Memaparkan catatan dengan label Diabetes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diabetes. Papar semua catatan

Rabu

Propaganda atau misinformation?

Assalamualaikum

Baru balik dari lunch. Alhamdulillah. Allah dah pinjamkan semula nikmat selera. Kalau sebelum ni kurang selera makan makanan kedai. Hari ni tak sempat masak, beli nasi kat luar pun da selera nak makan habis. Bagus tak membazir kan. Amalan syaiton tu..!

Aku tapau je lepas tu makan kat pantry ofis sebab ada Wifi FREE. Lepak situ sambil layan FB. Ada la baca status group ibu mengandung kat FB tu. Salah satunya adalah masalah biasa yang ibu mengandung sangat takutkan. Kena minum air gula sebab bacaan gula tinggi dari normal. Ibu tu mintak nasihat untuk pemakanan bagi kencing manis.

Maaf la. Aku tak puas hati sungguh bila ada orang yang bagi nasihat pada pesakit kencing manis suruh kurangkan gula dalam minuman. Kurangkan makan manis manis. Paling aku tak boleh blah ada suruh minum air ECPI. Geram!

Seriously. Pada aku, gula penyebab kencing manis ni lebih kepada propaganda je. Its not like orang makan sekilo atau secawan gula dalam minuman setiap hari. In fact, dari apa yang aku belajar, aku strongly disagree kalau kata gula ni adalah culprit yang menyebabkan kaki orang Malaysia kena potong.

Walau pun sebutnya kencing manis bukan bermaksud benda yang manis je yang menyebabkan bacaan gula tu tinggi. Tapi gula dalam darah tinggi adalah glucose dalam darah. Glucose atau bahasa melayunya glukos ni adalah hasil dari pencernaan karbohidrat. Bila karbohidrat dicernakan, ia akan menjadi glukos yang kemudiannya ditukar menjadi tenaga dengan insulin sebagai pemangkinnya.


Masalah bagi pesakit kencing manis type 2 ni adalah glukos dalam darah sentiasa berada dalam keadaan yang tinggi atau meningkat secara mendadak dan menyebabkan sel mengalami rintangan terhadap insulin. Dalam jangka masa panjang dan berulang kali, benda ni menyebabkan kencing manis. So culpritnya bukan saja gula. Tapi semua jenis karbohidrat yang menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak macam refine carb atau simple carb. Gula cuma salah satu daripada refine carb. 


Tapi yang lebih bahaya adalah nasi. Nasi putih yang kita makan, dan segala makanan roti, kuih muih yang buat dari tepung yang dah di refine (tak tau bahasa melayunya) yang sebenarnya punca utama. Sebab tu dalam piramid makanan dia suruh makan karbohidrat tu nasi beras perang, roti wholemeal.. Siapa pandai pandai lukis roti putih, nasi putih dalam tu? Lepas tu pandai pandai cipta diet atkins kononnya karbohidrat punca penyakit.

Marah bila iklan kat TV tunjuk pasal kurangkan gula la apa la.. Sudahnya ramai yang sala paham.

Paling pening yang suruh orang minum air kosong (ECPI) lepas tu cakap boleh sembuh penyakit itu ini. Memang la kekurangan air boleh jadi punca penyakit. Tapi kalau cakap air kosong atau air tapis boleh sembuhkan penyakit tu lagi hebat dari doktor. Dah tak payah susah payah ada hospital kalau macam tu. *sigh**


Nota kaki : Hati hati bila nasihat orang...err..bukan aku yang ada kencing manis.. Alhamdulillah aku sihat walafiat..

Nota kaki tambahan : Kalau gula penyebab utama kencing manis, kenapa tak ban air berkarbonat..sbb dalam air gas lagi banyak gula.. Malah, susu yang berperisa pun banyak gula..

Daa

Isnin

Pemakanan bagi diabetes - Apa yang doktor suggestkan untuk ayah

Assalamualaikum


Sebenarnya aku ada jugak suspect yang sakit pada kaki ayah adalah disebabkan oleh masalah kencing manisnya. Tapi, beberapa kali dinafikan oleh ayah.

Doktor ayah ada mention something tentang sakit pada kaki ayah adalah disebabkan oleh sakit pada saraf. Dan menurut ayah doktor tu tak boleh nak bagi solution untuk symptom tersebut. So aku pun tak pasti apa punca sebenarnya.

