Selasa

Balik kampung

Weekend baru ni, kitorg balik kampung..Actually aku ada sikit rasa malas..bukan kenapa.. da 2 kali sabtu aku ada kelas ganti. So ingatnya minggu ni nak la bermalas malasan kat rumah.. Tapi tiba2 hubby tanya..nak balik tak, since last sekali kitorg balik masa raya aidilfitri.. Sebagai seorang menantu yang baik..aku tak sampai ati kata tidak..ngehehe..sian jugak ngan mak mertua.. aku da la liat sikit nak calling2 ni..

So alkisahnya...hari jumaat kitorg terus bertolak balik kampung hubby lepas keja..Aqil good boy sungguh seharian tu..sampai kat Kelantan pun dia good boy. Tak macam kalau balik kampung aku. Sampai2 je nangis macam kena pukul..Naik risau ibu ngan ayah dia.. So kitorg sampai rumah mak hubby pagi2 subuh..tu pun sebab kitorg tido kat R&R 3 jam masa on the way..haha..

Menu sepanjang kat kampung hubby :

Laksam : Hari pertama dgn kedua kitorg beli laksam..hari ketiga sebelum balik tu nak jugak.. tapi hubby kata try lain la pulak..so mengalah..hehe

Sate ikan : Kebetulannya masa hari kedua tu jumpa org jual sate ikan dekat area pasar.. So kami pun beli la 2 jenis perisa..yummi..sebelum balik nak beli pakcik tu takde da...zannnenn...

Akok : Aku cakap ngan hubby aku nak makan akok since masa pantang hari tu tak bole makan.. Sebelum sempat gi beli..aku melawat member aku yg baru bersalin..mak dia hidangkan akok.. kejap je tinggal satu..tak sempat nak offer hubby..haha..aku tinggalkan satu sebab segan nak abiskan..on the way balik kitorg beli lagi..sedap..

Tomyam : Malam last tu kitorg makan kat rumah makcik hubby..dia hidang nasik ngan tomyam campur..punye la sedap..sampai tambah 4 kali kita..panic tuan rumah..takut nasik tak cukup utk dia makan kemudian..haha..

dan yang lelain...tiap kali balik kampung hubby..mesti aku teringin nak makan itu ini.. mengalahkan orang mengidam..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com