Khamis

Tensi

Aku fed-up gile kalau ada one of Client punye employee ni call aku. Sebab aku tak tau la mcm mana company tu bole hire employee yang bengap,lembab...Da la ketegaq..orang cakap tak mau denga..Menyusahkan orang nak terang benda yang sama dua tiga kali..So bengang la aku pagi-pagi ni bila ada sorang makhluk employee bengap yang telefon aku..

Aku pulak bukan jenis boleh tahan sabar sangat kalau mengajar orang yang tak berapa nak pandai ni. Sebab tu aku tak layak jadik Cikgu agaknya.. Hehe..kiranya memang aku bengang la.. tapi time tu je la..time aku taip ni tak dah...

Selasa

Atama ga gangan

Demam da kebah..selsema pun da kurang sangat sangat..tapi kepala aku still rasa cam weng lagi.. Lebih-lebih lagi kalau aku tunduk. Semalam aku kije walau pun tak larat sebab nak kena back up orang lain..Ni lah masalahnya kije aku..sebab aku tak ngikut cuti-cuti Malaysia.So time orang lain bergumbira cuti, aku kena gak gi kije. Tapi yang bestnya mesti la time aku cuti orang lain kena kije..miahahaha..

So semalam..aku mintak maap kat hubby sebab aku memang terpaksa gak gi kije..Sebab aku da janji ngan pris nak cover ngan update kes-kes dia. No choice. Petang tu aku mintak hubby datang ambik sebab badan aku memang tak larat sangat-sangat. Hubby mandikan Aqil ngan masakkan dinner. Sian hubby. Dah la gigi tak baik-baik lagi..Seharian bergelumang ngan Aqil lak tu.hehe..

So semalam lepas balik kije, aku rehat je. Main ngan Aqil. Bangun pagi tadi da elok sikit. Oleh sebab aku takut production merudum, sebaik saja rasa demam tu aku minum air rendaman halba. Boleh la tahan. Setakat ni production maintain lagi walau pun 2-3 hari ni aku malas nak gi mengepam. Instead of 3 kali aku buat 2 kali je sebab dapat hasil yang serupa masa aku pam 3 kali sebelum-sebelum ni..Aci tak..hehe..

Ahad

Kije

Walau pun aku ni bukan penyanyi, tapi suara aku tu kira aset dlm keja aku..Start minggu lepas kitorg hantar mass communication pada Clients..So ramai la peminat (read:client) yang berebut-rebut telefon aku nak bercakap dengan aku..Kebetulannya khamis tu aku puasa..kering gila tekak..Aqil dengan hubby da awal awal lagi selesema..Di tambah lagi dengan sakit gigi hubby.Bertambah la tak sihat dia..

Aku pulak..balik dari keja..lepas bukak pose aku still rasa kering tekak..Esok pagi tekak aku rasa bengkak..Adess..So nak jadikan cite hari Jumaat tu pun banyak call in..Sakit jiwa raga aku melayan peminat aku yang tak berenti-renti nak ajak gaduh..

So kaput la weekend aku sbb aku demam sakit tekak dek kerana banyak sangat call in minggu ni. Boleh bos aku kata...alaaa setahun sekali jee..ceit..saba je la..

Yang hubby lak..tak mau gi klinik pasal sakit gigi dia tu..hehe..Aqil still selesema..Selagi ayah dia selesema..memang tak baik la jawabnya selesema Aqil tu..Anak ayah betull..

Rabu

Depression

I got terrible stress and depression this week which has affect my production a little bit.. I feel like screaming and crying out loud..and the worst is..I don`t know why I feel this way..

Aku rasa mcm nak marah..aku rasa kecewa..rasa nak nangis..yet..aku tak tahu nak buat apa..
Especially waktu kat opis..Aku rasa malas gila nak buat kije..Aku rasa nak marah kat semua orang..saba...saba...

aiii...tensi tensi..

Isnin

Jogging

Semalam aku telah berjaya memujuk hubby gi beriadah kat tasik..hehe..yatta.. Actually aku mengada ngada konon nak keluarkan peluh..

sampai kat tasik..aku pun lari lari lari..Hubby pegang Aqil..Hubby suruh lari 10round..Haha.. mana larat..

