Selasa

Menyesal saya kahwin dengan awak

Assalamualaikum

Aku dengan shujin bertekak malam tadi. Kisahnya macam ni, pagi semalam cuaca sangat sejuk sebab malam hujan. So pagi tu shujin panaskan air mandian untuk aku. Dengan perasaan yang sangat terharu dan gembira aku pun mandi lah. Waktu shujin nak masuk bilik air

Dialog pagi
Shujin : Eh..awak tak tinggal untuk saya ke?
Aku : Laa..awak nak ke?
Shujin : Teruk betul. Tak tinggal untuk saya ponn..
Aku : (Gelak-gelak) Mana cukup nak mandi sikit-sikit.
Shujin : Mandi la ngan shower lepas tu bilas ngan air tu
Aku : Sejuk la sayangg..
Shujin : Teruk betul bini dia.. tak tinggal pun untuk laki dia
Aku : (Serba salah) Aaa..awak nak saya panaskan air untuk awak ke
Shujin : Tak payah laa (gelak-gelak)

Dialog malam tadi. Aku tak ingat topik asalnya, tapi tiba-tiba terbukak kisah air mandi pagi tadi

Shujin : Air mandi kat laki dia pun tak tinggalkan. Eee..teruk betul
Aku : Mana ada...kan cukup untuk sorang je
Shujin : Nyesal saya kahwin ngan awak tau (gelak-gelak)
Aku : Elehhh..pandai nak nyesal. Eh esok puasa nak. Awak puasa la sekali.
Shujin : Pernah ke saya tak teman awak puasa.
Aku : Alaa..berapa tahun saya kahwin ngan awak, ada la sekali dua awak teman. Eh ke takde langsung..Ganti puasa masa bersalin Aqil pun saya puasa sorang-sorang tau.
Shujin : Hahahaha.. (Cubet perut aku)

Grrr..Aku marah betul kalau dia main cubit-cubit perut tau. Sensitip.

Lepas tu kitorang terus tengok anime Bleach. DVD pinjam dari kawan shujin hujung minggu aritu.

Jangan risau. Kitorang memang gurau cakap kasar sikit. Hehehe..

Nota kaki : Dialog ni dipublishkan dengan kebenaran shujin. :D

Daa

26 comments:

kotak bulat berkata... [Reply]

:) xpe la kalau bgurau2 je..bru ceria kan

Unknown berkata... [Reply]

@kotak bulat, hehe..gurau gurau je la..kalau serius saya lari balik kampung dah..hahaha..

mummY daniSha berkata... [Reply]

hehehee..lawakla korang ni heheee

Unknown berkata... [Reply]

Abah biasa gk gurau dgn wife kasar-kasar..hehehe

Run Away berkata... [Reply]

hikhik...kelakarlah.....;d

Hanis MY berkata... [Reply]

wahhh romantikanya akak dgn shujin.. pasangan bahagia...

Unknown berkata... [Reply]

@Mas, hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@abah khalisha, gurauan tu yg mengeratkan silaturrahim kan abah..

Unknown berkata... [Reply]

@Run Away, hehehe..:D

Unknown berkata... [Reply]

@Hanis MY, hish..kitorg takde romantiknya..asyik bertekak je.. hahaha..kalau bertekak tu maksudnya romantik..betul la tu.. hehe..

maszull berkata... [Reply]

salam...bergurau sekali sekala apa salahnya kn...usik mengusik membawa bahagia la tu...:)

Irfa berkata... [Reply]

comel je gurau camtu :-)

Anamarza berkata... [Reply]

ooo bergurau sampai cubet perut eik :) hihii btw salam perkenalan

Cik Puan Bunga berkata... [Reply]

Kau tak tengok kalau aku gurau dengan suami. HAHA.

Siap wrestling betul2! Kehkehkeh!

Unknown berkata... [Reply]

@maszull, asal jgn keterlaluan..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@HappyIrfa, hahaha..ade ke comel.. :P

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, dia saje perli perut saya tu..huhu..

salam kenalan :D..

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Puan Bunga nak tengok!! hahaha..ada jugak versi wrestling tu..tapi kategori 18SG la..husband aku tak approve lagi masuk dalam blog..hahaha..

aizamia3 berkata... [Reply]

usik tang perut tu cukup sensitif.. tang lain takpe laie.. hikhikhik.. bukan geli tapi tak kempis dah macam dolu2.. hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@aizamia3 tau takpe..lagi2 anak masuk dua ni..hehehe..

wahida berkata... [Reply]

hehe..klaka dan sweet la uolls ni...


salam kenal...terus follow sini...

wahida berkata... [Reply]

eh, baru pasan...mana kolum follower sis?

Unknown berkata... [Reply]

@wahida, hehe..thanks.. aaa.. column follower tu tadak ek? adesh.. kalau nak follow copy link lepas tu pegi kat dashboard blogspot.kat bahagian bawah tu ada satu bahagian "reading list". ada button add dengan manage kan..klik button add lepas tu masukkan link blog ni..nanti saya check balik kolum follower tu larik pi mana..

~iz~ berkata... [Reply]

menakutkan jer tajuk tu..:)

Unknown berkata... [Reply]

@~iz~, hahaha..tajuk biar kontrevesi kata orang..

Nini Hartini berkata... [Reply]

hehehe.. tini lg kasar kot? aku-kau. haha...

perut sensitip eh?? kalau tini sensitip kt lutut. hehe...kalau lawan geletek ngn suami, mmg tini akan menang selagi suami x dpt capai lutut tini. haha.. eh eh tu gurau 18sx x leh cerita dlm ni. hehehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com