Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan

Khamis

Menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab

Assalamualaikum

Dalam minggu lepas, aku sempat melihat dan menyertai "perbincangan" tentang vaksin di FB. Nak kata perbincangan pun tak berapa nak bincang. Lebih kepada para ahli perubatan keluarkan statement menghukum ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin macam aku.

Aku bukan anti perubatan moden atau anti doktor.

Tapi melihat pada cara doktor doktor tersebut menjawab komen aku. Aku nak gelak dan menangis dalam masa yang sama.

(1) Aku melihat mereka amat gemar merendah rendahkan pengetahuan para pesakit
(2) Segala fakta keluar sebijik ayat buku teks dan banyak kopipes dari internet, walau pun masing masing memperlekeh orang yang macam aku ni macam orang kampung yang ilmu takat ilmu google je.
(3) Amat menyedihkan sebab kerjaya professional sebagai seorang doktor menjadikan sesetengah dari mereka sombong bongkak dan menganggap kami macam penjenayah, melabel kami ibu bapa yang tak bertanggungjawab bahkan yang panggil aku berfikiran sempit. Walhal, aku cuma menekankan bahawa keputusan untuk memilih sama ada vaksin atau tidak adalah atas budi bicara ibu bapa. Tiada undang undang mewajibkan vaksin. So, adalah tidak wajar kalau label kami yang memilih ni sebagai penjenayah.

Tak ada yang menjawab bila aku tanya..

Macam mana anak aku yang tak vaksin, tak ada penyakit tu boleh membahayakan anak mereka.

Bukan ke yang menjangkitkan penyakit adalah mereka yang sakit. Atau yang terdedah kepada pesakit yang telah dijangkiti?

Masing masing cuma menjawab, yang anak aku boleh jadi membawa virus tanpa dijangkiti penyakit kerana virus ada di mana mana. 

Oleh itu, bukan ke sesiapa saja even yang dah vaksin pun boleh bawa virus tanpa dijangkiti penyakit..?

Sepatutnya aku yang risau sebab anak aku tidak dilindungi vaksin..

Kenapa diorang suruh anak aku duduk diam diam kat rumah jangan campur anak orang lain..?

Aku takde rasa nak suruh orang lain tak vaksin. Aku cuma suruh korang ambik tau.

(1) Jenis vaksin yang dicucuk pada anak. Ramai yang patuh, bawak anak pergi cucuk ikut aturan, tapi tak tau vaksin apa yang dicucuk.
(2) Ketahui hak selepas cucuk. Ada GPF. Download dan baca. Kita tak tau bila kita perlu file kan report. Mungkin akan ada kesan, mungkin tidak. Alhamdulillah kalau tidak. Tapi perlu juga berhati hati kan..
(3) Jangan lupa ambil insert vaksin dari doktor dan kepilkan pada kad kesihatan anak. Malas baca pun takpe. Just ambil dan kepilkan.

And last.. Kalau orang gesa aku suruh vaksin anak dengan alasan vaksin diharuskan oleh syarak..

• Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu TIADA UBAT ALTERNATIF YANG LAIN adalah berpandu kepada
Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

• Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah DILARANG.

Perubatan dengan sumber yang haram adalah bagi yang darurat. Aku tidak menganggap diri aku dalam keadaan darurat. Jadi, secara asasnya.. Hukum vaksin anak pada aku adalah bukan HARUS.


Vaksin adalah salah satu pilihan. Walau pun tak vaksin, aku bukan cuma menadah tangan tanpa buat apa apa usaha. Mungkin aku tak belajar ilmu perubatan di sekolah macam doktor doktor. Insya allah dengan sedikit ilmu yang aku belajar, aku cuba melindungi anak anak dengan cara yang mungkin lain sikit dari orang lain. Apa pun pilihan kita, semoga Allah melindungi kita semua.

Tahukah anda, salah satu kesan (adverse reaction) MMR vaksin sebagaimana yang dituliskan pada insert vaksin adalah atypical measles. Bermakna, anak tuan puan yang sihat tu.. Bila dicucuk vaksin MMR, mungkin boleh kena demam campak. Bukan ke macam takde penyakit cari penyakit. At least bagi aku la...