Sewaktu perjumpaan dengan Dr Aziz, dia ada mencadangkan bahawa sakit pada saraf ayah ada kemungkinan disebabkan oleh viral infection daripada virus demam campak yang pernah dihidapi oleh ayah satu ketika dullu. Ia tidak akan diketahui melainkan ujian lanjut dijalankan. Bagaimana pun, semua masalah tu dan juga kadar gula dalam darah ayah boleh diturunkan ke tahap normal melalui kaedah mengawal pemakanan secara seluruhnya dan juga pengambilan vitamin tambahan bagi mempercepatkan proses pemulihan. Dan aku sangat setuju dengan Dr Aziz yang menyatakan bahawa tak ada pil, makanan, atau minum ajaib yang boleh menyembuhkan penyakit seperti ini memandangkan ianya adalah berpunca daripada pemakanan yang tidak dikawal.

So apa yang dicadangkan oleh Dr Aziz adalah program pemakanan terkawal yang sangat strict. No more goreng goreng for at least 2 weeks up to 1 month. The main food adalah sayur dan buah buahan. Dia bagi tips lengkap apa yang nak kena makan, apa yang kena ambil sikit sikit dan apa yang tak boleh dimakan. Termasuklah vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan dan dosnya untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Melalui program ni, sistem penghadaman akan dibaiki dan boost immune sistem seseorang. Di samping akan menurunkan kadar gula, kolestrol dan darah tinggi pada tahap normal. Malah, clogged artery pun boleh clear kalau terus diamalkan secara konsisten.

The advice is priceless. Alhamdulillah ayah bersetuju walau pun bunyinya sangat susah nak dilaksanakan.

Consultation tersebut adalah PERCUMA, memandangkan aku kenalan Dr Aziz. Hehehe..

Selain dari tu, menurut Dr Aziz, ayah tak perlu makan ubat darah tinggi dan kolestrol kalau normal. Just makan ubat kencing manis untul control gula. Bila check up, doktor akan beritahu sama ada gula dah normal ke tidak. Kalau normal boleh berenti makan. Sebab kalau dah sakit memang nak kena makan ubat untuk control tapi penjagaan pemakanan dan kaedah rawatan alternative yang selamat boleh membantu mengurangkan dos ubat yang diperlukan dan seterusnya menormalkan kandungan gula dalam darah. This is what I totally agree.

Ramai yang jual makanan/minuman kesihatan atau kaedah rawatan alternative yang irresponsibly suruh pesakit berenti makan ubat dan amalkan makanan/minuman/ubat yang mereka jual. Ni paling bahaya, banyak kes yang orang tua stop makan dan bila jumpa doktor, the sugar level jump sky rocket dan anytime boleh menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku.

So, lets see..2-3 minggu lagi adakah ayah mampu bertahan dengan program ini dan kembali sihat seperti sediakala.. Insya allah.. Aku doakan yang terbaik buat ayah.

Nota kaki : Dr Aziz adalah pakar Neurology cum scientist dan salah seorang doktor di Tan Sri Datuk Paduka Saleha Complementary Health Care Centre (PJ). Tan Sri Saleha tu isteri dia, tuan punya klinik tu.

Daa

Selasa

Weight Management Tips : Memahami karbohidrat - siri satu

Assalamualaikum

Hehehe...Awal awal dah bagi tajuk memahami karbohidrat siri satu. Maksudnya topik ni agak panjanglah ye. Actually kalau kita faham betul betul tentang karbohidrat, tak perlu berdiet kekdah diet atkins atau pun diet on low carb sampai rasa macam nak mati. It is true that doctors dan experts dieticien masih tak pasti apakah kesan buruk mengamalkan diet atkins pada jangka masa panjang. Bagaimana pun kita kena tahu yang karbohidrat adalah sumber tenaga utama manusia. Ini yang orang panggil sunnatullah. So aku rasa lebih baiklah jangan melawan sunnatullah. Rasulullah dulu pun makan roti gandum kan.

Sebenarnya pasal karbohidrat ni sangat sangat susah nak difahami. Apa yang aku cuba terangkan kat sini cuma pengetahuan asas saja.  Tapi penting untuk kita tahu sebab dengan memahami karbohidrat ni kita dapat mendapatkan kesihatan yang lebih optimum, mengurangkan berat badan dan mengelakkan dari mendapat macam-macam penyakit terutamanya penyakit kencing manis. Kalau berminat nak belajar lebih lanjut lagi banyakkanlah membaca.

Secara asasnya karbohidrat terbahagi kepada dua. Iaitu complex carb (karbohidrat kompleks) dan juga simple carb (karbohidrat ringkas) Pengkategorian (hahaha..ada ke istilah ni..bedal je lah ok) ini adalah berdasarkan kepada kadar penguraian karbohidrat itu sendiri. Ianya diukur berdasarkan Glysemic Index (GI) makanan tersebut. Ia diukur pada skala 0 hingga 100. Lebih tinggi GI makanan tersebut lebih cepat ianya diserap ke dalam darah. Bagi makanan yang mempunyai GI yang rendah, ianya lebih lambat dihadamkan dan diserap ke dalam tubuh.