Lastnya aku lari dlm 5-6round..tu pun ada cheating sikit..amik shortcut..tapi kiranya aku da berpeluh dengan jayanya la..

Minggu depan nak jogging lagi..

Perangai

Aku paling menyampah naik train kat Malaysia ni..Sebab kebanyakan orang yg naik train adalah orang yg ada attitude..Mungkin aku terbawak bawak sikap nihonjin yang naik train dengan bersopan santun..haha..

Perangai yang aku menyampah sangat sangat...
(1) Jenis yang suka sangat duk menempek kat pintu walau pun kat dalam bahagian tengah tu luas lagi..
(2) Jenis (1) lepas tu bila kena tolak sebab orang lain yang bayar tiket pun nak naik dia kata "Wei jangan tolak la..da tak muat ni..naik train lain la"..
(3) Kalau pengguna komuter lak..dah terang ada line warna warni tu..tapi bila orang announce suruh line up kat line kale biru ke merah ke..buat derk je pi beratur kat line kale lain..Bile komuter sampai..masing masing duk himpit orang yg line up betul betul..buta warna kott...
(4) Kalau ada orang pregnant pun, sanggup buat buat tido sebab tak nak bagi seat tu kat orang pregnant..

Aku nak je cakap kat diorang tu..gila punye selfish la ko ni..ingat ko sorang je ke bayar tiket.. ko ingat duit orang lain tak laku ke.. tapi aku simpan dalam ati je..hehe

To breastfeed or not to breastfeed

Sejak dari hari aku decide aku nak breastfeed Aqil..Aku yakin yg benda tu bukan satu hal yang mudah..Walau pun aku end up dengan merasakan yg breastfeed bukan lah satu benda yg sesukar aku sangka kan..At least tak sesukar nak bangun malam untuk panaskan air dan buat susu untuk anak aku..

Aku dapatkan support daripada hubby yg mana bagi aku paling penting sekali untuk menjaya kan matlamat aku..Alhamdulillah..Hubby positif..Kalau orang cakap suruh beli susu tepung untuk back up kalau susu aku tak cukup dia tolong jawabkan "Nanti kalau tak cukup baru beli"
In fact, sekarang pun dia akan cakap "Susu lembu untuk anak dia la..susu ibu untuk Aqil"

Aku mula menyusukan Aqil lebih kurang 6jam++ lepas dia dilahirkan..Kaki aku masih kebas lepas kena belah.. Since tak ada sesiapa yg beritahu aku waktu tu..Aku usahakan jugak duduk dan susukan Aqil sambil duduk..Event nurse pun tak ajar aku cara breastfeed sambil baring.. Aku blur gak mulanya..Tapi aku tawakal je dalam hati..Aku suakan b* kat Aqil..Aku even tak tahu pun aku ada susu ke tidak. Aku cuma pandai pandai meyakinkan diri sendiri..hehe.. Alhamdulillah..Aqil budak bijak..Ngap..dia hisap..Rasa gak la ngilu ngilu sikit..tapi tak de apa sangat pun..

Walau pun aku tak dapat nak susukan dia dari jam jam pertama kelahiran dia..dan dia da minum susu formula waktu dlm wad..Aku redha..tu rezeki dia..nak buat mcm mana..dah aku pitam.. Sejak dari aku menyusukan Aqil..selalu la ada orang orang yg tau aku breastfeed dan mengepam..diorang rajin la tanya aku..

::Breastfeed lagi ke?
::Belum campur lagi?
::Dok mengepam lagi ke?
Ya masih lagi..Nak menyusu at least sampai 6 bulan..

Mereka mereka tu akan tanya lagi..

:: Banyak ke susu?
:: Cukup ke?
Alhamdulillah cukup..

