Ahad

Kije

Walau pun aku ni bukan penyanyi, tapi suara aku tu kira aset dlm keja aku..Start minggu lepas kitorg hantar mass communication pada Clients..So ramai la peminat (read:client) yang berebut-rebut telefon aku nak bercakap dengan aku..Kebetulannya khamis tu aku puasa..kering gila tekak..Aqil dengan hubby da awal awal lagi selesema..Di tambah lagi dengan sakit gigi hubby.Bertambah la tak sihat dia..

Aku pulak..balik dari keja..lepas bukak pose aku still rasa kering tekak..Esok pagi tekak aku rasa bengkak..Adess..So nak jadikan cite hari Jumaat tu pun banyak call in..Sakit jiwa raga aku melayan peminat aku yang tak berenti-renti nak ajak gaduh..

So kaput la weekend aku sbb aku demam sakit tekak dek kerana banyak sangat call in minggu ni. Boleh bos aku kata...alaaa setahun sekali jee..ceit..saba je la..

Yang hubby lak..tak mau gi klinik pasal sakit gigi dia tu..hehe..Aqil still selesema..Selagi ayah dia selesema..memang tak baik la jawabnya selesema Aqil tu..Anak ayah betull..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com