Sejak dari hari aku decide aku nak breastfeed Aqil..Aku yakin yg benda tu bukan satu hal yang mudah..Walau pun aku end up dengan merasakan yg breastfeed bukan lah satu benda yg sesukar aku sangka kan..At least tak sesukar nak bangun malam untuk panaskan air dan buat susu untuk anak aku..
Aku dapatkan support daripada hubby yg mana bagi aku paling penting sekali untuk menjaya kan matlamat aku..Alhamdulillah..Hubby positif..Kalau orang cakap suruh beli susu tepung untuk back up kalau susu aku tak cukup dia tolong jawabkan "Nanti kalau tak cukup baru beli"
In fact, sekarang pun dia akan cakap "Susu lembu untuk anak dia la..susu ibu untuk Aqil"
Aku mula menyusukan Aqil lebih kurang 6jam++ lepas dia dilahirkan..Kaki aku masih kebas lepas kena belah.. Since tak ada sesiapa yg beritahu aku waktu tu..Aku usahakan jugak duduk dan susukan Aqil sambil duduk..Event nurse pun tak ajar aku cara breastfeed sambil baring.. Aku blur gak mulanya..Tapi aku tawakal je dalam hati..Aku suakan b* kat Aqil..Aku even tak tahu pun aku ada susu ke tidak. Aku cuma pandai pandai meyakinkan diri sendiri..hehe.. Alhamdulillah..Aqil budak bijak..Ngap..dia hisap..Rasa gak la ngilu ngilu sikit..tapi tak de apa sangat pun..
Walau pun aku tak dapat nak susukan dia dari jam jam pertama kelahiran dia..dan dia da minum susu formula waktu dlm wad..Aku redha..tu rezeki dia..nak buat mcm mana..dah aku pitam.. Sejak dari aku menyusukan Aqil..selalu la ada orang orang yg tau aku breastfeed dan mengepam..diorang rajin la tanya aku..
::Breastfeed lagi ke?
::Belum campur lagi?
::Dok mengepam lagi ke?
Ya masih lagi..Nak menyusu at least sampai 6 bulan..
Mereka mereka tu akan tanya lagi..
:: Banyak ke susu?
:: Cukup ke?
Alhamdulillah cukup..
Mungkin ada orang yg kurang berjaya breastfeed dengan alasan masing masing..Banyak yg aku denga orang kata dia memang jenis susu kurang.. Aku bukan nak tunjuk bagus..tapi bagi aku.. usaha tangga kejayaan..Kebanyakan pasal breastfeed aku belajar dari internet. Ada macam macam cara nak tambah susu..kalau satu tak berkesan..ada sepuluh lagi cara..nak dengan taknak je.. Kalau tak berjaya jugak cuba consult dengan orang yang arif..
Lagi..kalau da tau susu kurang..rajinkan la diri direct feeding atau mengepam..Kalau boleh jangan top up dengan susu formula..Kalau baby nangis bukan semestinya dia tak kenyang.. Kalau pun dia tak kenyang..kena tengok latch on tu betul ke tidak..Mungkin latch tak betul..atau pun mungkin baby sebenanya nak tidur..atau pun kembung..Sampai hari ni, kalau aku susukan Aqil..lepas tu dia menangis or buat perangai jugak.. aku tak pernah anggap dia menangis sebab tak cukup susu..apa lagi sebab nak makan..
Biasanya..kalau aku bagi susu..Aqil mengamuk..maksudnya dia mengantuk..tak pun perut dia tak selesa..aku tak tahu kenapa aku tak pernah fikir pasal susu aku tak cukup waktu bagi direct feeding ngan Aqil..So, takyahla cerita pada aku pasal dia tak berjaya nak breastfeed anak dia sebab "jenis susu kurang"..
Bak kata orang dulu dulu...nak seribu daya..tak nak seribu dalih..
Isnin
To breastfeed or not to breastfeed
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
1 comments:
teruskan bf... if possible, cari kwn yg pro bf... jgn btanya ape2 pasal bf kat org yg x brp pro bf nie, nnt kuar la 'nasihat2' yg best2..
chaiyok2!!!
-mama emma-
Catat Ulasan