Assalamualaikum
Mungkin ramai parents yang rasa risau pasal vaksin ni dan tak tau dan tak pasti pasal decision nak cucuk atau tidak.
Ramai yang share kat FB kenyataan dari KKM tentang isu vaksin. Tak salah kenyataan KKM tu. Cuma nasihat aku pada parents. Buat la research sendiri juga. Jangan harap orang suap segala benda. Kalau orang suap makanan sedap sedap bagus la. Kalau orang suap taik?
Anyway. Bagi sesiapa yang nak start membaca tentang vaksin dan taktau nak mula dari mana. Cuba mulakan pembacaan dengan penyakit penyakit yang dilindungi oleh vaksin. Bak kata orang. Kenali musuh kita. So musuhnya sekarang adalah penyakit.
Chicken pox
Measles – campak
Hepatitis
Polio
Rubella
Dan lain lain lagi. Kenali penyakit penyakit ini. Apa punca, tanda tanda, komplikasi yang mungkin berlaku, cara penjagaan dan lain lain lagi. Selepas tu, tengok pulak apa vaksin yang melindungi penyakit tersebut. Tengok kandungannya. Kemungkinan adverse reaction dari vaksin tersebut. Macam mana nak handle kalau berlaku adverse reaction. Dan lain lain research berkaitan. Kemudian. Baru buat keputusan sama ada nak vaksin atau tidak.
Memilih untuk tak vaksin bukan bermaksud kita sebagai ibu bapa tak sayang anak. Vaksin salah satu alternative yang ada. Ada juga alternative lain lagi untuk melindungi anak anak dari bahaya komplikasi penyakit. Dengan penjagaan yang betul, insya allah komplikasi dapat dielakkan. Kalau pilih untuk vaksin sekali pun, bukan bermaksud kita boleh pandang ringan penyakit penyakit tersebut sebab perlindungan oleh vaksin bukan 100%.
Insya allah dari masa ke semasa, aku share apa apa info untuk semua.
Aku bukan nak menghasut sesiapa ok.
Daa
10 comments:
Bapak kakak usia 86 tahun tak ada vaksin dedulu kan tapi alhamdulillah sihat sampai kini tapi anak-cucu dia semuanya fully completed dgn vaksin yg KKM arah (sebab naif) salah sikit aje demamlah, selsemalah... entahlah - nak kata apa dah jadi bubur..
InshaAllah...akan dibuat research sebaiknya.
setuju tu Rai...
siapa yang was-was bole siasat dulu...
Tapi saya ada baca satu keratan akhbar online di luar negara. Merebak sakit ciken pox ni sebab mak pak diorang taknak amik vaksin ni. Ada kes mati...rasa nya di UK
kakzakie,
ye la kak..zaman mak ayah kita takde pun vaksin vaksin ni..
akmar,
setau akak kat UK, chicken pox vaccine bukan compulsory. Tak masuk dalam schedule pun. kes mati budak kat uk tu tak silap akak sebab budak tu ada severe eczema dan tak dapat treatment yang betul. miscomminication antara doktor dengan ibu bapa. sebab ambik ringan. sebab tu akak tulis. penyakit tu kita kena tau macam mana cara treatment nya. tak boleh ambik ringan je. dan adalah salah kalau kata sakit chicken pox ni disebarkan oleh orang yang tak divaksin. sebab orang yg sebarkan penyakit chicken pox adalah orang yang ada penyakit chicken pox. takde kena mengena sama ada dia di vaksin atau tidak.
yer..ade lagi jalan lain selain ambik vaksin..
harap dijauhkan dr segala penyakit2 tersebut..
kalau kat germany ni, vaksin untuk chicken pox wajib. masa memula kami dtg dulu, doktor mmg nak tengok buku klinik anak2, walaupon anak saya masa tu dah umur 6 thn. terpaksa terbangkan khas dr msia..huhuhu
betul tu yg penting parents kena search cari info dulu !
segalanya di ujung jari kan..semuanya y xtau boleh di gugel saja..btw info y baik tuk para ibu n bapa.
Catat Ulasan