Memaparkan catatan dengan label kompos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kompos. Papar semua catatan

Khamis

Kekacang dah berbuah?!

Assalamualaikum

Pokok kekacang kesayangan dah mula berbuah. Actually sejak minggu lepas dah berbunga. Aku tak sempat nak ambik gambar. Pagi ni baru ada masa sikit nak membelek sebab aku cuti pagi. Tengok tengok dah ada kekacang berbulu itu keluar. Hahaha..

nampak tak bulu bulu tu.. hahaha
Benih kekacang ni actually adalah kacang soya dari Jepun. Mungkin ada yang tertanya. Apa la yang bersungguh sangat aku tanam kacang soya jepun. Kat Malaysia kan ada kacang soya. Bezanya ialah, kacang soya dari Jepun ni non-GMO (GMO - Genetically modified organism). Berbeza dengan kacang soya kita. Means that, ianya lebih baik untuk kesihatan. 

Tanah kat area rumah aku ni sebenarnya sangat tak subur. Penuh batu bata. Nak tanam pokok ni aku masukkan kompos yang aku buat dan tanah 3 dalam 1 beli kat nursery. Aku tak letak baja apa pun. Cuma siram dengan air basuh beras. Gemuk je nampak pokoknya. Jaganya pun mudah sangat. 

First batch ni nak buat benih untuk batch akan datang. Nak tanam dalam 20 pokok gitu ke. Baru sedap nak makan. Hehehe..

Pokok lain masih kecik-kecik lagi. Belum ada hasil. Tapi insya allah. Projek tanaman ni akan diteruskan demi menyahut seruan pak menteri kita. Hahahaha..

Daa


Rabu

Perkembangan tanaman

Assalamualaikum

Gigih pepagi buta ambik gambar pokok dengan henpon cap ayam. Hahaha..

Edamame dah mula berbunga. Terpaksa dipancang dengan dua batang chopstick sebab angin kencang, dan hujan lebat aritu. Habis rebah pokok-pokok. Yang putih putih tu, beras rosak yang direndam lama.. Buat baja.. hehehe...

Pokok cekur dah mula beranak. Asalnya anak pokok tu mak yang bagi. Aku cucuk dalam polibeg dulu. Nanti tak tau lah nak pindahkan ke mana. Biar la dulu sementara nak membesar. Lepas ni senang la nak buat pecal terung, pecal ikan pari (orang jawa sebut pecel)... Pecel lele pun sedap agaknya.. Tapi aku tak suka sangat ikan keli. Shujin la suka. Hehehe..

Gelap sikit gambarnya.. Ni tapak semaian pokok tembikai dengan sawi pak choy. Kadang sempat kadang tak siram.. Dah keluar sikit pucuk tembikai tu. Harapnya bertahan dan membesar. Nak pindahkan nanti mintak tolong shujin buatkan trellis untuk dia menyulur. Hehehe..


Harap-harap mendapat hasilnya nanti. Salah satu jenis terapi untuk aku yang stress dengan kerja kerja opis. Bila balik rumah. Pakai sarung tangan, pegang cangkul. Belek tong ulat (kompos).. Atau cabut rumput sikit sikit.


Zaman ekonomi tak berapa nak bermutu ni kena pilih terapi yang tak spend duit sangat. Kalau terapi shopping, rabak poket den. hehehe..

Apa terapi stress korang?

Daa

Khamis

Apa???! Kompos sebenarnya tak berbau?

Assalamualaikum

Iya.. Ramai orang salah faham tentang kompos.

Tsk tsk tsk..
Kompos yang seimbang tidak berbau dan tidak attract lalat. Bukan lah tak berbau langsung. Tapi baunya tak mengganggu persekitaran dan kejiranan. Kalau berbau teruk tu maksudnya ada lah yang tak kena dengan kompos tu. Di banyak negara maju, diorang ada jual tong khas untuk kompos. Ada jugak yang DIY je. Sedikit ubahsuai pada tong cat atau kayu-kayu terbuang dah boleh jadikan tong kompos.

Tong kompos aku guna tu mak aku yang bagi. Tong baja ayah guna. Dapat dua tong. So aku guna satu, bila dah penuh, aku masuk satu lagi. Tapi belum ubahsuai. Tunggu shujin drill lubang supaya air atau moisture tak berkumpul dan menyebabkan bau busuk.

Apa yang dikatakan kompos yang seimbang?
Kompos terdiri daripada dua elemen. Iaitu elemen hijau dan coklat. Terdapat juga sampah yang kita boleh kompos dan yang tak boleh dimasukkan ke dalam tong kompos.

Apakah elemen hijau dan coklat dalam pengkomposan?
Elemen hijau tu adalah sampah yang rupa dia macam dalam keadaan asal masa hidup. Contoh, lebihan sampah dapur, daun kangkung, rumput yang baru potong. Ianya kaya dengan nitrogen yang induce proses pereputan. Tapi kalau terlalu banyak elemen hijau ni dalam kompos kita. Ianya akan jadi berbau dan attract binatang macam lalat dan tikus. Biasanya 20%-50% sampah terdiri dari elemen hijau untuk bentuk kompos yang baik.

Elemen coklat pulak elemen yang kaya dengan karbon. Contohnya macam kertas, rumput kering, habuk kayu. Kalau sampah berbau busuk, maksudnya kurang elemen coklat ni. So tambah lagi daun kering ke kertas. Kadbod kotak tu pun boleh. Tapi kalau terlalu banyak elemen coklat, proses kompos akan jadi perlahan. Recommended ratio bagi sampah coklat adalah 50%-80%.