Daa

Luahan rasa

Assalamualaikum

Bukan luahan rasa aku. Tapi ini dari seorang pembaca Ourkizuna 

Sebelum ni aku pernah buat satu entry tentang Apakah hukum anak marah kepada ibu bapa.

Semalam ada seorang pembaca; Amna Nafeesa ni share tentang kisah yang dia alami. Maaf ye Amna. Saya share kat sini. 

Serius aku sedih baca kisah ni.

assalamualaikum..
saya ingin kongsi sedikit tentang apa yang terjadi kepada saya..ibu saya sangat menyayangi kakak saya yang sulung sehinggakan apa jua kesilapannya, ibu saya diamkan saja seperti tiada apa yang berlaku..
kakak saya memang orang yang terpelajar..bukan seperti saya yang hanya mempunyai kelulusan sijil sahaja..saya bukan tidak mahu menyambung pengajian seperti kakak saya,tetapi saya sentiasa memikirkan beban yang akan ibu ayah saya tanggung jika saya memerlukan wang..saya sentiasa disuruh oleh ibu untuk memasukkan wang ke dalam akaun kakak saya ketika dia belajar dulu, walaupun kakak saya tidak minta..tetapi apabila saya minta untuk membeli buku-buku dan untuk makan, ibu saya sentiasa mengatakan ibu tiada wang untuk saya sehinggakan saya menahan lapar berhari-hari di asrama menunggu elaun yang akan masuk hujung bulan sebanyak RM 60.00..
sejak dari itu, saya bertekad tidak akan meminta wang lagi dari ibu..saya terus....

Nak baca seterusnya, klik la kat entry tersebut

Dasar #@%@% kan aku. Hahaha...

Beberapa pesanan ikhlas dari aku bagi yang mengalami masalah tidak mendapat layanan sama rata dari ibu bapa ni.

Walau apa pun berlaku, sentiasa ingat kebaikan mereka. Jasa mereka. Manusia ni ada kecenderungan untuk melihat keburukan seseorang bila dah nampak satu buruk. Sebab tu selalu berlaku. Selama ni masa baik tu semuanya baik dimata dia. Tapi bila satu kesalahan, semua jadi buruk. Dengan ibu bapa macam tu juga. Kalau layanan mereka tak elok. Ingat. Kalau tak ada mereka, tak ada kita. Kalau diorang letak kita kat tepi jalan, entah entah binatang buas dah baham kita. Sekolahkan kita. Bagi duit makan. Sebab macam mana pun, hubungan ibu bapa dengan anak-anak takkan putus. Jadi jangan kita benci darah daging sendiri.

Sebagai anak, kalau ibu tak pernah call tanya khabar. Kita sendiri call dia tanya khabar. Sesekali belikan hadiah untuk dia. Dia nak terima ke tidak. Dia nak cakap apa dalam telefon tu biarlah. Kalau dia marah diamkan aje. Lain minggu call lagi. Insya allah satu hari nanti lembut hati dia.

Jangan lupa. Setiap kali lepas solat sedekahkan Alfatihah pada ibu bapa kita. Doakan kesejahteraan dia. Tak rugi pun sebab Allah murahkan lagi rezeki bagi anak-anak yang mendoakan ibu bapa dia.

Kalau ada adik beradik ramai, janganlah duduk sesama kita ngumpat salah sorang dari adik beradik kita. Masa ni mungkin dia kena. Masa lain mana tau diorang buat kat kita pulak.

Dan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa. Adil lah dalam berikan layanan pada anak-anak. Memang kita takkan dapat puaskan hati setiap seorang anak-anak kita. Tapi jangan sesekali tunjuk yang kita menyebelahi sesiapa kalau ada perselisihan faham. Kalau bergaduh marah dua dua. Nasihat dua dua. Duduk sama-sama.

Aku pun risau. Harap-harap aku tak jadi mak yang tak adil.

