Memaparkan catatan dengan label Edamame. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edamame. Papar semua catatan

Selasa

Perkembangan tanaman

Assalamualaikum

Dah lebih kurang 8 bulan pindah. Dah dekat setengah tahun jugak aku berjinak-jinak bercucuk tanam kat sekeliling rumah. Banyak belajar dari ayah dan group petani moden kat FB. Banyak betul tips yang orang kongsikan. Macam-macam jenis boleh tanam. Tiap kali tengok post kat FB mesti rasa teruja.

Cumanya.. dengan kederat aku sekarang ni memang tak berapa nak daya lah. Semangat tu tinggi dah. Nasib baik shujin banyak membantu. Sambil-sambil tu kami kemas sedikit sebanyak laman yang berserabut tu. Maklumlah, orang tak berapa nak ada. Bukan semua benda kami mampu nak upah orang.


 Tomato, tembikai kuning, cekur, kunyit, mempelam, daun kesom, pudina, mulberry..

Eh.. Banyak jugak pokok-pokok ni. Ada yang tumbuh tak berapa nak subur macam tomato tu. Hidup segan segan. Tapi so far alhamdulillah. Banyak yang dah mula nampak hasil. Serai dah tak payah beli dah.
Ni tembikai kuning. Shujin dengan anak-anak paling suka tembikai. So tanamlah bebijinya. Baru nak belajar berbuah. Harap dapat dimakan hasilnya nanti.

Kacang edamame dah dua kali dapat hasil. Sampai dah agak jemu makan. So aku frozenkan sikit nak rebus tabur dalam salad diorang. Jadi lah. Buat kudapan depan tv kan. Organik dan non-GMO gitu..

Walau pun tanah cuma sekangkang kera, sedikit sebanyak cuba jugak kitorang manfaatkan. Itu pun tak termampu nak diuruskan dengan baik. Banyak lagi yang kosong dengan rumput rampai liar. Ni baru nak tambak dan ratakan sikit-sikit. Kemudian tanam rumput elok sikit. Barulah sedap mata memandang. 

Semoga datang semangat dan ketekunan nak siapkan sebelum habis 2016. Hahahaha.. Aku dah sarat satgi shujin je lah yang mengerjakannya. 

Daa

Rabu

Perkembangan tanaman..lagi!

Assalamualaikum

Seronok seronok.. Musim hujan ni tak payah nak menyiram selalu. Cuma make sure benih yang tengah disemai tu siram sebab aku letak dalam tisu yang dibasahkan atau letak kat bawah bumbung. Tak berapa nak kena hujan. 

Nampak tak kacang edamame yang bergentel gentel tu. Geramm.. Tak sabar nak tuai. Tapi tuaian pertama ni untuk dapatkan benih. Penuhkan laman dengan pokok edamame. Hahaha.. Sekarang ada 14 pokok sebaris. Pokok edamame ni berbuah sekali je. Lepas tu mati. So kena simpan benihnya lah. Anak-anak suka kacang edamame ni. Rebus dengan sedikit garam je. Diorang makan sambil tengok TV berebut-rebut makan. Rasanya lemak. Memang sedap. Berkhasiat pulak tu.

Laman tepi yang masih huru hara. Ya, aku tau memang bersepah. Penuh batu weh. Jiran sebelah menyebelah upah bangla tanam rumput. Murah je. RM2k. Awal-awal aritu diorang quote sampai RM3k. Pandai bangla meniaga. Aku rasa membazir sangat. Dah la diorang tak ratakan betul betul tanah tu. Lepas tu rumput lain tumbuh. Rugi je. Tapi orang lain takpe la.. Diorang banyak duit. Kami ni banyak lagi hal lain nak didahulukan. Lagi pun aku suka aktiviti menyangkul. 

Tiap pagi hujung minggu memang sibuk membelek tanaman dengan tanah. Setakat sekarang baru sikit. Kami plan nak buat raised bed untuk sayur sawi nanti. Sikit demi sikit la. Sebab masing masing sibuk. Rumput kat rumah ni bukan pandai nak duk diam. Dah cabut pun laju je tumbuh balik. Yang tumbuh bertompok tompok tu semua rumput baru. Aku tengah nak cari lori jual pasir. Lepas cangkul rumput satu bahagian dengan buang batu tu, kami nak timbun pasir atasnya. So terkawal sikit rumput. Taknak lah guna racun rumpai. Pertanian organik kononnya. Hehehe..

Anak-anak si Damia dengan Aisy rajin menolong. Aqil anak orang bando katanya. Hahaha..

Ada sesiapa nak kuruskan badan, nak buang peluh hujung minggu mai lah rumah. Boleh tolong angkut batu dan cabut rumput. Aku hidang air oyen sejuk buat membasah tekak. Hehehehe..

Daa

Khamis

Kekacang dah berbuah?!

Assalamualaikum

Pokok kekacang kesayangan dah mula berbuah. Actually sejak minggu lepas dah berbunga. Aku tak sempat nak ambik gambar. Pagi ni baru ada masa sikit nak membelek sebab aku cuti pagi. Tengok tengok dah ada kekacang berbulu itu keluar. Hahaha..

nampak tak bulu bulu tu.. hahaha
Benih kekacang ni actually adalah kacang soya dari Jepun. Mungkin ada yang tertanya. Apa la yang bersungguh sangat aku tanam kacang soya jepun. Kat Malaysia kan ada kacang soya. Bezanya ialah, kacang soya dari Jepun ni non-GMO (GMO - Genetically modified organism). Berbeza dengan kacang soya kita. Means that, ianya lebih baik untuk kesihatan. 

Tanah kat area rumah aku ni sebenarnya sangat tak subur. Penuh batu bata. Nak tanam pokok ni aku masukkan kompos yang aku buat dan tanah 3 dalam 1 beli kat nursery. Aku tak letak baja apa pun. Cuma siram dengan air basuh beras. Gemuk je nampak pokoknya. Jaganya pun mudah sangat. 

First batch ni nak buat benih untuk batch akan datang. Nak tanam dalam 20 pokok gitu ke. Baru sedap nak makan. Hehehe..

Pokok lain masih kecik-kecik lagi. Belum ada hasil. Tapi insya allah. Projek tanaman ni akan diteruskan demi menyahut seruan pak menteri kita. Hahahaha..

Daa


Isnin

Selamat kembali ke sekolah~!

Assalamualaikum

Dah pun habis cuti sekolah. Sekejap je kan. Takde ke mana mana pun kami cuti sekolah ni. Just aku bawak diorang makan makanan kegemaran dan mengulit pokok pokok yang ditanam.

Kami laki bini bimbang habis tengok dedaun kuning tu lepas dipindahkan. Rupa rupanya daun asal je yang kuning tu. Memang akan jadi macam tu. Hehehe.. First time tanam pokok ni. Mana nak pi tau kan. Hehehe..
Alhamdulillah. Pokoknya sekarang segar bugar menghijau. Harap harap membuahkan hasil.

So far kami cuma guna baja organik. Siram dengan air beras dan baja taik ayam. Selain tu aku letak kompos yang buat sendiri tu. 

Apparently, aku lagi suka menghabiskan masa kat luar rumah dari mengemas dalam rumah. Puncanya, aku stress dengan tingkap yang tak dapat langsir lagi tu. Ada masalah dengan syarikat langsir. nanti la aku story. Gerammmm sangattt..

Ok..

Selamat bekerja.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com