Khamis

Kekacang dah berbuah?!

Assalamualaikum

Pokok kekacang kesayangan dah mula berbuah. Actually sejak minggu lepas dah berbunga. Aku tak sempat nak ambik gambar. Pagi ni baru ada masa sikit nak membelek sebab aku cuti pagi. Tengok tengok dah ada kekacang berbulu itu keluar. Hahaha..

nampak tak bulu bulu tu.. hahaha
Benih kekacang ni actually adalah kacang soya dari Jepun. Mungkin ada yang tertanya. Apa la yang bersungguh sangat aku tanam kacang soya jepun. Kat Malaysia kan ada kacang soya. Bezanya ialah, kacang soya dari Jepun ni non-GMO (GMO - Genetically modified organism). Berbeza dengan kacang soya kita. Means that, ianya lebih baik untuk kesihatan. 

Tanah kat area rumah aku ni sebenarnya sangat tak subur. Penuh batu bata. Nak tanam pokok ni aku masukkan kompos yang aku buat dan tanah 3 dalam 1 beli kat nursery. Aku tak letak baja apa pun. Cuma siram dengan air basuh beras. Gemuk je nampak pokoknya. Jaganya pun mudah sangat. 

First batch ni nak buat benih untuk batch akan datang. Nak tanam dalam 20 pokok gitu ke. Baru sedap nak makan. Hehehe..

Pokok lain masih kecik-kecik lagi. Belum ada hasil. Tapi insya allah. Projek tanaman ni akan diteruskan demi menyahut seruan pak menteri kita. Hahahaha..

Daa


12 comments:

Unknown berkata... [Reply]

cepat jugak berbuahnya..tak pernah makan kacang ni..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Good sign Rai. Dah ada misi nak tanam banyak laaagi bagus. Puaslah makan soya jepun lepas ni.

Kan kakak dah kata sekali kita mula bercucuk-tanam rasa sehari tak tengok pokok macam tak puas. Penuhkan semua area tanah yg ada Rai. Kakak ni rumah tanah secoet pun tak ada ruang yg kakak biarkan. Halia/kunyit/serai/pokok kari/pandan semua ni yg tak perlu penjagaan rapi tanam sebab mesti hidup punya.

nita berkata... [Reply]

wah..tahniah..alhamdulillah..
teruskan usahamu.. ^_^

Unknown berkata... [Reply]

makcik!
tunggu kitaorg datang kutip hasil yer...kikikiki..

Unknown berkata... [Reply]

Salam ukhuwah,

simpan benih edamame sikit utk sy juga, :D

imm berkata... [Reply]

edamame sedapp..layan kunyah depan laptop (mase skolah dulu la)
dah lame x jumpa edamame huhu..

aizamia3 berkata... [Reply]

sama dengan mama kaori.. tunggu akak datang petik sesama.. hehehe..

Mawarni Sani berkata... [Reply]

bagus, lpas ni boleh jd pekebun soya
aku ni entah bila nak beli baja
eh pasu pun xde gak ni

Coco Puff berkata... [Reply]

as salam.nk beli benih boleh?

Unknown berkata... [Reply]

@Coco Puff, salam.. maaf ye.. kami baru start tanam semula.. benih takde extra.. kalau nak beli, boleh check kat mylestaryseed. kalau nak beli dari saya, kena tunggu 3 bulan lagi lah..

Star M berkata... [Reply]

Rai benih soya je pun Tu Dah ade ke?? Saya nk beli ngan awk

Tashaa berkata... [Reply]

Salam, Dah ada ke benih?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com