Jumaat

Kes nasib baik

Nasib baik sono 1 : Hubby tinggal Aqil kat rumah Kak Cik masa ambik aku..Nasib baikla kitorg sampai tepat pada masanya..Kak Cik tengah nak prepare air masak utk Aqil..hehe

Nasib baik sono 2 : Aqil luah balik fries yg Kak Long suapkan kat mulut dia..hehe..susah ati da ibu nengokkan fries tu masuk dlm mulut Aqil..

Aku tak kisah kalau org lain nak bagi anak dia makan apa..Aku cuba nak restrict kan Aqil dari makan/minum selain dari susu ibu utk 6 bulan pertama dalam hidup dia..Cukup la susu similac yg dia minum waktu kena Jaundice aritu..Aku nak susukan Aqil sampai selama mana Aqil nak..sampai selama mana aku mampu..pasal pemakanan.. Kalau boleh..aku taknak Aqil makan makanan2 segera waktu dia kecik ni..nanti dia da besar..dia ada banyak masa nak makan makanan2 segera tu..Semua orang nak yang terbaik untuk anak dia..macam tu jugak aku..

Walau pun orang cerita kat aku yg baby dia da makan solid sejak 4 bulan ke dalam pantang ke.. Aku tak ada komen apa2..eventhough aku nak bgtau yg usus baby belum cukup matang..tapi aku takut nanti dia kata aku memandai mandai pulak..Bila orang suggestkan kat aku suruh bagi Aqil makan solid..Aku kata Doctor pesan Aqil tak bole terima solid sampai umur dia 6 bulan. Perut tak tahan...Susah mcm mana pun..aku nak cuba susukan Aqil sampai dia sendiri nak berenti..Insya allah..

:: Lagi pun fries McD da tak sedap..mcm ada rasa pahit + kelat..hehe..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com