Sabtu

Resepi roti canai emak yang sedap dan mudah

Assalamualaikum


Sebagai anak emak, aku memang rasa roti canai mak aku yang terbaik yang pernah aku rasa setakat ni. Dibandingkan dengan roti canai kat kedai memang tak terlawan lah. Sungguh pun ada apprentice mak yang datang belajar buat roti canai dan bukak kedai, tapi tetap tak boleh lawan roti canai mak. Aku rasa yang membuatkan roti canai mak yang tersedap bagi aku adalah, rotinya tebal tapi rangup diluar dan lembut di dalam, setiap lapisan roti tu nipis membuatkan roti tu rangup walau pun tebal. Sekilo tepung, cuma dapat lebih kurang 18 keping roti. Makan sekeping dua dah kenyang. Tapi untuk aku tiga keping lah. Hahaha... Dasar mentekedarah..


So setelah beberapa kali shujin mengugut nak hantar aku balik kampung kalau aku tak buatkan roti canai untuk dia, aku pun merajinkan diri buat roti. Aku cakap nak buat 500gm tepung je. Bukan ramai pun. Kitorang laki bini je. Shujin berdegil nak sekilo. Matila aku menguli tepung tu. Tapi shujin nak aku buat kecik kecik je saiznya. Dan nipis. So sekilo tepung tu dapat 35 keping. Makan dua orang okey. Pagi petang siang malam makan roti canai. Mabuk aku!


Resepi roti canai mak aku
Bahan-bahan
Tepung gandum - mak kata cap sauh tu yang terbaik
Air
Gula lebih kurang 2 sudu
Garam sikit
Sebiji telur
Marjerin secukupnya


Kaedah
Gaul tepung gandum dengan garam. Buat bulatan kat tengah. Pecahkan telur dan kacau. Lepas tu masukkan air. Uli sampai tak melekit. Lepas tu bahagikan kepada beberapa bahagian. Lebih kurang 50g setiap bahagian. Lepas tu bulat-bulatkan. Sapu dengan marjerin ke semua bahagian. Jangan ada yang tertinggal. Tutup lepas tu simpan sekurang-kurangnya 6-8jam. Aku biasanya buat malam. Pagi baru tebar. 



Lepas dicanai lipat-lipat dan bentukkan bulat macam ni. Jangan lupa
letak marjerin masa setiap proses
Penyek penyek untuk digoreng 
Selepas digoreng. Goreng pun letak marjerin tau
Kalau kat kedai diorang banyak guna minyak je. Tapi kalau guna marjerin lebih sedap dan wangi. Kos nak membuatnya pun murah gila. Aku dapat 35 keping tu lebih kurang saiz kedai makan. Maksudnya kalau jual dapat RM35. Kosnya baru berapa hengget. Gila lah. Aku patut bukak kedai makan. Hahahaha..



Selamat menyambut Maal Hijrah & berhujung minggu.


Daa

11 comments:

NURUL ASHIKIN berkata... [Reply]

sedap nya..saya nak cuba jugak kot2 menjadi

Acik Erna berkata... [Reply]

Selamat Menyambut Maal Hijrah.
Dapat 35 keping Rai..banyak tu..mau berhari@ makan roti canak selagi tak habis.

Bella berkata... [Reply]

Ooo... camtu ke cara buat roti canai... senang je... Cuma tahu buat jemput2 je...hehe

♥MAMASYAZA♥ berkata... [Reply]

pagi ni pun bfast roti canai, tapi tak penah cuba buat sendirik. sekrg akak dah dpt resipi dari rai, akak nak cubalah lepas ni. tq so much

Ila berkata... [Reply]

mak apa pun masak ssedap kan...faiz suka makan roti canai tapi entah bila aku nak buat..tak pernah buat2 lagi..selalunya lempeng je...hahaha

lieynanilaz berkata... [Reply]

nak menguli tu yg kadang2 rasa tak sanggup!!...

mummY daniSha berkata... [Reply]

wahhhh..kalau aku jiran ngan ko kan bes....bile ko buat roti canai leh kasik aku sket hahahaha

mummY daniSha berkata... [Reply]

ko gi faiz nye rumh?

Nadri berkata... [Reply]

Mak aku dulu msa kat kg pn rajn jgk buat roti canai...yg bestnya tepung tu dicanai mengguakan dulang besar...sudah tentu saiz rotai canai jauh lbh besar drp yg dijual di kedai....

MULAN berkata... [Reply]

tq tq... nak copy kasi kawan south africa nak balik for good... depa anak beranak suka sangat roti canai...

Fara berkata... [Reply]

Dah lama nak cari resipi roti canai yg gebu mcm nie. Sedapnya! Nak try!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com