Memaparkan catatan dengan label Sarapan ringkas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarapan ringkas. Papar semua catatan

Khamis

Sarapan pagi : Pisang goreng berkeju coklat

Assalamualaikum

Honestly.. Aku tak begitu teruja mendengar pasal pisang goreng berkeju letak coklat sebelum ni. Takde la sampai beria mencari yang sedap. Tapi semalam pergi ke pasar malam, Aisy terkam pisang dulu. Balik tu dia makan pisang dengan penuh berselera. So aku teringat ada cheddar cheese baki buat lasagna aritu dengan sos coklat.

Pagi ni dengan gigihnya bangun awal sikit buat pisang goreng. Tepung untuk goreng aku dah bancuh siap siap malam tadi dan simpan dalam peti sejuk. Hehehe.. Tak banyak pun yang digoreng. Jadi la buat alas perut kami pagi tadi. Ni dah lapo balik tengok gambar.. Hahaha..


Pisang goreng cheese bercoklat
Mungkin sebab pisangnya dah sejuk sikit, so cheese nya tak berapa nak cair. Aku ingat nak pop masuk oven kejap. Tapi masa kurang mengizinkan. Layankan je. Aisy dengan kakak suka. Aqil biasa biasa je. Mamat tu memang kurang sikit makan pagi pagi buta. Enjin belum panas lagi.

Aku suka tang rasa lemak pisang, masin cheese dan manis manis sos coklat tu.. Aku kan hantu coklat. Hihi..

Korang breakfast apa pagi ni..?

Daa

Selasa

Nasi goreng jepun ringkas dan sedap

Assalamualaikum

Sebenarnya beria je letak nama. Tak jauh beza sangat dengan nasi goreng kita. 

Nasi goreng jepun atau nama asalnya Salmon and seaweed fried rice ni aku bawak bekal untuk hari ni. 

Kaedah membuatnya pun teramat senang..

Salmon and seaweed fried rice

4 ulas bawang putih

2 biji bawang besar
Kicap shoyu jenama kikkoman
Seaweed aonori
Nori seaweed (yang guna buat balut sushi atau onigiri tu) di carik halus
Garam dan lada sulah
Nasi
Satu kelar ikan salmon di bakar atas pan

Cara membuatnya
Tumis bawang putih dengan bawang besar yang dah dipotong halus sampai naik bau. Masukkan kicap shoyu, lada sulah dan garam. Ikut suka nak letak banyak mana. Aku letak setengah cawan jugak sebab nasinya banyak. Masukkan nasi. Kacau sebati dan masukkan salmon yang dah dipecahkan jadi kecik dan akhir sekali seaweed.

Gaul sampai sebati dan boleh tutup api.

Kiranya masuk dan gaul je la semua bahannya..

Tapi hasilnya sedap walau pun rupa kurang memberangsangkan..

siap isi dalam bekas nak bawak pi kerja
Tak pedas sangat. So kalau tekak melayu dan jawa macam aku ni kena la tambah cili potong. Hahaha..
mainan baru atiqah damia.. Sambung sambung buat rantai dan gelang.. Happy sangat
Siap ada buatkan satu gelang untuk ibu.. Huhu..

Selamat mencuba.

Daa

Isnin

Sarapan roti bunga

Assalamualaikum

Happy Monday semua~~

Hari ni tak berapa nak blues. Cuba menyemangatkan diri nak pergi kerja. Kerja bertimbun you~~!

Weekend aritu aku buat sarapan roti bunga. Biasa la kan. FB kan berantu. Sorang share, lepas tu ramai la pakat teruja. Hahaha.. Ni sampukan dari Kak Yan Mu+Mu+Mu la ni..

Nampak senang. Aku pun cuba lah hari Ahad (semalam). 


Tangan budak tak sabar

Close up sikit
Bahan filling tu aku guna telur+susu+garam+lada sulah. Lepas tu aku parutkan cheese. Rotinya aku sapu butter. Bake dalam oven secukup rasa. Agak agak je..Tapi kitorang tak suka sangat dengan rasa telur tu dibakar. Aku rasa kalau goreng lebih sedap. Tapi habis la jugak. Masing masing kelaparan sebab pagi tu bangun terus pergi swimming, naik naik dari swimming je hujan. Milo panas + roti ni. Memang la laju.

