Khamis

Aqil & Aisy

Assalamualaikum

Aqil dah habis darjah satu. Gigi pun dah empat batang hilang. Baru ni, gigi dia tercabur sebatang, esoknya main ganas sangat dengan Damia, terpatah pulak sebatang lagi. Jadi la seperti ni..

Nasib baik dah minggu terakhir sekolah. Itu pun kena pergi sekolah last day, dia kata malu sebab gigi tak ada. Hehehe.. 

Si Aisy Thaqif pulak. Cakapnya semakin banyak. Kalau dikumpulkan keempat empat mereka. Pening ayah dia. Semua ada je yang nak dicakapkan. Oh, Afiqah belum pandai cakap. Tapi dah boleh buat gestures suruh tengok. Siap tarik tarik baju lagi selagi tak tengok. Sabo je ayah dia. Aisy ni bukan main manjanya sekarang. Lagi-lagi kalau dengan ibu. Adik dah duduk kat riba, dia pun nak berkepit. Persistent nya pun boleh tahan. Dah sampai umur dia la tu. Tapi, keduanya tetaplah abang yang penyayang pada adik adik mereka. Hehehe..

Cepat je rasanya bebudak ni besar. Aqil dah nak masuk darjah dua. Aisy pun dah nak dekat 3 tahun. 

Mana pergi gambar yang dua lagi.

Nanti lah upload pulak ye.

Hehehe..

Daa


11 comments:

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

eeeh gigi dah tggal...hehehe...nnti dah dapat gg kekal, kembali encem la abg tu nnti...hehehe....

ANIM berkata... [Reply]

pagar depan dah roboh...sure susah aqil nak sebut "s"..hihi..
biasalah, anak murid kak ramai dah roboh pagar depan. cute aja bila gelak..

aisy blh lelap dalam troli..haha

lieyalatif berkata... [Reply]

biase mcm tu la rai...masuk zaman sekolah menengah gigi mule gugur heheeheheh...kdg2 malu dierog kan...tapi nak buat camne lumrah kehidupan kan heheheehehehe

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Seronok anak-anak masih kecil macam ini
Tak payah ngendeng ambil anak orang pinjam ajak main
Boleh main dgn mereka semua ni.
masing-masing tengah membesar macam-macam yg buat kita ketawa kan:)

aizamia3 berkata... [Reply]

Macam2 kerenah anak2 kan.. ;) tersenyum tengok aksi dorang.. ;)

PetakBunga berkata... [Reply]

untung muda2 anak ramai..
aku teringin sangat nak tambah anak..huhu

Dr K berkata... [Reply]

Hahahahhaa...puas saya tunggu loading, ingatkan nak tunjuk gambar ke empat empat orang anak...rupa rupanya 2 aja!

babYpose berkata... [Reply]

Assalamualaikum Rai, Alhamdulillah dah besar semua, comel Aisy.Rindu semua

Syamimi Saad berkata... [Reply]

Nti dh besar pnjng, rindu msa dorang kcik2 kan kak..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Hai no Aqil Mubarak comel Kan says

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Hai ni aqil Mubarak

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com