Mungkin ada orang yg kurang berjaya breastfeed dengan alasan masing masing..Banyak yg aku denga orang kata dia memang jenis susu kurang.. Aku bukan nak tunjuk bagus..tapi bagi aku.. usaha tangga kejayaan..Kebanyakan pasal breastfeed aku belajar dari internet. Ada macam macam cara nak tambah susu..kalau satu tak berkesan..ada sepuluh lagi cara..nak dengan taknak je.. Kalau tak berjaya jugak cuba consult dengan orang yang arif..

Lagi..kalau da tau susu kurang..rajinkan la diri direct feeding atau mengepam..Kalau boleh jangan top up dengan susu formula..Kalau baby nangis bukan semestinya dia tak kenyang.. Kalau pun dia tak kenyang..kena tengok latch on tu betul ke tidak..Mungkin latch tak betul..atau pun mungkin baby sebenanya nak tidur..atau pun kembung..Sampai hari ni, kalau aku susukan Aqil..lepas tu dia menangis or buat perangai jugak.. aku tak pernah anggap dia menangis sebab tak cukup susu..apa lagi sebab nak makan..

Biasanya..kalau aku bagi susu..Aqil mengamuk..maksudnya dia mengantuk..tak pun perut dia tak selesa..aku tak tahu kenapa aku tak pernah fikir pasal susu aku tak cukup waktu bagi direct feeding ngan Aqil..So, takyahla cerita pada aku pasal dia tak berjaya nak breastfeed anak dia sebab "jenis susu kurang"..

Bak kata orang dulu dulu...nak seribu daya..tak nak seribu dalih..

Jumaat

Kije

Sejak dua menjak ni..aku teramat la malasnya nak gi kije..da sampai tempat kije tu memang takde choice la kan kena kije..pagi nak pegi kije tu rasa cam..."aii...bagusnya kalau aku ni suri rumah tangga"..hehe..kenapa yerk??

Adakah kerana :-
(1) Aku rindu ngan Aqil yg makin pandai buat itu ini..mintak ibu waktu ibu gi kije..
(2) Aku kemaruk nak buat kije yg membolehkan aku duduk rumah jaga kebajikan anak dan suami aku..cewah...
(3) Aku memang da malas nak bekerja..duit nak laa..haha..

Aku rasa kesemuanya di atas tu betul...
Semalam aku rasa cam tak puas nak peluk2 Aqil..aku cium2 pipi chubby dia... Dia taknak lansung kat ayah dia..dia nak duk kat dukung ibu dia je..hehe..sian ayah...

So, kaedahnya...aku tengah pk apekah perkara yang aku boleh buat kat rumah dan menghasilkan wang yang sangattt banyak..Apa yek..

Khamis

Baby dan Kunyit

Tensionnya aku...!!! da taip panjang panjang...tetiba ilang lak...sabo je la..

Aku dapat petua ni dari Pakcik Gugel kesayangan ramai tu...Kalau baby hidung tersumbat letak kunyit hidup..Kunyit serbuk tak aci kot..Aqil jangkit selsema dari hubby. Panicked la kejap ibu dia..Nasib baik ada kunyit hidup yg Ma bagi masa balik Kelantan aritu..Aku ambik seketul, genyeh kat anak lesung batu..lepas tu sapu kat batang hidung Aqil. Tengok cara ni berkesan untuk Aqil. Takde la tersumbat hidung dia..Badan dia pun tak panas. Cuma selsema peringkat baru nak jadik..

Satu malam tu asal kering je aku sapu..asal kering je batang hidung dia aku sapu..Waktu Aqil baby aritu aku bole la nak hiris nipis letak atas batang hidung dia..Since dia da pandai buang sendiri benda tu..Aku just gosok je..Pagi tadi aku tengok da tak ada bunyik hidung tersumbat da.. Petang balik kije da takde selsema da..

Tapi....petang ni tengok hubby duk batuk pulak...Jangan la Aqil jangkit batuk dari ayah dia lak.. Mana nak carik petua batuk untuk baby pulak ye...