Jangan bagi tong kompos berair. Sebab tu kena buat lubang kat bawah atau pun, tambah elemen coklat ke dalam tong kompos. Tapi jangan kering sangat. Kalau terlalu kering, pereputan tak berlaku. Hahaha.. Kompleks sikit la. Kadar airnya macam kalau span dah perah airnya. Lembab lembab je. Lepas tu 3-4 hari sekali kena kacau-kacau sikit. Inilah part paling ngeri dan geli bagi aku sebab godek godek jumpa ulat. Hahaha..

Antara benda yang tak boleh masuk dalam tong kompos adalah makanan yang dah dimasak, yang berasaskan susu dan daging. Unless kalau guna sistem bokashi (yang ni kita sembang lain. Aku pun masih belajar) Kalau kat rumah ni, sampah tulang ke daging tu aku tanam. Kalau makanan dah masak, contoh lebihan nasik, aku cuci kalau kena kuah ke apa.. Lepas tu masuk dalam tong kompos. Make sure jangan termasuk minyak. So nasik goreng tak boleh masuk tau. hehehe..

Oleh kerana kompos ni tak attract lalat. Ulat sampah yang merenyut renyut tu takde lah. Yang ada adalah larva BSF (black soldier fly). Larva BSF sangat sangat membantu proses pengkomposan. Cepat diorang makan sampah tu. Gemuk gemuk weh. Hahaha.. Ada satu blog tu tulis, kalau betul betul banyak. Sampah tak sempat bau, diorang dah proses jadi kompos. Best gila. Hahaha..

Aku tak tau macam mana BSF ni boleh jumpa tong kompos aku, sebab actually aku tutup tong tu. Ada sikit je ruang untuk masuk. Dalam 2-3 hari je dah boleh nampak larvanya tu. Mula mula aku ngeri. Tapi bila tau tu BSF, jadi eksaited. Hahaha. Yang menariknya, larva BSF je makan. Aku bagi diorang makan selama mana diorang nak. Katanya bila larva dah nak bertukar, diorang akan keluar sendiri dari tong tu. Lalat black soldier ni, tak ganggu manusia. Dan uniknya, lalat dewasa BSF tak mempunyai mulut atau sebarang mekanisme untuk makan. Jangka hayat sebagai lalat dewasa adalah pendek je. Just untuk produce telur kot.

Bila dah siap kompos, aku campak je ulat ulat tu sekali ngan dalam tanah. Huhuhu.. Damia kata, kesian ulat ibu. Kalau bela ayam, boleh bagi ayam makan. Sebab larva BSF ni kaya dengan protein. Uhuhuhu..

Ada masa nanti aku ambik gambar ulat belaan kami tu.

Sedikit info pasal cara kompos : Cara yang betul buat kompos
Cerita pasal the amazing BSF.. hahaha

So, tak perlu takut dan geli nak mengompos dah lepas ni. Sebab kita buat perkara baik untuk selamatkan bumi kita. Jom join kempen sampah ni..

Daa

Rabu

Mari mengompos, jangan ketinggalan

Assalamualaikum

Tahu tak yang pengkomposan adalah satu trend yang makin mendapat tempat dalam masyarakat. Bukan kat kampung je.. Kat bandar pun.

So kalau korang jenis yang follow trend semasa. Jangan ketinggalan.

Aku dah masuk tong ketiga mengompos. Bela larva black soldier fly (BSF). Walau pun aku ni penggeli, tapi seronok tengok ulat BSF tu gemuk gemuk makan sampah dapur. Bekerja keras menghasilkan baja untuk tanaman kami. Hehehe..

Iye. Mungkin ada yang akan kata. Ala buat apa susah berkompos. Baja boleh beli. Organik tak organik. Semua ada habaq kat hang. Tapi tujuan aku berkompos dan bercucuk tanam ni ada banyak sebab.

(1) Kepuasan peribadi. Seronok tengok tanaman membesar.
(2) Ketenangan jiwa. Honestly, balik rumah, stress atas jalan yang jem, stress kat opis. Hilang bila balik tengok pokok dan ulat ulat yang menggemuk dengan jayanya
(3) Aktiviti sekeluarga. Salah satu cara kami spend masa sama-sama. Shujin banyak tolong buang rumput, cangkul tanah, buat lubang etc untuk projek kami ni. Anak-anak walau pun geli geli nak main tanah, tolong tolong jugak.
(4) Mengurangkan pengeluaran sampah. Dengan mengomposkan bahan buangan dapur, kami dapat kurangkan pengeluaran sampah hampir separuh tau. Sampah pun tak berbau busuk sangat sebab yang contribute busuk ni kan sampah dari dapur tu. Of course la diapers bebudak ni lagi busuk. hehehe..
(5) Menyelamatkan bumi. Adalah satu perasaan yang sangat best bila kita tau kita lakukan sesuatu untuk selamatkan bumi. Demi masa depan anak-anak.

Bak kata orang.. Kita bukan mewarisi bumi ni dari generasi lalu, tapi kita pinjamnya dari generasi akan datang. So barang pinjam kena lah jaga bebaik.

So, dah join kempen sampah? Hadiah tak bagitau pun. Sibuk promote suruh orang kempen kan aku ni. Hahaha.. Tapi dah ada dua orang yang join. Yey~!

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com