Daa

Kecik kecik dah stress

Assalamualaikum

Aku suka ambik The SUN hari Rabu. Aku memang suka paper the SUN ni. Tapi kalau hari Rabu aku especially suka sebab ada parenting guide punya section. Dalam section 2-3 muka tu ada beberapa topik dibincangkan. Minggu ni pasal homeworks, spanking, tips bagi anak makan sayur dan satu lagi tak ingat.

Main topik yang dibincangkan adalah pasal homework budak sekolah.
Macam dalam topik pasal let children be children sebelum ni. Topik kali ni pun membincangkan betapa pentingnya masa bermain bagi kanak-kanak. Zaman sekarang ni, pra sekolah pun cikgu bagi kerja rumah. Sampai ada parents yang complain kerja sekolah anak-anak mereka terlalu banyak. Ada jugak yang kata, kerja rumah budak budak sekolah ni orang dewasa je boleh selesaikan (sama ada terlalu susah atau terlalu banyak!)

Ramai parents zaman sekarang berlumba lumba nak anak belajar membaca seawal mungkin. Umur 2-3 tahun da ajar ABC dan mengira. Takpe lah. Tapi yang tak bestnya parents parents ni akan membandingkan kebijaksanaan dan mempertikaikan parents yang tak ajar anak diorang belajar membaca seawal usia tu.

So benda ni jadi trend. Masing-masing taknak malu kalau anak dia tak pandai recite ABC seawal usia 2-3 tahun. Dalam artikel ni ada menulis menurut satu kajian yang dijalankan oleh PISA ( Programme for International Student Asessment) pada tahun 2006 menunjukkan bahawa, pada usia 15 tahun, tak ada advantage bagi budak yang pandai membaca pada umur 5 tahun berbanding pada umur 7 tahun. Maksudnya, tak kisahla umur berapa pandai baca 5 tahun ke 7 tahun ke. Masa umur 15 tahun nanti, tak ada apa advantage pun pada budak yang pandai baca awal awal pun. Lebih kurang gitulah maksudnya.

Tapi... Ada tapi. Ada banyak disadvantage (kekurangan) bagi budak yang tak cukup main masa usia mudanya. Budak yang dari kecik diajar atau fokus pada math dan literacy akan kurang dari segi creativity dan curiousity apabila mereka membesar. Bukan tu saja. Mereka ni akan ada masalah nak control diri dan emosi.

Mungkin tak heran jugak zaman sekarang banyak kes budak yang kecik kecik dah membuli, kecik kecik dah join geng ugut pukul sana sini. Masalah sosial makin teruk etc. Ini semua adalah result dari stress sebab tak cukup main. Sebab zaman sekarang ibu bapa berlumba lumba nak sekolahkan anak-anak seawal mungkin. Sistem sekolah pulak mementingkan pencapaian akedemik. Kalau ko tak pandai kat sekolah maka cikgu pun malas nak layan ko.

Aku pernah terbaca seorang guru tulis kat FB stress sebab ada budak yang datang sekolah tak pandai ABC. Mungkin nampak biasa. Dan dengar kata kerajaan nak cepatkan pulak anak-anak sekolah. Instead of start sekolah umur 7 tahun, pada masa depan anak-anak cucu kita maybe kena start sekolah pada usia 5 tahun.

Kesian...

Jadi mak bapak jangan dok penting air muka sendiri je. Fikirkan lah apa yang terbaik untuk anak-anak dan masa depan diorang juga.

Nota kaki : Dengar kata sistem pendidikan di Finland adalah yang terbaik di dunia, kenapa kita tak adopt je kaedah mereka?