Selasa

Tabiat Aqil

Tabiat sono 1 :
Waktu direct feeding, kalau dia da kenyang..Dia akan toleh2 keliling dgn n* ibu dia kat mulut lagi..Ibu dia tegur + cuit2 pipi dia pun dia buat tak tau je..Paling tidak pun dia lepas kan n* ibu dia lepas tu sengeh2 pandang ibu dia..Lepas tu sambung minum..Saba je la.. Kadang kadang dia duk borak sambil nenen..dok "enn"..."enn"..comei..hehe..

Tabiat sono 2 :
Kalau dia tau orang nak mandikan dia..dia angkat punggung suruh nak bukakkan seluar dia..

Tabiat sono 3 :
Kalau nampak ibu dgn ayah duk susun2 pinggan nak makan mesti dia merengek nak suruh angkat..bagi la apa jenis mainan pun..nak duduk kat riba jugak..no mercy

Tabiat sono 4 :
Kalau ibu cuti panjang..1st ibu keja semula mesti buat perangai..tak mahu duduk bawah.. nak kena dukung jugak..aii..risau risau...

Balik kampung

Weekend baru ni, kitorg balik kampung..Actually aku ada sikit rasa malas..bukan kenapa.. da 2 kali sabtu aku ada kelas ganti. So ingatnya minggu ni nak la bermalas malasan kat rumah.. Tapi tiba2 hubby tanya..nak balik tak, since last sekali kitorg balik masa raya aidilfitri.. Sebagai seorang menantu yang baik..aku tak sampai ati kata tidak..ngehehe..sian jugak ngan mak mertua.. aku da la liat sikit nak calling2 ni..

So alkisahnya...hari jumaat kitorg terus bertolak balik kampung hubby lepas keja..Aqil good boy sungguh seharian tu..sampai kat Kelantan pun dia good boy. Tak macam kalau balik kampung aku. Sampai2 je nangis macam kena pukul..Naik risau ibu ngan ayah dia.. So kitorg sampai rumah mak hubby pagi2 subuh..tu pun sebab kitorg tido kat R&R 3 jam masa on the way..haha..

Menu sepanjang kat kampung hubby :

Laksam : Hari pertama dgn kedua kitorg beli laksam..hari ketiga sebelum balik tu nak jugak.. tapi hubby kata try lain la pulak..so mengalah..hehe

Sate ikan : Kebetulannya masa hari kedua tu jumpa org jual sate ikan dekat area pasar.. So kami pun beli la 2 jenis perisa..yummi..sebelum balik nak beli pakcik tu takde da...zannnenn...

Akok : Aku cakap ngan hubby aku nak makan akok since masa pantang hari tu tak bole makan.. Sebelum sempat gi beli..aku melawat member aku yg baru bersalin..mak dia hidangkan akok.. kejap je tinggal satu..tak sempat nak offer hubby..haha..aku tinggalkan satu sebab segan nak abiskan..on the way balik kitorg beli lagi..sedap..

Tomyam : Malam last tu kitorg makan kat rumah makcik hubby..dia hidang nasik ngan tomyam campur..punye la sedap..sampai tambah 4 kali kita..panic tuan rumah..takut nasik tak cukup utk dia makan kemudian..haha..

dan yang lelain...tiap kali balik kampung hubby..mesti aku teringin nak makan itu ini.. mengalahkan orang mengidam..

Khamis

What I missed

What I missed during working hours...

(1) Aqil can feed himself..Walau pun botol selalu salah parking it still consider berjaya..haha
(2) Aqil da pandai entertain diri sendiri..selalu ajak ayah main baa baa cak.. dengan ibu tak main pun..
(3) Aqil banyak cakap time ibu tak ada..ni paling sedih sekali..Sometimes waktu ibu tengah masak Aqil main sambil gelak2 dengan ayah..So cute...

If only ibu boleh selalu main dengan Aqil..Tapi waktu balik kerja pun ibu nak kena masak, basuh botol susu Aqil etc.etc..By the time, ibu siap buat semua keja2 tu..da tiba waktu tido untuk Aqil. Since lately pun Aqil selalu terjaga malam untuk minum susu or tukar nappy, ibu tak nak Aqil tido lambat sangat..Gomen ne Akiru chama..

