Memaparkan catatan dengan label Low Carb Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Low Carb Diet. Papar semua catatan

Khamis

Weight Management Tips : Makan nasi tak boleh kurus

Assalamualaikum
Aku rasa aku selalu jugak dengar orang kata kalau nak kurus jangan makan nasi. Kebanyakannya dari golongan pendiet yang mengamalkan diet atkins. Malangnya aku rasa statement ni sangat sangat jauh dari fakta sebenar.

Nasi adalah sumber tenaga utama bagi orang asia. Semua orang maklum dan jelas bahawa nasi adalah sumber karbohidrat yang utama. Dan kat sekolah kita semua belajar yang karbohidrat adalah sejenis makro nutrient. Maksudnya wajib nak kena makan hari hari.

Untuk seseorang yang beratnya 50kg dan aktivitinya sederhana. Kadar kalori yang diperlukan dalam sehari adalah 1500kalori. Bermaksud, jumlah makronutrient yang diambil dalam sehari sepatutnya membekalkan sebanyak 1500kalori. Makronutrient adalah terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak. 1gram karbohidrat dan protein menghasilkan 4kalori manakala 1gram lemak bersamaan dengan 8kalori.

Aku rasa beberapa kali dah aku mention yang aku memang ratu nasi. Aku memang tak boleh takde nasi. Dan frankly cakap aku makan nasi lebih dari manusia normal. Tapi aku langsung tak boleh nak gain weight. So macam mana orang boleh kata makan nasi tak boleh kurus sedangkan aku yang makan nasi jugak tak boleh nak gemuk?

Kalau nak hidup sihat. Kita kena makan ikut kalori yang diperlukan oleh badan kita. Sebab memang banyak tu yang badan kita perlukan. Tapi, kalau nak kurus. Kena lebihkan aktiviti untuk bakar lemak. Please jangan seksa perut dengan tahan makan. Buat apa kurus kalau tak sihat. betul tak?

Bersenam ada banyak cara. Cara paling mudah yang setakat ni orang Malaysia masih ramai tak mampu buat adalah berjalan. Berjalan adalah kaedah nak bakar kalori yang paling mudah.

Tak payah beria ria register diri masuk fitness center. Bersenam kat taman lebih sihat sebab dapat vitamin D dari matahari yang sangat crucial dalam proses menurunkan berat badan.

Setiap orang kena berjalan 10ribu langkah sehari untuk kesihatan. Cuba kekdah ni.
(1) Kalau drive, park kereta jauh-jauh atau pun pusing guna jalan jauh
(2) Sembunyikan remote TV supaya rajin pergi kat TV untuk tukar channel. Jangan jadi macam aku, tukar channel dengan kaki. Aku takpe. Aku kurus..Hahaha..
(3) Rajin rajin bawak anak-anak jalan kat taman
(4) Rajin-rajin kemas rumah
(5) Kalau setakat rumah kat tingkat 5 tak payah guna lif, gunakan tangga.


Good luck!


Daa

Rabu

Weight Management Program : Atkins Diet adakah berkesan?

Assalamualaikum

Kalau ada yang tak pernah dengar pasal Atkins Diet ni boleh Google je. Ringkasnya Atkins Diet adalah satu cara mengurangkan berat badan dengan kaedah mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Entah kenapa dalam banyak-banyak jenis diet aku rasa Atkins Diet ni adalah antara kaedah yang paling popular. Mottonya mudah je. Jangan makan nasi. Avoid segala jenis makanan yang mengandungi karbohidrat. Tak silap aku tak lebih daripada 20g karbohidrat dalam sehari.

Mengambil kira kadar obesiti yang berlaku adalah disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan, aku rasa pendekatan macam ni mungkin berkesan. Mengurangkan pengambilan karbohidrat secara sekaligus akan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam diet harian. Kurang kalori bermaksud, badan akan mula menggunakan lemak yang tersimpan dalam tubuh untuk digunakan menjadi tenaga. Itu pun kalau kita mempunyai ability untuk extract lemak tu menjadi tenaga.