Note untuk masa depan.. Next time taknak buat filling guna telur kalau nak bakar. Aku recommend guna tuna mayo tabur cheese. Sama je macam kalau spread kan. Tapi  rupanya tu menarik sikit bagi budak budak. Kikiki...


Selamat mencuba dan menjamu selera.

Daa

Jumaat

Resepi pizza mudah tanpa uli

Assalamualaikum

Aku tau ramai yang tak berapa nak yakin dalam menguli nguli roti. Aku pun tak berapa yakin mahu pun rajin. So, bila sesekali terasa teringin nak makan pizza. Gunakan resepi pizza mudah express ni tak payah menguli. Sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi atau minum petang.
Pizza mudah pantas lagi sedap
Jom kita tengok resepinya

Resepi pizza mudah tak payah uli
Bahan bahan untuk sekeping pizza
1 biji telur
2/3 cawan tepung gandum
garam dan lada hitam (aku guna dalam setengah sudu kecil)
1 cawan susu segar
1 cawan keju parut
sos topping
bahan topping - bawang, daging cincang ke apa apa saja (kalau daging cincang tu masak la dulu ya)

Cara cara membuatnya
Bancuh telur dan tepung sampai tak bergentel. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Tuangkan susu sedikit demi sedikit. Kacau rata. Masuk setengah dari keju parut.

Masukkan dalam bekas pembakar yang dah dilengser dengan minyak atau butter. Bakar pada suhu 180darjah selama 25-30minit atau sehingga berwarna kekuningan..

Keluarkan dan sapu sos topping. Taburkan bahan bahan topping kegemaran dan baki keju parut (1/2 cawan) tadi. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 5-10 minit atau sehingga keju cair.

Serius sedap gila. Sekeping memang tak cukup. Aku buat kat bebudak ni sampai 3 keping. Tu pun kalau ada nak lagi. Aku cuma taburkan bawang je sebenarnya. Hahaha..

Selamat mencuba

Resepi ni print screen dari FB. Aku tak ingat page/group yang share nya. Kalau nak menguli boleh cekidaut resepi pizza mudah ni. Actually tak susah jugak pun. Cuma kena tunggu sementara tepung mengembang. Hihi


Daa

Khamis

Resepi sarapan pagi mudah sedap

Assalamualaikum

Kalau semalam aku dah share sarapan sihat dan ringkas, hari ni nak share sarapan pagi mudah sedap, tapi tak berapa nak sihat.. Hehehehe..

Churros.. Bunyinya macam kuros.. Tapi kalau makan sampai sebakul, takde maknanya nak kuros. :P
Ulat gendon.. Hehehehe
Resepi sarapan pagi mudah sedap gaya western. Wakaka..
Bahan bahan
1 cawan air
2 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak

Masak sampai mendidih. Tuang dalam bekas lain. Letak 1 cawan tepung gandum. Adunan agak melekit. Masuk dalam piping bag. Kalau nak cun letak nozel bentuk bintang. Biar rangup.
Share & earn [Klik Di sini]

Pipekan terus masuk dalam minyak panas. Goreng sampai warna keemasan. Dah agak sejuk. Gaulkan dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis. Perghh.. Habis sebakul tak perasan derr..

Bukan saja sedap untuk sarapan pagi. Untuk minum petang dan sebagai kudapan pun sedap. Selamat mencuba.

Nota kaki : Shujin susah ati tengok aku asyik masak je. Sampai gigih bangun buat sarap benda ni. Hahaha..

Daa

Sabtu

Homemade granola bar

Assalamualaikum

Sejak akhir akhir ni aku memang jarang buat breakfast. Tak menyempat sebab pagi pagi mandikan anak anak anak (tiga orang anak). Hahaha. So kalau nak bagi kononnya-healthy-breakfast, granola bar ni adalah option yang baik.


old fashion oat yang nak toast


almond dan walnut nak toast jugak


taraaa.. yang dah siap. rupa huduh. tapi serius sedap gila.

plus.. takde preservative. Shujin panggil energy bar. Tapi tak berapa nak bar sebab crumble sikit. Nak kena improve dulu.

Katanya sedap dimakan dengan yogurt. Nanti lepas ni, nak buat yogurt homemade pulak.

Breakfast apa pagi sabtu ni? (post tergendala)

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com