Ahad

Berkelah di Air Terjun Ulu Sedim

Assalamualaikum

Hari ni destinasinya dekat je. Bandar Baharu ke Ulu Sedim, Kulim. Menurut sumber, oleh kerana cuaca panas dan dah lama tak hujan, banyak tempat yang airnya kering. So, kami plan ke Ulu Sedim je. Harap-harap ada air. Kalau takde air kita pakat makan tepi air terjun air meleleh. Aqil Damia dan Aisy first time nak pergi air terjun. Sangat eksaited.

Pagi tu kami masak masak dulu makanan untuk berkelah. Masak haiwan sedap yang mahal.
Shujin yang tangkap. Tapi tangkap dalam kolah dia la. Tuan kedai dah pancing siap siap. Sekilo RM60. Sampai rumah tu hidup lagi. Shujin tak bagi aku dekat sebab takut aku terkejut. Aku bukan lah penakut, cuma cepat terkejut. Haha..

So, ini lah bahan juadah kami esok. Pagi-pagi aku dengan Kaori pergi pasar beli santan nak buat masak udang.
Gulai udang galah
Sambal udang galah
Memang terbaiklah. Ni Kaori yang masak. Aku tolong rasa dengan siapkan bahan je. Hihihi.. Gulai udang tu kuahnya cukup lemak, manis udang dengan garamnya.. Sambal tu kami guna tomato puri, so tak pedas untuk anak-anak makan. Si Hantu Udang, Damia makan 2-3 ekor. Ngan kepala udang pun aku ratah. Rakus betul. Hahaha..


Dah selesai makan, anak-anak dah tak sabar nak terjun. Korang bayangkan.. Hari panas beria ria. Masuk air terjun sejuk macam air peti ais. Nak cecah kaki pun aku tak sanggup. Hahaha.. 5-6 tahun tak masuk air terjun. Culture shock aku. Hahaha.. Lastnya banyak duk atas batu dari mandi. Aisy pun masuk. Yang tak syoknya. Tengah aku lepas atas batu, boleh dia yakyak. Hadeh.. Tatau la orang nampak ke tak. Bersepai atas tu. Shujin tolong kutip buang kat tepi. Haish.. 


Kalau ikutkan, husband Kaori nak ajak kami naik ke Tree Top Walk. Tapi sebab anak-anak dah ada yang tertidur keletihan. Terpaksa bertolak pulang je. Balik tu semua lepak. Hahaha..

Tapi malam tu kami sempat BBQ lagi. Gian kan tak dapat BBQ kat air terjun. Buat tepi rumah jadi la.

Next entry pulak ya..

Daa

8 comments:

sarah berkata... [Reply]

ooo gi sedim tak ajak..kami nak pi tp masih dok risau kencing tikus.dulu tempat tu tutup sat sebab kes tu la.tree top walk tu last sy pi thn 2012..dengaq crita tiada penyelenggaraan walau dah bertahun dibina.tak tau la betoi ka dak?

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Bestnye...rietta xpernah smpai lg sedim...hmmm...dh lamer plak xpergi air terjun...

Rizziela berkata... [Reply]

besaqnya udang..kalau sini mau berapa puluh tu harganya

Aziela berkata... [Reply]

Piknik dengan lauk udang galah? Terbaekkk......

aizamia3 berkata... [Reply]

lepak tepi sungai sambil BBQ memang best arr.. tapi kena ramai2.. kalau dua family dengan anak2 kecik memang kembunglah perut mak apaknya nak habihkan.. hehehe..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

wah gi sedim
sayangnya x dpt bbq tpi air tejun kan

udnag galah my peberet sedapnya nengok tu

Unknown berkata... [Reply]

mandi separuh badan je hari tu..air sejuk sangat!!

Sukahatiadam berkata... [Reply]

tempat ni tak pernah tutup sebab kencing tikus.. malah tidak pernah ditutup langsung.

tiada kes kencing tikus pernah dilaporkan.

Ada signboard amaran bahaya kencing tikus supaya pengunjung bekerjasama menjaga kebersihan.

Tree Top Walk diselenggara mengikut jadual. Malah penyelenggaran awal sering dilakukan.

Prosedur utama ialh Safety First. Kepuasan pelanggan kemudian.

Jika ingin berkunjung tak perlu sesat sebab ada signboard

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com