Selain dari tu, tenaga boleh juga di dapati dari makronutrien yang lain seperti protein dan lemak yang boleh diambil tanpa had.
pipi obese
Ada beberapa perkara yang menjadi isu bagi aku dalam konsep Atkins Diet ni. Aku tak kata tak berkesan sebab kaedah ni dicipta oleh seorang doktor. Aku bukan pakar pun. Tapi konsep asas yang aku belajar menyebabkan aku rasa atkins diet mungkin bukan kaedah diet yang berkesan untuk semua orang. Mungkin hanya bagi sesetengah orang

(1) Secara asasnya kita memerlukan certain amount of nutrient setiap hari. Makronutrien dan mikronutrien, air, serat dan fitonutrient. Setiap jenis nutrien tak kira diperlukan dalam jumlah yang banyak atau pun sedikit adalah sama penting. Oleh itu, menolak atau mengurangkan jumlah pengambilan satu-satu jenis nutrien dalam satu jangkamasa yang lama mungkin boleh mengganggu perjalanan normal sistem manusia.
(2) Sefahaman aku, karbohidrat yang sering membawa masalah adalah simple carb seperti nasi putih, tepung putih, gula, dan jenis-jenis refine carb serta makanan yang mempunyai glysemic index yang tinggi. Karbohidrat dari kumpulan complex carb seperti beras perang, tepung wholemeal, roti gandum penuh adalah kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan.
(3) Pengambilan lemak dan protein yang tak terkawal juga boleh menyebabkan masalah obesiti. Malah lemak mempunyai 2 kali ganda kandungan kalori berbanding karbohidrat. Oleh itu, pengambilan kedua-duanya juga perlu diambil kira dan dikawal jumlahnya.
(4) Proses menurunkan berat badan memang penting, yang lebih penting lagi adalah mengekalkan berat badan. Kalau dapat turun 20kg, lepas berhenti mengamalkan diet tanpa nasi, berat naik 30kg memang tak guna. Persoalannya, berapa lama seseorang tu sanggup hidup tanpa nasi. Kalau sanggup tak makan nasi macam manusia normal selama-lamanya, Atkins Diet mungkin adalah satu kaedah yang ideal buat individu tesebut.
(5) Kadar toleransi seseorang terhadap karbohidrat adalah berbeza. Ramai orang mengalami masalah berat badan walau pun makan sikit biasanya mempunyai kadar toleransi yang rendah terhadap karbohidrat, tetapi bukan bermaksud tak boleh makan karbohidrat. Mereka ini perlu mengawal jumlah karbohidrat yang diambil dan elakkan diri dari mengambil simple carb. Bagaimana pun, jumlah kalori yang perlu diambil dalam sehari perlulah menepati keperluan harian kalori seseorang. Kalau kalori tak cukup, badan akan rasa lemah dan letih. Silap-silap boleh jatuh sakit.


Aku tak kata Atkins Diet ni tak bagus ok. Terpulang pada diri masing-masing. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Aku bukan pakar pun.


Tambahan : Salah satu concern aku pasal atkins diet ni adalah karbohidrat adalah sumber utama tenaga. Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat secara mendadak badan akan rasa lemah, letih dan tak bermaya. Walau pun aku bukan doktor, tapi aku tau keadaan tu adalah tak baik untuk tubuh.

Apa pun kaedah diet yang diamalkan, jangan perjudikan kesihatan. Yang penting adalah pengawalan berat badan bukan mengenai pemakanan saja. Senam, gaya hidup..semuanya ada peranan masing-masing. Tak payahlah tahan lapar macam orang gila kalau malas senam.

Nota kaki : Sebagai orang asia yang lahir kat Malaysia. Aku tak boleh hidup tanpa nasi..hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com