Tapi sometimes bila Aqil nangis..dengan ayah pun Aqil taknak..Kalau ibu dukung bawak Aqil jalan jalan baru Aqil senyap..Waktu tu ibu rasa bahagianya jadi ibu..

最初は妊娠と判定されたときに色々不安があったけど、アキルが生まれて、その気持ちが少しずつ消えてなくなった。。やっぱりアキルとお父さんがいてよかったと思う。アキルとお父さんがいるから毎日辛くても、どんなに疲れてもお母さんが前向きにがんばれる。

Mungkin ada orang kata 1st year of marriage to honeymoon year, tapi ibu rasa bertuah sebab dapat lahirkan Aqil dlm usia muda.

Semoga Aqil membesar jadi anak yang cerdik dan beriman..

Jumaat

Kes nasib baik

Nasib baik sono 1 : Hubby tinggal Aqil kat rumah Kak Cik masa ambik aku..Nasib baikla kitorg sampai tepat pada masanya..Kak Cik tengah nak prepare air masak utk Aqil..hehe

Nasib baik sono 2 : Aqil luah balik fries yg Kak Long suapkan kat mulut dia..hehe..susah ati da ibu nengokkan fries tu masuk dlm mulut Aqil..

Aku tak kisah kalau org lain nak bagi anak dia makan apa..Aku cuba nak restrict kan Aqil dari makan/minum selain dari susu ibu utk 6 bulan pertama dalam hidup dia..Cukup la susu similac yg dia minum waktu kena Jaundice aritu..Aku nak susukan Aqil sampai selama mana Aqil nak..sampai selama mana aku mampu..pasal pemakanan.. Kalau boleh..aku taknak Aqil makan makanan2 segera waktu dia kecik ni..nanti dia da besar..dia ada banyak masa nak makan makanan2 segera tu..Semua orang nak yang terbaik untuk anak dia..macam tu jugak aku..

Walau pun orang cerita kat aku yg baby dia da makan solid sejak 4 bulan ke dalam pantang ke.. Aku tak ada komen apa2..eventhough aku nak bgtau yg usus baby belum cukup matang..tapi aku takut nanti dia kata aku memandai mandai pulak..Bila orang suggestkan kat aku suruh bagi Aqil makan solid..Aku kata Doctor pesan Aqil tak bole terima solid sampai umur dia 6 bulan. Perut tak tahan...Susah mcm mana pun..aku nak cuba susukan Aqil sampai dia sendiri nak berenti..Insya allah..

:: Lagi pun fries McD da tak sedap..mcm ada rasa pahit + kelat..hehe..

Good news Bad news

The good news is Aqil da 6kg...Hahaha..patutla lately hubby asyik complain Aqil makin berat je.. His weight from the day he was born..

Born : 2.42kg
1 month : 3kg
2 month : 4.02kg
3month : 5.09kg
Current ( 3month 3 weeks ) : 6kg++

Juncyou ni fueteiru kara yokatta ne~... Sekarang Aqil da mula belajar mengiring..dan kalau tiarapkan da bole angkat kepala ngan bahu for a short while..hehe..I`m taking lots of picture of him..no spare time to upload it here yet ( but have so much time to update your blog eh..haha)

The bad news is..I`ve exceed 20 minutes of my Aux 1 and broke my clean record for Q4 2008. Afraid to see my performance record for this year Q1..waa..You know..Aux code and performance is our inochi in this company..So I cannot use my Aux 1 for pumping session today..Maybe I have to reduce the pumping session to 2 session instead of 3 because I cannot utilise my Aux 3 too much..I`m too afraid to ask more than the company gave me..because I don`t know when they will take the privilage back..Since Aqil drink more ebm than he used to I need to find extra time to pump for his extra need..wee..neru jikan kezuru toka..?? ganbatte okaachann

Updated : Another good newssss
Bos aku kata kalau aku guna 30minutes lunch instead of 1hour..she will take the exceeded time as "off record"..yatta...(since I`ve never abuse my Aux..itulah kebaikannya menjadi pekerja yang baik..hehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com