Sabtu

Bandar Baharu ke Alor Setar

Assalamualaikum

Pagi Sabtu kami makan sarapan pagi dan bersiap siap. Takde la awal pagi sangat pun. Pempahan je lah kalau masing masing beranak tiga. Ada 6 songeh. So, dah dekat pukul 10 baru siap keluar rumah. Destinasi hari ni Alor Setar~~.
Bukan ke Menara Alor Setar. Hahaha.. Kaori dengan husband dia pergi buat penghantaran pesanan biskut k-pop. Kami pulak lepak lepak kat Stadium Darul Aman. Apa lagi.. Cari makanan la. Hahaha..

Bukti dah kat depan stadium
Rojak buah sedap RM2 je!!
Rasa cam nak pindah duk Kedah je kan. Hahaha.. Dasar suka makan.. :P Tak pedas.. So bebudak ni pun makan sama..
Sangat over makan rojak tau..
Lepas habis rojak. Bajet nak terjah expo kat tepi stadium tu. Si Kaori call dengan pesanan.. Jangan makan dulu. Diorang nak belanja makan sedap. Hehehe.. Taukey belanja..

Tapi agak kehampaan sebab kedai sedap tu tutup katanya. So kami makan kat kedai lain. Sebab frust. Kitorang makan tak ambik gambo pun. Wakaka.. Alasan kan.. Sebenarnya dah kebuluran nampak makanan tak sempat toleh kiri kanan dah. 

Lepas habis makan, kami nak ke Laguna Merbok, Sungai Petani sebab nak hantar kimchi pada kawan shujin yang tinggal situ. On the way, kononnya nak singgah makan Ais Kacang Salji kat Simpang Empat. Sampai depan kedai, tak sempat keluar kereta pun... Abam kedai tu dah datang bagitau... Ais dah habis!! waaa... kempunan.. Still.. Sapa yang nak pegi.. Kedainya sebelah kanan Balai Polis Simpang Empat.. So masuk simpang ke balai polis tu, belok ke kiri terus. Ada lorong kecik.

Sebelahnya ada kedai wakil insurans. Lupa ambik gambo yang tu
Kedainya takde signboard. Tapi menurut kata Kaori, ada FB Page.. "Kedai Dinalang Ais Kacang Salji". Curlass yu~

Walau pun kuciwa, hidup perlu diteruskan. On the way ke Sungai Petani, lalu depan Gunung Jerai. Berenti kat gerai tepi jalan, beli air nira nipah.
Sebungkus RM2.50. Aku tak pernah minum. So shujin belikan bagi aku cuba. Tapi dah jadi ais sikit. Takla sedap sangat. Tapi yang jadi ais tu aku boleh telan la. Lepas tu aku careless, tumpah dalam kereta. Melekit lekit kereta.

Hantar kimchi kat Laguna Merbok. Kami terus bertolak balik. Malam pun tokey ada penghantaran. So malam lepak kat rumah je. Bebudak pun dah keletihan.

Lepas hantar barang, shujin dengan husband Kaori terus pergi beli haiwan mahal yang sedap buat bahan nak piknik. Hahaha..

Apa tu...? Tungguuuu...

Malam tu shujin pi melepak ngan kawan dia kat Penang sampai pukul 4 pagi. Aku tak tau la depa borak apa. Biasa la orang lelaki kan.. Hahaha...

Daa

7 comments:

t.a.t.a berkata... [Reply]

Rai, ini event bila ni? Laa ni ke? Ni baru jam 11.47 am. Keluar rumah jam 10. Wah dah banyak tempat korang pergi eh?

Hmm...

Ann Ishak berkata... [Reply]

full of activity tu :)

Unknown berkata... [Reply]

nanti dtg lagi tau..kali ni kedai x bukak lagi kita dh smpi..baru boleh pekena abc..haha..

org ajak pindah duk sini tamau..umah sebelah aku kosong..blh aku adjust utk korang sewa..haha

Unknown berkata... [Reply]

nanti dtg lagi tau..kali ni kedai x bukak lagi kita dh smpi..baru boleh pekena abc..haha..

org ajak pindah duk sini tamau..umah sebelah aku kosong..blh aku adjust utk korang sewa..haha

Unknown berkata... [Reply]

last week sebenarnya.. mmg full day activity.. penat gak bebudak..

Unknown berkata... [Reply]

elok gak tu.. apa kata ko carikan kerja utk kami sekali kat sana.. hahah

QasehnyaRania berkata... [Reply]

jauh perjalanan
saya yg duduk pendang pon x pernah ke simpang empat tu semata nak makan abc.tak tau pon sebenarnya.hihi
akak bgtau ni.balik nti boleh la carik.tenkiu

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com