Selasa

Oh terasa tua pulak

Assalamualaikum
Aqil start darjah satu this year. Bermaksud anak lelaki sulung kami dah 7 tahun. Dah 7 tahun aku jadi ibu. Macam tak caya. Walau pun persekolahan bermula 12hb January, kami kena pergi daftarkan Aqil 2hb, Jumaat aritu. Ada ujian saringan jugak. Kami sangat risaukan dia. Takut dia frust bila tak dapat jawab. Tapi bila tengok dia ok je, aku pun rasa lega. Betul ke salah tu tak penting. Yang penting dia konfiden. Hahaha..

Damia pun start PASTI tahun ni. Tak tahu la anak dara keledek tu ok ke tidak. Hari orientasi semalam, dia berkenalan dengan kawan yang nama Damia jugak. Masa bermain, entah anak dara siapa, cubit belakang dia. Si Damia ni pemalu sikit orangnya. Dia diam je. Datang menyorok kat aku dengan muka sedih kena cubit ngan kawan. Alahai anak.. Cuba la melawan sikit. Kalau ye pun pemalu. Jangan bagi kawan buat kat kita. Hehehe..
Di Abuain Kitchen

Aku dengan shujin masih agak sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti mengemas rumah T_T

Harap dapat aktif seperti sediakala dalam jangkamasa terdekat.. Sangat rindukan blog nan satu ini.. Nak share resepi, nak share cerita kami, anak anak lagi.. tips macam macam dah dok kumpul.. Nak mengarangnya tu kurang masa..

Daa

10 comments:

Dr K berkata... [Reply]

Jadinya, anak saya si Ziyyad sebaya lah dgn si Aqil....:)

Betul tu, bila anak dah masuk sekolah ni, otomatik rasa diri dah tua...wakakakaka

Siti Sharini berkata... [Reply]

Haikal tahun depan darjah 1! so saya patut rasa muda lagi tahun ni hahaha

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Masa berlalu dengan pantas dan kita pun semakin tua...

Ujie Othman berkata... [Reply]

rasa tua, tapi nampak muda..ok lagi. hehee

Aziela berkata... [Reply]

Rai...kalau Rai rasa tua, akak ni rasa cam nenek la yer...hahahahaha. Takper...awak kalau orang kata budak sekolah pun, orang percaya. Muda belia, gitu.

Acik Erna berkata... [Reply]

Camana la acik ni kan Rai..kalau anak baru darjah satu dah rasa tua kan

Irfa berkata... [Reply]

baru darjah 1, ko dah rasa tua
aku ni dah tgkatan 2, rasa apa ye? rasa oren eh?

oh dah pndah ke?

Unknown berkata... [Reply]

damia sama cam anak perempuan saya la..masa masuk tadika hari2 mengadu orang buat.tak tahan pun kita dengar,hari2 kami ajar dia melawan..kalau kawan buat pergi kat dia tumbuk je..hahahha...memamng la tak elok ajar gitu..tapi sekkurang2 nya nak dia tahu cara nak melindungi diri dia bagi orang takut.sebab kebanyakan budak2 yang dibuli adalah sebab dia tak tahu melawan.

adianiez AIDA berkata... [Reply]

selamat berskola anak-anak...
skola = fun !
understood, pindah rumah memang menuntut masa yg byk :)

Unknown berkata... [Reply]

Anak masuk sekolah 1st time, mesti akk dgn abg shujin pun excited sama kan..haha.. bila akk kata dah 7 tahun jadi ibu, Sya rasa jauh lagi perjalanan Sya nak tunggu Aniq besar..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com