Daa

Isnin

Biar kanak-kanak menjadi kanak-kanak

Assalamualaikum

Sebenarnya article ni publish in the Sun newspaper last week. Tapi aku tak sempat nak mengarang pasal ni sebab last week sibuk dengan tugas tugas khas kerani.
Children must be allowed to be children
Learning should be enjoyable
Apa yang penulis artikel ni kongsikan sangat menarik perhatian aku. Maklumlah. Sebagai ibu bapa. Child education memang sangat sangat penting. Zaman sekarang berebut orang nak hantar anak masuk sekolah seawal yang mungkin. Sampai ada ura-ura nak bagi sekolah rendah darjah satu start umur 5 tahun. Kebanyakan yang penulis tulis make sense dan aku sangat setuju.

Mengingatkan aku pada zaman kecik dulu. Habis sekolah rendah pukul 12.30. Balik makan tengah hari. Pukul 2 start sekolah agama. Pukul 4.30 balik. Lepak jap. Main galah panjang. Pukul 6~6.30 mandi pergi belajar ngaji. Malam baca buku sikit, buat keja sekolah sikit tido dalam pukul 10.

Aqil belum sekolah. Mungkin ada orang tanya aku. Eh Aqil da 4 tahun kenapa tak masukkan sekolah lagi. Jawapan aku dengan shujin simple. Mengikut observation kitorang Syllabus budak pra sekolah kat Malaysia lebih kurang sama. Kalau masuk umur 3 tahun sekali pun, nanti dia akan ulang sampai budak tu 5 tahun benda yang sama. Mungkin tambah vocab lebih sikit. Advance sikit sikit. Bukan tak baik hantar anak belajar ABC awal. Tapi aku rasa belum ada keperluan.

Personally pada pendapat aku, early child education adalah tanggungjawab ibu bapa. Bukan setakat belajar ABC. Tapi basic manners etc. Biasanya bila pergi sekolah. Cikgu akan bagi kerja rumah. Akan ada exam. Sedikit sebanyak ini akan mengganggu masa budak budak bermain. Sebagai ibu bapa. Kita sendiri pernah melalui zaman kanak-kanak. Bermain adalah satu process yang penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Kalau dibebani dengan kerja sekolah, exam (walau pun mungkin sedikit) ia akan menyebabkan anak-anak jadi stress.

Aku tak cakap aku betul. Tapi sistem persekolahan kita sangat exam oriented. Dan menyebabkan anak-anak yang kurang berkebolehan dalam bidang akedemik rasa ketinggalan. Sedangkan setiap manusia dijadikan berbeza dengan kelebihan masing-masing. Kalau budak tu tak excel dalam pelajaran mungkin ada satu bidang lain yang dia excel. Tapi sistem pembelajaran di Malaysia tak hiraukan semua tu. Kalau ko tak bagus, kalau ko tak score cikgu tak pandang.

Dalam artikel ni penulis ada cakap yang Finnish education (Findland) adalah yang terbaik di dunia. Diorang tak exam oriented dimana ianya mementingkan equality. Antara pendekatan yang diamalkan adalah proses pembelajaran yang menyeronokkan dan suasana yang tidak memberikan tekanan. Melalui pendekatan yang mereka buat, anak-anak akan membesar dengan value yang betul dan basic skill untuk make a living. They don't do school ranking, no national tests (test Cuma masa umur 16 tahun). The important things adalah, finnish children don't start school until they're 7.

Berbeza dengan kat sini. Kat sini, kecik kecik lagi mak bapak atau cikgu tanya. Da besar nak jadi apa? Yes. It is a simple question. Simple answer. Lepas tu mak bapak atau cikgu akan cakap. Kalau nak jadi XXX kena belajar pandai pandai.

Aku bukan nak kutuk cikgu cikgu kat Malaysia ni. Tapi aku kesian. Yang mana jadi cikgu sebab tak ada pilihan kerjaya yang lain. Bila budak budak tak berapa pandai, jadi stress. Nak marah. Tak ke terfikir yang penyampaian mereka sendiri yang ada masalah? Atau pun tak ke dia terfikir. Mungkin sebab dia buat kerja half hearted ilmu tu tak sampai kat murid murid.

Sebab tu aku tak jadi cikgu. Aku tak malu nak mengaku. Aku memang tak penyabar. Baik jadi kerani. Ngadap kertas lebih baik buat aku.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com