Selasa

Kisah Damia dan Afiqah

Assalamualaikum

Aritu cerita kisah anak-anak lelaki. Sekarang kisah anak perempuan pulak
Suka selfie
Si anak perempuan yang sulung ni dah 5 tahun. Masuk sekolah PASTI Nurul Hidayah Jalan Kebun ni awal tahun aritu. Sengaja aku masukkan sebab dia sibuk nak ke sekolah jugak. Kerap memonteng jugak. Yang aku heran, tengok kat group Whatsapp ibu bapa tu, anak orang lain banyak je kerja sekolahnya. Dia takde bawak balik. Kalau bawak balik kerja mewarna, sampai sudah dia tak buat. Malas aku nak paksa dia. Sungguh pun kerap memonteng, alhamdulillah cikgunya kata pencapaian dia bagus. Periksa akhir tahun dapat no 1. Terkejut mak bapak dia. Hehehe..
Dengan Cikgu Ita, Guru kelas dia
Kat rumah dah boleh harap mintak tolong tengokkan adik adiknya. Walau pun dia kuat buli adik, tapi dia lah yang paling mudah nak mintak tolong. Kalau si abangnya Aqil, asyik nak mintak upah je. Anak-anak pun dah pandai mata duitan macam emaknya. Hahaha.. Si Damia ni kalau makanan dia suka, makannya bertambah tak berhenti henti, sampai aku risau. Tapi badannya macam tulah. Tak gemuk gemuk. Tinggi dah nak sama tinggi dengan abangnya.
Nangis acah-acah sebab tak cukup makan. Buat orang geram je
Si Afiqah Balqis pulak. Dah setahun lebih. Gigi pun dah semakin banyak. Seiring dengan pemakanannya yang macam-macam. Anak perempuan memang kuat makan kat rumah ni. Actually yang tak berapa kuat makan tu Aqil. Memilih sikit. Yang lain semuanya boleh tahan. Afiqah Balqis ni ada ibu susuan sebab sejak pregnant aku tak cukup. Dia pulak tak berapa agree dengan susu formula. Agak-agak dua bulan lepas, aku ada niat nak cari ibu susuan untuk dia. Tapi tak seriously cari sebab agak susah kalau ibu susuan kita baru kenal. Memang dah tertulis rezeki kami, ada kawan sekolah yang cari anak susuan. Alhamdulillah. So si Afiqah ada sorang adik dan abang susuan.
Kalau abang Aisy nak bergambar kena sekali
Anak empat orang ni sangat meriah rumah. Dari segi tahap kesepahannya sampai la kalau nak bersiap pergi ke mana mana. Fikir banyak kali kalau nak makan di kedai. Ye lah. Kita dah biasa dengan anak-anak yang riuh rendah. Tapi tak semua orang boleh terima kan. Karsng tak pasal-pasal gambar kami diambil dan jadi viral kat media sosial. hahaha..

Daa

7 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak dulu angan-angan nak anak ramai tau Rai tapi Allah kurniakan tiga aje. Tak ada lelaki pulak tu. Kalau dpt 4 pun jadilah tapi dptnya 3 tetap syukur jugalah banding kakak abang ada yg tak ada langsung..

Kakak kalau baca blog yg cerita kisah anak memang suka. Rasa macam nak peluk aje bebudak tu. Sepah/kecah tu biasalah dah kata pun budak.

lieyalatif berkata... [Reply]

lain anak lain peel nye kan rai.... dpt yg rajin tu aduhai sejuk perut kan...leh tolong tgk adik2 pun dah cukup baik heheheehehe....

betul rai..srkang takleh silap amik gambar sikit mule laa viral...penangan media sosial eheheeheheh

saniahibrahim berkata... [Reply]

Pandainya ,selalu ponteng pun boleh dapat no satu...
Biasa lah rai ada anak kecil2 ni kalau sepah orang tak kisah ....

Aziela berkata... [Reply]

Seronoknya anak2 ramai. Meriah kan Rai. Akk suka tgk famili family yg meriah makan sama2.

http://norizawani.blogspot.com/ berkata... [Reply]

Akak pun... anak masih tak reti nak berdikari. Kena suruh tiap hari...

Adoii la... kalau tak masuk bilik mereka barang sehari... esoknya dah jadi macam kapal karam... sana sini kertas !

Adeh adeh adeh...

Sib baik dah besor, boleh la bawak ke kedai makan... tak ada la jadi viral... hahaha...

Syamimi Saad berkata... [Reply]

Hebatnya si kkak blh dpt no.1. Wlpn monteng, tp dia jnis cepat tngkap yng dia bljar..
Seronoknya ank2 membesar sekaligus. Tp sy x brni. Risau x terhandle je.

Syamimi Saad berkata... [Reply]

Kalau anak 4 umh bersepah boleh pham. Sy ni zahra sorang pun dh mcm 3-4 orng ank. Haha

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com