Contoh makanan yang tinggi GI : Nasi putih, roti putih, kentang, kuih muih dan kek
Contoh makanan yang rendah GI : Nasi beras perang, roti wholemeal, buah-buahan

Mungkin ada yang rasa, baguslah kalau cepat diserap. Lebih cepat dapat tenaga. Masalahnya adalah tak jugak. Sebab lebih cepat makanan tersebut menjadi glukos dan lebih cepat ianya diserap oleh tubuh, lebih cepat kita kehilangan glukos. Sentiasa ingat yang tubuh manusia tak sukakan kejutan.

Even kalau tak pernah pernah bersenam tiba-tiba nak lari 2-3 kilometer pun badan jadi sakit kan. Mungkin ada orang kata, no pain no gain. Tapi sebenarnya sakit tu adalah disebabkan oleh damage yang diterima oleh otot. So, kalau tak pernah bersenam tu nak mula senam mula sikit-sikit.

Oh melalut pulak.
Ini adalah graf perbezaan kadar glukos dalam darah apabila kita makan simple carb dan juga complex carb. Apakah yang akan berlaku bila glukos dalam darah berkurang.

Jawapannya adalah, kita akan rasa lapar. Jadi, Lebih cepat glukos diserap menjadi tenaga, lebih cepat rasa lapar. Jadi kita akan makan lagi dan lagi dan lagi. Bila kita makan makanan yang skala Glysemic index nya rendah, kita akan rasa kenyang lebih lama.

Bagi yang nak mendalami lebih lanjut tentang Glysemic index dan tengok senarai makanan yang mempunya kadar GI yang rendah boleh tengok kat Glysemic Index

Bagi yang masih percaya bahawa atkins diet berkesan boleh baca kat food for thought

Untuk siri dua, aku akan terangkan tentang karbohidrat jahat yang menyebabkan kegemukan dan menjadi punca diabetes.

Daa

Rabu

Hari Diabetes Sedunia yang dah terlepas

Assalamualaikum

Bila sebut hari diabetes sedunia rasa macam something yang diraikan pulak kan.. Terbaca paper NST column khas berkaitan dengan penyakit diabetis. Satu bahagian khas berkaitan dengan mitos mengenai diabetes.


Aku tak beli paper tu. Aku baca kat 7e je. (Punye lah kedekut..haha) So aku tulis yang mana aku ingat ok.

Mitos 1
Drugs tidak baik untuk diabetes
Fakta : Drugs boleh membantu mengawal penyakit diabetes

Komen aku : Kalau dikupas dari segi membantu mengawal, aku tak nafikan bahawa drugs memang sangat berkesan untuk mengawal diabetes. Tapi setahu aku, belum ada lagi ubat yang dapat menyembuhkan diabetes kerana diabetes ini merupakan penyakit yang dikategorikan sebagai lifestyle disease. Apa yang diorang tak highlights adalah drugs yang diambil untuk mengawal penyakit diabetes mempunyai side effect dan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penyakit lain pulak. Nak sembuh kena tukar gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat. Agak-agak berapa orang yang makan ubat diabetes aware pasal ni?

Mitos 2
Supplement menyembuhkan penyakit diabetes
Fakta : Supplement tidak menyembuhkan penyakit diabetes

Komen aku : Seperti yang aku katakan, diabetes adalah lifestyle disease. Tak ada ubat yang boleh menyembuhkannya. Peranan supplement hanyalah sebagai sokongan kepada tubuh. Hmm.. Macam mana nak cakap eh. Supplement bukan ubat. So ia tak menyembuhkan. Tapi its proven that dengan changes in lifestyle dan pengambilan dietary supplement yang sesuai secara konsisten, seseorang boleh menurunkan kadar gula pada tahap yang normal. Malah, tak silap aku doktor yang tulis buku the spectrum tu pun ada tulis pasal ni.

Aku bukan nak kata apa yang diorang tulis tu salah. Betul lah apa yang mereka tulis. Tapi kenapa tak tulis in detail. Apa yang aku faham adalah penyakit adalah sejenis business. Selagi ada orang sakit. Selagi tu syarikat pengeluar ubat ada business. Supplement? Ala..makan sayur hari-hari. Makan secara seimbang tak payah makan supplement pun tak apa. Aku yakin kebanyakan orang fikir macam tu. Or at least, kebanyakan orang yang aku jumpa fikir macam tu. Sedangkan hakikatnya berapa orang yang yakin mereka dapat semua nutrisi yang diperlukan melalui makanan.

No such thing as prevention dalam fikiran mereka. Biasanya when they realize it, its already too late.

Ramai orang sekarang muda-muda belia dah dapat macam-macam penyakit. =)

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com