok mahu pun drama air mata puteri duyong. Semalam dia tak sihat. Merengek sikit sebab air sejuk. So dengan penuh kesabaran aku mandikan dia. Kalau tak diorang mandi sendiri je. 

Cuma yang kelakarnya, si anak dara keledek ni saling tak tumpah macam ibu dia. Dalam kelas dia pegi tido okeh. Maklumlah.. Belum biasa bangun awal. So mengantuklah dia. Hehehe.. Aku sedikit concern sebab Damia ni sungguh pun dia banyak cakap dengan kami, tapi dia pemalu berbanding abang. Dia kalau tak ada abang, senyap la sikit. 

Ada dengar dia kata ada budak lelaki yang buat dia kat sekolah. Pukul katanya. Geram jugak dengar. Tapi dia cakap cikgu ambik tindakan suruh budak tu mintak maaf kat dia. Ok la. 

Dua hari lepas dia beritahu shujin budak tu buat arm lock kat leher dia. Pastu dia dengan tenang cakap "baik awak lepas, saya marah nanti".. Gelak aku dengar tau. Tapi dia cakap gitu, budak lelaki tu lepas la. Lega sikit aku dengar. Bukan nak suruh dia melawan pukul budak tu ke apa kan.. Hehehe..

Oh saya pun kesekolah juga.. hehehe
tengok tangan.. cubaan buat peace sign.. kahkahkah

Kurang meriah la bila abang dengan kakak dah sekolah ni. Malam pun diorang kena tidur awal. Kesian Aisy. So, Afiqah cepat besar ye.. Boleh main ngan abang aisy.. Hihihi..

Daa

13 comments:

Acik Erna berkata... [Reply]

dah sekolah Damia ye Rai..rasa macam baru je datang raya kerumah dulu kecik je lagi

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Boleh tahan pandai bersaikolgi Damia ni. Kalau kakak dulu ajar anak kakak lawan pukul balik guna botol air (jgn ikut kakak Rai).

Kakak tak suka anak kakak kena buli.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Wah....cptnya masa berlalu. Damia pun dah school. Rai nanti pindah mana?

Aziela berkata... [Reply]

Allah hai...dah besar dahh...dah sekolah. Pandai dia handle budak yang ganas yer....bravo kakak...clap..clap...

aizamia3 berkata... [Reply]

Rasa cepat je masa berlalu kan Rai.. dah besar dak Damia.. ;)

Ujie Othman berkata... [Reply]

comel je dgn tudung sekolah tu. :)

Sya berkata... [Reply]

Buat² garang damia.. biar takut budak tu.haha

SalbiahM berkata... [Reply]

haha...comel je Damia marah budak lelaki tu.bagus..bagus..hehe

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Comelnya damia.

babYpose berkata... [Reply]

cantik damia ke sekolah, baby pun dah besar Alhamdulillah sekejap ja kan baru ni duk baca tentang pregnancy rai..

Unknown berkata... [Reply]

Damia sekolah rajin2 ye. Acik doakan damia jadi anak yang soleha :)

Ummi Hanie berkata... [Reply]

damia anak suung yer...

tahniah da masuk tadika... excited rasa kan... actually kita mak2 ni yg terlebih berdebar :)

haiz sy pun tak update2 lg kesah sekolah anak2

LYAfrina berkata... [Reply]

yeay... smoga damia berjaya dlm pelajaran ye

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com